Professional Documents
Culture Documents
Folio Moral Ting 4 Dan 5 20082009
Folio Moral Ting 4 Dan 5 20082009
NAMA
A/G
I/C
SEKOLAH
:
:
:
:
No.
1
2
3
Tajuk
M/S
Penghargaan
Biodata
Tugasan Harian Tingkatan Empat
- Perpaduan Kaum
- Kepentingan Air
- Laporan Membersihkan Kedai
- Laporan Kitar Semula
4 Tugasan Harian Tingkatan Lima
- Keburukan Merokok
- Kepupusan HIdupan Liar
- Laporan Menyuburkan Pokok Bunga
- Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah
5 Kerja Amal Tingkatan Empat
- Membersihkan Kedai
- Mengitar Semula
6 Kerja Amal Tingkatan Lima
- Menyuburkan Pokok Bunga
- Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah
Lampiran
NAMA
TINGKATAN
SEKOLAH
NO. K/P
A/G
JAWATAN
:
:
:
:
:
:
dinafikan bahawa kerjaan selama ini amat menitikberatkan soal persoalan. Malah,
pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan masyarakat Malaysia hidup dalam
suasana aman damai dan sentosa di bawah bendera Jalur Gemilang, segemilang
bendera kebangsaan kita.
Antara usaha terawal yang dilaksanakan ialah pengenalan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan semua kanak-kanak sekolah dengan satu
system pendidikan ytang seragam yang menggunakan satu bahasa penghantar
bersama. Sesungguhnya dasar ini telah memperlihatkan kejayaannya dalam
menyatupadukan seluruh rakyat Negara ini buat sekian lamanya.
Sistem pendidikan kebangsaan ini telah diperkukhkan lagi oleh Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1988 yang bermatlamatkan penghasilan manusia yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun demikian, aspek
perpaduan tetap menjadi agenda utama sebagai alat penyatuan semua kaum dalam
negara ini.
Selain itu, pihka kerjaaan juga telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Tujuannya adalah unsur penyatuan kaum. Semua pelajar sekolah
rendah dan menengah diwajibkan mempelajarinya dengan harapan bahasa ini dapat
menjadi lingua franca bagi semua kaum yang mendiami negara ini. Setakat ini, Dasar
Bahasa Kebangsaan didapati telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk negara
ini.
Suatu langkah lagi kerajaan ialah dengan memperluaskan kerjasama politik
selepas Tragedi 13 Mei 1969 dengan mewujudkan Barisan Nasional sebagai ganti
kepada Parti Perikatan yang tertubuh menjelang kemerdekaan negara. Barisan
Nasional merupakan mekanisme yang dapat meraih sokongan daripada segenap
lapisan rakyat. Sebagai gagasan yang terdiri daripada 14 parti komponen, Barisan
Nasional dapat memenuhi aspirasi rakyat pelbagai kaum. Semangat tolak ansur dan
musyarawah menjadi landasan utama untuk menawan hati nurani rakyat bagi
memastikan segala usaha pembangunan dan kemajuan dapat berjalan secara
berterusan.
Sistem berpolitik melalui gagasan Barisan Nasional telah berjaya membawa
kejayaan yang membanggakan untuk selama 35 tahun, iaitu semenjak tahun 1974.
Perpaduan kaum juga dapat tercapai menerusi penerapan nilai-nilai universal
Islam dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Nilai-nilai seperti bertimbang
rasa, sikap toleransi, tolak ansur, berprihatin, saling menghormati, jujur, dan ikhlas
telah dapat membina sebuah masyarakat yang cintakan keamanan, perdamaian, dan
sekali gus dapat membina perpaduan mernetasi semua kaum dan suku kaum di negara
ini.
5
Suatu lagi dasar yang telah menjadi senjata perpaduan ialah Dasar Ekonomi
Baru yang bertujuan serampang dua mata, iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di
kalangan rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia
agar tiada lagi pengenalan mana-mana etnik mengikut funsi ekonomi. Sehingga ini
Dasar Ekonomi Baru telah berjaya menghapuskan kadar kemiskinan penduduk
Bumiputera kepada paras 9% pada tahun 2001. Dasar ini seterusnya digantikan oleh
Dasar Pembangunan Negara.
Matlamat akhir kedua-dua dasar di atas adalah untuk menyatupadukan semua
kaum di negara ini dengan pengagihan kek ekonomi dengan secara lebih adil. Setiap
kaum mendapat kuotanya di bawah dasar nasional ini agar pembahgian kekayaan
negara dapat dinikmati oleh lebih banyak penduduk.
