Contoh Soalaan Pengukuran

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 1: Latihan 1.1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Pengujian ialah proses mengukur pencapaian pelajar yang dilakukan secara ujian bertulis/ lisan. Pengukuran ialah proses mengukur pencapaian pelajar yang meliputi pelbagai kaedah, seperti pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Penilaian ialah proses menafsir hasil pengukuran untuk menentukan pencapaian pelajar, seperti gred atau punca kelemahan pelajar.

Latihan 1.2
(a) Skala nominal (b) Skala ordinal (c) Skala sela (d) Skala nominal

Latihan 1.3
(a) Pengujian menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran melalui ujian bertulis/lisan, dibuat selepas satu pembelajaran atau beberapa pembelajaran. menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran melalui pelbagai penaksiran seperti ujian bertulis/lisan, pemerhatian; dibuat selepas satu pembelajaran atau beberapa pembelajaran. memberikan pencapaian pelajar, kesesuaian objektif pelajaran, kaedah pengajaran dan kesesuaian kurikulum secara keseluruhan, mengesan kelemahan pelajar dan membuat ramalan pencapaian pelajar.

(b) Pengukuran

(c) Penilaian

UJIAN 1
1. Penilaian berupaya mengesan kelemahan pelajar dan guru boleh mengubah pendekatan/ kaedah pengajaran dan pelajar boleh mnegubah pendekatan/kaedah belajar supaya pelajar mencapai kejayaan yang optimum. Skala nominal, skala ordinal, skala sela dan skala nisbah. Proses penilaian dijalankan di bilik darjah bagi tujuan mengesan kelemahan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan kelemahan pelajar. Penilaian juga dibuat bertujuan untuk memberikan pengiktirafan terhadap pencapaian atau kedudukan yang diperolehi pelajar dengan memberikan gred, hadiah atau sijil.

2. 3.

UJIAN 2
Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutalak. (a) Skala adalah angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.

OUM

179

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

(b) Nilai pemeringkatan bermaksud ukuran/data boleh disusun mengikut nilai kategori/ kelas, sama ada daripada terrendah kepada tertinggi atau daripada lemah kepada cemerlang. Nilai mutlak bermaksud angka 0 boleh ditafsirkan sebagai bernilai kosong. (c) Contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah ialah jumlah jam belajar. Dari segi nilai pemeringkatan, pelajar yang belajar 15 jam seminggu adalah lebih lama belajar daripada pelajar yang belajar 10 jam seminggu. Dari segi nila perbezaan pula, perbezaan masa belajar antara 15 jam seminggu dengan 10 jam seminggu (beza 5 jam) adalah sama dengan perbezaan belajar antara 20 jam seminggu dengan 15 jam seminggu (beza 5 jam). Akhirnya, dari segi nilai mutlak, pelajar yang belajar 0 jam seminggu bermaksud pelajar ini langsung tidak belajar.

TOPIK 2: Latihan 2.1

OBJEKTIF PENGAJARAN

Objektif Kognitif Pengetahuan Kefahaman Aplikasi

Kata Kerja yang Sesuai Takrifkan, huraikan, lablkan, padankan, namakan, nyatakan Bezakan, anggarkan, terangkan, berikan contoh, tulis semula, rumuskan Kirakan, tunjukkan, laksanakan, sediakan, kaitkan, selesaikan, gunakan

Latihan 2.2
Objektif Kognitif Analisis Sintesis Penilaian Kata Kerja yang Sesuai Analisiskan, kesan, kenal pasti, bezakan, bandingkan, kategorikan Kelaskan, satukan, gubahkan, bentukan, huraikan, rancangkan, tulis semula, bandingkan Ulaskan, kritikan, nilaikan, sejauh manakah

Latihan 2.3
Objektif Afektif Penerimaan Gerak Balas Penilaian Kata Kerja yang Sesuai Pilih, terangkan, berikan, kenal pasti, namakan Selesaikan, terangkan, bezakan, cadangkan, laporkan Tunjukkan, bezakan, amalkan, cadangkan, selesaikan, gunakan

Latihan 2.4
Objektif Afektif Organisasi Perwatakan Kata Kerja yang Sesuai Ubah suaikan, susun, satukan, bandingkan, selesaikan, kenal pasti, sediakan, kaitkan Tunjukkan, bezakan, amalkan, cadangkan, selesaikan, gunakan.

