IMR8

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

KOLEKSI KAUM PERANAKAN ASIA TENGGARA: INISIATIF PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Siti Roudhah Mohamad Saad, Radia Banu Jan Mohamad, Cik Ramlah Che Jaafar, Shahriza Fadly Misaridin Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Minden, Pulau Pinang E-mel: srms@usm.my , radia_banu@usm.my, cramlah@usm.my, shahriza_fadly@usm.my

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan menerangkan tentang proses pembangunan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Bahagian Malaysiana dan Arkib, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia yang melibatkan aktiviti pengumpulan, penyimpanan, pemeliharaan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan Kaum Peranakan di Asia Tenggara khususnya Kaum Cina Peranakan, Kaum Jawi Peranakan, Kaum India Peranakan (Kaum Chetti) dan Kaum Siam Peranakan (Kaum Melayu Sam-Sam). Inisiatif yang telah diambil bagi merealisasikan pembangunan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara serta cabaran dan halangan yang dihadapi akan dihuraikan dan dijelaskan dengan terperinci. Pembangunan koleksi ini dapat memberi pendedahan khusus tentang kewujudan Kaum Peranakan, memelihara khazanah warisan bangsa agar tidak hilang ditelan zaman dan juga bagi menyediakan sumber-sumber rujukan untuk penyelidikan generasi akan datang. Selain itu, ia juga boleh dijadikan penandaaras bagi pembangunan koleksi khas perpustakaanperpustakaan di Malaysia.

Katakunci: Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara; Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia; Malaysiana; Kaum Peranakan; Pembangunan koleksi

444
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

PENGENALAN

Pustakawanmemainkan peranan yang penting di dalam pemeliharaan memori budaya.Salah satu daripada aspek yang luas di dalam aktiviti kepustakawanan berkaitan perolehan bahan adalah untuk membantu di dalam pemerolehan bahan-bahan sumber maklumat yang boleh ditempatkan di dalam repositori budaya. Menurut Agee (2007), di kebanyakan negara membangun, pemeliharaan memori budaya dianggap sebagai pengekalan sesuatu budaya. Ini kerana, perolehan dan pemeliharaan bahan-bahan yang mempunyai nilai budaya selalunya dikaitkan dengan usaha terakhir untuk mengenalpasti aspek kebudayaan yang hampir pupus. Kewujudan kaum peranakan yang merupakan kaum minoriti di Asia Tenggara adalah satu keunikan kebudayaan yang sukar ditemui di rantau lain.Kaum Peranakan juga wujud di negara Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.Kaum utama di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan India. Selain itu terdapat juga kaum lain seperti Bajau, Iban, Murut, Kadazandusun dan sebagainya. Secara umumnya, kaum peranakan ini wujud hasil daripada perkahwinan wanita tempatan dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai asal dan keturunan. Keunikan kaum ini meliputi bangsa, kebudayaan, bahasa dan cara hidup yang menjadi warisan penting untuk dipelihara agar tidak pupus dan hilang ditelan zaman. Ini kerana, dengan peralihan zaman dan pengaruh budaya asing, perubahan berlaku di dalam cara hidup dan warisan kebudayaan sesuatu kaum. Sebagai contoh, di dalam aspek bahasa kaum peranakan di Malaysia, bahasa Melayu Baba dan bahasa Melayu Chetti semakin kurang penuturnya. Manakala di Indonesia pula, kaum

Peranakan Cina tidak mahu identiti mereka diketahui kerana masalah politik tempatan. Oleh sebab itu, adalah wajar memori budaya ini diwujudkan kerana ianya mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu bagi memelihara khazanah warisan bangsa agar tidak hilang ditelan zaman dan juga bagi menyediakan sumber-sumber rujukan untuk penyelidikan generasi akan datang. Dempsey (2001) menegaskan bahawa institusi seperti Arkib, Perpustakaan dan Muzium adalah memory institutions kerana koleksinya mengandungi memori tentang manusia, masyarakat, institusi dan individu, warisan kebudayaan dan saintifik serta produk yang terhasil sepanjang zaman, melalui kreativiti dan pembelajaran. Merujuk kepada Abdullah Ahmad Badawi (2000), untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi yang terkandung di dalam koleksi tempatan, Perpustakaan perlu memulakan usahasama dengan universiti-universiti serta arkib awam dan persendirian bagi

membangunkan satu repositori untuk menyimpan sumber-sumber tempatan. Perpustakaan juga perlu memperbaiki kefahaman masyarakat global tentang kebudayaan Malaysia serta dapat menjadi pusat rujukan dunia dalam mengakses maklumat dan pengetahuan tentang negara ini.

445
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Menurut Mohamed Khaled Nordin (2010) melalui ucapan perasmian di Majlis Pelancaran Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Universiti Sains Malaysia, telah menyatakan bahawa universiti adalah tempat yang terbaik untuk memperkukuhkan kefahaman tentang sejarah kerana di sinilah terkumpulnya komuniti cerdik pandai dan golongan muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Seterusnya, beliau juga menekankan bahawa universiti berupaya untuk memperkasakan sejarah dan ini akan memudahkan proses integrasi antara kaum secara keseluruhannya.

