Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi praktikum 1 1.

Terdapat beberapa orang murid yg menghadapi masalah dlm sifir (kelas tidak streaming dan kepelbagaian pelbagai, ada yg menghafal hingga sifir 12 namun ada yg langsung tidak ingt sifir) 2. Salah konsep mendarab dan membahagi. 3. Bila diajar tajuk membahagi murid tertukar dengan mendarab. Contoh 8/2 = 16 4. Murid yg pandai terlalu mahu menjawab soalan manakala murid lemah hanya senyap dan cuba tidak menonjolkan diri

Refleksi praktikum 2 1. Mengajar kelas kedua namun di sekolah kampung. Murid mempunyai kecerdasan yang sederhana 2. Ramai yang tidak menghafal sifir walaupun sudah memasuki darjah 4. Masalah sifir 6 dan ke atas. 3. Murid menghadapi masalah dalam menukar unit. Contohnya km kpd meter. 4. Masalah mendarab dengan nombor dua angka. 5. Tidak faham konsep bahagi walaupun dengan menggunakan kaedah bentuk lazim. 6. Penukaran unit bagi tajuk panjang, masa dan waktu dan timbangan berat. Murid tak ingat 1kg=1000g, 1km=1000m, 1m=100cm. 7. Ada murid yang terlalu minta perhatian guru sehinggakan akan menjawab soalan di hadapan walaupun salah berulang kali. Refleksi PnP Berdasarkan pemerhatian saya secara tidak formal, murid-murid lebih seronok menghafal sifir dengan teknik yang konkrit. Contohnya, mereka sentiasa mencuba mendapatkan hasil sifir darab menggunakan tangan khususnya sifir darab yang melibatkan angka 6 hingga 9. Pola nombor (pola hasil darab) juga memainkan peranan penting dalam membantu murid menguasai sifir darab. Ramai murid menganggap sifir darab sembilan adalah susah. Sebaliknya, ramai murid berkata bahawa sifir darab sembilan sangat mudah apabila didedahkan tentang pola hasil darabnya. Situasi ini menyedarkan saya bahawa murid-murid memerlukan sesuatu teknik yang mudah untuk menguasainya

Pengenalan Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Matematik bersifat menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh kebanyakan negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lainlain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran tentang pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita. Di Malaysia, pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan proses menjana sistem pendidikan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam melaksanakan proses P&P, Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) telah disediakan secara selaras oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada sekolah menengah atau pun rendah. Semua pihak sedar peranan dan keupayaan Matematik dalam menjayakan hasrat murni Negara dalam mencapai status sebuah Negara perindustrian pada tahun 2020. Menurut Hamdan (2000), kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas Masalah yang dihadapi semasa praktikum 1 dan 2 adalah pelajar tidak dapat menghafal sifir. Murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar masih tidak mampu menghafal sifir. Hal ini amat mengecewakan saya kerana menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala. Berdasarkan pemerhatian saya secara tidak formal, murid-murid lebih seronok menghafal sifir dengan teknik yang konkrit. Contohnya, mereka sentiasa mencuba mendapatkan hasil sifir darab menggunakan tangan khususnya sifir darab yang melibatkan angka 6 hingga 9. Pola nombor (pola hasil darab) juga memainkan peranan penting dalam membantu murid menguasai sifir darab. Ramai murid menganggap sifir darab sembilan adalah susah. Sebaliknya, ramai murid berkata bahawa sifir darab sembilan sangat mudah apabila didedahkan tentang pola hasil darabnya. Situasi ini menyedarkan saya bahawa murid-murid memerlukan sesuatu teknik yang mudah untuk menguasainya Menurut Maria Miller (2003), terdapat guru dan ibu bapa berpendapat bahawa kebanyakkan murid di sekolah mengalami masalah dalam belajar operasi pecahan. Konsep dalam pembelajaran pecahan sebenarnya tidak sukar kerana pecahan juga sama dengan konsep matematik lain yang memerlukan kemahiran tambah, tolak, darab dan juga kemahiran

memudahkan pecahan.

You might also like