Satu lagi amalan yang digalakkan salah ziarah-menziarahi semasa perayaan
kaum-kaum di negara ini. Umpamanya, semasa perayaan hari Raya Aidilfitri, kaumkaum lain diundang ke majlis Rumah Terbuka kaum Muslim. Begitulah juga
sebaliknya, apabila kaum-kaum lain merayakan hari kebesaran masing-masing amalan
ini digalakkan untuk mengukuhkan silatulrahim antara kau,. Selain itu, amalan ini
dapat menanam sikap menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan.
Matlamat akhirnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini.
Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan demi persefahaman dan kebaikan bersama.
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya mendiskriminasikan kaum
yang lain. Saya sedar bahawa menghormati antara satu sama lain dapat mengelakkan
pergaduhan. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk menghormati kaum yang
lain pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap untuk hidup bersama kaum
lain secara aman. Nilai yang terdapat dalam esei ini ialah hidup bersamaa secara aman
dan bertanggungjawab.
Kawasan berair yang berudara nyaman dan bersih seperti Pulai Tioman
menjadi tumpuan utara para pelancong. Di situ, air lautnya yang jernih sesuai untuk
dijalankan kegiatan menyelam bagi mengecap keindahan dasar laut yang penuh
keajaiban. Batu-bata karang yang pelbagai warna di situ juga dapat menarik minat para
pelancong. Selain itu, laut, pinggir sungai dan air terjun juga boleh dijadikan kawasan
pelancongan. Contohnya ialah Sungai Rusa di Seremban, air terjun di Kota Tinggi,
Johor. Tasik yang sama ada buatan manusia atau semula jadi juga boleh dijadikan
tempat rekreasi. Contohnya ialah Tasik Kenyir di Terengganu dan Tasik Pedu di negeri
Kedah. Selain itu, air juga merupakan sumber terpenting dalam sektor perikanan. Ikan
yang merupakan sumber protein utama diperoleh dari laut, sungai atau kolam ikan
tawar, Tanpa air, sudah pastilah sketor perikanan tidak dapat dijalankan.
Dilihat dair aspek sumber tenaga, air berperanan untuk menjana kuasa
hidroelektrik. Air yang mengalir di sungai-sungai diempang pada kedudukan yang
tinggi. Seteresnya, air itu disalurkan ke bawah menerusi terowong dengan kuasa aliran
yang laju yang akan memutarkan turbin-turbin yang disambungkan kepada dinamo
yang besar untuk menjana kuasa elektrik. Oleh itu, empangan-empangan seperti
Empangan Chenderoh, Kenyir, Tembeling, Btanag Ai, Tenom Pangi, dan Pelagus telah
dibina unutk tujuan tersebut. Kuasa elektrik yang dijana di stesen hidroelektrik itu
digunakan oleh industri perkilangan yang tumbuh dengan pesat di negara ini.
Kesimpulannya, saya telah insaf kerana selama ini saya sering membazirkan
air yang telah disediakan. Saya sedar bahawa menjimatkan penggunaan air amat
penting supaya alam sekitar dapat dipelihara. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji
untuk menggunakan air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna air pada
masa depan. Di samping itu, saya telah berubah sikap untuk menggunakan air dengan
cara yang betul dan menjimatkan pengguna air. Nilai yang terdapat di dalam esei
tersebut ialah bertanggunajawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Pada hari Sabtu 6 Disember 2008, saya telah menolong ibu saya
melaksanakan kerja rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja
pada waktu siang dan menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat
letih. Oleh itu, saya telah melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk
mengurangkan beban dan tanggungan yang dipikul oleh ibu saya.
Pada pertama sekali, saya mendapati lantai rumah telah tidak disapu dan
dimop selama masa yang agak lama. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga dengan
menyapu dan mengemop lantai di seluruh rumah saya. Di samping itu, saya telah
menyumbang idea bahawa menggunakan ember dengan isikan supaya tidak perlu
mencuci mop yang digunakan dengan pergi ke tandas. Dengan itu, air juga dapat
dijimatkan apabila mencuci mop yang kotor.
Seterusnya, saya mendapati baju yang kami sekeluarga pakai yang perlu
digosok amat banyak. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga untuk menggosok
semua baju yang diletakkan di dalam sebuah bakul. Di samping itu, saya telah
menyumbang idea untuk mengajar adik saya cara untuk menggosok baju supaya dia
dapat membantu ibu dan juga memupuk sikap berdikari agar dapat menggosok baju
sendiri pada masa depan.
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan
rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan.
Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa baju yang kurang kemas digosok
kedua kali. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah
mengaawl gerak geri adik saya. Di samping itu, saya telah berjaya mengaawl keadaan
dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan.
Melalui aktiviti menolong ibu melaksanakan kerja rumah ini, saya telah sedar
bahawa ibu telah banyak mengorbankan dirinya untuk mengemaskan dan saya telah
insaf bahwa saya harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan
bebannya. Saya telah mengambil iktibar melaluiaktiviti ini supaya saya lebih
mengambil berat terhadap ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk
menolong ibu dalam melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang
dipikulnya. Nilai yang ada dalam laporan tersebut ialah bertanggungjawab dan
tanggungjawab terhadap keluarga.
