Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

SENI DALAM PENDIDIKAN

SPK2102W

Konsep dan Latar Belakang Seni dalam Pendidikan

PENGENALAN
Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

PENGENALAN KONSEP
Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Matlamat Seni dalam Pendidikan (SDP)


Matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Rajah 1.1 menunjukkan matlamat SDP.

Rajah 1.1 menunjukkan matlamat SDP

ESTETIKA YG TINGGI

CELIK BUDAYA

IMAGINATIF

MATLAMAT SDP
INVENTIF KRITIS

INOVATIF KREATIF

Objektif Seni dalam Pendidikan (SDP)


Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk: a) Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. b) Mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. c) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran. d) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. e) Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. f) Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain. g) Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. h) Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan. i) Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. j) Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. k) Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. l) Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
Seni Muzik Seni Pergerakan Seni Visual

1.

Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni dalam Pendidikan adalah seperti berikut: 1) Teori Konstruktivisme 2) Teori Kecerdasan Pelbagai 3) Teori Pembelajaran Sosial 3.1 Peniruan secara langsung. 3.2 Peniruan melalui sekat lakuan dan tak sekat lakuan. 3.3 Peniruan elistasi 1) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan 2) Teori Pemprosesan Maklumat

Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran


Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses ke dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan mengamal dari pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran


Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan, penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. 1. Kesediaan Belajar 2. Pengamatan 3. Jenis-jenis Organisasi Pengamatan 3.1 Persepsi ruang 3.2 Persepsi gerakan 3.3 Persepsi masa

Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran


Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru. Proses mengkategori, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baru berlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan. Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku tanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.

Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran


Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar mengetahui bahawa selepas menghasilkan catan air, berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau masih menggunakan air untuk mencuci berusnya. Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah: Kefahaman - Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru. Kesamaan - Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang dimuridi perlu mempunyai persamaan Kemahiran - Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia memindahkannya kepada situasi baru. Celik akal - Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan


a) Penyerapan tiga dalam satu Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini telah wujud mata pelajaran Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara sebagai satu subjek. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata pelajaran ini digabungkan? Apakah selama ini ketiga-tiga mata pelajaran ini telah mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnya lahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata. b) Penerimaan Seni dalam Pendidikan di sekolah Konsep pembelajaran di sekolah hari ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan penerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkin digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan pencapaian UPSR yang cemerlang.

Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan


c) Perlaksanaan di sekolah Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual, tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya. d) Kekaburan matlamat dan objektif Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat dan objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan laras bahasa Seni dalam Pendidikan maseh dalam kontek ingat-ingat lupa.

Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan


e) Pertindihan subjek seni yang sedia ada Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni dalam Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar. f) Masa interaksi guru bertambah Bebanan kerja adalah suatu fobia kepada guru. Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi mengajar yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid (SKM) di mana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan pembelajaran.

g) Mata pelajaran yang rileks tiada peperiksaan Sikap guru yang meletakkan mata pelajaran bukan peperiksaan sebagai mata pelajaran tidak penting. Boleh dijadikan mata pelajaran rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumlah interaksi maksimum mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya negatif.

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni dalam Pendidikan melibatkan ekspresi, emosi dan imaginasi a) Peranan Ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

b)

Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu: (i) seronok dan tenang (ii) kurang seronok dan cemas.

Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN


c) Peranan Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan; (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Melalui aktivi seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

RUMUSAN
Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata muridan ini.

You might also like