180

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

Latihan 2.5
Objektif Psikomotor Pengetahuan Persepsi Persediaan Pergerakan Terkawal Kata Kerja yang Sesuai Takrifkan, huraikan, lablkan, padankan, namakan, nyatakan Dapat menjelaskan, dapat melukis, dapat membayangkan. Dapat menjelaskan secara terperinci, dapat mengingat cara, dapat membetulkan cara. Dapat melakukan, dapat menunjukkan, dapat mengawal pergerakan.

Pergerakan Mekanistik Dapat meniru pergerakan, dapat melakukan gerakan dengan baik, dapat membetulkan gerakan kawan.

Latihan 2.6
Objektif Psikomotor Pergerakan Kompleks Pergerakan Suaian Pergerakan Ciptaan Kata Kerja yang Sesuai Dapat melakukan gerakan dengan cekap, dapat lakukan gerakan dengan licin, dapat lakukan gerakan secara automatik. Dapat melakukan gerakan dengan licin dalam keadaan yang berbeza. Dapat melakukan gerakan baru dalam keadaan tertentu, dapat melakukan gerakan dengan gaya tersendiri.

UJIAN 1
(a) Penilaian dibuat menggunakan hasil daripada ujian, sementara ujian pula terdiri daripada soalan yang dibina berpandukan kepada objektif pengajaran. Justeru, penilaian yang terhasil adalah berkait rapat dengan objektif pengajaran. (b) Tiga (3) peringkat objektif Domain Afektif ialah tiga daripada yang berikut: Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. (c) Analisis bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antaranya.

UJIAN 2
(a) Domain Sosial melibatkan perkembangan hubungan/tingkah laku sosial pelajar. (b) Tiga daripada lapan peringkat berikut: (i) (ii) Berhubung iaitu menunjukkan tingkah laku membuat kontak Berkomunikasi iaitu memberi atau menerima mesej

(iii) Melibatkan diri iaitu mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan (iv) Berunding iaitu berbincang dengan ahli-ahli kumpulan (v) Berkerjasama iaitu berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan (vi) Menghakim iaitu bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan (vii) Memulakan iaitu memulakan aktiviti berkumpulan yang baru (viii) Menukar iaitu menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan.

OUM

181

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

(c) Tiga tingkah laku hubungan sosial "gotong-royong di taman perumahan" daripada lapan peringakat berikut: (i) Berhubung - menghadiri mesyuarat penduduk (membuat kontak) (ii) Berkomunikasi - memperkenalkan diri (memberi mesej) (ii) Melibatkan diri - memberi pendapat tentang taman (mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan) (iv) Berunding - mencadangkan gotong-royong taman (berbincang dengan ahli-ahli kumpulan) (v) Berkerjasama - hadir dalam aktiviti gotong-royong (bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan) (vi) Menghakim - menjelaskan kepentingan gotong-royong kepada ahli-ahli yang tidak setuju (mendamaikan keadaan) (vii) Memulakan - membersihkan kawasan hutan yang terbiar (memulakan aktiviti berkumpulan yang baru) (viii) Menukar - penduduk menghayat gaya hidup yang bersih (menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan).

TOPIK 3:

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Latihan 3.1
Tujuan ujian pencapaian ialah mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar guru; sementara tujuan ujian kecerdasan ialah mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.

Latihan 3.2
Guru boleh menggunakan maklumat yang diperoleh daripada ujian dan penialain untuk memberi gred pencapaian/laporan, mengadakan aktiviti pemulihan/pengayaan, mengubah pendekatan/kaedah pengajaran atau mengubah suai kurikulum.

Latihan 3.3
Ujian diagnostik boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria sebab ujian ini terdiri daripada soalan-soalan untuk mengenal pasti masalah pelajar dan punca-puncanya. Pembinaan soalansoalan ini perlu berpandukan kepada kriteria tertentu.

Latihan 3.4
Ujian formatif boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria sebab ujian ini terdiri daripada soalan-soalan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk. Pembinaan soalan-soalan ini perlu berpandukan kepada kriteria tertentu.

Latihan 3.5
Hasil daripada ujian sumatif digunakan untuk membuat Penilaian Sumatif. Ujian pencapaian boleh dianggapkan sebagai ujian sumatif sebab ujian ini meliputi semua tajuk yang telah diajar dan dibuat pada penghujung penggal atau akhir tahun persekolahan.

