Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

JUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN (CORE ENTREPRENEURSHIP) KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

KEMAHIRAN MENGENAL PASTI SUMBER

Usahawan perlu menguasai kemahiran mengenal pasti sumber tertentu utuk merealisasikan peluang perniagaan: Modal perniagaan Produk atau servis Lokasi perniagaan Kelengkapan perniagaan

Modal Perniagaan
Modal pernIagaan ialah sumber yang dapat dimanfaatkan dalam persediaan memulakan perniagaan. Modal ini termasuklah dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan:
Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan? Apakah modal lain yang sedia ada untuk membantu memulakan operasi perniagaan? Siapakah yang dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan?

Produk atau Servis


Produk atau servis ialah bahan ingin diniagakan di pasaran. Penetapan bahan niaga perlu diperincikan mengikut jenis atau kategori beserta senarai harga yang akan dicadangkan.
Di manakah bekalan produk atau servis akan diperoleh? Berapa banyak stokkah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan? Siapakah kumpulan sasar yang akan membuat keputusan belian produk atau servis?

Lokasi Perniagaan
Tempat untuk menjalankan perniagaan. Pertimbangan memilih lokasi yang sesuai perlu mengambil kira faktor seperti kuasa beli setempat, kumpulan sasaran, keselesaan pelanggan dan kemudahan asas untuk menjalankan perniagaan,
Apakah lesen perniagaan diperlukan? Apakah alternatif yang ada berkaitan dengan lokasi, sama ada beli atau sewa?

Kelengkapan perniagaan
Peralatan sokongan untuk melancarkan operasi perniagaan Kelengkapan termasuklah susun atur di lokasi, peralatan asas keselesaan, tempat operasi dll. a. Apakah kelengkapan yang perlu ada untuk perniagaan beroperasi? b. Berapa banyakkah kelengkapan yang belum ada? c. Di manakah tempat untuk mendapatkan kelengkapan itu?

KEMAHIRAN PERUNDINGAN
Dalam perniagaan perundingan merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak. Konsep asas perundingan merangkumi: a. Melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak b. Mempunyai agenda c. Mempunyai matlamat d. Mempunyai jangkamasa e. Persekitaran yang kondusif f. Wakil mesti mempunyai kuasa membuat keputusan

Persediaan perundingan
Persediaan kepada komunikasi bukan lisan: i. Pakaian ii. Cara berjalan iii. Gerak geri tangan iv. Gerak geri badan, duduk dsb. v. Eye contact vi. Bau badan Dapatkan maklumat daripada pihak sebelah: i. Perkembangan tahunan ii. Trend jualan iii. Kos upah iv. Kos ansuran

Proses perundingan
Bersedia bertolak ansur Bertenang dan jangan cepat marah Bentangkan sendiri apa yang hendak dikemukakan Ambil masa untuk memikirkan keputusan: perundingan boleh ditanggguhkan Persefahaman antara anggota yang menghadiri perundingan , tidak bercanggah pendapat. Jangan kompromi akan objektif anda Gunakan kekuatan perundingan anda sebaik mungkin Kepercayaan diri sendiri Bersikap adil Akhiri perundingan dgn positif tanpa mengira apa-apa keputusan yang diambil.

Strategi Perundingan
Sediakan agenda perundingan dengan menyeluruh Beri konsesi awal. Cuba puaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda. Bagi isu-isu penting, cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin dan anda boleh tukarkan strategi jika perlu. Perubahan boleh dilakukan terhadap sesuatu keputusan jika proses perundingan masih berjalan.

Taktik Perundingan
Perundingan harus dijalankan dengan baik dan bersistem: i. Kesopanan ii. Berunding dengan yang berkuasa iii. Tentukan anda mengemukakan isu-isu penting pada masa yang sesuai. iv. Jika perjumpaan tambahan diperlukan, tentukan masa dan tempat yang sesuai v. Jika berselisih pendapat elakkan sikap negatif. vi. Berhenti berunding dan berbicara sesama sendiri jika diperlukan vii. Tangguhkan perkara-perkara yang sensitif viii. Terima sahaja konsesi kecil disamping meneruskan dengan permintaan yang utama..

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Pengenalan kepada komunikasi: dalaman atau luaran Bentuk komunikasi : lisan atau bertulis Kriteria pemilihan media komunikasi:
tujuan penerima masa jarak kos kerahsiaan keselamatan sumber

Halangan dalam komunikasi


Bahasa perantaraan: pemilihan kata dan ayat Keperihatian mendengar memberi respon Tindakan emosi Media komunikasi Hubungan antara penghantar dan penerima Penerimaan awal Kesesuaian masa

Prinsip komunikasi berkesan


Memikir perkara berikut dengan baik: Objektif untuk berkomunikasi Siapa penerima Keadaan atau situasi ketika komunikasi berlaku Reaksi penerima Mendengar dengar dengan baik Memilih media yang sesuai Memilih bahasa yang sesuai Maklum balas

TERIMA KASIH

You might also like