Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 9 MINIT MESYUARAT J/KUASA KELAB DAN PERSATUAN KALI KEDUA 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

30 April 2013 1.30 petang Bilik Gerakan 10 /10 orang

AGENDA: 1.0 Ucapan Guru Besar 1.1 Ucapan alu-aluan daripada pengerusi sebagai pembuka majlis. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Firdaus bin Asuri. 1.2 Ucapan tahniah dan selamat datang kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Encik Azlan bin Hasan. 1.3 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong bersama-sama dengan ibu bapa serta penjaga. 1.4 Pengerusi juga mengingatkan berkenaan pencerapan pengajaran dan pembelajaran kepada semua guru. 1.5 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru berkenaan perjumpaan dengan penjaga tahun 4 dan 5 selepas Penilaian 2. 1.6 Semua guru diminta memberi komitmen kepada tugas yang diberi dan perlu bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. 1.7 Semua guru diminta melengkapkan fail dengan kemas dan sistematik.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2.1 En. Azlan bin Hasan selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Sekolah kita menjadi johan MTQ secara

keseluruhannya.

2.2 Aktiviti perkhemahan unit beruniform akan dilaksanakan selepas bulan September 2013. 2.3 Aktiviti sukan tahunan pula akan diadakan pada 30 Jun 2013. Semua guru diminta peka kepada tugas dan peranan masing-masing.

Tindakan : Makluman

3.0 Hal-hal Lain 3.1 Ustazah Rahimah memaklumkan kepada sesiapa yang ingin menderma untuk membeli mesin liminate, boleh berbuat demikian dan mesin tersebut akan diletakkan di bilik guru. 3.2 Perjumpaan mentor mentee telah ditetapkan pada setiap hari Khamis bermula jam 1.30 hingga jam 2.00 petang. 3.3 En Zaki menjelaskan berkenaan pertukaran hadiah akan dibuat mengikut nama dan minimum harga yang ditetapkan adalah sebanyak RM30.00 dan ke atas.

Tindakan : Makluman

3.4 Buku rekod kedatangan perlu dihantar selewat-lewatnya pada pukul 8 pagi bagi memudahkan guru bertugas merekod kedatangan.

Tindakan : Guru Kelas Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.25 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

NORHAZWANI BT. KHAMIS Penyelaras/ Setiausaha Kelab & Persatuan SK Felda Jengka 9

EN AZLAN BIN HASAN Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Felda Jengka 9

You might also like