Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 74

Present By :

Kebudayaan Orang Iban di Sarawak, Malaysia


2

Adat merupakan perbuatan yang betul dan perlu untuk mengekalkan akhlak moral agar mampu mewujudkan masyarakat yang harmoni. Pelanggaran adat juga membawa maksud penyalah dan pesalah perlulah dihukum berdasarkan penghakiman kepada ketua adat.

Hukuman yangdikenakan adalah berupa denda dan pembalasan saksama dan digelar ukum

Kesalahan adat juga menyebabkan semangat siga (roh yang jahat) berkeliaran dan memerlukan upacara ritual untuk menghalangnya. Sekiranya, hukuman tidak setimpal , orang Iban percaya musibah akan berlaku dan musibah itu dilakukan oleh hantu.

Contohnya, antu rua yang menyebabkan kematian atau kemiskinan.


Perlanggaran adat juga menyebabkan kecederaan dalaman, kehilangan harta benda dan terkenal sial sepanjang hidup.
5

Adat Iban
Adat perkahwinan

Adat kelahiran
Adat kematian Upacara miring
7

Usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh tahun kerana dalam usia ini, lelaki kaum iban dianggap telah bersedia untuk berkawin. Bagi pihak perempuan, tiada usia khusus yang ditetapkan. Gadis yang sudah akil baligh boleh berkahwin walaupun masih dalam usia yang muda.

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak keluarga.
Pihak yang melanggar adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan.
9

Anggota keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu.

10

Peringkat tertentu dalam perkahwinan kaum Iban iaitu: o peringkat merisik,


o meminang, o bertunang,

o majlis perkahwinan
oselepas majlis perkahwinan.
11

Nanya induk ( merisik )


Akan dilakukan selepas 3 keadaan :
i. Lelaki telah ngayap perempuan itu ii. Hasil perjodohan kedua orang tua pengantin iii.Pilihan secara rawak oleh orang tua pengantin
12

Sekiranya sang teruna telah berkenan kepada sang gadis, ibu bapa si teruna atau wakil akan bertandang ke rumah si gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum Pada masa itu, syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang si gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
13

Pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan untuk menjemput perempuan ke rumah untuk bertunang. Pihak lelaki perlulah berpakaian kemas dan perlu mandi dulu sebelum naik ke rumah pihak perempuan dan tawak (bergendang) - tolak bala

Pihak lelaki perlulah memukul gendang dengan kuat (mengelakkan burung jahat, hantu hutan dan hantu keranggas (hantu pengacau majlis) mendengar mereka merisik
14

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua.

Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan.
Setelah mencapai kata sepakat - ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan
15

16

Kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Sebelum mula, keadaan mesti senyap - adat. Wakil kedua pihak akan berbincang tentang tarikh perkahwinan dan mereka wajib minum air tuak sebelum mula berbincang - dikenali sebagai ai ansah (air peransang) Dimulakan dengan beramban (pantun berirama Iban) - mesti ikut rentak.
17

Dibuat oleh tuai rumah - untuk mengetahui sejauh mana perbincangan semasa bertunang. Sekiranya pengantin ada hubungan kekeluargaan denda akan dikenakan kepada mereka.
Selepas itu barulah ibubapa pengantin perempuan meminta berian.
18

Selepas mencapai persetujuan - penentuan tarikh perkahwinan dibuat. Proses belah pinang dibuat- simbolik pertunangan. Mulai saat itu - perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna lain selain tunangnya.

19

Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi
20

Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat dilakukan oleh kedua-dua belah pihak Kesalahan adat adalah, jika kedua pengantin menpunyai pertalian saudara hendak berkahwin Adat kesalahan mengikut kaum iban, penganti akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu hilang pada setiap individu.
21

Selepas mandi, ahli keluarga akan menyembelih seekor khinzir yang bertujuan korban sebagai tanda penebus dosa pengantin Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk ke rumah pengantin lelaki pula. Sepanjang pejalanan, rombongan kelihatan gembira kerana kesalahan telah dihapuskan.

22

Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan beberapa hari lagi perkahwinan akan dilangsungkan.

Lima simpulan, maka perkahwinan akan dilangsungkan dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.
Dua atau tiga hari kemudian, wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara mara dan jiran tetangga.

