Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

KOMPONEN ELEKTRONIK

PENGENALAN
Satu bidang teknologi yang berkembang pesat dan sangat berguna dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai jenis komponen yang digunakan dalam bidang elektronik Komponen elektronik disambungkan dalam litar untuk pelbagai fungsi dalam perkakas elektronik seperti radio, televisyen, komputer, robot dll.

KOMPONEN AKTIF DAN PASIF


Komponen Aktif 1. Diperbuat daripada bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. 2. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. 3. Contoh : transistor dan diod. Komponen Pasif 1. Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. 2. Sebagai peranti sokongan kepada kendalian komponen aktif. 3. Contoh : perintang dan kapasitor.

PERINTANG
Nilainya diukur dalam unit Ohm (). Ciri penting perintang: Nilai rintangan Kadaran kuasa - Jumlah maksimum kuasa yang boleh dilesapkan oleh perintang tanpa merosakkannya dan berupaya untuk menyerap haba yang berlebihan ketika arus melaluinya. Kegunaan perintang dalam litar elektrik: Penghad arus semakin tinggi nilai rintangan, semakin kecil nilai arus dalam litar. Pembahagi voltanmenyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung pada keperluan. Terdapat dua jenis perintang: Perintang tetap Perintang boleh laras

PERINTANG TETAP

Mempunyai nilai tertentu. Dua jenis perintang tetap: 1) perintang jenis karbon 2)perintang berlilit dawai Perintang yang biasa digunakan dalam projek elektronik adalah perintang jenis karbon. Perintang jenis ini diperbuat daripada serbuk karbon dan tanah liat atau penebat lain. Kadaran kuasa perintang karbon adalah antara 0.125W- 1W.

PERINTANG TETAP
Perintang berlilit dawai dibuat menggunakan dawai aloi halus seperti nikrom dan mangan. Julat nilai rintangan bagi perintang ini ialah antara 1 -25 k. Nilai rintangan lilitan dawai bergantung pada Panjang dawai lilitan Diameter dawai Nilai rintangan perintang ini lebih stabil dan mempunyai kadaran kuasa lebih tinggi.

KOD WARNA PERINTANG


Warna
Hitam Perang Merah Jingga Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih

Mewakili nombor
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kod warna terdiri daripada 4 lajur Lajur pertama menunjukkan nilai pertama Lajur kedua menunjukkan nilai kedua Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi

CARA MEMBACA KOD WARNA


Kuning menunjukkan no. 4 Ungu menunjukkan no. 7 Perang menunjukkan bilang kosong, iaitu 1

Emas menunjukkan 5% toleransi

Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm

Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm


Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga 493.5 Ohm

LATIHAN
Hitung nilai perintang di bawah.

PERINTANG BOLEH LARAS

Simbol

Digunakan untuk mengawal arus dan voltan dalam litar. Direka supaya nilai rintangan boleh diubah dengan mudah. Nilainya boleh dilaraskan antara sifar hingga nilai maksimum dengan memutarkan spindel.

PERINTANG BOLEH LARAS


Terdapat tiga jenis:
Reostatdigunakan untuk mengawal arus Meter upaya (potentiometer)digunakan sebagai pembahagi voltan Preset-meter upaya yang lebih kecil.

preset

reostat

Meter upaya

SUIS
1. 2. 3. Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus elektrik di dalam litar. Digunakan juga untuk memindah atau menukar voltan dan isyarat. Jenis suis: 1. Suis togel 2. Suis gelangsar 3. Suis putar 4. Suis tekan Suis yang biasa digunakan dalam kerja elektronik ialah suis togel dan suis tekan.

4.

SUIS TOGEL
Paling banyak digunakan dalam litar elektrik dan elektronik. Disambung secara siri dengan beban dalam litar dan dihubungkan ke wayar hidup. Terdapat 4 jenis suis togel: Suis togel satu kutub satu arah (SPST) Suis togel satu kutub dua arah (SPDT) Suis togel dua kutub satu arah (DPST) Suis togel dua kutub dua arah (DPDT)

SUIS TOGEL
JENIS SUIS SPST SIMBOL CARA SAMBUNGAN FUNGSI Mengawal aliran dalam satu laluan sahaja Mengawal arus dalam dua laluan tetapi satu laluan sahaja dapat digunakan pada satu masa. Mengawal arus dalam dua litar yang berlainan pada masa yang sama. Mengawal arus dalam dua litar yang disambungkan kepada dua punca yang berlainan pada masa yang sama.

SPDT

DPST

DPDT

SUIS TEKAN
Berbentuk kecil dan mempunyai punat yang boleh ditekan untuk suis berfungsi. Terdiri daripada: Suis tekan tutup. Suis tekan buka. Rupa bentuk kedua-dua suis ini hampir serupa cuma kendaliannya berbeza.

SUIS TEKAN
SUIS TEKAN TUTUP SUIS TEKAN BUKA

Apabila suis ditekan, tamatan suis akan bersambung dengan litar elektrik. Arus mengalir dan litar ON. Apabila suis dilepaskan, litar OFF.

Apabila suis ditekan, tamatan suis akan terputus. Arus elektrik tidak dapat mengalir. Litar OFF. Apabila suis dilepaskan, litar ON.