182

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

Latihan 3.6
Guru membuat laporan pencapaian akademik pelajar, yang mana, dalam laporan ini guru biasanya menasihat pelajar dan ibu bapa tentang cara untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, yang memerlukan kepakaran guru dalam bidang pembelajaran.

UJIAN 1
1. Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang yang hasilnya boleh digunakan untuk seseorang memilih bidang pengajian yang sesuai baginya. Ujian kecerdasan tidak boleh dianggap sebagai ujian sumatif, sebab ujian ini tidak mengikut sukatan pelajaran sekolah. Ujian sumatif ialah ujian yang diadakan pada akhir sesi pengajaran mengikut sukatan pelajaran sekolah. Keadaan yang menyebabkan penilaian potfolio idak sah ialah hasil kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja tersebut bukan karya asli pelajar, atau penilainya bukan pakar dalam aspek yang hendak dinilai.

2.

3.

UJIAN 2
1. 2. Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan, memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar; dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran. Bagi tujuan pemulihan, prosedur membina soalan ujian ialah seperti berikut: (i) (ii) Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji. Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut.

3.

(iii) Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen-elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan. (iv) Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

OUM

183

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

TOPIK 4:

PEMBINAAN ITEM UJIAN

Latihan 4.1
Jawapan terbuka. Sila lihat Tajuk 2 untuk menentukan Objektif Pengajaran.

Latihan 4.2
Jawapan terbuka. Sila lihat Contoh JPU (4.1.3) sebagai panduan.

Latihan 4.3
Jawapan terbuka. Sila lihat Langkah Am Penyediaan Item Ujian.sebagai panduan.

Latihan 4.4
Beri dua (2) markah, sebab soalan ini melibatkan dua (2) pernyataan.

Latihan 4.5
Item ujian objektif lebih sesuai untuk mengukur objektif pengajaran peringkat rendah, sementara item ujian subjektif lebih sesuai untuk mengukur objektif pengajaran peringkat tinggi. Contoh item objektif dan subjektif diberikan dalam modul.

Latihan 4.6
Contoh 2 lebih objektif sebab penjelasan tentang "bagaimana iris membantu kita melihat" adalah lebih spesifik, berbanding dengan penjelasan tentang "bila seseorang pelatih itu dikurniakan warna-warna tali pinggang tae kwan do".

Latihan 4.7
Jawapan terbuka. Sila lihat bahagian "Kelebihan dan Kekangan Antara Jenis Item Ujian" sebagai panduan.

UJIAN 1
1. 2. 3. 4. Sel JPU mengandungi bilangan soalan mengikut tajuk dan objektif pengajaran. Sila lihat bahagian "Kepentingan JPU". Item objektif ialah item yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik. Lagi luas persampelan soalan lagi tinggi kesahannya.

UJIAN 2
(a) Soalan esei berjawapan pendek ialah soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) dan ia memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.

184

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

(b) Kekuatan soalan bentuk ini ialah ia dapat mengurangkan tekaan, sampel kandungan yang meluas serta mudah dan cepat dibina. Kekangannya ialah soalan hanya dapat mengukur kebolehan tahap rendah, tidak boleh diperiksa oleh mesin dan pemeriksa perlu banyak membuat pertimbangan semasa memeriksa jawapan. Contoh soalan ini ialah Soalan (a) dan (b) itu sendiri. Dari segi kekuatan, kedua-dua soalan ini mudah dan cepat dibina, dapat mengurangkan tekaan dan soalan-soalan berjawapan pendek ini membenarkan kita bertanya banyak soalan, yang memberikan sampel soalan yang luas. Dari segi kekangan, soalan-soalan ini hanya mengukur objektif yang rendah (definisi, kekuatan, kekangan), jawapanya tidak boleh diperiksa oleh mesin dan pemeriksa perlu membuat pertimbangan semasa memeriksa jawapan, terutama dari segi ketepatan definisi, kekuatan dan kekangan.

TOPIK 5: Latihan 5.1

KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN

Indeks kesukaran Item A = 50/80 = 0.62. Indeks kesukaran Item B = 20/40 = 0.50. Item B lebih sukar daripada Item A.

