Kerja Kursus Bahasa Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN THREE
RIVERS,MUKAH

KERJA KURSUS MATA PELAJARAN


BAHASA MALAYSIA

TAJUK KERJA KURSUS

ISU BULI
NAMA: NUR SHAFIQA BT AMRAN

NO.KAD PENGENALAN: 950804-13-5920

TINGKATAN: 2E

NAMA GURU MATA PELAJARAN: PUAN SABARINA BT OMAR


ISI KANDUNGAN
ISU BULI

1. PENGHARGAAN

10.
Lampiran lampiran

2. KAEDAH KAJIAN

3. PENGENALAN 11. Ulasan

4. OBJEKTIF KAJIAN

5. ISU BULI :

a. Siapakah yang sering membuli dan membuli ?

1.1Pembuli

1.2Dibuli

a. Kenapakah mereka sering membuli ?

b. Adakah perempuan terlibat dalam kegiatan membuli ?

c. Jenis – jenis buli

1.1Buli fizikal

1.2 Buli mental

a. Kesan buli
b. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

1. Langkah langkah haling perbuatan buli

2. Rumusan

3. Sumber Rujukan

4. Objektif kajian

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat menyiapkan kerja
kursus Bahasa Malaysia, dengan kesempatan ini,saya ingin mengambil
peluang untuk merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang telah banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya,
sepanjang menjalankan kajian ini sehinggalah ianya disempurnakan dalam
bentuk buku yang bertajuk

ISU BULI .

Pertama kali, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Three Rivers, Mukah iaitu Tuan Haji Bidin atas dorongan dan nasihat
beliau dan memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Bahasa Malaysia, Puan


Sabarina atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang
menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu juga,penghargaan ini ditujukan kepada kedua ibu bapa saya
iaitu En . Amran dan Pn. Dyg. Maliah bt. Abg. Junaidi atas sokongan
yang diberikan samada dalam bentuk material dan juga moral . Tanpa
bantuan dan sokongan mereka saya tidak mungkin dapt melaksanakan
kajian ini dengan sempurna.

Akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
SEKIAN TERIMA KASIH.

SEKIAN TERIMA KASIH.


KAEDAH KAJIAN
erkaitan

Di dalam kajian ini, kaedah-kaedah yang diguna pakai ialah


kaedah Keperpustakaan,Akhbar dan melayari laman web
internet. Semua maklumat,esei-esei , penerangan diperolehi
daripada buku – buku rujukan berkaitan dan internet.

PENGENALAN

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan


tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini
secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau
menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan
membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Bagaimanapun,semenjak kebelakangan ini, isu buli semakin menjadi-


jadi dalam kalangan pelajar. Ini dapat kita lihat dari enam aspek utama
iaitu :

1. Siapakah yang sering membuli dan membuli ?


a. Pembuli

b. Dibuli

2. Kenapakah mereka sering membuli ?

3. Adakah perempuan terlibat dalam kegiatan membuli ?

4. Jenis – jenis buli

a. Buli fizikal

b. Buli mental

5. Kesan buli

6. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

Siapakah yang sering membuli dan dibuli


Pembuli
• Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.
• Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
• Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
• Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
• Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa,
dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu
tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
• Bertubuh kecil.
• Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
• Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli?


Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
• Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah
tingkah laku pelajar.
• Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka.
• Mereka pernah menjadi mangsa buli.
• Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa
bersalah apabila membuat kesilapan.
• Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini
biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang
melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan
orang lain.
• Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah
disiplin.
• Akibat perceraian ibu bapa.
• Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
• Sekadar mahu berseronok.
• Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah
satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
• Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar
bercakap dalam bahasa Inggeris.
• Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?


Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar
perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada
perbuatan yang serius jika tidak dibendung.
Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya,
sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi
sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.
Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.

Jenis-jenis buli
Buli fizikal
• Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik
rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan.
• Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental
• Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli.
• Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia
sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Kesan buli
Pembuli

Kesan luaran:
• Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
• Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi
seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli

Kesan luaran
• Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk
mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman
• Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup
melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah,
dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri
kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?


Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi
seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan
Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani
masalah buli iaitu:
Tahap sekolah
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku
di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini
boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik
berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang
telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara
ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.
Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah,
tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca
bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini
merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa
yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli
1-800-884774.
3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya
kepada pembuli.
4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak
langsung dapat mengekang kejadian gengster.
5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah.
Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling,
guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus
program antibuli dan menilai keberkesanannya.
6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas
1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan
toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan
semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan
fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.
2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan
berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen
tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu
bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan
tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari
semasa ke semasa.

Tahap individu
1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa
penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan
masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu
bapa atau penjaga mereka.
2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan
peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami
perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan
pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa

RUMUSAN
Ringkasnya,isu buli perlu ditangani melalui pendekatan
yang bersifat “kulli” dan semua pihak perlu berganding
bahu bagi memastikan ia tidak menjadi satu isu yang serius.
Jadi setiap program atau garis panduan yang berkaitan
dengan masalah buli perlu dipastikan oleh pihak yang
bekenaan agar masalah ini tidak menggangu kelancaran
agenda pembangunan yang lain yang disusun oleh kerajaan.

