Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Khidmat Masyarakat

Pada 3 september 2013 yang lalu, perkhemahan unit beruniform pandu puteri telah diadakan di IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Salah satu aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan adalah aktiviti membersihkan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Sebelum aktiviti dimulakan, pensyarah kami telah memberi taklimat yang ringkas kepada kami. Patrol yang bertugas telah diarahkan untuk menyediakan mop, baldi, penyapu , cangkul,beg plastik sebelum aktiviti dimulakan. Kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan dengan mengikut patrol masing-masing. Setiap patrol

mempunyai tugasan masing-masing. Contohnya, ada yang mencuci dan mengemop lantai PKP, ada yang membersihkan bahagian luar PKP, ada yang mengutip sampah, ada yang mencuci longkang dan ada yang membersihkan taman bunga. Semua patrol bermula menjalankan aktiviti masing-masing apabila tugasan dibahagikan. Semasa aktiviti dijalankan, semua ahli patrol masing-masing telah memberi kerjasama yang baik. Bagi patrol yang membersihkan lantai PKP, mereka telah membahagikan tugasan dengan baik. Ada ahli yang membersihkan menyapu lantai, ada yang mencuci lantai dan mengemop lantai serta mengelap meja di PKP.

Dua kumpulan ahli patrol sedang membersihkan lantai dan mengelapkan meja di PKP.

Bagi patrol-patrol yang membersihkan kawasan luar PKP pula, mereka juga membahagikan tugasan dengan teratur. Ada ahli yang mengindahkan taman bunga di depan PKP dengan menyusun batu-batuan mengelilingi taman bunga, ada ahli yang mengutip sampah dan ada yang membersihkan longkang. Kami percaya dengan kerjasama semua ahli patrol,aktiviti membersihkan PKP akan dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Dua ahli pandu puteri sedang mengindahkan taman bunga dengan perhiasan pasu bunga.

Ahli-ahli pandu puteri sedang menyusun batu-batuan mengelilingi taman bunga dan mencagkung sisa-sisa rumput.

Ahli-ahli pandu puteri sedang membersihkan longkang di tepi kawasan PKP.

Ahli-ahli pandu puteri sedang mencabut rumput dan mengumpul sampah-sampah di sekeliling kawasan PKP.

Selepas aktiviti, semua ahli patrol berkumpul bersama-sama. Semua ahli patrol memastikan kawasan PKP telah dibersihkan dan tiada sampah sarap yang berkelabur di atas lantai. Sebelum bersurai, semua ahli memberi kerjasama dalam mengumpulkan semua alatan yang berkaitan. Patrol yang bertugas untuk menyimpan alatan perlu memastikan semua alatan adalah lengkap dan menyimpan balik ke tempat asal. Selepas itu, aktiviti bersurai dengan ucapan dari pensyarah kami. Pensyarah berasa gembira dan memuji semua ahli pandu puteri kerana menjayakan aktiviti

membersihkan PKP ini. Kelebihan melalui aktiviti ini adalah dapat mengeratkan hubungan antara ahli pandu puteri yang pelbagai kaum. Melalui aktiviti ini, ahli pandu puteri dapat berkomunikasi dengan baik dan bertolak ansur apabila timbul sesuatu masalah. Ahli pandu puteri dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan perbincangan antara satu sama lain. Melalui kerjasama ,ahli pandu puteri dapat lebih memahami antara satu sama lain seperti adat sesuatu kaum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti khidmat masyarakat juga mempunyai beberapa kelemahan. Contohnya kawasan sekeliling Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) mempunyai banyak nyamuk. Semasa proses membersihkan kawasan PKP, ahli Pantu Puteri perlu menahan kegatalan yang digigit oleh nyamuk. Kelemahannya juga ialah peralatan pembersihan tidak mencukupi. Kami

menyelesaikan masalah ini dengan mendapat alat peralatan dari blok-blok. Kesimpulannya, sebagai Pandu Puteri berasa bangga kerana mempunyai peluang untuk menyumbang jasa membersihkan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Ini disebabkan PKP ialah tempat yang digunakan oleh semua guru pelatih untuk

membincangkan kerja-kerja dan melaksanakan aktiviti kecil seperti mesyuarat, berlatih dan sebagainya.

Disediakan oleh, Kumpulan Bunga Raya

You might also like