Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 1.

0 PENGENALAN

2010

Dalam proses pendidikan di sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi kegiatan belajar merupakan kegiatan yang paling utama dan terpenting. Ini membawa maksud bahawa terlaksana atau tidaknya pendidikan itu bergantung kepada bagaimana proses belajar itu berlaku di dalam kelas atau di luar kelas. Kejayaan dan kecemerlangan merupakan cita-cita setiap insan termasuklah kita semua. Kejayaan seseorang itu bukan hanya boleh diusahakan oleh seseorang itu sahaja malah kejayaan di dalam pendidikan adalah merupakan hasil usaha sokongan dari pelbagai pihak. Apa yang dapat membezakan antara pelajar yang sama umur, sama kelas dan sama bahan rencana dan rujukan tetapi mendapati rakan mereka mendapat gred yang berbeza di dalam kelas yang sama. Kenapa ini terjadi? Namun seorang pengkaji telah mencuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Vollmeyer dan Rheinberg (2000) menyatakan bahawa salah satu sebab yang munasabah terdapatnya dua perbezaan individu pelajar adalah disebabkan pelajar yang lebih cemerlang bermula dengan strategi belajar yang baik dan tahu bagaimana mencari keperluan untuk menjawab soalan dan berpotensi untuk memberikan jawapan yang tepat. Dari sini dapatlah dinyatakan bahawa kejayaan seseorang dalam pembelajaran banyak bergantung kepada kemahiran belajar yang selama ini mereka gunakan dan bagaimana mereka merancang usahanya untuk berjaya serta melaksanakan usahanya itu dengan cekap dan mahir. Perkataan mahir dan kemahiran merupakan asas kepada kejayaan setiap bidang yang diceburi. Seseorang yang mahir di dalam sesuatu bidang dikatakan mempunyai kelayakan dan kemahiran di dalam sesuatu bidang itu. Seseorang yang mahir belajar adalah mereka yang mampu untuk mangatur strategi dan dapat melaksanakan strategi itu sehingga berjaya.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 2.0 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

2010

Terdapat pelbagai pendapat berkaitan konsep kemahiran belajar.Antara pendapat tersebut ialah belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan.Pendapat lain pula ialah belajar memerlukan pelaksaan latih tubi yang berterusan dan belajar adalah hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan. Kesemua pendapat tersebut memang benar akan tetapi merukan sebahagian daripada belajar. Contohnya,bagi orang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. Sekiranya pandangan belajarnya mirip pula kepada pengertian latih tubi maka tindakannya pula banyak ke arah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpamanya. Jika seseorang salah mempersepsikan pengertian cara belajar maka salahlah juga caranya bertindak.

2.1 DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR Belajar merupakan satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan satu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi denagan

persekitaran. Perubahan yang berlaku di dalam diri itu memang banyak tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat proses sesorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Pengertian belajar menurut pakar ahli seperti Woofolk A (2001) mengatakan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya pengetahuan dan
2

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu yang memberatkan pemikiran.

Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.

Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.

Menurut

pendapat

Witherington (1952) pula, belajar merupakan

perubahan dalam keperibadian yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons yang baru berbentuk keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan.

Bagi Hilgard (1962) belajar merupakan proses

suatu perilaku muncul

atau berubah kerana adanya respons terhadap sesuatu situasi.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

Menurut Di Vesta dan Thompson (1970) pula, belajar adalah perubahan perilaku yang relatif menetap sebagai hasil dari pengalaman.

Gage & Berliner mendefinisikan belajar adalah suatu proses perubahan perilaku yang yang muncul karena pengalaman.

Selain itu, pengertian belajar menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan 1992 mengatakan bahawa perkataan belajar bermaksud memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya

rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk

pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.