KOLEKSI KAUM PERANAKAN ASIA TENGGARA

Penubuhan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut ialah inspirasi Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM yang dicetuskan semasa berlangsungnya Majlis Perasmian Persidangan Cina PeranakanPulau Pinang dan Cina Muslim pada tahun 2008.Beliau ingin melihat maklumat berkenaan kaumkaum Peranakan dikumpul dan disatukan.Disebabkan wujudnya perkaitan dan dekatnya hubungan kaum Peranakan ini dengan masyarakat dan budaya Melayu, maka maklumat berkenaan kaum ini perlu dipelihara sebagai bahan sejarah dan penyelidikan.Oleh itu, selaras dengan peranan Perpustakaan sebagai pusat pengumpulan ilmu dan sumber maklumat, maka pihak Perpustakaan telah diminta mengambil inisiatif untuk mengumpul dan memelihara maklumat berkaitan kaum berkenaan. Kaum Peranakan ini wujud sejak beratus tahun yang lampau dan telah melakar sejarah yang tersendiri di Asia Tenggara dengan kepelbagaian warisan kebudayaan yang unik, dengan ini, maklumat berkaitannya adalah wajar dipelihara. Memandangkan usaha pengumpulan dan pemeliharaan maklumat kaum ini belum pernah dijadikan satu koleksi yang khusus, maka Perpustakaan Universiti Sains Malaysia mampu menjadi sebuah pusat pengumpulan, penyimpanan, pemeliharaan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan kaum Peranakan yang pertama. Untuk merealisasikan usaha ini, Perpustakaan telah menubuhkan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara.

Jawatankuasa Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara

Bagi memastikan penubuhan Koleksi ini menjadi kenyataan, Perpustakaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara.Pemilihan Ahli Jawatankuasa ini adalah berdasarkan kepada bidang tugas dan kepakaran berkaitan kaum Peranakan yang tertentu. Berikut ialah Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik:

446
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Penasihat

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor)

Pengerusi

Encik Mohd Pisol Ghadzali (Ketua Pustakawan)

Setiausaha

Puan Siti Roudhah Mohamad Saad (Ketua Bahagian Malaysiana dan Arkib

Ahli-Ahli

Y.Bhg. Dato Seri Khoo Keat Siew (Persatuan Cina Peranakan Pulau Pinang) Encik Khaw Bak Kooi (Persatuan Cina Peranakan Pulau Pinang) Tuan Haji Mohd. Mustakim Mohd. Mastan (Persatuan Melayu Pulau Pinang) Tuan Haji Yusoff Azmi Merican (Persatuan Melayu Pulau Pinang) Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan) Prof. Madya Dr. Noriah Mohamed (Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan) Encik Omar Yusof (Penyelidik Kaum Jawi Peranakan) Encik Mohd. Idris Hj. Ali (Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan dan Pembangunan Sumber)) Encik Ali Hj. Abd. Rahim (Timbalan Ketua Pustakawan

(Perkhidmatan)) Puan Che Hasnah Ab Ghani (Ketua Bahagian Proses Teknik) Puan Siti Fatimah Hashim (Ketua Bahagian Perolehan) Puan Sukmawati Muhamad (Ketua Bahagian Bahan-Bahan Bersiri dan Dokumen)

Hasil daripada perbincangan, beberapa aktiviti telah dipersetujui untuk dilaksanakan selaras dengan usaha pembangunan koleksi Kaum Peranakan iaitu:

i.

Mesyuarat akan diadakan dua kali setahun. Untuk peringkat permulaan bilangan mesyuarat akan melebihi dari dua kali setahun.

ii.

Melawat ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah untuk melihat koleksi yang ada di sana.

447
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

iii. Melawat ke rumah Tuan Haji Yusoff Azmi Merican untuk melihat koleksi yang dimiliki oleh beliau terutamanya koleksi yang akan disumbangkan kepada Perpustakaan. iv. Mengumpul bahan-bahan berkaitan kaum Peranakan di Perpustakaan Hamzah Sendut untuk diletakkan di bawah Koleksi Kaum Peranakan. Aktiviti ini akan melibatkan kos penyediaan label (KPM) yang akan ditampal pada buku. v. Penyemakan dan pemilihan judul-judul melalui senarai bibliografi, katalog penerbit, kedai-kedai buku dan pameran buku. vi. Mengadakan program sejarah lisan bersama individu yang berkaitan.

Memandangkan perolehan bahan bagi pembinaan koleksi ini akan melibatkan kos yang tinggi, maka Jawatankuasa bersetuju supaya ianya dijadikan sebagai satu projek Perpustakaan dan permohonan peruntukan khusus boleh dibuat bagi menjayakannya.

Anggaran Kos

Anggaran kos yang dijangkakan pada awalnya adalah seperti berikut:

A. Kos pembelian 1. Bahan terbitan 2. Bahan milik individu 3. Bahan nadir dan manuskrip JUMLAH * RM 50,000.00 RM100,000.00 RM100,000.00 RM250,000.00

B. Kos pengangkutan (termasuk ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah, ke rumah individu yang mempunyai koleksi Kaum Peranakan dan lain-lain) JUMLAH RM RM 2,000.00 2,000.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM257,000.00

*Nota: Kos RM50, 000.00 ditanggung oleh pihak Perpustakaan Hamzah Sendut.

Walaubagaimanapun, kos sebenar untuk pembangunan koleksi ini hanyalah untuk pembelian bahan terbitan sebanyak RM50, 000.00.

448
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Skop Koleksi

Jawatankuasa ini juga berpendapat bahawa pembangunan koleksi Kaum Peranakan perlu ditumpukan kepada kaum-kaum yang kewujudannya mempunyai perkaitan dan hubungan dengan masyarakat dan budaya Melayu. Kaum-kaum yang telah dikenalpasti adalah: 1. Kaum Cina Peranakan 2. Kaum Jawi Peranakan 3. Kaum India Peranakan (Kaum Chetti) 4. Kaum Siam Peranakan (Kaum Melayu Sam-Sam)

Pengenalan kepada Kaum Peranakan

Definisi ke empat-empat Kaum Peranakan adalah seperti berikut:

Kaum Cina Peranakan

Definisi Kaum Cina Peranakan dipetik daripada (Wikipedia, 2011) Komuniti Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya boleh didefinisikan melalui etnik, budaya, geografi dan sejarah. Peranakan bermaksud keturunan.Baba merujuk kepada lelaki dan

Nyonya merujuk kepada perempuan.Peranakan, Baba Nyonya dan Straits Chinese digunakan untuk keturunan imigran China yang terawal di Nusantara yang telah mengamalkan budaya Melayu seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Menurut Ishak Saat (2009), Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu amnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka.Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsurpengaruh kebudayaan

Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu.

