Hubungan Etnik

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

NAMA AHLI KUMPULAN: SHAZZANA AFIQAH BINTI SHAMSUL

NUR AMANINA BINTI BAHARUDDIN


THATCHAYINI SAKTHIVEL

TUTORIAL MINGGU 1 : HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SOALAN:
1. Nyatakan latar belakang peristiwa 13 Mei 1969. 2. Cerakinkan pengajaran yang boleh di ambil daripada

peristiwa 13 Mei 1969.


3. Analisiskan kepentingan hubungan etnik

DASAR PECAH PERINTAH PENJAJAH INGGERIS

MASALAH EKONOMI

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA 13 MEI 1969

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BERBEZA

PERBEZAAN AGAMA & BUDAYA

PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam

sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI 1969


ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema


utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaumkaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan

soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),


kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah

mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi
yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat Parlimen telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi

dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya


Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orangorang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala

Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat

Melayu, penyapu mempunyai notasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan
meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINA

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya


turut berlaku .Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan

menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan

kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit


Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang

tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar

Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang


berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REJIMEN RENJER

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluapluap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

ASKAR MELAYU

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

PANGGUNG ODEON

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung

Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan politik dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku

di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu
perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh. Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu

dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

ANGKA KORBAN

196 -mati terkorban 439 -cedera 39 -hilang

9,143 -ditahan
211 -kenderaan musnah

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara

dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Dilema Melayu (Malay Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin

di tanah air mereka sendiri.

Tahun

1969

pilihan

raya

diadakan

semula

dan

memberi

kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional

dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan


pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan

seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek
ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa.

Perpaduan nasional perlu dipertingkatkan.

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Keharmonian kaum perlu diberi penekanan serius.

Semua terpaksa menanggung kerugian atas kehilangan harta dan nyawa.

Rakyat Malaysia perlu menghormati sesama kaum-kaum

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Sikap toleransi dan menghormati adat resam kaum lain sangat penting dijadikan sebagai amalan rakyat Malaysia.

Konsep asas hubungan etnik


Budaya Kebendaan Bukan kebendaan

Konsep Budaya
Budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu, budhi dan daya. Budhi ialah kecergasan fikiran dan akal, daya pula ialah perkataan Melayu iaitu kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Oleh itu jika dicantum ia menjadi tenaga fikiran, usaha rohani dan kuasa menggerakkan jiwa. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat

Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu
kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya .

Ciri ciri budaya


Boleh dipelajari. Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.

Boleh diwarisi
Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

Boleh dikongsi Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Boleh berubah-ubah Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Bersifat sejagat Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya

Mempunyai unsur simbolik Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya), bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat, ( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

Budaya Kebendaan dan Bukan kebendaan


Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,

perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orangMelayu mempunyai rumah yang


berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Huraikan secara ringkas maksud


Perpaduan dan integrasi Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi danpolitik, tetapi tidak termasuk biological. Definisi integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik. Integrasi sosial adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing. Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau mencari formula keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

SEGREGASI

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

AKOMODASI DAN AKULTURASI

Akomodasi:

Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masingmasing. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalma bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi:

satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

ASIMILASI DAN AMALGAMASI

Asimilasi:

satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Amalgamasi:

You might also like