Konklusinya, kemahiran belajar secara amnya berhubungkait potensi seseorang itu sendiri mengikut kesesuaian

dengan

kaedah dan pendekatan

kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar ataupun tidak.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 2.2 KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN

2010

Kemahiran belajar merupakan satu cara yang digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan aktiviti menimba ilmu untuk memastikan setiap ilmu dan maklumat yang diperoleh menghasilkan keberkesanan yang optimum untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Setiap pelajar haruslah memiliki strategi pembelajaran yang berkesan dan pantas dalam menimba ilmu pengetahuan agar dapat bergerak seiring dengan arus kemajuan yang berkian berkembang pesat ini. Setiap pelajar mempunyai kemahiran dan cara pembelajaran yang tersendiri dan berbeza-beza.Kemahiran belajar merupakan satu kecekapan atau keupayaan seseorang individu dalam mengumpul, memproses, mengolah dan merumus bahan maklumat serta sumber untuk digunakan dalam pembelajaran yang akan berterusan sepanjang hayat. Aktiviti pembelajaran merangkumi beberapa cara iaitu melihat, mendengar, merefleksi, menghafal dan

melaksanakan atau dalam erti kata lain mempraktikkan setiap ilmu yang diperoleh.

Jika diamati, kemahiran belajar berkesan terbahagi kepada tiga skop perkataan iaitu kemahiran, belajar dan berkesan. Kemahiran didefinisikan teknik-teknik atau kemahiran-kemahiran yang telah disusun dengan teratur dalam melakukan sesuatu perkara untuk memastikan hasil yang akan diperoleh adalah yang terbaik. Kemahiran akan menjadikan seseorang individu itu mampu untuk mengendalikan serta menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi dengan baik. Takrif bagi perkataan belajar pula ialah satu aktiviti menimba ilmu pengetahuan serta mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Proses pembelajaran ini akan mengambil waktu dan tempoh yang tertentu untuk disempurnakan dan dikuasai oleh seseorang individu. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat individu tersebut bermula sejak dia dilahirkan sehingga pada usia yang lanjut. Manakala definisi bagi perkataan berkesan pula ialah sesuatu yang dilakukan itu membuahkan hasil yang baik, tepat dan cemerlang. Perkataan berkesan juga
5

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

boleh menggambarkan sesuatu usaha yang telah dilakukan oleh seseorang individu dalam sesuatu pekerjaan dengan penuh keazaman sebagai contoh, seorang pelajar telah melakukan usaha yang tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan dan akhirnya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ini membuktikan bahawa usaha yang dilakukan itu berkesan dan membuahkan hasil yang baik.

2.3 PANDANGAN TOKOH TENTANG KEMAHIRAN BELAJAR

2.3.1 Pandangan Cara Belajar Dr Rita Dunn dan Kenneth Dunn Panadangan ini yang lebih dikenali sebagai Model Dunn & Dunn membahagikan cara belajar kepada lima suasana.

1. Persekitaran Jika pelajar termasuk di dalam kategori ini pelajar seharusnya selesa belajar di dalam suasana yang tenang dan aman. Pelajar suka kepada kedinginan dan nyaman suasana. Pelajar juga selesa jika ada muzik yang lembut yang menjadi later belakang semasa pelajar belajar. Pelajar juga memerlukan bilik yang cerah dan terang. Pelajar juga tidak bermasalah belajar di luar kawasan bagunan seperti taman-taman, tepi laut, tepi sungai dan di tepi tasik. Secara umumnya pelajar bebas memilih suasana dan tempat yang paling selesa untuk pelajar mentelaah buku.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 2. Emosi

2010

Jika pelajar termasuk dalam kategori ini pelajar seharusnya mempunyai satu dorongan yang kuat untuk belajar. Pelajar memerlukan dorongan keluarga dan rakan-rakan. Peljar perlu dicabar dan dirangsang untuk mendapatkan minat untuk belajar. Dorongan mungkin berupa luaran ataupun dalaman. Suasana dan persekitaran perlu ditingkatkan agar rasa untuk belajar timbul di dalam diri pelajar. Emosi pelajar perlu sentiasa dirangsang untuk mendapatkan dorongan belajar. Peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan semuannya memberi makna kepada pelajar untuk meningkatkan lagi minat pelaja dalam perkara yang pelajar pelajari. Kata-kata perangsang merupakan nadi penggerak untuk pelajar belajar. Tampalkan poster kata-kata perangsang di dalam bilik pelajar untuk mendapatkan suasana dorongan dan menggerakkan emosi pelajar untuk belajar.