Laporan disediakan oleh
17 Dis 2008
Pada hari Sabtu 22 Nov 2008, saya telah mengajak kawan saya, Chang Chu
Shen bersama pergi ke sekolah untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula.
Hal ini kerana kami ingin mengurangkan samaph yang ada di sekolah dan juga
menyumbang sedikit bagi memelihara alam sekitar yang telah dicemari. Kami etlah
sampai di sekolah pada pukul 11.00 pagi dan memulakan aktivit pada 11.30 pagi.
Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga dengan mengumpul sebanyak
mungkin sampah yang dibuang oleh pelajar di sekolah. Kami telah menggunakan
selama 30 minit untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Saya telah
menyumbang idea dengan menggunakan sebuah bekas plastik yang besar unutk
mengisikan sampah-sarap yang telah dikumpul suapya memudahkan pembawaan.
Setelah mengumpul sampah-sarap yang mencukupi, kami telah menempatkan
sampah-sarap tersebut di hadapan tandas. Di samping itu, saya telah bekerjasama
dengan Chu Shen untuk membahagikan sampah-sarap yang dikumpul kepada tiga
jenis iaitu kertas, kaca dan plastik serta tin aluminium. Kami juga telah meluangkan
masa untuk mengemaskan kertas yang dikumpul dan mengikatnya. Saya telah
menyumbang idae supaya membungkus semua barang dengan beg plastik supaya
barang tersebut menjadi tersusun apabila diletakkan ke dalam tong kitar semula.
Seterusnya, kami telah meletakkan bungkusan tersebut menurut warna tong kitar
semula iaitu warna biru untuk kertas, warna coklat untuk kaca dan warna jingga untuk
tin aluminium dan plastik.
Dalam aktiviti, saya telah melaksanakan kewajipan secara bertanggungjawab.
Saya juga telah melakukan tugasan tersebut dengan rajin sekali. Selain itu, sikap
prihatin saya telah menyebabkan beberapa keping kertas yang bercampur dengan kaca
diasingkan semula. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah berjaya mengawal
keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut
juga telah mengajar saya erti kepimpinan kerana telah mengawal gerak eri kawan saya,
Chu Shen.
Melalui aktiviti kitar semual ini, saya telah sedar bahawa kepentingan kitar
semula terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana selama ini tidak mengambil
berat dan mengabaikan kitar semula dalam seharian hidup. Di samping itu, saya telah
mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam aktiviti kitar
semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan menjadikan aktiviti ini
sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya.
Laporan disediakan oleh
2 Dis 2008
dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anakanak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai
daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu
tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen
mrerupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang
menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga
berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai
kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa
memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai
penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji
supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan
sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di
dalam esei ini ialah harga diri dan rasional.
Sama ada disedari atau tidak, habitat semula jadi hidupan liar di negara ini
telah banyak diceroboh oleh manusia. Pembukaan hutan rimba dan bukit-bukau untuk
dijadikan sebagai kawasan perumahan, pertanian, empangan dan sebagainya telah
menyebabkan tempat tinggal hidupan liar dimusnahkan. Oleh itu, hidupan liar ini
terpaksa melarikan diri ke kawasan lain yang belum diteroka oleh manusia.
Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan kepupuisan hidupan liar . Sebatang kecil di sekelilingnya turut
tumbang. Hal ini secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang
demikian, jika aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawalan
sudah pastilah habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya akan
menyebabkan kepupusan hidupan liar.
Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca darpada projek-projek
pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai manusia.
Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu menyelamatkan
hidupan liar, mengenakan tali ikatan yang terlalu kuat hingga bopleh membunuh
binatang berkenaan dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai bagi
hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan.
Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat
menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah
menjadi aset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa
kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup binatang liar secara dekat dalam
alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah sebuah
taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaaja berjaya
menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara. Binatangbinatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah, rusa dan
seumpamanya yang hidup secara bebeas menjadi daya tarikan kepada para pelancong
untuk melancong di negara ini.
Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar mempunyai nilai
ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada sesebuah negara. Misalnya,
melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu untuk menembak rusa, babi
hutan, burung dan pelanduk. PERHILITAN memperoleh sebanyak RM300 000 hingga
RM500 000 hasil daripada pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu. Di samping
itu, nilai dagangan antarabangsa bagi hidupan liar bagi negara ktia amat tinggi, iaitu
sektiar AS $12 juta setahun.