KAPASITOR
Pemuat Elektrolitik Pemuat Seramik SIMBOL

-Digunakan dalam litar elektronik untuk menyimpan dan membuang cas elektrik. -Keupayaan kapasitor menyimpan dan mengecas dinamakan kapasitans. -Nilai kapasitans yang besar membolehkan lebih banyak cas disimpan. -Unit kapasitans adalah Farad, F. -Ciri penting pemuat ialah: -Mempunyai nilai kemuatan -Kadaran voltanNilai voltan tertinggi yang boleh dibekalkan kepada pemuat tanpa merosakkannya.

BINAAN KAPASITOR
Mengandungi plat pengalir dan sejenis bahan penebat. Bahan penebat yang terletak di antara dua plat pengalir dinamakan dielektrik. Antara bahan penebat yang biasa digunakan ialah kertas, mika, seramik dan elektrolit. Dielektrik bertindak sebagai tempat menyimpan cas elektrik.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI KAPASITANS


a) Jarak antara plat. Nilai kapasitans bertambah jika jarak antara plat logam berkurang. b) Luas permukaan plat. Semakin besar luas permukaan plat, semakin tinggi nilai kapasitans. c) Jenis dielektrik. Setiap dielektrik mempunyai pemalar tersendiri yang dinamakan kebertelusan( dielectric constant). d) Suhu persekitaran.

MENGECAS DAN MENYAHCAS KAPASITOR


Apabila kapasitor disambung dengan sumber bekalan, proses mengecas berlaku.
Pengumpulan cas menyebabkan wujudnya beza upaya antara kedua-dua plat pada kapasitor. Proses mengecas berhenti dengan sendiri apabila beza upaya antara dua plat sama dengan sumber voltan bekalan. Proses nyahcas berlaku apabila laluan pengalir disambung antara dua plat pada kapasitor. Ini berlaku sehingga nilai voltan antara plat kapasitor menjadi sifar.

JENIS KAPASITOR
Terbahagi kepada dua jenis:
Kapasitor berkutub Kapasitor tanpa kutub

Kapasitor berkutub:
Biasanya diperbuat daripada aluminium dan tantalum. Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub: positif dan negatif. Dinamakan kapasitor elektrolitik. Perlu disambung mengikut kekutuban yang betul pada punca bekalan.

JENIS KAPASITOR
Kapasitor tanpa kutub:
Diperbuat daripada seramik dan plastic-film. Tidak mempunyai kutub dan sambungan dalam litar boleh dibuat tanpa mengikut kekutuban. Nilai kapasitans kapasitor tanpa kutub adalah rendah dan kecil. Kebanyakan dielektrik kapasitor tanpa kutub diperbuat daripada seramik. Ianya dikenali sebagai kapasitor seramik.

PERBANDINGAN ANTARA KAPASITOR BERKUTUB DAN TANPA KUTUB


KAPASITOR BERKUTUB KAPASITOR TANPA KUTUB

Sais besar.
Mempunyai kutub. Menyimpan cas lebih banyak. Masa untuk menyecas dan menyahcas LAMA. Unit sukatan dalam mikroFarad Nilai kapasitor dicetak pada badan kapasitor.

Saiz kecil.
Tidak mempunyai kutub. Menyimpan sedikit cas. Masa mengecas dan menyahcas SINGKAT. Unit sukatan dalam pikoFarad Nilai kapasitor dinyatakan dalam bentuk kod.

UNIT SUKATAN KAPASITOR


HAD TERIMA: J =5% K = 10 % M = 20 %

DIOD PEMANCAR CAHAYA ( L.E.D. )


A K

Simbol

Komponen yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Ia dikenali sebagai L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode. Diperbuat daripada bahan semikonduktor. Mempunyai dua kaki: anod(+ve), katod (-ve) LED mesti disambung dalam litar mengikut kekutuban yang betul. Tidak akan menyala sekiranya dipasang terbalik kerana ia membenarkan arus mengalir sehala sahaja.

LED
Memerlukan voltan sebanyak 1.7 V -3.0 V untuk beroperasi. Voltan yang lebih akan menyebabkan LED rosak. LED digunakan sebagai indicator dalam perkakas elektrik dan elektronik seperti radio, TV, PC dll. Kebaikan LED:
Cahaya lebih terang dan jelas Lebih tahan lama Menggunakan arus yang kecil

TRANSISTOR
Komponen elektronik yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Si dan Ge. Digunakan ntuk meninggikan voltan, arus dan kuasa serta bertindak sebagai suis kawalan Terdapat dua jenis: NPN PNP
c c

b e
NPN

b e PNP

BINAAN TRANSISTOR
Ia mempunyai 3 kaki
Kaki pemungut (Collector) Cmenerima arus dari punca positf bateri Kaki tapak (Base) B mengawal aliran arus dari kaki C ke E Kaki pemancar (Emitter) E menngeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif.

KENDALIAN TRANSISTOR
Bertindak sebagai suis dan membesarkan arus dalam litar.

Jika tiada arus mengalir ke tapak, transistor tidak akan berfungsi.

Jika terdapat arus mengalir ke tapak, transistor akan berfungsi

LITAR ELEKTRONIK
Litar elektronik adalah sambungan komponenkomponen elektronik secara sistematik supaya arus elektrik dapat mengalir dengan sempurna. Untuk membina satu litar elektronik, litar skematik dirujuk

JENIS LUKISAN LITAR

Lukisan Skematik

Lukisan Bergambar

LATIHAN
Lukiskan litar skematik berdasarkan litar bergambar di bawah.

LATIHAN
Lukiskan litar bergambar berdasarkan litar skematik di bawah.

You might also like