3. Sosiologikal Jika pelajar termasuk di dalam kategori ini pelajar seharusnya mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar. Pelajar kurang selesa untuk belajar sendirian. Pelajar perlu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Pelajar juga perlukan rakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang pelajar kurang faham. Di samping itu, pelajar juga inginkan pendapat dan pandangan anda didengar oleh orang lain. Anda juga inginkan audien atau pendengar untuk mendengar hujah-hujah mereka. Pelajar gemar kepada suasana perbincangan, kerjasama, bersoal-jawab, mengemukakan hujah dan memberi ulasan kepada maklumat yang diterima. Perkara penting di sini ialah orang lain adalah factor penting untuk pelajar belajar. Tanpa mereka suasana belajar pelajar akan menjadi hambar. Minat belajar mereka akan cepat hilang.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 4. Fizikal

2010

Jika pelajar termasuk di dalam kategori ini, pelajar termasuk di kalangan orang yang tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Mereka memerlukan aktiviti dan pergerakkan yang banyak. Semasa mereka belajar, mungkin mereka akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pencil dan seumpamanya. Ada masanya mereka akan ke dapur untuk apa di bawah tudung sajian sambil di tangan mereka ada buku yang mereka baca. Semasa membaca pelajar

mungkin akan membuka tingkap, membuka radio dan mundar-mandir di dalam rumah mereka sehinggakan orang lain tidak menyangka bahawa mereka sedang tekun belajar. Mereka mungkin kelihatan seolah-olah kurang berdisiplin tapi hakikatnya itulah cara suasana mereka belajar. Mereka masih boleh menonton TV dan berbual dengan ahli keluarga yang lain. Sambil menaiki kenderaan mereka mula menghafal rumus, formula dan fakta. Pada masa yang sama mereka mungkin menyampuk perkara yang dibualkan oleh ahli keluarganya. Apabila kereta sampai di destinasi, mereka telahpun mengingat dan menghafal beberapa perkara yang mereka baca tadi

5. Psikologikal Jika pelajar termasuk di dalam kategori ini mereka seharusnya belajar menggunakan segala potensi yang ada dalam dirinya. Terdapat kepelbagaian cara dan gaya mereka mendapatkan maklumat dari pembelajaran mereka. Pelajar belajar secara keseluruhan dan bersifat global. Pelajar menganalisis sesuatu dengan tekun dan membuat reflektif terhadap apa yang telah mereka pelajari. Pelajar juga menggunakan kemampuan kedua-dua otak kiri dan kanan mereka untuk mendapatkan maklumat. Pelajar membaca bermula dari yang asas kepada yang lebih kompleks. Pelajar mengukuhkan konsep kendiri dan ego mereka semasa mereka membaca dan pada masa yang sama banyak
8

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

perkara dan pengalaman yang mereka perolehi dari bacaannya. Sementara maklumat yang mereka baca itu menyerap ke dalam pemikiran, perasaan dan minda bawah sedarnya pada saat itu juga mereka telahpun mendapat suatu kepuasan dari apa yang mereka pelajari. Hasil dari perkara yang pelajar itu baca bukan sahaja dapat memperkayakan minda mereka malah ia dapat menjadikan mereka seorang yang lebih yakin dari segi luaran dan dalaman jiwanya..

2.3.2 Pandangan Cara Belajar Empat Matriks Pandangan ini telah dibina oleh Dr Bernice McCarthy. Beliau telah

membahagikan cara belajar kepada empat golongan pelajar:

1. Imaginatif Jika pelajar termasuk dalam ketegori ini pelajar seharusnya mengamati maklumat secara konkrit dan memproses maklumat secara imaginasi dan berbentuk visual. Mereka selesa dengan pengalaman yang berdasarkan kepada bahan-bahan yang konkrit, pelajar sering mengeluarkan idea dan mudah berinteraksi dengan persekitaran. Mereka belajar dengan menggunakan deria rasa, deria dengar. Mereka juga mudah melontarkan idea dan berkongsi idea tersebut dengan orang lain. Di samping pelajar suka berimaginasi pelajr juga tidak terlepas dari meminati dunia realitynya, khususnya budaya dan kebudayaan . Mereka bertimbang rasa, boleh bekerja dan sukakan hubungan harmonis dengan orang lain. Mereka suka mencipta benda baru dan banyak soalan-soalan mengapa dalam pemikiran mereka.