449
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Kaum Jawi Peranakan

Definisi Jawi Peranakan oleh Omar Yusoff (2005): Pada hakikatnya, istilah ini adalah lebih eksklusif di Pulau Pinang. Ia dikatakan hanya digunakan sebagai rujukan kepada sebuah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu tempatan dengan lelaki Arab, India-Muslim, Bengali, Punjabi, Gujerat dan Afghani. Ada juga pihak yang menyatakan istilah ini hanya digunakan sebagai rujukan kepada wanita Melayu tempatan yang berkahwin campur dengan lelaki yang datang daripada Benua India sahaja. Menurut Brown, Helen Margaret (1977), Jawi Peranakan juga dikenali dengan

pelbagai gelaran iaitu Jawi Pekan, Jawi Pukan dan Jawi Bukan. Jawi membawa maksud Melayu dan istilah yang digunakan sebelum ini adalah untuk memberi gambaran masyarakat itu sebagai Melayu bukan, Keling pun bukan (Keling merujuk kepada kaum India yang datang dari India Selatan). Meskipun kewujudan masyarakat Jawi Peranakan turut dikaitkan dengan perkahwinan campur antara wanita Melayu dengan lelaki Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh, namun di PulauPinang, ia lebih sinonim dengan masyarakat India Muslim akibat penghijrahan rakyat dari India ke negeri selat itu sejak awal 1700. Lantaran mewarisi aktiviti perniagaan yang dimulakan nenek moyang mereka ketika berhijrah ke Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kebanyakan masyarakat Jawi Peranakan terkenal dengan kekayaan dan hidup mewah sekali gus menjadi antara sebab mereka pernah dikenali sebagai Jawi Pekan, iaitu Melayu yang hidup di pekan.

Kaum India Peranakan (Kaum Chetti)

Definisi Kaum India Peranakan atau Kaum Chetti oleh Dr. Noriah Mohamed (2009): Komuniti ini terbentuk hasil perkahwinan campur antara pedagang India Selatan dengan wanita tempatan di Melaka pada abad ke-16. Dalam hal ini, pedagang dari India Selatan, khususnya pedagang Tamil beragama Hindu yang datang ke Asia Tenggara pada sekitar abad ke-16 itu telah berkahwin atau tinggal bersama-sama perempuan tempatan, seperti Melayu, Jawa, Batak atau Cina. Menurut Noriah Mohamed (2009), bagi masyarakat umum, Chetti bermakna orang India Selatan daripada kasta Chettiar yang menetap di Kampung Keling, Melaka yang menjalankan kegiatan meminjam wang. Namun dari sudut yang lain, terdapat masyarakat Chetti yang tiada kaitan dengan golongan peminjam wang. Mereka ini ialah golongan Peranakan Hindu Melaka yang juga disebut Hindu Peranakan atau Indian Babas.Masyarakat Chetti telah wujud di Melaka sejak tahun 1500 lagi, iaitu ketika zaman kesulatanan Melayu Melaka.

450
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Dari segi amalan kehidupan, masyarakat ini boleh disamakan masyarakat Baba Melaka, lantaran terlalu kuat mengamalkan budaya tempatan dan hanya menggunakan istilah bahasa Tamil untuk kegunaan khusus membabitkan soal agama.Masyarakat ini

mengamalkan ajaran Siva Hindu yang agak ortodoks. Seperti kaum Baba Nyonya, ia tidak jauh berbeza kerana wanitanya memakai kebaya labuh atau pendek dengan kerongsang dan bersanggul, manakala lelakinya berkain pelikat, berbaju cekak musang, sehelai selempang di bahu kiri dan memakai talpa (sapu tangan). Bagaimanapun, cara berpakaian ini sudah semakin sukar dilihat kecuali dalam kalangan warga tua, itupun bukan menjadi pakaian harian, mungkin pengaruh dunia moden yang bukan sekadar merubah cara hidup masyarakat Chetti Melaka, malah membabitkan pelbagai kaum dan bangsa di dunia ini.

Kaum Siam Peranakan (Kaum Melayu Sam-Sam)

Definisi Kaum Siam Peranakan atau Kaum Melayu Sam-Sam oleh Dr. Sohaimi Abdul Aziz dan Omar Yusoff (2010): Sehubungan itu, ada yang mengatakan bahawa masyarakat Samsam adalah hasil daripada perkahwinan campur di antara Siam dengan Melayu, Siam dengan Cina, Siam dengan India dan antara Siam di selatan seperti di Satun, Yala dan Narathiwat dengan Siam di utara seperti dari Lembah Menam Chao Phraya. Sehubungan itu wujud pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat Samsam terbahagi kepada dua iaitu Samsam Islam dan Samsam Buddha. Definisi Kaum Siam Peranakan atau Kaum Melayu Sam-Sam dipetik daripada (Wikipedia, 2011): People of mixed Thai and Malay ancestry are known as Samsam, which forms the bulk of Satun's population but also a significant minority in Phatthalung, Trang, Krabi, Phang Nga and Songkhla as well as in the Malaysian states of Kedah, Perak and Perlis. Samsams are generally adherents of Islam but culturally Thai, although Malay influences are codominant.Phuket and Ranong, home to a sizeable Muslim population, also has many people who are of Malay descent. A sizeable community also exists in Bangkok itself, having

descended from migrants or prisoners who were relocated from the South from the 13th century onwards. Menurut Dr. Sohaimi Abdul Aziz dan Omar Yusoff (2010), kaum Peranakan Samsam Melayu-Islam ialah kaum Peranakan minoriti Melayu-Islam yang berketurunan Siam (Thailand) yang berada di sini semenjak abad ke-18 lagi dan keislaman mereka diragui kerana dipercayai mengamalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun pada umumnya, identiti mereka ini telah berubah apabila terjadi asimilasi dengan masyarakat tempatan semenjak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970-an. Kehadiran kaum Siam yang beragama Islam atau Buddha kebanyakannya

