Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mohd Syafiq Azami bin Mohd Helmi No 15, Jalan Bunga Raya 15, Taman Bunga Raya, 33000

Kuala Kangsar, Perak Pengurus, The Gate Caf, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Tuan, NOTIS BERHENTI KERJA Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya, Mohd Syafiq Azami bin Mohd Helmi ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti dari menjalankan tugas sebagai staf di The Gate Caf pada hari Ahad, 22 Disember 2013 ini. 3. Hal ini kerana terdapat beberapa sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah kerana saya akan menyambung kembali pelajaran saya memandangkan cuti semester saya hampir tamat di samping saya perlu membuat beberapa persediaan yang lain sebelum cuti semester saya tamat. Sesungguhnya saya amat menghargai jasa pihak tuan yang memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dan menimba pengalaman di The Gate Caf ini. 4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami dan meluluskan permohonan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(MOHD SYAFIQ AZAMI BIN MOHD HELMI)

You might also like