Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

TUJUAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan . Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran PENGUJIAN Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970) Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. PENILAIAN Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam

menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. Tujuan lain Penilaian Ujian 1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. 2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. 3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. 4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya 5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. 6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Sep 12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Bil

Bentuk Soalan Kemahiran Kandungan/Bidang/Topik 1 / / 2

Objektif kognitif 3 4 5 6

Jumlah

Catatan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Ganti Diri Ayat Tanya Ayat Sama Maksud Tanda Baca Jumlah Soalan Ikut Aras

Senang Senang / / / / Sederhana Sederhana Sukar Sukar 6

OBJEKTIF KOGNITIF Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

ARAS 1 2 3 4 5 6

ARAS Senang Sederhana Sukar

BILANGAN SOALAN 2 2 2

SOALAN OBJEKTIF

1. Dengan gerak yang ____________ seperti orang kehabisan tenaga, dia berjalan perlahan lahan menuju ke jendela. A) letih B) lemah C) gagah D) laju

Soalan 2 Isi tempat kosong dalam ayat ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Gambar 1 2. Kami meredah hujan yang semakin _____________ supaya tidak kelewatan.

A) kuat B) cepat C) deras D) lebat 3. Datuk Faiz telah dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Dato Wan Ahmad. _____________ akan sampai pada pukul 2.30 petang.

A) Beliau B) Dia C) Baginda D) Mereka Soalan 4 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan Mangsa kemalangan itu cedera parah di kepala dan patah tulang selangka. A) Di mana kemalangan itu berlaku? B) Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu? C) Mengapakah mangsa kemalangan itu cedera parah?

D) Siapakah yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu?

Soalan 5 Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul A) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur, Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur. B) Setelah menyiapkan kerja-kerja, di dapur Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur. C) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur. Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur. D) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Lokman, Lim dan Gopal, bersiap-siap untuk tidur. Soalan 6 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. Jambatan Sultan Yahya Petra itu masih kukuh walaupun usianya sudah setengah abad. A) Jambatan Sultan Yahya Petra yang kuat itu berusia setengah abad. B) Jambatan Sultan Yahya Petra masih utuh kerana usianya setengah abad. C) Walaupun sudah berusia setengah abad, jambatan Sultan Yahya Petra masih teguh. D) Meskipun jambatan Sultan Yahya Petra masih kukuh, usianya sudah setengah abad.

Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment

bmm3103 aizu

Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide

1. Sep 12

Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif


Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif Penilaian Formatif Mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk membaiki kelemahan dengan serta merta. Perbezaan Tujuan Penilaian Sumatif Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred pelajar Semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran. Tak formal (pemerhatian dan soaljawab), atau Bentuk Masa Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran. Formal : ujian kertaspensel atau ujian lisan

formal (ujian kertaspensel dalam masa singkat). Secara individu, secara kumpulan atau secara kelas Tiada (bagi ujian tak formal) dan penggunaan senarai semak/rekod prestasi (bagi formal) Membetulkan kelemahan dengan serta merta atau menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam kelas Tindakan Rekod Sasaran

dalam jangkaan masa yang sesuai.

Secara kelas atau tingkatan

Penggunaan rekod profil atau pensijilan

Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai

Merancang/mengubahsuai pelajaran/kurikulum Member sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)

Liputan

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Strategi perlaksanaan pemerhatian

i. ii. iii. iv. v. vi.

Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang. Menggunakan senarai semak. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik

Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment
2. Sep 12

PERKAITAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

PERKAITAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment
3. Sep 12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Bil

Bentuk Soalan Kemahiran Kandungan/Bidang/Topik 1 / / 2

Objektif kognitif 3 4 5 6

Jumlah

Catatan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Ganti Diri Ayat Tanya Ayat Sama Maksud Tanda Baca Jumlah Soalan Ikut Aras

Senang Senang / / / / Sederhana Sederhana Sukar Sukar 6

OBJEKTIF KOGNITIF Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

ARAS 1 2 3 4 5 6

ARAS Senang Sederhana Sukar

BILANGAN SOALAN 2 2 2

SOALAN OBJEKTIF

1. Dengan gerak yang ____________ seperti orang kehabisan tenaga, dia berjalan perlahan lahan menuju ke jendela. A) letih B) lemah

C) gagah D) laju

Soalan 2 Isi tempat kosong dalam ayat ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Gambar 1 2. Kami meredah hujan yang semakin _____________ supaya tidak kelewatan.

A) kuat B) cepat C) deras D) lebat

3. Datuk Faiz telah dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Dato Wan Ahmad. _____________ akan sampai pada pukul 2.30 petang.

A) Beliau B) Dia C) Baginda D) Mereka

Soalan 4 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan Mangsa kemalangan itu cedera parah di kepala dan patah tulang selangka. A) Di mana kemalangan itu berlaku? B) Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu? C) Mengapakah mangsa kemalangan itu cedera parah? D) Siapakah yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu?

Soalan 5 Pillih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul A) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur, Lokman, Lim dan Gopal bersiapsiap untuk tidur.

B) Setelah menyiapkan kerja-kerja, di dapur Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur.

C) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur. Lokman, Lim dan Gopal bersiap-siap untuk tidur.

D) Setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Lokman, Lim dan Gopal, bersiap-siap untuk tidur.

Soalan 6 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. Jambatan Sultan Yahya Petra itu masih kukuh walaupun usianya sudah setengah abad. A) Jambatan Sultan Yahya Petra yang kuat itu berusia setengah abad. B) Jambatan Sultan Yahya Petra masih utuh kerana usianya setengah abad. C) Walaupun sudah berusia setengah abad, jambatan Sultan Yahya Petra masih teguh. D) Meskipun jambatan Sultan Yahya Petra masih kukuh, usianya sudah setengah abad.

Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment

4. Sep 12

TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL


2.3 Kerangka Konsep

Taksonomi

dan Domain Taksomiom Domthwohl


2.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.

Taksonomi
Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. Pengetahuan ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.

Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination)

2.5 Domain David Krathwohl Domain Afektif Penerimaan (Receiving/Attending) Tanggapan (Responding)

Penghargaan (Valuing) Pengorganisasian (Organization) Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex)

TAKSONOMI KRATHWOHL - Diasaskan oleh, David R. Krathwohl - Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. - Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. - Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

Perwatakan Organisasi Penilaian Gerak balas Penerimaan

Penerimaan - Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. - Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu : (a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. (b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

Gerak balas - Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. - Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Penilaian - Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. - Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi - Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. - Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. - Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan

- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment
5. Sep 12

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) -Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p -Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU) -Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU) -Satu blue print ujian / test specification -Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran

-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan -Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian -Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU -Ujian tidak dibina secara sembarangan -Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian -Panduan kepada penggubal soalan -Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa -Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU -Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran -Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Ciri-ciri Utama JPU -Ada tajuk yang hendak diuji -Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji -Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji -Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian -Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU

-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji -Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran -Bina carta dua hala -Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran -Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid -Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU Kandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi : i skop atau kedalamannya ii bilangan item untuk setiap tajuk iii wajaran

Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom) Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative kurikulum sekolah.

Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun Posted 12th September 2012 by pok chek 0

Add a comment

Loading Send feedback Dynamic Views template. Powered by Blogger.

You might also like