451
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

boleh ditemui di utara Kedah khususnya di kawasan yang bersempadan dengan Siam telah mewujudkan satu kaum Peranakan yang dikenali sebagai kaum Peranakan Samsam atau Sam-sam.Terdapat beberapa pendapat tentang pembentukan kaum Samsam ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan. Di dalam konteks etimologi, perkataan samsam boleh dihubungkan dengan perkataan Melayu, sama-sama yang bermaksud bersama-sama.Di dalam bahasa Siam, sam bermaksud campur atau bercampur.Manakala di dalam dialek Cina Hokkien, Samsam dihubungkan dengan perkataan tcham-tchamyang membawa maksud bercampur-campur. Kaum peranakan Samsam Islam boleh dikenal pasti dengan memerhatikan bahasa Melayu yang digunakan.Loghat Siam masih boleh kedengaran dan loghat Siam ini tidak diterima oleh Asmah Hj. Omar (1979) sebagai dialek Samsam. Namun setelah empat atau lima generasi, kaum Peranakan Samsam Islam tidak lagi boleh bercakap Siam dan loghat Siam pun sudah tidak boleh lagi kedengaran.

PEMBANGUNAN KOLEKSI KAUM PERANAKAN ASIA TENGGARA DI PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT

Pakar Rujuk

Bagi merealisasikan usaha pengumpulan bahan-bahan berkaitan kaum Peranakan Asia Tenggara, Jawatankuasa yang dilantik telah mengenalpasti beberapa individu yang boleh dijadikan pakar rujuk atau mempunyai perkaitan rapat dengan kaum Peranakan serta dapat memberi pandangan tentang sumber-sumber maklumat berkenaan. Berikut ialah pakar rujuk untuk setiap kaum: 1. Kaum Jawi Peranakan a. Tuan Haji Yusoff Azmi Merican Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan

berketurunan Jawi Peranakan b. Tuan Haji Mohd. Mustakim Mohd. Mastan Ahli Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan

berketurunan Jawi Peranakan c. Encik Omar Yusoff Penyelidik untuk bidang kaum Jawi Peranakan 2. Kaum Cina Peranakan a. Dato Seri Khoo Keat Siew Presiden Persatuan Cina Peranakan Pulau Pinang dan berketurunan Cina Peranakan b. Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz

452
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Pensyarah dan penyelidik untuk bidang kaum Jawi Peranakan 3. Kaum India Peranakan (Chetti) a. Encik Nadarajan a/l Kandasamy Raja Berketurunan India Peranakan (Chetti), dari Perkampungan Chitty, Gajah Berang, Melaka b. Prof. Madya Dr. Noriah binti Mohamed Pensyarah dan penyelidik untuk bidang kaum India Peranakan (Chetti) 4. Kaum Melayu Peranakan Siam (Sam Sam) a. Abdul Majid bin Mohd. Noh Tok Dalang Wayang Kulit Seri Asun, berketurunan Sam Sam dari Kampung Kunluang, Asun, Kedah. b. Prof. Madya Dr. Sohaimi Abd Aziz Pensyarah dan penyelidik Kaum Sam Sam Maklumat lanjut berkenaan pakar rujuk terdapat di dalam portal kaum peranakan http://www.kaumperanakan.usm.my/ .

Perolehan dan Pemprosesan Bahan

Bermula pada tahun 2008, bahan-bahan berkaitan kaum Peranakan yang sedia dimiliki oleh Perpustakaan telah dikumpulkan.Pada awalnya jumlah koleksi yang terkumpul telah melebihi 60 judul dan terdiri daripada buku, bahan media dan bahan mikro bentuk serta ditempatkan di Bahagian Malaysiana dan Arkib. Penambahan judul baharu ditumpukan dengan mempelbagaikan format bahan, seperti bahan buku (termasuk tesis, novel, biografi dan autobiografi), risalah, gambar, bahan multimedia (termasuk video dan filem), artikel dan rakaman temubual (sejarah lisan). Bahan seperti artifak dan realia tidak termasuk di dalam skop perolehan bahan untuk koleksi ini. Pembinaan koleksi kaum Peranakan diteruskan dengan memperoleh bahan-bahan melalui: pembelian, sumbangan atau fotokopi (termasuk bahan untuk pameran), mengadakan program pertukaran dengan mana-mana perpustakaan yang mempunyai tesis berkaitan kaum Peranakan seperti Perpustakaan Awam Kedah dan Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengadakan sejarah lisan, dan mewujudkan persefahaman dengan pemilik bahan iaitu sekiranya ada permintaan daripada penyelidik untuk merujuk kepada bahan berkenaan, Perpustakaan akan meminjam bahan ini daripada pemilik dan akan dikembalikan semula selepas dirujuk. Melalui usaha pemantapan ini, Perpustakaan telah berupaya meningkatkan bilangan koleksi kepada lebih kurang 140 bahan. Dalam konteks Perpustakaan, setiap koleksi khas akan diberi label khusus untuk memudahkan bahan dibezakan serta dikenalpasti diantara koleksi-koleksi sedia ada. Perpustakaan telah menentukan supaya singkatan KPM yang merujuk kepada Kaum

453
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Peranakan Malaysia digunakan sebagai label untuk Koleksi ini. Label KPM ini dilekatkan pada tulang buku atas label nombor panggilan pada sesebuah bahan. Bagi pengaksesan bahan melalui sistem dalam talian Perpustakaan pula, singkatan KPM diletakkan di dalam rekod naskhah.

