Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKTIVITI AMALI SAINS INKUIRI Tajuk : Bilik Darjah Objektif : 1. Mencari dan merumuskan 2.

Mencari dan mendapatkan jawapan berdasarkan soalan yang diberikan 3. Berfikir secara sistematik, logik, dan kritis Aktiviti : 1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan satu puzzle dan mencari bahan berdasarkan perkataan yang tertera di atas puzzle tersebut. Perkataan yang terdapat ialah: a. Keras b. Penebat c. Pepejal d. Seimbang e. Lembut 3. Setiap kumpulan akan mencari bahan-bahan yang ada disekitar mereka yang mempunyai perkaitan dengan perkataan yang mereka dapat. 4. Setiap kumpulan hendaklah mencipta jingle/lagu pendek untuk mengingat benda yang mereka pilih. Dan, setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan lagu pendek mereka kepada kelas. Jingle yang dicipta hendaklah mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada bahan yang mereka pilih. Di akhir pembelajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip sains inkuiri seperti berikut : 1. Aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada pengembangan intelektual/ berorientasikan proses belajar. 2. Prinsip interaksi 3. Prinsip bertanya/guru sebagai orang yang bertanya 4. Belajar untuk berfikir 5. Keterbukaan

LAPORAN EKSPERIMEN AMALI SAINS INKUIRI Berdasarkan kepada amali sains inkuiri yang dilakukan di dalam kelas. Setiap kumpulan telah dibahagikan kepada lima jenis istilah yang terdapat dalam penggunaan sains yang terdiri daripada; a. b. c. d. e. Keras Penebat Pepejal Seimbang Lembut

1. Pemerhatian Berdasarkan kepada aktiviti amali yang dijalankan ini, setiap kumpulan perlu mencari benda-benda yang ada di sekeliling mereka yang mempunyai perkaitan dengan istilah sains yang mereka peroleh daripada kepingan puzzle yang telah dicantum. 2. Ramalan Sains inkuiri memerlukan pelajar-pelajar membuat ramalan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Berdasarkan pemerhatian dan pemikiran yang logik, sistematik, dan kritis mereka dapat menemukan jawapan bagi soalan yang diperoleh.

3. Klasifikasi Pelajar-pelajar mengklasifikasikan ciri-ciri benda yang mereka peroleh daripada hasil pemerhatian mereka. 4. Interaksi Di dalam perbincangan dalam membina lagu yang berkaitan dengan ciri-ciri benda yang mereka peroleh, pelajar-pelajar dalam setiap kumpulan secara tidak langsung dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Sains inkuiri menerapkan interaksi dalam pengajaran ini. 5. Rumusan Hasil daripada pemerhatian, ramalan, klasifikasi, dan interaksi, pelajar-pelajar ini merumuskan hasil daripada eksperimen mereka kepada satu rumusan yang berbentuk

hiburan. Rumusan yang berbentuk hiburan ini menunjukkan bahawa setiap benda itu mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh soalan.

GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU SETIAP AHLI KUMPULAN MEMBERIKAN RUMUSAN MEREKA DALAM BENTUK JINGLE

You might also like