23

24

Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor khinzir sebagai tanda penghormatan.
Tembakan senapang akan kedengaran secara balas membalas

Di kepala tangga rumah pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota diperbuat daripada daun kelapa.
Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka 3 buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah

25

Setelah itu, rombongan pihak lelaki dalam kalangan kaum perempuan akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai
Tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup dengan pua kumbu Tetamu akan dijamu dengan tuak dan pelbagai jenis air yang lain

26

Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang Mereka akan berpusing di rumah selama 3 kali. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, dan pemberian yang lain
27

Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki, sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung tawak, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi

Selepas menjelaskan berian, mereka menetapkan pula syarat berhubungan dengan berian jika berlaku penceraian.
Jika pihak lelaki menyebabkan pencerian, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dulu dan tambahan sebanyak RM 50 sebagai denda.

28

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiring oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialaskan dengan kain tenun atau pua kumbu.
Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca.
29

Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin ( berbiau)

Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum

30

Selepas mengadakan majlis di rumah lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan
Sesungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, tetapi mereka tidak boleh tidur bersama Sebarang bunyi yang didengar sepanjang di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik atau sebaliknya

Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara kerana mendapat petanda buruk
31

32

33

34

Terbahagi kepada beberapa peringkat:

i. Berpantang ii. Berdiang / bersalai


iii.Tanggal pusat iv.Menamakan bayi

v. berkhatan
35

Wanita iban akan berpantang selama 30 hari selepas melahirkan anak Ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur
Semua makanan tersebut pula dicampurkan dengan halia supaya dapat memanaskan badan
36

Si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.

Kayu yang digunakan haruslah jenis kayu yang baik kerana dipercayai mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin
Kayu yang basah atau beracun dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi
37

Si ibu perlu bersalai / berdiang atau berkindu (dalam bahasa iban) selama 41 hari Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada dinding atau tiang rumah untuk menghitung hari kelahiran.

38

Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia 4 hari Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju ( luar anjung) untuk melihat matahari sambil mulut bayi dirasakan dengan garam Pada masa itu, doa akan dibaca agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
39

Kaum Iban mementingkan adat memberi nama Nama yang baik dan elok dipercayai mempunyai kesan ke atas masa depan bayi tersebut. Sebelum memberi nama yang rasmi, anakanak kaum Iban akan diberi nama timangan
40

Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang nenek moyangnya yang pernah berjasa dan berjaya

Ini bertujuan supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangya itu Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletakkan di atas papan yang tertulis nama yang bakal dipilih
Kemudian, seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai

41

42

Bayi yang berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai
Jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji
43

Kebiasaanya mereka akan membaca mentera dan menetak air sungai Dua orang perempuan akan mengiringi lelaki tersebut Bayi tersebut akan dipakaikan kain pua belantan atau kain hitam dan kumpulan itu akan diikuti oleh orang ramai

44

Doa dibaca bagi meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna Sebaik saja doa dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih Nama bayi akan diumumkan pada masa itu
Bayi lelaki sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang Bayi perempuan benang akan digantung pada galah laletan
45

Setelah bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak yang diletakkan di tengah-tengah ruai Bayi akan diselimutkan dengan pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung , cincin lama atau wang ringgit lama.
Selepas upacara mandi selesai, tetamu akan dijamukan dengan air tuak dan makanan yang ringkas

46

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur 10 tahun Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup dalam kalangan kaum Iban
47

48

Fasa kematian kaum Iban terbahagi kepada : i. Semasa kematian ii. Semasa pengebumian

iii.Selepas kematian

49

Orang iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan Semua sanak saudara dan sahabat handai menghadiri upacara itu Perkara pertama yang dilakukan sebaik saja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya dan ini dilakukan oleh ahli keluarganya
50

Kemudian, mayat dimandikan, disikat rambutnya dan dikenakan pakaian yang sebaikbaiknya
Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu Jika tidak, dipercayai- hantu si mati akan membawa pulang roh si mati Kemudian, mayat akan diletakkan di tengahtengah ruai dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat

51

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama mayat akan disediakan Barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya ( dunia selepas mati) Mayat itu tidak boleh ditinggalkan bersendirian Seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa halangan
52

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan ke atasnya Darah ayam itu dikatakan persembahan kepada sempulang gana (Tuhan Dunia Kedua) supaya menerima mayat itu
Kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan
53

Lubang kubur digali dengan kayu dan tangan atau cangkul Biasanya lubang kubur hanya sedalam 3 kaki sahaja kerana pengali kubur tidak boleh masuk ke dalam lubang itu

Daun atau rumput dielakkan daripada memasuki lubang itu Jika daun turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup

54

Doa itu akan dibaca berterusan hinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang
Mayat itu kemudiannya ditaburi beras kuning supaya petara (Tuhan) tidak menyiksa mayat itu

55

oSebuah pondok dibina diatas kubur untuk melindungi kubur oPondok ini digelar sebagai sungkup oBarang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu oUmpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaan diletakkan di situ.
56

Terdapat juga orang Iban menggunakan Kubur Tergantung.