Rajah 1 Contoh rekod naskhah buku koleksi kaum Peranakan Asia Tenggara

Jenis-jenis Bahan

Antara jenis-jenis bahan yang terdapat dalam Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara ialah seperti berikut:

Buku

A Baba bibliography : a select annotated listing of sources on the peranakan Chinese in Singapore and Malaysia. (2007). Singapore: National Library Board. DS610.25.P47B112 2007

Anaknja Ouw A Kian Otawa pembalesannja kaoem Siauw Lim Sie samboengan dari tjerita Kian Liong Koen .Weltevreden, N.V. PL5139.4.A532 bn KPM

Azman Wan Chik.Satu kajian leksikal dialek samsam daerah Titi Tinggi Perlis Utara. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Bahasa, Universiti Malaya. PL5094. A995 f m rbm KPM

454
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Baba Melaka.(1950). Putus harapan. Johor Bahru: Lembaga Persuratan Guru-guru Melayu. PL5136.12.A116 P99 m rbm KPM

Blythe, Wilfred. (1969). The impact of Chinese secret societies in Malaya : a historical study. Kuala Lumpur: Oxford University Press. DS595.C5 B661 rbm KPM

Boekoe tjerita dahoeloe kala di negri Tjina tempo bermoela Hongtee Tio Kong In maoe tetapken merk "Song Tiauw" jang terseboet.(1913).Batavia: Kho Tjeng Bie. PL5139.4.B675 bn KPM

(1911). Boekoe tjerita di negri Tjina tempo hongtee Song Djin Tjong merk Song Tiauw jang terseboet Ngo Ho Peng Lam, ja-itoe Tek Tjeng. Batavia: Kho Tjeng Bie & Co. PL5139.4.B671 bn KPM

Chee, Beng Tan. (1988). The Baba of Melaka : culture and identity of a Chinese Peranakan community in Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications. DS595.C5T162 rbm KPM

Chee, Beng Tan. (1993). Chinese peranakan heritage in Malaysia and Singapore.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. DS595.C5T164 rbm KPM

Chee, Johny. (2006). A tapestry of Baba poetry, Penang : Johny Chee. PL5131.2. C516 2006 rbm KPM

Chee, Johny. (2008). A tapestry of Baba poetry, 3rd. ed. Penang: Johny Chee. PL5131.2. C516 2008 rbm KPM

Cheo, Kim Ban. (1983). A Baba wedding. Singapore: Eastern Universities Press. DS595.C5 C518 rbm KPM

Chew, Daniel. (1990). Chinese pioneers on the Sarawak frontier, 1841-1941. Singapore: Oxford University Press. DS597.367.C5C529 rbm KPM

Chia, Felix. (1980). The Babas. Singapore : Times Books International. DS599.42.C5C532 rbm KPM

455
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Chia, Felix. (1983). Ala Sayang! : (a social history of Babas and Nyonyas). Eastern Universities Press. DS595.C5C532 rbm KPM

Singapore:

Chia, Felix. 1994. The Babas revisited. Singapore: Heinemann Asia. DS599.42.C5C533 rbm KPM

Chin, John M. (1980). The Sarawak Chinese. Kuala Lumpur: Oxford University Press. DS597.367.C5C539 rbm KPM

Chreta dolu kala dari pasal Heng Guan Seo-Chia sama Mwee Liang Geok di jemun Tong Teow raja Seok Chong Heng Guan Seo-Chia Mwee. (1889). Singapore: Chin Teck Bee. PL5139.4.C553 bn KPM

Cherita "Lwee Hong Thak" dari hal "Oh Pek Chua" di Zaman Guan Teow Lwee Hong Thak. [S.l. : s.n.] PL5139.4.C521 bn KPM

Chrita dahulu kala bernama "Chow thau hong boo koon" di zaman Guan teow buay Chow thau hong boo koon. (1936). Singapore: Nanyang Romanised Book Co. PL5139.4.C556 bn KPM

Chrita dahulu-kala bernama "Khian leong koon yew kang lam" di zaman Cheng Teow Khian leong koon yew kang lam. Singapore: Nanyang Romanised Malay Book Co. PL5139.4.C559 bn KPM

Chrita dahulu kala bernama "Ong chew koon hoe huan" di zeman Han Teow Ong cheow koon hoe huan.(1935). Singapore: Nanyang Romanised Malay Co. PL5139.4.C562 bn KPM

Chrita dahulu kala dari pasal Hong Keow sama Lee Tan turon-kan dari buku "Hwan Tong" di jaman Tong Teow sama Chew Teow Hong Ke. (1892). Singapore: Kim Sek Chye. PL5139.4.C567 bn KPM

Chrita dahulu-kala nama-nya Sam kok, atau tiga negeri ber-prang: Siok,Gwi, sama Gor di jaman "Han Teow" Sam kok. (V. 1-27). (1892).Singapore: Kim Sek Chye Press. PL5139.4.C565 bn KPM

456
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Chrita da-hulu-kala pasal Kou Chey Thian man-gawal-kan Tong Thye Chu pergi di negri Seh Thian Ch'u Keng Kou Chey Thian.(1911).[S.l. : s.n.] PL5139.4.C567 bn KPM

Chrita dahulu-kala yang ber-nama "Chin Suat Buay" mak tiri Siang Loh pada zaman "Beng Teaw" Chin Suat Buay. (1899). Singapore: Kim Sek Chye Press. PL5139.4.C568 bn KPM

Chrita dulu-kala bernama "Ang-bin Sio-chia" Tempu Hongtay Song Seng Chong di zaman Song Tiow Ang bin Sio-chia.(1931).Singapore: Wan Boon Seng. PL5139.4.C569 rb KPM

