Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ARU BARU, D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH LAWAS, WISMA PERSEKUTUAN, TINGKAT BAWAH, 98850, LAWAS,

SARAWAK. Tarikh Fasilitator LINUS, Pejabat Pelajaran Daerah Lawas, Wisma Persekutuan, Tingkat Bawah, 98850, Lawas, Sarawak. Tuan/Puan, MENJEMPUT PENCERAMAH UNTUK PROGRAM PRO KASIH S.K ARU BARU Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan suka citanya dimaklumkan bahawa S.K Aru Baru akan mengadakan sebuah program orientasi Pemulihan (Kamar Sinar Harapan) & LINUS kepada ibubapa seperti butiran berikut : Nama program Tarikh Tempat Masa : Program Orientasi Kamar Sinar Harapan (PRO KASIH) : 29 Januari 2014 (Rabu) : Makmal Komputer S.K Aru Baru, Lawas. : 9.00 pagi-12.00 tengahari : 24 Januari 2014

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk memberikan ceramah tentang program Pemulihan, LINUS & PROTIM kepada peserta yang terdiri daripada ibu bapa murid bagi mendedahkan ibubapa akan peranan masing-masing dalam membantu guru meningkatkan prestasi anak mereka setelah tamat sesi persekolahan.. Bersama-sama dengan ini, disertakan tentatif program pada tarikh yang tertera untuk rujukan pihak tuan. 4. Sebarang maklumat lanjut, tuan boleh berhubung secara terus dengan pengarah program atau setiausaha kami seperti di bawah : Pengarah program : Zakhiruddin bin Zainol (019-4778368) Setiausaha : Jhowiezacheus Anak John (017-8088103) 5. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih. Sekian, BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ................................................ (AWG. MORNI BIN HJ. MUDA) Guru Besar, S.K Aru Baru, Lawas.

You might also like