Latihan 5.2
Jumlah markah = 3 + 2 + 4 + 2 + 5 = 16. Markah purata = 16/5 = 3.20. Julat markah penuh = 5 1 = 4. Indeks kesukaran = 3.2/4 = 0.80. Item ini mudah.

Latihan 5.3
Indeks diskriminasi= (RU RL ) (2040) 20 = ==0.40 (1/2T(L+U) [1/2 (50+50) 50

Item ini tidak sesuai sebab indeks diskriminasinya negatif, iaitu ramai pelajar pandai tidak dapat menjawab item ini, sebaliknya, ramai pelajar lemah dapat menjawabnya.

Latihan 5.4
Indeks ketekalan dalaman keseluruhan ujian:
rSB = [2r1/2 1/2 ] [ ( 2 ) 0.80)] [1.60] = = =0.88 [1+r1/2 1/2 ] [1+0.80] [1.80]

Latihan 5.5
Apabila ujian dipendekkan kepada separuh, K = .
rSB = [Kr] [(1/2)(0.80)] [0.40] [0.40] [0.40] = = = = =0.66 [1+(K1)r] [1+(1/21)(0.80)] [1+(1/2)(0.80)] [10.4] [0.06]

OUM

185

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

Latihan 5.6
Dalam soalan ini, nilai x = 9 (skor Ujian A). Nilai y (skor Ujian B) boleh dikira dengan menggantikan nilai x dalam persamaan regresi yang diberikan, iaitu: y = 10 x 5 = (10)(9) 5 = 90 5 = 85.

UJIAN 1
1. Item dan soalan sebenarnya sama. Item dan soalan boleh digunakan untuk alat ukuran berbentuk ujian. Bagi alat ukuran lain, seperti alat ukuran sikap, istilah "soalan" tidak sesuai digunakan, tetapi istilah "item" adalah lebih sesuai. Indeks kesukuran item ialah ukuran aras kesukaran sesuatu item, iaitu nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah calon, atau markah purata dibahagikan dengan julat markah penuh. Kesahan konstruk bermaksud sejauh mana sesuatu ujian itu dapat mengukur konstruk tertentu.

2.

3.

UJIAN 2
(a) Indeks diskriminasi ialah Indeks yang dihasilkan oleh sesuatu item untuk mengukur perbezaan keupayaan pelajar, iaitu nisbah pelajar pandai yang menjawab dengan betul ditolak nisbah pelajar lemah yang menjawab soalan dengan betul. (b) Dua (2) tujuan mendiskriminasikan pelajar dalam ujian: (i) memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji; dan (ii) mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu. (c) Pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi dijelaskan di bawah.
Kategori Pelajar Lemah Sederhana Pandai Jumlah A 8 12 2 22 B* 9 20 23 52 C 6 8 1 15 D 4 6 1 11 Jumlah 27 46 27 100

Indeks kesukaran (p )=

Bilangan calon yang memberi jawapan betul 52 = =0.50 Jumlah calon yang menjawab 100
(RU RL ) (239) 14 14 = = = =0.51 (1/2T(L+U) [1/2 (27+27)] [1/2 54] 27

Indeks diskriminasi (d)=

Item ini didapati sederhana sukar (p = 0.52) dan mempunyai indeks diskriminasi yang sangat baik (d = 0.51). Justeru, kita boleh anggapkan item ini sebagai baik untuk ujian pencapaian.

186

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 6: Latihan 6.1


0 3 5 6 7

STATISTIK ASAS

1 3 5 6 7

1 4 5 6 7

2 4 5 6 8

2 4 5 6 8

2 4 5 6 8

2 4 5 6 8

3 4 5 7 9

3 4 5 7 9

3 5 6 7 10

Latihan 6.2
Kita hanya menggunakan nilai tengah kelas (purata nilai bawah dan nilai atas) untuk mengganti data mentah/asal semasa mengira min. Oleh sebab nilai tengah ini tidak setepat nilai asal, maka min yang diperoleh juga tidak tepat.

Latihan 6.3
Populasi ialah semua pelajar tahun 6 di negeri tertentu, sampelnya ialah pelajar tahun 6 di beberapa buah sekolah, dan ukurannya ialah markah ujian percubaan UPSR Matematik. Taburan markah sampel akan menyerupai populasi jika sekolah sampel dipilih secara rawak, saiz sampel besar dan pelajar diberi ujian yang sama.