Chrita dulu-kala bernama "Lek bohtan" atau Pau choo ann tah lui-tai, di zaman Tong Tiow, tempu Boo Chek Tian jadi Hongtay Pau. (1935). Singapore: Chin Ho Bros. PL5139.4.C561 bn KPM

Chrita dulu-kala bernama "Tek cheng cheng pak, di zaman Song Tiow,tempu Song Jin Chong jadi Hongtay Tek cheng cheng pak. (1935).Singapore: Boon Seng. PL5131.C565 bn KPM

Chrita dulu-kala nama-nya "It ki mui" atau Chit kiam chap-sahnh kiap, di zaman Beng Tiow, tempu Cheng Tek Koon jadi Hongtay Chit.(1936). Singapore: Pranakan Book Coy. PL5139.4.C558 bn KPM

Chrita dulu-kala nama-nya "It ki mui" atau Chit chu chapsahnh seng, di zaman Beng Tiow, tempu Cheng Tek Koon jadi Hongtay Chit. (1936).Singapore: Pranakan Book Coy. PL5139.4.C557 bn KPM

Chrita dulu-kala nama-nya It ki mui peng suanh-chat di zaman Beng Tiow, tempu Cheng Tek Koon jadi Hongtay It Ki mui peng sua.(1938).Singapore: Pranakan PL5139.4.C571 rb KPM

Chrita dulu-kala bernama "Tian pah tor" (Seeh pek ha-Seeh pek hian) di zaman Beng Tiow, tempu Seng Hua jadi Hongtay Tian path.(1935).Singapore: Seng Poh Huat Coy. PL5139.4.C563 bn KPM

Clammer, John R. (1980).Straits Chinese society : studies in the sociology of the Baba communities of Malaysia and Singapore. Singapore: Singapore University Press. DS595.C5C586 1980 rbm KPM

457
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Claudine Salmon, ed. (1987). Literary migrations : traditional Chinese fiction in Asia (17-20th centuries). Beijing: International Culture Publishing Corporations. PL2437. L776 1987 KPM

Dhoraisingam, Samuel S. (2006). Peranakan Indians of Singapore and Melaka : Indian Babas and Nonyas--Chitty Melaka. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. DS599.M3D535 2006 rbm KPM

Ding, Choo Ming.Pantun peranakan Baba : mutiara gemilang negeri-negeri Selat, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008. PL5131.2. D584 2008 m rbm KPM

Endon Mahmood, Datin Seri, 1940-2005. (2004). The nyonya kebaya : a century of Straits Chinese costume. Singapore: Periplus, 2004. GT1530. E56 2004 f rbm KPM

Gwee, Thian Hock. (2006). A Baba Malay dictionary : the first comprehensive compendium of Straits Chinese terms and expressions. Tokyo: Tuttle Pub. PL5092.E5 G994 2006 r rbm KPM

Ini chrita dulu kala dari mula pertama di jaman Tong Teaw bernama Seeh Jin Quee cheng tang (Pukol negri sebala timor) Seeh Jin. V. 1-7. (1985).Singapore: Kong Guan Hin Press. PL5139.4.I57 bn KPM

Ini chrita dulu kala dari zaman Tong Teow bernama Seeh Jin Quee cheng say (Pukol negri s'bla barat) Seeh Jin Quee cheng say. V. 1-8. (1985).Singapore: Chinese Directory & Press.PL5139.4.I56 bn KPM

Hikayat bernama "Ban wha law" : cherita yang susa dari hal Teck Cheng dizaman "Song tiaw" raja Jin Chong Ban wha law. V. 1-9. (1910).Singapore: [s.n.]. PL5139.4.H639 bn KPM

Kee, Ming-Yuet. (2009). Peranakan Chinese porcelain : vibrant festive ware of the Straits Chinese. Singapore: Tuttle Publishing. NK4157. K26 2009 f rbm KPM

Keng, Goh Hood. (1908). Chrita deri-hal Florence Nightingale. Singapore:Methodist Publishing House. PL5139.29.C521 bn KPM

458
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Kheng Chew Hooi Kuan. (1966). Bin Cheng Qiong Zhou Huiguan Bai Zhounian Jinian Tekan:100th Anniversary commemorative souvenir magazine of Qiong Zhou Huigua. Pulau Pinang: Committee of the 100th Anniversary Commemorative Souvenir Magazine of Qiong Zhou Huiguan. DS595.C5K45 1966 f rbm KPM

Kho, Ping Hoo. (1962). Toat-beng Mo-li: wanita iblis dari lembah Tjialang. V. 1-3. Djakarta: Analisa. PL5139.4.K45 rb KPM

Khoo, Joo Ee. (1996). The Straits Chinese a cultural history. Hertfordshire: Pepin Press. DS595.C5 K45 1996 f rbm KPM

Lee, Peter. (1998). Rumah Baba : life in a peranakan house. New York: Singapore: National Heritage Board; New York ; Singapore: Singapore History Museum, 1998. DS599.42.C5L481 1998 f rbm KPM

Lee, Su Kim. (2007). A Nyonya in Texas : insights of a Straits Chinese woman in the Lone Star State. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Marshall Cavendish, PL5149.43.S948 L48 2007 rbm KPM

Lip Guan Poh Kuan: kitab ber ka-siat dari niat tan ati. (1900). (S.n., s.l.). PL5139.4.L764 bn KPM

Lim, Catherine. (2003). Gateway to peranakan culture.Singapore : Asiapac Books. DS599.42.A2C5 L73 2003 rbm KPM

Lombard-Salmon, Claudine. (1972). Societe peranakan et utopie : deux romans Sino-Malais (1934-1939). Archipel.v.3, 1972: p.169-195 AC911.L841S67 rbm KPM

Mak, Lau Fong. (1995). The dynamics of Chinese dialect groups in early Malaya. New York : Singapore Society of Asian Studies. DS596.M235 1995 rbm KPM

