Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin 1 Maklumat Asas Nama/jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penternakan itik telur yang diusahakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim . Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi Penternakan itik telur ini telah dimulakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim dan Puan Yasmin Bt Abdullah mulai tahun 1998. Pada masa tersebut beliau mengusahakan ternakan itik kira-kira 100 ekor .Beliau menternak itik di bahagian tepi rumahnya dengan keluasan kira-kira suku ekar. Lokasi/tempat kajian Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Sawah Laku, Bukit Kepong Muar Johor . Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah mana lokasi rumah Encik Mohamadiah tu berada . Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat. Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan Penternakan itik ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan Kg Kecik Bukit Kepong iaitu kira-kira 6 kilometer dari rumah ini. Ada juga seorang pengusaha dari Kg Baru Batu 28 Lenga iaitu Encik Zainuddin Bin Jamal mengusahakan penternakan yang sama dengan beliau. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Mohamadiah Bin Hashim kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penternakan itik telur di kampung ini selain jarak rumahnya dengan rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini. 2. Latar Belakang

Tujuan dijalankan Encik Mohamadiah pada mulanya menternak itik untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penternakan itik telur ini dilakukan kira-kira 100 ekor sahaja pada peringkat awal. Encik Mohamadiah menggunakan itik telur untuk membuat telur asin . Proses/cara pelaksanaan Penternakan itik telur ini sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penternakan itik ialah penyediaan atau pembelian benih itik . Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html

1/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

2.2.3. PEMILIHAN BAKA Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi. Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

mempunyai daya hidup yang tinggi bebas dari kecacatan penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 300 biji setahun) menghasilkan telur yang berkualiti berat antara 65 75 gm sebiji kulit telur adalah keras warna kuning telur kemerah-merahan saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 1.8 kg ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia. 2.2.4. PERUMAHAN DAN PERALATAN Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur. 2.2.5. PERALATAN Induk palsu antaranya: Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah, Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam) Sarang bertelur Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya 2.2.6. PEMAKANAN Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html 2/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur. Makanan komersil Makanan campuran sendiri 1.Makanan Komersil Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan Semasa itik berumur 0-2 minggu makanan yang digunakan ialah jenis Duck starter , bagi usia 2-3 minggu ialah campuran antara duck starter dengan duck grower . Pada usia itik 4 hingga 6 minggu makanan yang sesuai diberikan ialah jenis duck grower manakala pada usia 16 minggu dan semasa bertelur itik diberikan makan jenis layer. Berat makanan yang diberikan ialah berasaskan usia itik telur tersebut. Bagi usia di bawah 4 minggu itik makan lebih kurang 1.2 hingga 1.6 kilogram , 5 hingga 22 minggu ialah kira-kira 11.0 hingga 11.8 kilogram. Bagi itik yang berusia lebih 22 minggu mereka diberikan kira-kira 160 hingga 170gram makanan bagi setiap ekor. Sesetengah penternak itik menggunakan makanan yang dicampur sendiri untuk diberikan kepada itik peliharaan mereka. Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan itik boleh diambil kerana ianya murah dan mudah serta mudah diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan itik. Antara bahan yang digunakan ialah beras hancur , dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian , batu kapur, jagung , synthetic pigment dan lain-lain. Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. 2.2.7. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:i. ii. iii. iv. v. vi.

Menjaga kebersihan ladang setiap masa Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada umur itik 1 3 hari. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

2.2.8. KEPERLUAN CAHAYA Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html

3/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap. Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal. Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi. Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini. Galeri Penternakan itik Muscovy t_itik.gif

Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar. t_ternakan.gif

Antara bangsal ternakan itik muscovy.

cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html

4/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

t_anakdikdik.gif

Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran. Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor t_itikmesini.gif

Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.

( di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa itik ini diternak, dijaga , membesar dan mengeluarkan telur. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penternakan dijalankan kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang bela itik tu.) Peralatan/kaedah yang digunakan
cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html 5/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

2.3.1.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian: Persediaan sebelum ketibaan anak itik Pemeliharaan semasa perindukan Pengurusan semasa membesar Pengurusan semasa bertelur Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik) Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 4 inci. Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 3 jam sebelum anak itik sampai. Pemeliharaan Semasa Perindukan Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan. Masa perindukan adalah selama 20 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan. Beri antistress selama 3 hari. Beri makanan duck starter crumble tanpa had Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian. Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan. Pengurusan Semasa Membesar Keluarkan alat pemanas dan pembentung Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 2800k/cl Timbang 2 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat . Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur. Pengurusan Itik Semasa Bertelur Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 22 minggu. Oleh itu :Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 2900 k/cl. Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 5 minggu sebelum bertelur. Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 170 gm sehari /ekor.
cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html 6/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri) Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik) Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan Semak keperluan cahaya mengikut umur itik ( masukkan gambar orang menjaga itik ) Masukkan gambar itik kecik sampai besar boleh ambil dari internet ) Produk yang dihasilkan Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :Telur Itik Segar Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang perseorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 15.0. Telur Masin Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar. Produk yang dihasilkan ialah telur asin ( boleh ambil gambar telur asin daripada intenet . masukkan kat sini , tuliskan maklumat gambar tu. ) 3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

Sumber pendapatan Dengan mengusahakan penternakan itik ini Encik Mohamadiah dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 400 500 biji sebulan . Setiap biji telur asin ini dijual kepada pemborong dengan harga RM 0.40 . Jadi pendapatan kasr daripada jualan telur asin ini ialah sebanyak RM 160 hingga RM 200 sebulan . Memenuhi permintaan Encik Mohamadiah juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan telur asin untuk majlis di atas ialah sekitar 50 ke 100 biji . ( masukkan gambar bunga telur daripada telur asin kat sini )
cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html 7/8

12/6/13

Cikgu Razak: Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin

Pembangunan kawasan setempat Penglibatan penduduk kampung ini dalam penternakan itik lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana. Peluang pekerjaan Penternakan itik dan perushaan telur asin ini tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja. 4. Prospek

Cabaran/kekangan yang dihadapi Encik Mohamdiah menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak ternakan . Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menternak itik Masalah lain yang beliau hadapi ialah kos makanan itik yang semakin meningkat . Kos makanan itik akan bertambah jika sekiranya beliau berhajat untuk menambah jumlah ternakan itiknya. Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta Proses penternakan itik ini memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan haiwan kerana proses awalnya sedikit rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa penternak itik yang gagal mengeluarkan telur akibat cara pemakanan itik yang tidak sesuai. Ianya meyebabkan pengeluaran awal telur tidak dapat dikekalkan jumlahnya secara berpanjangan . Keadaan itik yang tidak mudah sakit menyebabkan usaha menjaga dan emmelihara itik ini sedikit mudah ( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik / kalau ada gambar lawatan daripada pegawai pertanian/ haiwan melawat reban itik lagi baik) Reaksi/penerimaan masyarakat Masyarakat di kampung ini menternak itik untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian . ( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb ) Saranan dan harapan Encik Mohamadiah mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penternakan itik / menambah jumlah belaan ) .
( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )

cikgurazak.blogspot.com/2013/04/1-maklumat-asas-1.html

8/8

You might also like