Latihan 6.4
Daripada Rajah 6.6, P80 ialah 7, iaitu seramai 80% pelajar mendapat markah bawah daripada 7. Daripada rajah ini juga, markah 5 memberikan P48. Ini bermakna 48% pelajar mendapat markah rendah daripada 5.

Latihan 6.5
Markah ujian yang disusun menaik: 1 Mod Min 4 4 5 5 6 7 8 9 10

= 4 dan 5 (markah 4 dan 5 mempunyai kekerapan tertinggi 2). = (1 + 4 + 4 + 5 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10) /10 = 59/10 = 5.9

Median = (5 + 6) /2 = 5.5 (purata dua markah tengah).

Latihan 6.6
Anggaran markah tertinggi = min + ( 3 x sisihan piawai) = 50 + (3 x 4) = 50 + 12 = 62. Anggaran markah terrendah = min (3 x sisihan piawai) = 50 (3 x 4) = 50 12 = 38. Anggaran julat = ukuran tertinggi ukuran terendah = 62 38 = 24 (6 x sisihan piawai).

OUM

187

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

UJIAN 1
1. Statistik membawa makna yang berbeza dalam penggunaan harian berkaitan dengan rekod dan data. Definisi am statistik ialah satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Buka sudut carta pai pada pusat bulatan dikira dengan membahagikan kekerapan bagi sesuatu kelas/kategori data dengan jumlah kekerapan dan kemudian dikalikan dengan 360o. Pekali korelasi -0.85 menunjukkan hubungan yang amat kuat antara kedua-dua pemboleh ubah ini (pekali mutlaknya ialah 0.85). Bagaimanapun, hubungan ini adalah hubungan songsang.

2.

3.

UJIAN 2
Markah 10 orang pelajar disusun menaik:
Markah (Markah-Min) (Markah-Min) (Markah-Min)2 2 (2-5) -3 9 3 (3-5) -2 4 3 (3-5) -2 4 5 (5-5) 0 0 5 (5-5) 0 0 5 (5-5) 0 0 6 (6-5) 1 1 6 (6-5) 1 1 7 (7-5) 2 4 8 (8-5) 3 9

(a) Mod, median dan min. (i) (ii) Mod = 5, iaitu markah yang paling tinggi kekerapannya (3). Median = 5, iaitu purata dua angka tengah = (5 + 5) /2 = 10/2 = 5

(iii) Min = 5, iaitu jumlah markah/jumlah pelajar = 50/10 = 5 (b) Julat, varians dan sisihan piawai. (i) (ii) Julat = 6, iaitu markah tertinggi markah terrendah = 8 2 = 6.
Varians(s2 )= [xi x)2 ]/(n1)=(9+4+4+0+0+0+1+1+4+9+)/(101)=32/9=3.55
i=1 n

i=1 (iii)
Sisihan piawai=s2 = 3.55=1.88

(c) Menukar markah 7 kepada skor z.

Skor-z=

Skor Mentah Min 75 2 = = =1.06 Sisihan Piawai 1.88 1.88

188

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

TOPIK 7: Latihan 7.1

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Biasanya jarak antara dua meja semasa ujian/peperiksaan ialah 2 kaki di kiri, kanan, hadapan dan belakang meja tersebut.

Latihan 7.2
Kesan Halo ialah kecenderungan membuat pertimbangan yang bersifat subjektif berasaskan kepada atribut am seseorang.

Latihan 7.3
Pemeriksa perlu mengelak daripada mengenali pelajar/calon bagi memastikan tidak berlakunya bias dalam pemberian markah. Misalnya, Abu suka membantu guru, jadi guru akan cenderung memberi lebih markah kepada Abu.

Latihan 7.4
Penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan dapat membantu mengurangkan perbezaan markah yang diberikan oleh pemeriksa-pemeriksa dan membantu mereka memberikan markah yang lebih adil kepada setiap calon/pelajar.

Latihan 7.5
Guru menukar cara penggredan semasa ujian sedang dijalankan mungkin disebabkan guru mendapati soalan-soalan yang diberikan adalah agak mudah, sebab pelajar-pelajarnya dapat menjawab dengan mudah semasa ujian sedang dijalankan.