Mohd. Ghazali bin Haji Abas. (1988). Katalog induk koleksi sastera Cina peranakan. Bangi: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Z3278.L5K19 f r KPM

459
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Noriah Mohamed. (2009). Bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka : deskripsi Leksiko-Fonologi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. PL5109.N841 2009 m rbm KPM

Nyonya kebaya : women's costume from Malaysia : an exhibition at the Immigration Museum, Museum Victoria, Melbourne : 3 May - 9 September 2007. (2007). Seri Kembangan, Selangor: Yayasan Budi Penyayang Malaysia. GT1530. N997 2007 rbm KPM

Oong, Hak Ching. (2000). Chinese politics in Malaya, 1942-55 : the dynamics of British policy. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. DS596.5. N576 2000 rbm KPM

Papers of the Seminar on the Heritage of the Peranakan Cina, 2-3 December 1988,Pulau Pinang. Pulau Pinang: [s.n.] DS595.C5S471 1988 f KPM

Peranakan Lingga. (1900). Syair Tanah Melayu : iaitu cerita perang Pahang dan Johor Baharu. Singapura: [s.n.]. PL5117.2.T16 1900 m rbm KPM

Peranakan museum A-Z guide. (2008). Singapore: Asian Civilisations Museum for the Peranakan Museum. DS595.2. C5P426 2008 rbm KPM

Purcell, Victor. (1960). The Chinese in modern Malaya. New York: D. Moore for Eastern Universities Press. DS595.C5P985 rbm KPM

Purcell, Victor. (1967). The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. DS595.C5P986 rbm KPM

Purcell, Victor. (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. DS595.C5P985 1997 m rbm KPM

Rabeendran, R. (1976). Ethno-racial marginality in West Malaysia : the case of the peranakan Hindu Melaka or Malacca Chitty community. [Kuala Lumpur] : Dept. of Anthropology & Sociology, University of Malaya.

460
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

DS595.I3 R114 f rbm KPM

Ricklefs, M. C. (Merle Calvin). (1984). Chinese Muslims in Java in the 15th and 16th centuries : the Malay Annals of Semarang and Cerbon. Clayton, Vic.: Monash University. DS632.C5C539 1984 KPM

Rudolph, Jurgen. (1998). Reconstructing identities a social history of the Babas in Singapore. Aldershot: Ashgate. DS610.25.C5R917 1998 rbm KPM

Seong, Teo Kok. (2003). The Peranakan Chinese of Kelantan : a study of the culture, language and communication of an assimilated group in Malaysia. London: ASEAN Academic Press. DS595.2.C5T314 2003 rbm KPM

Seow, Katherine.(2006). Seven generations and counting : the story of Pang Siew Peck. Singapore: Katherine Seow. DS610.25.P47S478 2006 rbm KPM

Sim, Anne Geok-In. (1988). A linguistic investigation of Baba Malay. Ann Arbor: University Microfilms International. PL5094.S588 rb KPM

Somers, Mary F. (1964). Peranakan Chinese politics in Indonesia. New York: Cornell University. DS632.C5S694 1964 f KPM

Somers, Mary Frances. (1965). Peranakan Chinese politics in Indonesia. Ann Arbor: University Microfilms. DS632.C5S694 1965 KPM

Suryadinata, Leo. (1971). The pre-World War II Peranakan Chinese press of Java : a preliminarysurvey. Athens: Ohio University, Center for International Studies. DS503.4.P214 18 f KPM

Suryadinata, Leo. (1976). Peranakan Chinese politics in Java, 1917-42. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1976. DS632.C5S963 1976 f rbm KPM

461
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Suryadinata, Leo. (1978). The Chinese minority in Indonesia : seven papers. Singapore: Chopmen Enterprises. DS632.C5S966 1978

Suryadinata, Leo. (1981). Peranakan Chinese politics in Java, 1917-42. Singapore: Singapore University Press. DS632.C5S963 rbm KPM

Suryadinata, Leo. (1986). Pribumi Indonesians, the Chinese minority and China : a study of perceptions and policies. Kuala Lumpur: Heinemann Asia, 1986. DS632.C5 9641 KPM

Suryadinata, Leo. (1993). Indonesian Chinese.Singapore : Times Academic Press. DS643.5.S963 KPM

Suryadinata, Leo. (1993). Peranakan's search for national identity : biographical studies of seven Indonesian Chinese. Singapore : Times Academic Press. DS643.5.S963 KPM

Suryadinata, Leo. (1997). The culture of the Chinese minority in Indonesia. Singapore: Times Books International. DS632.C5S965 1997 KPM

Suryadinata, Leo. (2002). Ethnic Chinese in Singapore and Malaysia a dialogue between tradition and modernity. Singapore: Times Academic Press. DS599.42.C5E84 2002 rbm KPM

Tan, Cecilia. (1983). Penang Nyonya cooking : foods of my childhood. Petaling Jaya, Selangor: Eastern Universities Press. TX724.5.M2T161 f rbm KPM

Tan, Gek Suan. (2004). Gateway to peranakan food culture. Singapore: Asiapac. TX724.5.P47T36 2004 rbm KPM

The ways of the matriarch cookbook. (2005). Singapore: Marshall Cavendish Editions. TX724.5. W358 2005 rbm KPM

Tjerita Kian Liong Koen Kian Liong Koen. Weltevreden, N.V.: Electrische Drukkerij "Favoriet". PL5139.4.T628 bn KPM

462
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Wan, Boon Seng.Chrita dulu-kala nama-nya "It ki mui peng suanh-chat" di zaman Beng Teow, tempu Cheng Tek Koon jadi Hongtay It ki mui peng sua. Singapore: Pranakan. PL5139.4.C571 rb KPM

Wang, Gungwu. (1978). The Chinese minority in Southeast Asia. Enterprises. DS509.5.C5W246 KPM