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 2. Analitikal

2010

Jika pelajar termasuk dalam kategori ini mereka seharusnya suka mengamati maklumat yang berbentuk abstrak dan mempunyai maklumat tersebut secara reflektif. Suka kepada teori dan hipothesis. Anda sering membuat andaianandaian berdasarkan maklumat yang anda perolehi. Anda juga suka kepada perkara-perkara yang berbentuk fakta dan anda mempunyai banyak idea untuk mengembangkan fakta-fakta tersebut. Kebanyakkan pandangan dan corak pemikiran anda berdasarkan kepada pembacaan anda yang mendalam melalui penulisan orang yang pakar. Anda sering menganalisis sesuatu maklumat yang diperolehi dan anda juga berkebolehan untuk membina konsep, dan membina model. Soalan yang selalu berada di dalam fikiran anda ialah apakah.

3. Praktikal Jika anda termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya mempunyai minat untuk mengamati maklumat yang abstrak dan memprosesnya secara aktif. Anda suka belajar sesuatu untuk mencari kegunaannya dan yang dapat member manfaat. Anda suka melakukan sesuatu ujikaji untuk melihat hasil yang memberi faedah kepada manusia. Anda juga sering menggunakan pemikiran yang rasional untuk mencari sebab dan akibat sesuatu perkara. Anda suka kepada maklumat yang praktikal, suka kepada orang yang praktikal dan suka kepada perkara-perkara yang praktikal. Anda tidak mempercayai sesuatu gagasan yang belum dapat dibuktikan. Sebab itulah anda tidak berminat dengan teori atau hipotesis. Jika anda mendapat sesuatu perkara idea utama yang anda lakukan ialah mempraktikkannya. Persoalan yang perting dalam pemikiran anda ialah bagaimanakah

10

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 4. Dinamik

2010

Jika anada termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya suka mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif. Anda tidak suka kepada perkara yang berulang-ulang dan rutin. Anda suka kepada sesuatu yang baru dan suka berkongsi pelbagai idea dengan pelajar lain. Sifat kepelbagaian dan sifat ingin tahunya juga tinggi. Mereka sanggup menerima risiko dan boleh menyesuaikan diri dengan siapa sahaja. Mereka belajar dengan membuat beberapa percubaan dan dengan cara inkuiri. Cuba jaya murupakan kaedah yang sering merekac gunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Persoalan yang penting dalam diri mereka ialah apa yang dapat saya sumbangkan

2.4 BANDING BEZA PENDAPAT TOKOH KEMAHIRAN BELAJAR Belajar merupakan satu tuntutan kepada sumua yang bergelar insan. Apabila seseorang itu berjaya melaksanakan strategi belajarnya dengan efektif serta memperoleh hasil seperti yang dimahukan, maka individu tersebut telah dikategorikan sebagai mencapai kemahiran belajar yang berkesan. Berdasarkan sudut pandangan dan beberapa kajian yang telah saya jalankan dan mengikut pendapat tokoh kemahiran belajar yang saya pilih,terdapat pelbagai pandangan yang mereka kemukakan berkaitan kemahiran belajar. Selain itu, mereka turut mengkelasifikasikan cara belajar mengikut kategori, tetapi terdapat sedikit dari sudut persamaan dan dari sudut perbezaan. Akan tetapi hal ini tidak menjejaskan pandangan mereka berkaitan cara belajar berkesan yang mereka kemukankan.

