Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

2.

0 DEFINISI PENDIDIK Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih,penyelenggara, pengajar dan pemelihara. Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah : murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan berasal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan. Tetapi setiap istilah yang disebut mempunyai maksud dan pengkhususan yang berbeza.

CIRI-CIRI PENDIDIK

2.1 MUDARRIS
DEFINISI Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan orang Islam. Sekiranya guru tersebut adalah orang Islam, boleh jadi yang taat atau tidak taat. Perkara yang diajar samada baik atau sebaliknya.

CIRI-CIRI MUDARRIS
1. 2. 3. 4. Bersemangat dan Berkeyakinan Bersifat cemerlang Keupayaan memimpin Peka

2.2 MUALLIM
Muallim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (taklim).

CIRI-CIRI MUALLIM
Berilmu pengetahuan Bertakwa berpegang teguh pada ajaran agama Islam berakhlak mulia dan berbudi luhur bersifat pengasih dan penyayang kepada murid-muridnya

2.3 MUADDIB
Muaddib bermaksud mengajar adab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga adalah adab, semasa menuntut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat.

Ciri-ciri muaddib
Ikhlas Para ulama menyebut : Seorang pendidik wajib membersihkan niatnya dan bersifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidik yang dilakukannya, samada amalan itu merupakan perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman. Bertanggungjawab Pemaaf

2.4 MURABBI
Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari

CIRI-CIRI MURABBI
mempunyai sifat rabbani, zuhud keperibadian yang mampu membawa manusia kejalan kebaikan dan kebenaran

Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu dawah wad-daiyah menyenaraikan :


1. Kebersihan jiwa dan rohani Seorang Murabbi ini prlulah sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan dan sentiasa mengigati Allah dalam apa jua keadaan. Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan tidak meninggalkan tahajjud. 2. Kesihatan Badan dan Kekuatannya Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung. 3. Keupayaan Akal dan Fikiran Pemimpin, fikiran dan mindanya harusltidak hanya tehad kepada ilmu Islami sahaja ah terdiri dari pelbagai bahan tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.

2.5 MURSYID
Mursyid adalah guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul Guru pembimbing. Dalam terminology tasawuf, bererti guru pembimbing dalam bertariqat (berjalan)

Ciri-ciri Mursyid
Mempunyai ilmu pengetahuan iaitu alim khususnya tentang isi kandungan al-Quran , Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi memimpin Arif tentang sifat kesempurnaan hati, adab sopannya, berbagai kerosakan dan penyakit jiwa dan bagaimana memelihara dan mengurangkannya. Mempunyai sifat adil dan takwa. Mempunyai sifat zuhud daripada kemewahan dunia

ALIM@ULAMA
Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang mengetahui, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana atau kesarjanaan dan al-Alim pula bermakna Yang Mengetahui.

CIRI-CIRI ULAMA
Ibnu Rajab Al-Hambali Mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kedudukan dan membenci segala bentuk oujian serta tidak menyombonghkan diri atas seorang pun. Mereka adalah orang yang tidak mengaku aku berilmu, tidak bangga denga ilmunya atas seorang pun dan tidak sebarangan menghukumi orang yang jahil sebagai orang yang menyelisih As- sunnah. Mereka adalah orang yang berburuk sangka kepada diri mereka sendiri dan berbaik sangka kepada ulama salaf

You might also like