Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PPK 1

KERAJAAN MALAYSIA

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PIAWAIAN PERAKAUNAN KERAJAAN

NOVEMBER 2002

PIAWAIAN PERAKAUNAN KERAJAAN

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PPK 1

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PPK 1


Dasar Perakaunan Kerajaan

Dikeluarkan oleh: Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Aras 1-8, Lot 2G1A, Presint 2, Kompleks Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 W.P. Putrajaya Tel: 03-88821000 Faks: 03-88821837 E-mel: janm@anm.gov.my Laman web: www.anm.gov.my

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN PPK1 ___________________________________________________________________________________

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN


Isi Kandungan TUJUAN SKOP LATAR BELAKANG DASAR PERAKAUNAN PRINSIP PERAKAUNAN ANDAIAN DALAM PERAKAUNAN TARIKH KUATKUASA Perenggan 1 2 3 4 5 6 7

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PPK 1

1.

TUJUAN Pernyataan ini adalah bertujuan untuk menetapkan dasar perakaunan yang digunakan dalam penyediaan penyata kewangan kerajaan seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972).

2.

SKOP Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulanwang Disatukan, di mana akaun-akaun ini perlu dibentangkan masing-masing dalam Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan-kerajaan Negeri.

3.

LATAR BELAKANG Pernyataan Dasar Perakaunan adalah: i) sebagai satu garis panduan yang disediakan bagi menyeragamkan amalan perakaunan kerajaan dan meliputi prinsip, asas, konvensyen, peraturan dan prosedur yang diterima pakai dalam penyediaan dan persembahan penyata kewangan kerajaan. berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972) dan diterapkan dalam Arahan Perbendaharaan, Piawaian Perakaunan Kerajaan, aturan dan peraturan kewangan lain yang berkuat kuasa.

ii)

4.

DASAR PERAKAUNAN Tahun Kewangan Tempoh tahun kewangan kerajaan adalah bagi dua belas bulan berakhir 31 Disember setiap tahun. Tindakan Berhemat Tindakan berhemat adalah asas pemilihan dan penggunaan dasar perakaunan dalam perekodan urusniaga dan penyediaan penyata kewangan. Keutamaan Nilai Dari Bentuk Urusniaga dan semua peristiwa perlu diperakaunkan dan dipersembahkan mengikut keutamaan nilai dan kebenaran hakikat kewangan dan bukan hanya kepada bentuk perundangan.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PPK 1

Materialiti Penyata kewangan kerajaan yang disediakan mengambil kira dan melaporkan perkara-perkara yang penting untuk membantu membuat penilaian dan keputusan. 5. PRINSIP PERAKAUNAN Prinsip perakaunan yang diamalkan adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) Prinsip Kumpulanwang Disatukan. Prinsip Tunai Ubahsuai. Prinsip Pengiktirafan Hasil. Prinsip Perakaunan Aset Tetap. Prinsip Catatan Bergu. Prinsip Akauntabiliti.

Prinsip Kumpulanwang Disatukan Perkara 97, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan Perlembagaan Negeri menghendaki segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima kecuali Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya, dimasukkan ke dalam satu Kumpulanwang yang dinamakan Kumpulanwang Disatukan. Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan Perlembagaan Negeri tidak membenarkan wang ini dikeluarkan dari Kumpulanwang ini melainkan setelah diperuntukkan atau dibenarkan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kecuali perbelanjaan tanggungan tertentu. Prinsip Tunai Ubahsuai Semua urus niaga terimaan dan bayaran kerajaan diakaunkan mengikut asas tunai. Walau bagaimanapun bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember boleh dikenakan kepada peruntukan tahun kewangan berkenaan jika dibayar dalam bulan Januari tahun berikutnya melalui Akaun Kena Bayar. Prinsip Pengiktirafan Hasil Kutipan hasil diakaunkan mengikut asas tunai dan dibayar secara jumlah kasar ke dalam Akaun Hasil, kecuali diuntukkan sebaliknya oleh mana-mana undangundang. Hasil yang patut diterima tetapi belum sebenarnya diterima dalam tahun kewangan tidak diakaunkan. Bayaran balik hasil yang dilakukan mengikut manamana undang-undang, aturan dan peraturan dikenakan sebagai perbelanjaan.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PPK 1

Prinsip Perakaunan Aset Tetap Aset tetap dikenakan kepada perbelanjaan pada masa pembayaran dibuat. Tiada susut nilai diperuntukkan bagi aset tetap yang dibeli. Apabila aset tetap berkenaan dilupus, tiada untung atau rugi ditunjukkan dalam akaun. Amaun yang diperoleh dari jualan aset tetap berkenaan akan dikreditkan kepada Akaun Hasil atau bagi perolehan aset yang dibiayai oleh Kumpulanwang Amanah, kepada Akaun Kumpulanwang berkenaan. Prinsip Catatan Bergu Setiap urus niaga menghasilkan dua kesan, iaitu memberi dan menerima. Urus niaga ini dicatat secara serentak untuk menghasilkan jumlah debit yang sama dengan jumlah kredit dalam akaun. Prinsip Akauntabiliti Parlimen atau Dewan Undangan Negeri memberi kuasa melakukan pembayaran dari Kumpulanwang Disatukan melalui Akta atau Enakmen Perbekalan Tahunan dan Akta atau Enakmen Perbekalan Tambahan serta undang-undang lain. Kuasa membelanja yang dibenarkan melalui Akta atau Enakmen Perbekalan, Akta atau Enakmen Perbekalan Tambahan, Akta Kumpulanwang Pembangunan, 1966 dan Akta atau Enakmen lain adalah untuk maksud yang ditetapkan serta amaun yang diluluskan. Semua peruntukan yang dilulus tetapi tidak dibelanja dalam tahun kewangan berkenaan akan luput. Segala urus niaga kerajaan akan diakaun dan dilaporkan dalam penyata kewangan kerajaan. 6. ANDAIAN DALAM PERAKAUNAN Berterusan Organisasi kerajaan yang berorientasi perkhidmatan, mengendali operasinya secara berkekalan. Ketekalan Penggunaan prinsip perakaunan tidak boleh diubah-ubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain agar penyata kewangan boleh dibandingkan di antara satu tahun kewangan dengan tahun kewangan yang lain. Entiti Berasingan Kerajaan adalah satu entiti tersendiri yang mempunyai hak mendakwa dan didakwa.

DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN

PPK 1

7.

TARIKH KUATKUASA Piawaian ini berkuat kuasa mulai tahun kewangan 2003.

Rujukan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1975) Akta Kumpulanwang Pembangunan, 1966 Akta Perbekalan atau Enakmen Perbekalan, Akta atau Enakmen Perbekalan Tambahan Akta atau Enakmen atau aturan dan peraturan kewangan lain yang berkuasa Arahan Perbendaharaan

You might also like