11

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

Beberapa orang tokoh yang menjadi pilihan saya ialah Dr. Rita Dunn dan Kenneth Dunn. Mereka telah mengemukakan pandangan berkaitan cara belajar melalui pandanag cara belajar Dunn & Dunn. Manakala tokoh yang lain pula ialah Dr. Bernia McCathy yang telah memperkenalkan pandangan cara belajar melalui pandangan cara belajar Empat Matriks.

Antara persamaan yang boleh saya kemukakan serba sedikit ialah persamaan dari sudut tujuan sebenar cara atau gaya seseorang itu menjalani proses pembelajaran oleh tokoh-tokoh tersebut. Kesemua tokoh dan pandangan cara belajar yang mereka kemukakan adalah bersandarkan tujuan mengikut apa yang mereka kaji iaitu cara seseorang itu belajar berdasarkan kesuaian pelajar itu sendiri. Seseorang yang menggunakan cara pembelajaran yang bersesuaian akan menghasilkan kefahaman terhadap apa yang mereka pelajari sama ada sedikit mahupun banyak.

Persamaan lain pula ialah dari segi kategori yang tokoh-tokoh kemahiran belajar kemukakankan . Antara unsur persamaan yang terdapat dalam cara belajar Dunn & Dunn iaitu kategori sosiologikal dan dalaml cara belajar Empat matriks yang mengikut kategori iaitu imaginatif. Unsur persamaan yang boleh saya katakan ialah jika seseorang yang termasuk dalam cara belajar seperti ini, mereka suka melontarkan pendapat atau idea dengan berkongsi dengan orang lain.

Persamaan cara belajar Dunn & Dunn mengikut kategori suasana persekitaran dan cara belajar Empat Matriks dari segi golongan pelajar iaitu imaginatif. Apa yang boleh saya perkatakan ialah mereka yang tergolong dalam
12

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

cara belajar jenis ini, mereka mudah berinteraksi dengan persekitaran. Ini bermakna mereka lebih suka akan tepat yang tenang dengan menggunakan deria rasa dan pendengaran untuk menjadi tempat sumber mendapatkan maklumat.

Selain itu, terdapat juga unsur ketidaksamaan pandangan tokoh terhadap cara belajar. Menurut Dr. Rita Dunn dan Kenneth Dunn cara belajar terbahagi kepada lima suasana iaitu persekitaran, emosi, sosiologikal,fizikal dan psikologikal. Manakala menurut pandangan Dr. Bernice McCarthy, beliau mengkelasifikasikan cara belajar kepada empat golongan pelajar iaitu imaginatif, analitikal, praktikal dan dinamik.

Perbezaan lain pula berdasarkan dari segi bagaimana cara belajar tersebut dilaksanakan.Misalnya berdasarkan pandangan cara belajar Dunn & Dunn lebih tertumpu kepada cara belajar secara berkumpulan. Berdasarkan model cara belajar ini juga menjelaskan bahawa keadaan sekeliling turut menjadi peranan utama dalam proses belajar. Manakala cara belajar empat matriks lebih kepada cara belajar secara individu. Cara belajar ini pula tidak menjurus kepada keadaan sekeliling tetapi lebih berfokus kepada diri pelajar itu sendiri yang menjadi peranan utama.

13

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 3.0 ULASAN KRITIS TERHADAP PANDANGAN TOKOH.

2010

Berdasarkan sudut pandang dan beberapa kajian serta rujukan yang telah dijalankan,saya telah mendapati bahawa kemahiran belajar dapat ditakrifkan sebagai bagaimana seseorang individu itu merancang usahanya untuk berjaya dan dapat melaksanakan usahanya itu dengan cekap dan mahir. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh berkaitan paandanganpandangan yang mereka kemukakan. Bukan mudah untuk menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya tiada perancangan dan gaya dan cara pembelajaran yang berkesan dan betul.Terdapat beberapa cara yang telah dikemukakan oleh tokoh kemahiran belajar melalui Dr. Rita Dunn dan Kenneth Dunn serta Dr. Bernice McCarthy.

Menurut Dr. Rita Dunn dan Kenneth Dunn, mereka telah memberikan pendapat berkaitan cara belajar yang lebih dikenali sebagai cara belajar Dunn & Dunn. Mereka telah mengkelasifikasikakan cara belajar terbahagi kepada lima suasana iaitu persekitaran, emosi, sosiologikal, fizikal dan psikologikal.

