Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Budayakan amalan kitar semula di sekolah

SEREMBAN 24 Julai - Sekolah-sekolah di negeri ini disaran supaya menjadikan amalan kitar semula sebagai satu budaya di kalangan pelajar. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Kampung Baru negeri, Siow Chen Pin berkata, amalan itu perlu bagi mendidik pelajar bersama-sama memulihara alam sekitar daripada terus tercemar. Jelas beliau, para pelajar boleh membiasakan diri dengan aktiviti tersebut melalui Kelab Alam Sekitar di sekolah masing-masing. Ibu bapa pula, katanya, wajar memainkan peranan memastikan program pendidikan kitar semula di sekolah-sekolah mencapai matlamatnya. ''Program kitar semula di sekolah memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak agar ia berjaya melahirkan generasi yang prihatin terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar," ujar Chen Pin. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kitar Semula dan Penyampaian Cek Bantuan Ke Sekolah-Sekolah di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dekat sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota, Datuk Dr. Awaludin Said. Hadir sama ialah Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif dan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Mohamad. Sebanyak 10 buah sekolah menengah dan rendah di sekitar daerah ini menerima cek bernilai RM1,000 yang disumbangkan oleh MPS sebagai insentif melaksanakan program kitar semula. Antara sekolah menengah yang menerima insentif termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, SMK Puteri, SMK Tunku Ampuan Najihah, SMK Sri Pagi dan SMK Datuk Sheikh Ahmad. Sementara itu, lima buah sekolah rendah yang menerima insentif ialah Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, SK Rahang, SK Taman Dusun Nyior, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kampung Baru Paroi serta SJK Tamil Lorong Jaya. Dalam pada itu, Chen Pin turut mencadangkan agar penglibatan dalam program kitar semula dijadikan sebagi satu bentuk hukuman kepada pelajar-pelajar sekolah yang melakukan kesalahan disiplin. Ujarnya. , langkah berkenaan dipercayai mampu membentuk jati diri dan menerap sifat-sifat positif pada pelajar-pelajar terbabit
Utusan Malaysia 25 julai 2008

You might also like