Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

BAB 1: Memperkenalkan Sains

1.1 Pengertian Sains dan Teknologi 1. Sains ialah susunan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar yang sentiasa berkembang. 2. Kajian sains merangkumi proses memahami semua fakta yang sedia ada pada masa itu serta kajian mengenai benda-benda di alam untuk menghasilkan fakta-fakta yang baru. Cuba anda perhatikan fenomena alam yang berlaku di sekeliling anda dan kaitkan dengan sains. Gambar di bawah menunjukkan beberapa contoh fenomena alam.

Fenomena Pembentukan embun pada waktu pagi

Melambung bola ke udara

3. Teknologi ialah aplikasi atau penggunaan pengetahuan sains untuk memenuhi keperluan sains untuk memenuhi keperluan kehidupan harian manusia. 4. Sumbangan sains dan teknologi : a) mempercepatkan dan memudahkan kerja harian.

b) meningkatkan taraf hidup manusia dengan menyediakan suasana hidup yang lebih selesa. c) mempercepatkan sistem komunikasi dan perhubungan. d) meningkatkan taraf hidup kesihatan.
1.2 Kaedah Saintifik

1. saintifik

Ahli-ahli

sains menjalankan

kaedah

penyiasatan

mengenai sesuatu fenomena alam. Kaedah tersebut dapat diringkaskan kepada lapan
untuk memperoleh jawapan langkah iaitu :

a) Langkah 1 : Mengenal pasti masalah b) Langkah 2 : Membuat hipotesis Hipotesis adalah satu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya belum dibuktikan. c) Langkah 3 : Merancang eksperimen d) Langkah 4 : Menjalankan eksperimen e) Langkah 5 : Mengumpulkan data f) Langkah 6 : Menganalisa dan Mentafsir data g) Langkah 7 : Membuat kesimpulan h) Langkah 8 : Menulis laporan

Makmal Sains

sperimen sains biasanya dijalankan di dalam maklmal sains. Terdapat pelbagai alatan di makmal dan sesetengahnya berbahaya. Atas faktor keselamatan murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan makmal.
Ek

Di antara peraturan-peraturan makmal sains ialah : 1) Dilarang masuk tanpa kebenaran guru 2) Dilarang bermain di dalam makmal 3) Dilarang makan atau minum di dalam makmal 4) Dilarang merasa atau menghidu bahan kimia dalam makmal

5) Dilarang menyentuh bahan kimia dengan tangan 6) Padamkan api penunu Bunsen selepas digunakan 7) Basuh semua radas yang digunakan 8) Patuh arahan guru

Makmal sains

Simbol-Simbol Amaran
Di dalam makmal sains, bahan-bahan kimia yang berbahaya disimpan didalam botol atau bekal yang dilabelkan dengan simbol amaran. Kita mesti membaca simbol amaran ini dengan teliti dan memahami maksudnya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Bahan mudah terbakar

Bahan mengakis

Bahan mudah meletop

Bahan merengsa

Radioaktif Bahan beracun/toksid

Radas yang terdapat di makmal


Terdapat pelbagai radas yang digunakan untuk menjalankan eksperimen. Gambar di bawah menunjukkan beberapa radas yang biasa digunakan di makmal.

Mangkuk pijar (Crucible) Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish) Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper) Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe) Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide) Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch) Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel) Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)

Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner) Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod) Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp) Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar) Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs) Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer) Kegunaan: Untuk menyukat suhu

1.3 Kuantiti Fizik dan Unit SI 1. Penyukatan merupakan salah satu kaedah dalam proses sains. 2. Unit SI ialah unit sistem antarabangsa. Contoh unit SI: Kuantiti Panjang Jisim Masa Suhu Unit SI meter kilogram saat kelvin Simbol m km s k

3. Nilai suatu kuantiti yang diperoleh dalam kajian sains boleh ditulis dalam bentuk imbuhan untuk memudahkan pengiraan. Contoh julat imbuhan: Nama imbuhan Nilai imbuhan giga 1 000 000 000 Simbol imbuhan G

mega 1 000 000 kilo 1 000 hekto 100

M k h

1.4 Penggunaan Alat Pengukuran

1. Data dikumpulkan dengan mengukur atau menyukat kuantiti fizik tertentu. 2. Untuk tujuan pengukuran, alat pengukuran yang berbeza diperlukan bagi mengambil data daripada sebuah eksperimen. 3. Alat pengukuran mestilah betul dan sesuai untuk mengukur kuantiti fizik.

Mengukur panjang 1. Panjang ialah jarak antara dua titik. 2. Unit bagi panjang ialah milimeter(mm), sentimeter(cm), meter(m), dan kilometer(km). 1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm = 1000 m 1 km = 1000 m 3. Panjang garis lurus diukur dengan pembaris meter.

Kedudukan mata yang betuk semasa mengambil bacaan

4. Panjang garis lengkung disukat dengan menggunakan pembaris, benang, dan episometer.

Menggunakan benang

5. Diameter luar objek disukat dengan angkup luar dan diameter dalam objek diukur dengan angkup dalam.

Mengira luas 1. Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh sesuatu benda. 2. Unit bagi luas ialah meter persegi (m2), sentimeter persegi (cm2), milimeter persegi (mm2), dan kilometer persegi (km2). 3. Luas bentuk sekata dihitung menggunakan formula tertentu.

Menentukan luas bentuk tidak sekata

4.Luas bentuk tidak sekata boleh disukat dengan menggunakan kertas graf.

Menyukat isipadu 1. Isipadu ialah jumlah ruang yang ditempati oleh sesuatu objek. 2. Unit SI untuk isipadu pepejal biasanya menggunakan meter padu (m3), manakala isipadu cecair menggunakan milimeter (ml). 1 ml = 1 cm3 1l = 1000 ml 3. Isipadu cecair disukat dengan silinder penyukat, buret, pipet, kelalang, kon,

dan picagari. Pipet atau buret memberi bacaan isipadu yang tepat.

Menyukat suhu 1. Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek. 2. Unit SI bagi suhu ialah kelvin (K), tetapi darjah celsius (C) lebih biasa digunakan. 3. Suhu disukat menggunakan termometer.

4. Termometer klinik menyukat suhu dalam julat antara 35 darjah Celcius hingga 42 darjah Celsius. Suhu badan manusia biasa ialah 37 darjah Celcius.

5. Termometer makmal menyukat suhu dalam julat antara -10 darjah Celsius hingga 100 darjah Celcius.

1.5

Konsep

Jisim

1. Jisim ialah jumlah kuantiti jirim di dalam sesuatu objek. 2. Unit SI yang digunakan untuk menyukat jisim ialah kilogram (kg).

1 1

kg g

= =

1000 1000

g mg

3. Dua jenis neraca untuk menyukat jisim :

a)

Neraca

palang

b)

Neraca

luas

4. Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti bumi ke atas objek yang tidak tetap. 5. Unit SI : newton (N).

6.

Berat

disukat

menggunakan

neraca

spring.

Posted by ixora pink at 23:17

You might also like