Tidak boleh dinafikan dan saya bersetuju dengan kesemua pandangan menurut cara belajar Dunn & Dunn yang kemukakan. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai gaya atau cara belajar tersendiri. Cara belajar yang pertama dalam cara belajar Dunn & Dunn ialah dari segi persekitaran. Cara belajar bedasarkan kategori ini didefinisikan bahawa belajar dalam keadaan yang selesa dan dalam suasana yang yang tenang dan aman. Papa pendapat saya, saya menyokong dengan apa yang diperkatakan kerana untuk menumpukan perhatian terhadao sesuatu yang dipelajari hendaklah dalam persekitaran yang aman,selesa dan tenteram.Tidak mungkin seseorang itu boleh menumpukan perhatiannya apa yang dipelajari dalam suasana yang hiruk-pikuk yang dan keadaan yang tidak selesa.
14

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

Cara belajar yang kedua pula ialah dari segi emosi. Hal ini bermaksud seseorang itu mempunyai satu dorongan yang kuat untuk belajar seperti dorongan dari keluarga dan rakan-rakan. Emosi seseorang itu perlu sentiasa dirangsang untuk mendapatkan dorongan belajar. Emosi perlu sentiasa dirangsang untuk mendapatkan dorongan belajar.Peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan semuannya memberi makna kepadanya untuk meningkatkan lagi minat pelajar itu dalam perkara yang

dipelajari.Jelaslah bahawa emosi memainkan peranan untuk seseorang itu mempunayai dorongan yang kuat untuk belajar.

Selain itu, suasana belajar yang seterusnya ialah dari segi sosiologikal. Sosiologikal bermaksud mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar dan kurang selesa untuk belajar sendirian. Saya menyukung cara ini kerana cara belajar yang dilakukan secara berkumpulan lebih berkesan berbanding secara bersendirian.Ha ini membolehkan proses bertukar-tukar pendapat dan idea berlaku.

Cara belajar yang keempat

dalam

menurut pandangan cara belajar

Dunn & Dunn ialah dari segi fizikal. Ini bermaksud bahawa seseorang yang dalam kalangan yang tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Sebagai contoh semasa belajar mungkin seseorang itu akn melukis sesuatu, bangun mengambil air ,pen dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa cara belajar ini sememangnya berlaku dalam proses pembelajaran.

Seterusnya suasana cara belajar dari segi psilologikal. Ini bermaksud belajar menggunakan segala potensi yang ada dalam diri sendiri. Saya bersetuju
15

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

dengan cara ini kerana tidak semua orang suka belajar secara berkumpulan dan mereka lebih suka belajar secara sendirian dan munggunakan kemampuan otak kiri dan kanan untuk mendapatkan maklumat.

Tambahan lagi, saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dr Bernice McCarthy. Beliau telah membahagikan cara belajar kepada empat golongan pelajar iaitu imaginatif, analitikal, praktikal dan dinamik.

Anatara faktor yang mendorong saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh ini kerana beliau telah mengkelasifikasikan cara belajar seseorang itu mengikut golongan pelajar. Hal ini kerana setiap pelajar itu berbeza cara mereka belajar mengikut cara pemprosesan maklumat yang mereka lakukan.Sebagai contohnya, golongan pelajar imaginatif bermakna mengamati maklumat secara konkrit dan memproses maklumat secara imaginasi dan berbentuk visual. Selain itu, golongan pelajar yang seterusnya ialah analitif. Golongan pelajar jenis ini lebih suka mengamati maklumat yang berbentuk abstrak dan memproses maklumat tersebut secara reflektif. Manakala golongan pelajar praktikal pula ialah mempunyai minat untuk mengamati maklumat yang abstrak dan memprosesnya secara aktif. Cara belajar golongan pelajar yang terakhir pula ialah dinamik suka mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif.