57

Benda (Tajau) yang akan dibawa oleh si mati bersama di kubur.

58

Masa berkabung bermula sebaik saja pengebumian selesai Tempoh berkabung ialah 3 bulan bagi keluarga si mati dan 1bulan untuk penghuni rumah panjang itu

Dalam tempoh itu, unggun api dinyalakan di luar rumah selama 3 malam
59

Jika tidak, dipercayai roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan sepanjang tempoh perkabungan Ahli keluarga si mati dilarang memakai barang kemas dan pakaian berwarna warni Ahli keluarga biasanya akan memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih atau pakaian lama
60

Kain hitam berbentuk segi empat akan dilekatkan di lengan baju sebagai tanda ngulit (bekabung) bagi sanak saudara Manakala, bagi ahli keluarga terdekat pula, mereka akan memakai gelang hitam yang diperbuat dari kain berwarna hitam Gelang tersebut hanya boleh ditanggalkan pada hari ngetas ulit
61

Setelah tempoh berkabung tamat seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung Tidak beberapa kemudian, upacara sarak bungai dijalankan supaya roh si mati dalam keadaan aman Manang menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup Perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai antu ( Gawai orang mati) diselenggarakan
62

Ahad, 30 Oktober 2011 TATU SIMBOL KEBERANIAN SANG IBAN Tatu lebih dikenali sebagai pantang dalam masyarakat Iban Tatu adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki Sebagai bukti kejayaan, pahlawan Iban akan ditatu pada badan, jari, lengan dan paha. 63

Sementara wanita Iban pula ditatu pada bahagian jari, lengan, kaki dan paha sebagai lambang kedudukan sosial dan pencapaian mereka dalam kemahiran menenun, menari atau menyanyi selain berfungsi sebagai penghias diri. Masyarakat Iban menjadikan tatu sebagai simbol untuk merekod atau menceritakan pengalaman, pengembaraan dan pencapaian seseorang. Corak-corak yang menjadi pilihan pula dipercayai dapat melindungi suku kaum Iban daripada roh-roh jahat, musuh, kecelakaan dan penyakit.
64

Namun , terdapat komplikasi sekiranya seseorang itu mengukir tatu pada badannya kerana berlakunya perkongsian jarum semasa proses melukis tatu di badan individu. 1. Infeksi HIV AIDS 2. Hepatitis B atau C

Si pelukis tatu tidak mengamalkan teknik asepsis yang betul.


Kandungan yang digunakan mungkin akan mengakibatkan alahan terhadapa kulit seperti merkuri, logam dan lain-lain.
65

Tatoo Bungai Terung biasanya dicaca pada kedua-dua bahu lelaki masyarakat Iban

Ernesto kalum, 41,Artis Iban yang mempunyai 18 jenis tatu di badannya termasuk bungai terung di bahu & tatu naga di lehernya

# Suatu ketika dahulu, lelaki Iban akan mencacah tatu berbintik kecil di tangan, dipanggil tegulun, yang menandakan mereka pernah memenggal kepala musuh. Bilangan tatu itu bergantung kepada berapa banyak mangsa yang mereka berjaya bunuh.
66

Perkasam hypertension kerana kandungan garam yang tinggi dalam makanan Jika sedikit garam digunakan, dikhuathiri akan menyebabkan makanan tersebut mudah rosak.
PEKASAM ENSABI Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.
67

Masyarakat iban juga terkenal dengan makanan eksotik seperti haiwan liar antaranya: Biawak Burung Katak sungai Rusa Ular Tupai Kijang Musang

Haiwan haiwan ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun, tidak semua masyarakat iban makan haiwan eksotik kerana ada dalam kalangan mereka mengalami alahan terdapatnya
68

Terdapat juga masyarakat iban yang tidak makan makanan eksotik itu kerana ia berkaitan dengan pantang larang dalam penyembuhan penyakit tertentu.

69

70

i. Meminta berkat,kekayaan, nasib baik, kesihatan yang baik serta kesejahteraan ii.Buat niat ( Hajat) iii.Meminta ampun atas kesalahan yang dibuat dan memohom perlindungan

71

72

73

Reference: http://www.scribd.com/doc/31193638/Adat-Asal-OrangIban http://berita-harian-online.com/semangat-tatu-iban/ http://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/12/maka nan-tradisi-kaum-iban/ http://galvinaven.wordpress.com/2011/04/28/ibantribal-tattoo/


Responden : Mr. Sampai ak Jala Tuai Rumah Sampai, Nanga Kua, Jalan Selangau Sibu

74

You might also like