Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK

TARIKH MASA TEMPAT : 17 JANUARI 2011 : 5.00 PETANG : KAFETERIA IPG KAMPUS IPOH

KEHADIRAN : 1. Sujana A/P Baskaran 2. Mohd Hafiz bin Suhaili 3. Suguna A/P Balan 4. Muzamir bin Mohamad 5. Kasthuri A/P Latchamanan 6. Suguneshwaran A/L Sekharan 7. Wan Athirah Anith binti Wan Ariffin 8. Arman Nurazman bin Azlan 9. Hon Poh Yeh 10. Haslinda binti Baadu 11. Haslinda binti Mohd Jamil - Exco kebajikan dan sosial - Naib exco kebajikan dan sosial - Bendahari - Naib bendahari - Jawatankuasa - Jawatankuasa - Jawatankuasa - Jawatankuasa - Jawatankuasa - Naib setiausaha - Setiausaha

TIDAK HADIR : 1. Diganeswari A/P Manikam - Jawatankuasa

1.0 1.1

UCAPAN PENGERUSI Pengerusi mengucapan selamat datang ke mesyuarat kali ini dan memohon maaf kerana telah terlewat untuk mengadakan mesyuarat. Pengerusi telah meminta agar ahli-ahli exco memperkenalkan diri masing-masing. Wajah-wajah jawatan kuasa nampak bersemangat untuk menjalankan tugas.

2.0 2.1

PELANTIKAN SEMULA JAWATAN KUASA Pengerusi meminta agar jawatankuasa exco kebajikan dan sosial dibuat pelantikan semula. Beberapa orang calon telah dipilih dan dikira mengikut majoriti.

2.2

Senarai jawatankuasa baru Exco Kebajikan dan Sosial Naib Exco Kebajikan dan Sosial Setiausaha Naib setiausaha Bendahari Naib Bendahari : Sujana A/P Baskaran : Mohd Hafiz bin Suhaili : Haslinda binti Mohd Jamil : Haslinda binti Baadu : Suguna A/P Balan : Muzammir bin Mohammad

2.3 3.0 3.1

Semua ahli yang baru dilantik diminta untuk memberikan sedikit ucapan. AKTIVITI Naib exco telah memberi sedikit ucapan dan menerangkan tentang agenda dan aktiviti yang akan diadakan pada masa terdekat.

3.2

Exco Kebajikan dan Sosial akan berusaha untuk mewujudkan ATM di dalam IPG untuk kemudahan semua pelajar di IPG Kampus Ipoh. Perkaran ini masih dalam proses menghasilkan kertas kerja untuk diberikan mendapatkan kelulusan. kepada Pengarah bagi

3.3

Tempat yang dicadangkan untuk meletak mesin ATM ialah di pondok kawalan keselamatan.Bank yang bersetuju untuk menyediakan mesin ATM di dalam kampus ialah bank CIMB. Namun CIMB inginkan tempat yang berhawa dingin bagi menempatkan mesin ATM tersebut. Syarat seterusnya ialah IPG mempunyai seramai lebih 2000 orang yang menggunakan mesin tersebut.

3.4

Exco akan mewujudkan peti cadangan / aduan bagipelajar yang ingin bersuara bagi mengelakkan pelajar membuat surat layang kepada Pengarah dan juga akhbar.

4.0

HAL - HAL LAIN Yuran untuk exco kebajikan dan sosial akan dikutip bertujuan untuk penggunaan jawatankuasa sahaja seperti mengadakan jamuan dan t-shirt.

5.0

PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang sudi hadir dan berharap agar semua ahli dapat melaksanakan tugas dengan jayanya. Kehadiran ahli amat dihargai bagi mana-mana mesyuarat akan datang untuk mendapatkan idea dari semua pihak. Harapan agar semua ahli memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan aktiviti yang telah dicadangkan.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.35 petang

Dicatat dan disediakan oleh Setiausaha Exco Kebajikan dan Sosial Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

You might also like