Konklusinya, kecermerlangan seseorang pelajar itu bergantung kepada cara atau gaya pembelajaran yang mereka gunakan. Sekiranya mereka serasi dengan cara belajar yang mereka gunakan maka hasilnya mereka lebih mudah memahami dan mengaplikasikan apa yang mereka pelajari.

16

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

4.0 CADANGAN MENAMBAHBAIKAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN. Hasil daripada rumusan serta perbincangan, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan gaya pembelajaran pelajar. Terdapat beberapa cadangan yang telah dikenal pasti bagi menambahbaikan kemahirab belajar berkesan.

Antara cadangan saya ialah mengeksplotasikan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap gaya pembelajaran. Sekiranya pelajar mengamalkan gaya belajar Imaginatif, maka pelajar itu seharusnya mengamati maklumat secara konkrit dan memproses maklumat secara imaginasi dan berbentuk visual. Pelajar itu mestilah selesa dengan pengalaman yang berdasarkan kepada bahan-bahan yang konkrit, anda sering mengeluarkan idea dan mudah berinteraksi dengan persekitaran. Jika pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Analitikal, maka

seharusnya mereka suka mengamati maklumat yang berbentuk abstrak dan mempunyai maklumat tersebut secara reflektif. Suka kepada teori dan hipothesis. Sering membuat andaian-andaian berdasarkan maklumat yang anda perolehi. Manakala, jika pelajar itu mengamalkan gaya pembelajaran Praktikal, maka seharusnya mempunyai minat untuk mengamati maklumat yang abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka juga suka belajar sesuatu untuk mencari kegunaannya dan yang dapat member manfaat. Begitu juga, sekiranya pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Dinamik, maka seharusnya mereka suka mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif. Pelajar juga tidak suka kepada perkara yang berulang-ulang dan rutin. Suka kepada sesuatu yang baru dan suka berkongsi pelbagai idea dengan pelajar lain

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran para pendidik perlu menghasilkan komunikasi yang jelas dan tegas tetapi fleksibel.Perkara ini begitu penting bertujuan menarik perhatian dan tumpuan para pelajar berkaitan apa yang guru sampaikan. Kebanyakan pelajar tumpuan mereka mudah beralih memikirkan sesuatu yang tiada kaitan dengan pelajaran. Maka sebagai seorang
17

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR

2010

guru yang menggunakan teknik pengajaran yang berkesan pasti dapat menarik minat para pelajaran supaya sentiasa tertumpu kepada apa yang beliau sampaikan. Sebagai contoh membuat sedikit jenaka agar pelajar berasa gembira dan akan sentiasa fokus dengan apa yang diajarkan serta diselangi dengan sesuatu yang menghiburkan seperti sedikit tayangan video. Sekiranya proses pengajaran dijalankan dalam suasana yang perlahan dan terlalu berlemah lembut hal ini akan membuatkan lebih mudah fikiran pelajar melayang memikirkan sesuatu yang lain.

Menerapkan kaedah di mana pelajar mencari penyelesaiannya sendiri dan memberi peluang kepada pelajar memberi idea atau penemuan-penemuan baru. Kaedah ini membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam proses pembelajarannya. Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengenal pasti sama ada gaya belajar yang selama ini mereka gunakan berkesan atau pun tidak. Jika gaya gaya

belajar yang mereka gunakan selama ini tidak efektif maka mereka boleh beralih kepada gaya belajar yang lain.

Pelajar perlu diberikan tugasan dalam bentuk praktikal kerana kaedah ini dapat membimbing pelajar dalam mengaitkan konsep dan teori yang dipelajari dengan aplikasi sebenar. Pelajar juga berpeluang menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sekiranya tugasan diberikan dalam bentuk praktikal. Secara tidak langsung dengan cara begini menberi pengalam kepada pelajar semasa menjalankan tugasan tersebut.

