Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 33

JENIS-JENIS PINGGIR PANTAI

PINGGIR PANTAI TENGGELAM

PINGGIR PANTAI TIMBUL

PINGGIR PANTAI TENGGELAM


1. Pinggir Pantai Ria
- aras laut yang naik akan menenggelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi. - bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut. - merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland. - biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini.

2. Pinggir Pantai Fiord


- merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam.

- Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi.
- mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir. - walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung, tetapi pelabuhanpelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunung ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan.

3. Pinggir Pantai Dalmatia


- mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai. - namanya sempena pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic. - pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut.

- pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan lurah-lurahnya yang memanjang.


- keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan.

4. Pinggir Pantai Muara


- di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam.
- dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir

PINGGIR PANTAI TIMBUL


1. Pinggir Pantai Tanah Pamah Terangkat
- rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. - air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin, dan kukup. - pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir.

2. Pinggir Pantai Tanah Tinggi Timbul


- gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikkan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.
- pinggir laut tanah tinggi timbul ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ. Kawasan ini tidak sesuai untuk dijadikan pelabuhan yang baik.

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT

TANJUNG
Terbentuk di kawasan
pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

TELUK
Terbentuk di kawasan
pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang seli Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak

TEBING TINGGI
Terbentuk apabila
ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk

PENTAS HAKISAN OMBAK


Merupakan bentuk muka
bumi yang terbentuk berlanjutan daripada pembentukan tebing tinggi Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.

GUA
Merupakan kesan
hakisan ombak di tanjung tinggi

Hakisan tersebut akan


menghakis batuan di tebing pantai dan membentuk gua laut

GERBANG LAUT
Terhasil daripada
hakisan gua laut Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut

BATU TUNGGUL
Terhasil akibat
tindakan penggondolan terhadap gerbang laut Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk

TUNGGUL SISA
Batu tunggul yang
terhakis akan membentuk tunggul sisa secara lambat laun Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut

ANAK TANJUNG
Merupakan permatang
berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungai Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai Juga dikenali sebagai tetanjung

LAGUN
Merupakan kesan
pembentukan anak tanjung yang paling ketara Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak tanjung)

BETING PASIR
Merupakan
penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI


Hakisan pinggir pantai ialah proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai. Agen-agen hakisan pinggir pantai ialah : - ombak - tsunami - arus atau hanyutan pesisir pantai - pasang surut Cara hakisan pinggir pantai : - hidraul - geselan / lelasan - larutan - lagaan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal ( semulajadi ) : 1. Jenis ombak - ombak pembinasa / bertenaga ( ombak ribut dan tsunami) 2. Pendedahan pantai - tanpa perlindungan oleh pulau, beting, tanjung atau benteng. 3. Arus - bahan-bahan seperti pasir diseret selari dengan pantai. - berupaya menghakis dan memindahkan bahan. 4. Bahan - agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. - batuan pinggir pantai akan terhakis.

5. Batuan - batuan lembut mudah terhakis - batuan keras susah terhakis 6. Cerun pantai biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. 7. Organisasi pantai pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai berteluk dan bertanjung.

8. Tumbuhan boleh menghalang serangan terus ombak melalui peranan akarnya.

Faktor Aktiviti Manusia : a. Pembalakan dan penebangan hutan bakau b. Perlombongan pasir c. Pembinaan

d. Pelancongan
e. Pendalaman kawasan pinggir pantai

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

KAEDAH PERUNDANGAN : - hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lesen.

- pengharaman penebangan bakau.


- kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai.

KAEDAH BUKAN PERUNDANGAN : - penanaman pokok bakau - penambakan

- benteng pemecah ombak


- tembok - guni pasir - pendidikan - kempen

KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR PANTAI

PANTAI BERPASIR : - Kawasan pelancongan dan perkelahan - Kawasan penanaman kelapa - Contoh : Port Dickson, Negeri Sembilan Batu Feringghi, Pulau Pinang

PANTAI BERLUMPUR : - Membekalkan sumber kayu bakau. - Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan. - Contoh : Sekitar muara Sungai Perak, Perak.

PULAU : - Kawasan pelancongan - Pelabuhan perikanan - Pelabuhan antarabangsa - Contoh : Pulau Langkawi, Kedah

TANJUNG : - Kawasan rekreasi dan pelancongan - Contoh : Tanjung Bidara , Melaka

TELUK : - Petempatan nelayan - Tapak pelabuhan - Kawasan perikanan - Kawasan perkelahan

- Contoh : Teluk Kemang, Negeri Sembilan

TEBING TINGGI : - Kawasan rekreasi dan pelancongan - Tapak rumah api - Contoh : Tebing Tinggi Kudat, Sabah

PENTAS BENUA : - Kawasan perikanan - Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli - Contoh : Pinggir laut di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

You might also like