SUMBER RUJUKAN

INTERNET

Tajuk : http :// ms.wikipedia .org/wiki/Buli

Tajuk : http://malaysia.search.yahoo.com
Tajuk: ikim.gov.my/v5/index.

Tajuk: www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=394065

Tajuk: mazlan66.wordpress.com/2008/02/03/buli -

Tajuk: utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&...&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Tajuk: forum.engkabang.net/index.php?topic=24125.80

Tajuk: negaraku.net/tag/kes+buli,+buli+di+asrama

Tajuk: harakahdaily.net/index.php?...&task=view&id=019723&Itemid=46

Tajuk: www.bharian.com.my

Tajuk: websekolah.bharian.com.my

Tajuk: rakanbh.bharian.com.my –

AKHBAR

1. Tajuk : Pelajar Tingkatan Tiga Dibelasah oleh


Pelajar Senior

Akhbar: Berita Harian

2. Tajuk: Suspek Ketiga Kes Belasah Kena Tangkap

Akhbar: Berita Harian

3. Tajuk :Pelajar Mukah siar aksi buli dalam internet

Akhbar:Berita Harian
4. Tajuk : Kementerian tunggu laporan kes
pelajar mati

Akhbar: Berita Harian

TELEVISYEN

Program : Berita Jam 8:00 malam

Masa : 8: 00 malam

Rangkaian : TV 3

OBJEKTIF KAJIAN

1. Dapat mengetahui secara lebih terperinci


faktor yang menyebabkan gejala buli
berlaku.

2.Mengetahui kesan gejala buli ini dalam


kalangan pelajar.

3. Dapat menambahkan pengetahuan tentang


keburukan buli kepada
diri,masyarakat,keluarga dan negara.
4.Menanamkan semangat anti-buli .

Ulasan
Apa yang berlaku di ini boleh diibaratkan seperti
merawat luka orang yang mati, sedangkan luka
tersebut boleh sembuh sekiranya orang tersebut
hidup, mampu bergerak dan mengambil ubat. Dia
tidak memerlukan kepada yang lain untuk
menyembuhkan luka tersebut kerana dia mampu
merawat dirinya, sesuai dengan hukum sebab dan
akibat.
Inilah yang terjadi di dalam sistem kehidupan
kapitalis, mereka hanya memberi rawatan kepada
beberapa anggota tubuh sahaja sedangkan pada
waktu yang sama jasad tersebut terbujur kaku
tanpa darah dan zat-zat yang diperlukan untuk
meneruskan kehidupan. Akibatnya, segala usaha
dan pemulihan yang dicurahkan pada anggota
tubuh tersebut menjadi sia-sia kerana hakikatnya
ia akan terus membusuk memandangkan jasad
tersebut sebenarnya telah mati. Usaha ini
merupakan usaha yang amat merugikan diri
sendiri kerana sudah terlalu banyak peruntukan
kewangan yang disalurkan untuk sektor
pendidikan dengan harapan agar ia dapat
melahirkan generasi muda yang bershakhsiah
namun hakikatnya, masalah demi masalah terus
datang dan pergi sehingga amat membingungkan
semua pihak, seolah-olah masalah disiplin di
sekolah merupakan suatu yang tabii dan tidak
dapat dielakkan. Buli, bergaduh, lawan guru,
mencuri, pukul guru, zina, buang bayi, mengugut,
melanggar disiplin sekolah dan puluhan lagi
masalah yang tidak dapat diselesaikan sehingga
kini sudah menjadi perkara lumrah.
Apakah sebenarnya punca utama masalah ini?
Apakah ia boleh diselesaikan dengan penglibatan
pihak polis semata-mata? Atau apakah barah ini
sudah merebak hingga ia tidak dapat lagi
diperbaiki? Yang jelas, masalah ini terkait rapat
dengan kehidupan masyarakat di negara ini yang
telah rosak. Sistem yang tidak merujuk kepada
Sang Pencipta, pemikiran dan perasaan
masyarakat yang tidak Islami, keluarga yang rosak
dan persekitaran yang tidak menimbulkan nuansa
ketaqwaan - semua ini menjadi latar belakang
bermunculan masalah disiplin di sekolah,
khususnya, dan masalah masyarakat yang lainnya
secara umum.
Allah telah berfirman di dalam kitabNya yang
mulia, yang saban hari dibaca namun ramai yang
tidak mengambil pemahaman darinya untuk
diamalkan dalam kehidupan kerana kepentingan
duniawi yang hendak diperoleh.
"Dan barang siapa yang berpaling dari
peringatanku maka baginya kehidupan yang
sempit dan susah, dan kami akan bangkitkannya
dalam keadaan buta (diakhirat dan berjalan tanpa arah dan
tujuan di suatu tempat yang telalu asing baginya).(TMQ Taha:
124)

You might also like