Pendidik dan pelajar digalakkan mengenal dan memahami gaya pembelajaran sendiri, di samping gaya pembelajaran individu lain. Cara ini membolehkan pelajar mengenal pasti adakah cara gaya belajar mereka memberi impak yang maksima atau pun tidak.
18

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR 5.0 RUMUSAN

2010

Secara keseluruhannya kemahiran belajar amat penting kepada setiap pelajar kerana dapat meningkatkan maklumat dan mengubah seorang pelajar yang biasa menjadi pelajar yang luar biasa dan dapat meluarbiasakan orang di sekelilingnya. Untuk mendapatkan pelbagai maklumat, individu tersebut haruslah mengambil sebanyak mungkin maklumat dari pelbagai sumber. Kemahiran belajar yang berkesan mempunyai aspek yang perlu dipraktikan oleh seseorang pelajar mahupun individu lain. Aspek yang diperkatakan ialah aspek kemahiran dalam mengurus masa,kemahiran

mendengar,kemahiran membaca,kemahiran mencatat nota,kemahiran dalam membuat rujukan serta kemahiran untuk menghadapi peperiksaan. Aspek-aspek seperti ini merupakan kemahiran belajar untuk menjadi seseorang itu lebih berdisiplin dari segi pembelajarannya dan kecemerlangan akademiknya. Pengkaji barat iaitu Dr. Bernice McCarthy menyatakan terdapat empat jenis cara belajar. Cara belajar tersebut telah membezakan para pelajar dari aspek cara cara memperoleh maklumat dan cara memproses maklumat seseorang individu itu. Cara belajar ini membolehkan seseorang individu tersebut tergolong dalam kategori apa sebagai contoh jenis cara belajar imaginatif atau praktikal. Dengan itu mereka boleh mengetahui jenis gaya apa mereka gunakan selama ini dan mencuba untuk menambah kemahiran mereka dengan lebih baik. Justeru, dapatlah dikaitkan bahawa kemahiran belajar yang berkesan amatlah penting untuk mencapai sesuatu tujuan dan matlamat yang hendak dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Sekiranya seseorang individu itu merasakan dia telah melakukan yang terbaik tetapi masih gagal memperoleh keputusan yang memuaskan, maka dia sebenarnya tidak mempunyai kemahiran belajar yang berkesan. Sebagai cara altenalif, pelajar tersebut boleh mencuba beralih kepada cara belajar yang lain yang mungkin lebih bersesuaian dengan dirinya.
19

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR REFLEKSI

2010

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing terutamanya Mohd Zaki bin Ab. Rahim kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sabar. Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dihuraikan seperti pengertian dan

kepentingan kemahiran belajar dari pelbagai sumber. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dan lebih memahami jenis-jenis sumber sama ada dari segi media atau seumpamanya yang boleh digunakan dalam proses

pembelajaran.Kesemua tajuk ini mempunyai pelbagai cabang pula yang harus saya hurai. Selain itu, terdapat beberapa masalah untuk mendapatkan sumber maklumat seperti buku rujukan di perpustakaan.Hal ini kerana kuantiti buku tersebut yang sedikit menjadikan kesemua bahan rujukan telah habis dipinjam oleh pelajar lain.Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa tajuk yang perlu saya hurai, tidak jelas dinyatakan dalam buku rujukan, jadi saya telah menggunakan inisiatif lain iaitu mencari maklumat di dalam internet. Akan tetapi kadang kala rangkaian internet turut mengalami kusukaran untuk saya mendapatkan isyaratnya. Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat mengenai sumber media yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan sumber manusia yang berautoriti, saya dapati pelbagai kandungan dan pendapat yang berbeza tidak kira di dalam buku mahupun di internet. Justeru saya telah menggabungkan pelbagai sumber dalam proses menyiapkan tugasan ini.

20

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR BIBLIOGRAFI

2010

Buku Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mohd.Majid

Konting

(1990).

Kaedah

Penyelidikan

Pendidikan.

Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidkikan Malaysia.

Mohd.Najib Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan . Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Ramlan Hamzah, Lily Mastura Harun,2005. Kemahiran Belajar Untuk Kursus Persediaan Ijazah Muda Pendidikan, Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman.

Laman Sesawang juiptri@tm.net.my www.coun.univac.ca/learn www.isd77.k12.mn.us/resources www.sdc.uwo.ca/learning www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html www.uni.edu/walsh/linda7.html

21

You might also like