Biodata Orang Kaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Maklumat peribadi

Nama penuh

Khairul Fahmi bin Che Mat

Tarikh lahir

7 Januari 1989 (24 tahun)

Tempat lahir

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tinggi

1.73 m (5 ka 818 in)

Posisi permainan

Penjaga gol

Maklumat kelab

Kelab terkini

Kelantan FA

Nombor

19

Kerjaya remaja

2006

Kelantan FA (Piala Presiden)

Kerjaya senior*

Tahun

Pasukan

Kmncln

(Gol)

2008-2009

Harimau Muda

26

(0)

2009-kini

Kelantan FA

129

(0)

Pasukan kebangsaan

2010-2012

Malaysia B-23

28

(0)

2010-kini

Malaysia

16

(0)

* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 Ogos 2012. Kemunculan (Gol). Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 26 November 2012

Khairul Fahmi Che Mat (dikenali sebagai Hap) (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagaipenjaga gol[1] yang bermain untuk Kelantan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki. Ia menjadi penyokong rancangan di bulan Ramadhan berbentuk komedi lawak "Waktunya Kita Sahur" yang dipersembahkan oleh Bentoel Biru

Latar belakang
Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang. Bapanya, Che Mat Hussein dikenali sebagai 'Che Su'. Khairul Fahmi belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar(kini dikenali Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.

Pencapaian
Kelantan FA
Tahun Pertandingan Pasukan Catatan

2009

Piala FA

Kelantan FA

Naib Juara

Piala Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara

2010

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara (Format Liga)

Piala Malaysia

Kelantan FA

Juara

2011

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Juara

Piala FA

Kelantan FA

Naib Juara

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Juara (Format Liga)

2012

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Naib Juara

Piala FA

Kelantan FA

Juara

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Juara (Format Liga)

Piala Malaysia

Kelantan FA

Juara

2013

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Naib Juara

Piala FA

Kelantan FA

Juara

Piala Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara

Malaysia

Piala Suzuki AFF 2010 : Juara Sukan SEA 2011 - Bola Sepak : Pingat Emas

Anugerah
Khairul Fahmi menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012.[

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan


Musim Kategori

2013

Penjaga Gol Terbaik

[6]

2012

Penjaga Gol Terbaik

[7]

2011

Penjaga Gol Terbaik

[8]

2010

Penjaga Gol Terbaik

2010

Pemain Muda Terbaik

Mohd Badhri Mohd Radzi

Mohd Badhri Mohd Radzi

Maklumat peribadi

Nama penuh

Mohd Badhri Mohd Radzi

Tarikh lahir

02 Jun 1982 (31 tahun)

Tempat lahir

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tinggi

1.73 m (5 ka 818 in)

Posisi permainan

Tengah

Maklumat kelab

Kelab terkini

Kelantan FA

Nombor

16

Kerjaya remaja

2002-2004

Piala Presiden Kelantan

Kerjaya senior*

Tahun

Pasukan

Kmncln

(Gol)

2004-2005

Kelantan FA

34

(15)

2005-2007

PDRM FA

21

(8)

2007-

Kelantan FA

100

(47)

Pasukan kebangsaan

2013

Malaysia

(0)

* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga April 4, 2012. Kemunculan (Gol). Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Mac, 2013

Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagaiPiya sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaituKelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak. Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol. Pemain yang dilahirkan pada 02 Jun 1982 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menyumbat gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadikannya sebagai sejarah untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya. Badhri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badhri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

Pencapaian
Tahun Pertandingan Pasukan Catatan

2009

Piala FA

Kelantan FA

Naib Juara

Piala Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara

2010

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara (Format Liga)

Piala Malaysia

Kelantan FA

Juara

2011

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Juara

Piala FA

Kelantan FA

Naib Juara

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Juara (Format Liga)

2012

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Naib Juara

Piala FA

Kelantan FA

Juara

Liga Super Malaysia

Kelantan FA

Juara (Format Liga)

Piala Malaysia

Kelantan FA

Juara

2013

Piala Sumbangsih

Kelantan FA

Naib Juara

Piala FA

Kelantan FA

Juara

Piala Malaysia

Kelantan FA

Naib Juara

Anugerah
Badhri Radzi menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan


Musim Kategori

2013

Pemain Paling Bernilai

2013

Pemain Tengah Terbaik

Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok Hock Nien Info kelahiran 6 Oktober 1923 (90 tahun) Johor Bahru, Johor, Malaysia Hong Kong taek Bangsa Han Malaysia Pengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain US$ 12.5 bilion (anggaran) (Mac 2011) Ho Poh Lin, lapan

Tempat tinggal Nama lain Etnik Kerakyatan Pekerjaan Nilai harta kekayaan Pasangan Anak

Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: Cina Tradisional, pinyin: Gu Hnin) (lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk

kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok. Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula,

pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.[1]

Tatparanandam Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan Info kelahiran 1 April 1938 (75 tahun) Kuala Lumpur, Malaysia Pemilik tunggal "Pacific States Investment Ltd" Pengerusi "Usaha Tegas Group Holdings Bhd" Nilai harta kekayaan Agama Anak $9.6 billion (2011)

Pekerjaan

Buddha 3

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknyaminyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.

Masa muda
Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap. Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Kerjaya
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda). Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan dengan tokoh-tokoh politik


Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkanSemangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996. Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Empayar multimedia
Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk: Maxis Communications Berhad (Maxis) Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) - hak milik sebanyak 91% Astro All Asia Networks Plc

Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%) Bumi Armada Berhad Objektif Bersatu Sdn Berhad - hak milik sebanyak 49% Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong - hak milik sebanyak 100%

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%. Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers. Pada tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerjapekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya. Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.

You might also like