UJIAN 1
1. Arahan ujian/peperiksaan terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian pertama, arahan yang diberikan dalam kertas soalan, dan bahagian kedua, arahan yang diberikan oleh guru/ketua pengawas peperiksaan. (a) Kandungan yang mencakupi maklumat/pengetahuan berkaitan; (b) pengelolaan iaitu aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang; (c) proses iaitu aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan kreativiti menjawab. Kelebihan penilaian rujukan norma ialah (a) memberi maklumat berkaitan prestasi pelajar yang boleh difahami oleh pelajar dan ibu bapa, dan (b) ia boleh digunakan untuk menyusun pelajar kepada pencapaian cemerlang, sederhana atau gagal.

2.

3.

UJIAN 2
(a) Penyelarasan markah ujian perlu dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon/ pelajar adalah di luar jangkaan, misalnya, markah ujian terlalu rendah yang mungkin disebabkan oleh soalan ujian terlalu susah.

OUM

189

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

(b) Penyelarasan markah ujian boleh dibuat dengan menggunakan rumus berikut: y = mx + c Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar. Nilai c dan m diperoleh melalui formula: m = (MA ML)/(MPA MPL) c = MA mMPA Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus. (c) Dalam soalan ini MPL = 36, ML = 40, MPA = 78 dan MA = 80. m = (80 40)/(78 36) = 40/42 = 0.95 c = MA mMPA = 80 (0.95)(78) = 80 74.1 = 5.90 Markah asal x = 66 akan menjadi markah baru y: y = mx + c = (0.95)(66) + 5.90 = 62.7 + 5.90 =68.6

TOPIK 8:

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Latihan 8.1
Maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalam pembelajaran ialah pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk baru, gaya dan masalah pembelajaran serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka.

Latihan 8.2
Kebaikan laporan penilaian begini (contohnya, Matematik: 80%, B, Baik) ialah penerima laporan mudah memahami/mengintepretasi pencapaian pelajar disebabkan maklumat yang diberi adalah jelas, iaitu markah (80%), gred abjad (B) dan penjelasan gred (Baik).

Latihan 8.3
Kekangannya ialah sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masa yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu persekolahan.

Latihan 8.4
Contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

190

OUM

HBEF3203

JAWAPAN LATIHAN

Latihan 8.5
Pelajar bermasalah pendengaran/pekak memahami istilah/konsep melalui penjelasan menggunakan bahasa isyarat. Istilah/konsep yang abstrak susah dijelaskan melalui bahasa ini, yang menyebabkan mereka sukar memahaminya.

UJIAN 1
1. 2. Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Ibu bapa memerlukan maklumat tentang pencapaian anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak mereka. Guru boleh membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa ujian dengan menambahkan jangka masa ujian dan menjelaskan maksud istilah-istilah yang sukar difahami pelajar.

3.

UJIAN 2
(a) Penjelasan bertulis adalah bentuk laporan penilaian yang menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar. (b) Kelebihan/kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur, yang mana pelapor boleh memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna oleh pembaca disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Maklumat yang terperinci ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor/ disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaiki pencapaian/ sahsiah pelajar. (c) Contoh penjelasan bertulis:
Perkara Bahasa Melayu Lisan Bacaan/Pemahaman Karangan/Bertulis Keseluruhan Semester 2, 2005. Azman mendapat 80% (B) untuk bahagian Lisan. Keputusan ini Baik, tetapi boleh diperbaiki dari segi intonasi. Azman mendapat 86% (A) untuk bahagian Bacaan/ Pemahaman. Keputusan ini Cemerlang, tetapi boleh diperbaiki dari segi pemahaman istilah teknikal. Azman mendapat 92% (A) untuk bahagian Karangan/Bertulis. Keputusan ini Cemerlang, tetapi boleh diperbaiki dari segi kejelasan tulisan tangan. Azman mendapat 86% (A) bagi keseluruhan mata pelajaran ini. Keputusan ini Cemerlang, tetapi boleh diperbaiki melalui latihan intonasi suara, penggunaan kamus untuk memahami istilah teknikal dan melatih menulis dengan jelas. Selamat maju jaya. Azman adalah seorang pelajar yang bertanggungjawab dan boleh menjalankan tugas mengikut arahan. Azman juga dapat berkerja sama dalam kumpulan, tetapi memerlukan pengawasan yang rapi daripada guru. Penjelasan

Sahsiah Pelajar

OUM

191

JAWAPAN LATIHAN

HBEF3203

192

OUM

You might also like