Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Siapakah Hafsah binti Umar?

Beliau adalah puteri Umar al-Khattab, sahabat Nabi yang terkemuka. Bondanya ialah Zainab binti Mazhun, saudara perempuan kepada sahabat Nabi, Ustman bin Mazhun yang merupakan insan pertama yang dimakamkan di Baqi. Anak saudara kepada Zaid bin Khattab, seorang yang syahid dalam Perang Yamamah. Ibu saudaranya ialah Fatimah binti Khattab, yang merupakan salah seorang sahabat pertama masuk Islam, isteri kepada Said in Zaid yang dijamin syurga.

Ibu saudaranya ialah Fatimah binti Khattab, yang merupakan salah seorang sahabat pertama masuk Islam, isteri kepada Said in Zaid yang dijamin syurga. Abang Hafsah ialah Abdullah bin Umar yang dipuji Rasulullah SAW sebagai seorang yang soleh

Kelahiran Penuh Berkat


Hafsah dilahirkan sekitar peristiwa perletakan Hajarul Aswad Sekitar peristiwa itulah, Hafsah lahir di tengah keluarga yang penuh kemuliaan. Beliau menekuni ilmu sastera. belajar membaca dan menulis daripada Syifa binti Abdullah Al-Quraisyiyah Al-Adawiyah. Antara wanita Quraisy yang paling fasih berbicara, bersenikan sastera indah.

Bersatu Cinta Dengan Khunais


Khunais bin Hudzafah r.a. merupakan salah seorang sahabat pertama yang masuk Islam. Beliau telah diislamkan oleh Saidina Abu Bakar. Khunais meminang Hafsah dan Saidina Umar menerima baik lamaran ke atas puterinya. Hafsah juga senang dengannya. Mereka hidup bahagia dengan kejelasan iman dan ubudiyah kepada Allah SWT.

Terpisah Dua Jiwa


Khunais telah menyertai perang Badar malan Hafsah menggalakkan suaminya menyahut seruan itu. Khunais berperang gagah. Seiring doa Hafsah. Biarpun mata pedang membelasah tubuhnya di sana-sini, undur tidak sekali. Kepulangan Khunais yang parah telah menyebabkan hayatnya tidak lama. Usia Hafsah ketika itu sekitar 18-20 tahun.

Dianugerahi Suami yang Jauh Lebih Baik


Umar menawarkan Hafsah kepada Abu Bakar. Abu Bakar tidak memberikan jawapan. Hanya berdiam diri. Menawarkan pula Hafsah kepada Usman namun Usman menolak kerana beliau belum bersedia untuk berkahwin lagi. Umar lalu mengadukan kesedihannya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW lalu menghiburkannya,

Hafsah akan bernikah dengan orang yang lebih baik daripada Ustman. Manakala Ustman akan bernikah dengan wanita yang lebih baik daripada Hafsah.

Hafsah dimuliakan sebagai ummul mukminin pada tahun ke-3 hijriah, sebelum Perang Uhud. Rasulullah SAW memberikannya mahar sebanyak 400 dirham. Kesedihan Hafsah pantas terubat kerana digantikan Allah dengan anugerah suami terbaik di dunia.

Kreatif dan Penuh Idea dalam Persaingan Merebut Cinta Suami


Rasulullah SAW sangat adil dalam gilirannya dan nafkah zahir. Namun, sebagai manusia biasa, Hafsah tahu cinta Rasulullah SAW amat cenderung kepada Aisyah selepas Khadijah. Hafsah lalu merapati Aisyah dalam strategi merebut cinta suami. Apatah lagi, beliau dan Aisyah sama-sama masih muda dan otak penuh idea.

Hafsah dan Aisyah pernah berpakat untuk mengurangkan masa Rasulullah di rumah Zainab binti Jahsy. Hidangan madu di rumah Zainab binti Jahsy membuatkan mereka berasa cemburu. Tatkala cemburu yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah atau ujian. Allah menegur pakatan-pakatan isteri-isteri baginda itu di dalam Surah at-Tahrim.

Cinta Teruji
Kreativiti Hafsah yang berusaha keras menyenangkan suaminya sudah bertukar menjadi perkara yang menyusahkan Nabi. Baginda telah menceraikan Hafsah talak satu. Dunia bagaikan gelap gelita bagi Hafsah. Lalu, Allah menghantarkan Jibril untuk mengangkat kembali kemuliaan Hafsah di mata Nabi. Jibril berkata, Dia (Hafsah) adalah seorang ahli puasa dan solat. Dia adalah bidadarimu di syurga. Atas perintah Jibril, Rasulullah SAW merujuknya kembali.

Jasa Hafsah
Berminda kelas tinggi hingga menjadi tempat rujukan hukum, hadis dan ibadah hingga zaman Khulafa rasyidin. Pandai menulis dan membaca pada zaman di mana amat sedikit orang memiliki dua kelebihan ini. Menjaga lembaran-lembaran al-Quran yang telah dikumpulkan oleh Zaid bin Tsabit. Hinggalah ke zaman Saidina Ustman.

Perginya Hafsah
Pada tahun 41 Hijriah, beberapa hari berselang dari bulan Syaaban, Hafsah dijemput kembali mengadap Tuhannya. Beliau dimakamkan di Baqi. Saat itu, usianya 63 tahun. Sebelum wafat, beliau sempat mensedekahkan semua hartanya yang masih tersisa.

You might also like