Hidupan liar juga ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan
demi kesejahteraan kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai
bahan eksperimen. Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat
untuk sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu
hidupan sebelum disahkan layak digunakan oleh manusia. Oleh hal yang demikian,
13
kedai bapa saya amat kotor dan memerlukan bantuannya. Oleh itu, dia telah
meluangkan masa dan berjanji bahawa membersihkan kedai bapa saya bersama-sama.
Kami telah memulakan kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Pertama
sekali, kami telah menyumbang tenaga unutk mengelap semua cerin yang terdapat di
kedainya. Kami telah bekerjasama untuk mengelap cermin supaya dapat menjimatkan
masa untuk melakukan aktiviti lain. Kami telah mengguna sekurang-kurangnya 20
minit untuk mengelap semua cermin.
Seterusnya, saya telah menyumbang idea untuk membahagi kerja supaya
kerja dapat disiapkan secepat-cepatnya. Saya telah bertanggungjawab untuk
mengemop lantai manakala Tan telah bertanggungjawab untuk menyapu lantai. Lantai
tersebut yang amat kotor dan berdebu telah enjadi cantik dan bersih selepas kami sapu
dan mop. Kami telah bekerjasama untuk meletakkan semua alat-alat seperti baldi, mop
dan penyapu ke tempat asal.
Selain itu, saya dan Tan telah bekerjasama dan rajin membersihkan penghawa
dingin yang terdapat dalam kedai tersebut. Penghawa dingin yang kotor dan berdebu
telah kami keluarkan bersama-sama lalu telah kami cuci. Selepas mencuci penapis
penghawa dingin, kami telah mengeringkan penapis tersebut dengan kain yang kering.
Saya telah bertanggungjawab untuk memasang balik penaps tersebut ke penghawa
dingin itu.
Kesimpulannya, saya sedar bahawa bantu-membantu adalah amat penting
dalam sesebuah masyarakat. Saya mengambil iktibar untuk meneruskan usaha kami.
Saya insaf akan sikap yang malas pada masa yang lalu. Saya telah berubah sikap ini
dan rajin untuk melakukan sesuatu pada masa depan. Nilai yang terdapat dalam
laporan tersebut ialah nilai saling membantu dan bekerjasama dan nilai
bertanggungjawab. Dengan ini, kita seharusnya melakukan usaha yang membina
dilakukan bersama-sama rakan saya
Laporan disediakan oleh
18 Mac 2009
bunga tersebut telah tidak dibaja selama masa yang agak lama. Oleh itu, kami telah
meluangkan masa supaya menyiram dan membaja pokok bunga tersebut.
Kami telah memulakan kerja pada 3.00 petang. Pertama sekali, kami telah
menyumbang tenaga untuk memotong rumput-rampai di sekeliling pokok bunga
supaya mengelakkan rumput bersaing dengan pokok bunga utuk mendapatkan nutrien
dan air yang secukupnya. Kami telah bekerjasama dengan membahgikan kerja supaya
dapat mempercepatkan progres kerja. Saya telah bertanggungjawab untuk memotong
rumput manakala ibu saya telah bertanggungjawab untuk mengumpul dan membuang
rumput yang telah dipotong ke dalam satu beg plastik yang besar.
Setersunya, kami mendapati bahawa baja yang ada di rumah tidak mencukupi
bagi semua pokok bunga tersebut. Oleh itu, kami telah menyumbang tenaga untuk
membeli baja di pasaraya yang berdekatan di rumah saya. Kami juga telah melawat ke
beberapa buah pasaraya untuk membandingkan harga supaya dapat menjimatkan wang
dan menjadi seorang pengguna yang bijak.
Selepas itu, kami memulkan aktiviti menyiram dan membaja pada pukul 5.00
petang. Saya telah bertanggungjawab membahagikan baja bagi setiap pokok bunga
manakala ibu saya telah bertanggungjawab mengisikan air untuk penyiram dan
menyiram pokok bunga yang telah saya baja. Setelah membaja dan menyiram setiap
pokok bunga, kami telah menyimpan baja yang berlebihan ke dalam satu bekas dan
juga menyimpan semua alat seperti cangkul dan penyiram ke tempat asal.
Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya telah melakukan tugasan tersebut
dengan rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan ibu sehingga kerja
diselesaikan. Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa batang pokok bunga
yang tercicir dibaja dan ditanam seula. Selain itu, aktiviti tersebut telah mengajar saya
menjadi pemimpin kerana telah mengaawl gerak geri ibu saya.
Kesimpulannya, saya sedar bahawa kepentingan menyayangi dan menghargai
alam sekitar. Saya juga mengambil iktibar untuk meneruskan usaha saya. Saya insaf
kerana selama ini saya tidak mempedulikan dan tidak menghargai pokok bunga di
halaman rumah saya. Saya telah berubah sikap ini dan akan sentiasa menjalankan
aktiviti ini pada masa depan. Nilai yang terdapat di dalam laporan ini telah
bertanggungjawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.
16
17
18