Singapore: Chopmen

Wang, Tai Peng. (1977). The origins of Chinese Kongsi : with special reference to West Borneo. [S.l.: s.n.]. DS646.3.W246 f rb KPM

Wang, Tai Peng. (1994). The origins of Chinese kongsi. Kuala Lumpur: Pelanduk. DS646.3. W247 rbm KPM

Warisan baba dan nyonya di Muzium Negara Baba & nyonya heritage at the Muzium Negara (1986). Kuala Lumpur : Jabatan Muzium. DS595.C5W277 m rbm KPM

Wee, Peter. (2009). A Peranakan legacy : the heritage of the Straits Chinese. Singapore: Marshall Cavendish Editions. DS610.25.P47W394 2009 rbm KPM

Wilkinson, Richard James. (1971). The manners and customs of the Chinese of the Straits Settlements. DS595.C5V367 rbm KPM

Willmott, Donald Earl. (1960). The Chinese of Semarang : a changing minority community in Indonesia. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.

DS632.C5W738 KPM

Winzeler, Robert L. (1985). Ethnic relations in Kelantan : a study of the Chinese and Thai as ethnic minorities in a Malay state. Singapore: Oxford University Press. DS595.C5W795 rbm KPM

Wong, Choon-san.(1963). A gallery of Chinese kapitans. Singapore: Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan. DS595.5.W872 rbm KPM

463
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Yong, Paul (Paul Min Hian). (1991). A dream of freedom : the early Sarawak Chinese. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications. DS597.367.C5Y55 rbm KPM

Yong, Paul (Paul Min Hian). (1994). A dream of freedom : the early Sarawak Chinese. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications. DS597.367.C5Y551 rbm KPM

Bahan Media

Universiti Sains Malaysia.Unit Teknologi Pendidikan.(1983). Traditional Baba wedding in Malacca (videorecording). Pulau Pinang : Museum and Gallery, Universiti Sains Malaysia. GT2779.A3M5 T76 rbm KPM

Mikrofilem

Chee, Beng Tan. (1983). Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese peranakan in Malacca. Ann Arbor: University Microfilms International. Microfilm 2325

Chrita dulu-kala nama-nya It ki mui atau Chit kian chap-sahnh kiap, di zaman Beng Tiow, tempu Cheng Tek Koon jadi Hongtay Chit.(1972).Singapore: Chung Ching Jit Pao Ltd. Microfilm 107

Gan, Lilian Lee Lian. (1984).The Straits Chinese : the modern Babas - an exploratory ethnographic study of contemporary baba life-styles and culture in Sin. Singapore : University of Singapore Library, Singapore. Microfilm 2429.01

Gill, Harbajan Singh. (1972). The Singapore Babas. Kuala Lumpur : University of Malaya Library Microfilm Service. Microfilm 194.03

Kho, Ping Hoo. (1962). Toat-beng Mo-li (wanita iblis dari lembah Tjialing).V. 1-3. Djakarta: Analisa. Microfilm 748.03

Pillsbury, Barbara Linne Kroll (1975). Cohesion and cleavage in a Chinese Muslim minority. High Wycombe, Bucks: University Microfilms.

464
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Microfilm 737

Tesis

Omar Yusoff. (2005). Kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang : isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Unpublished masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

Ong, Carol. (1985). An introduction to the Baba Creole Malay of Melaka. Unpublished undergraduates project paper, Universiti Sains Malaysia. AC895.M22 N581 f rb KPM

Ong, Kelvin U-Lin. (1999).Kebudayaan hibrid dalam alam bina Malaysia kajian kes masyarakat baba nyonya Melaka. Unpublished masters thesis, Universiti Sains Malaysia. NA1525.6.M2 N576 1999 f rb KPM

Suhaila Abdullah. (2006). Pemikiran keagamaan dan sistem kepercayaan masyarakat Peranakan Cina di Melaka Tengah.Unpublished masters thesis, Universiti Malaya. DS599.M2 S948 2006 f rb KPM

Tan, Kiat Kai. (1998). Senihias dalaman rumah kaum Baba : kajian kes di Negeri Melaka. Unpublished undergraduate project paper, Universiti Kebangsaan Malaysia. NK1105. T161 1998 f rb KPM

Sejarah Lisan

Aktiviti Sejarah lisan telah diadakan di dalam program Bicara Ilmu anjuran Bahagian Malaysiana dan Arkib bersama beberapa orang tokoh seperti:

1. 2. 3. 4.

Tuan Haji Yusoff Azmi Merican berkenaan kaum Jawi Peranakan Tuan Haji Mohd. Mustakim Mohd. Mastan berkenaan kaum Jawi Peranakan Abdul Majid bin Mohd. Noh berkenaan kaum Sam-sam Encik Nadarajan a/l Kandasamy Raja berkenaan kaum Chetti atau India Peranakan

5.

Tjong Fungi Fon atau Fon Prawira berkenaan kaum Cina Peranakan Indonesia

465
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Pelancaran Koleksi Kaum Peranakan

Pelancaran koleksi ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin pada 14 April 2010 bertempat di Bangunan Baharu, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia.Dengan pelancaran koleksi ini, maka secara rasminya Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara telah dibuka untuk diakses oleh pelanggan Perpustakaan. Pameran bertajuk Mendekati Kaum Peranakan Asia Tenggara menempatkan bahanbahan termasuk yang bercetak, bukan bercetak, digital dan fotografi telah diadakan bersempena majlis pelancaran koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara. Bahan-bahan pameran meliputi pelbagai bidang iaitu sastera, sejarah, bahasa, geografi, ekonomi, politik, sosial, budaya, seni dan agama. Pameran ini adalah bagi memperkenalkan budaya, gaya hidup dan sumber maklumat berkenaan kaum tersebut supaya masyarakat lebih menghargai keunikan kaum-kaum ini.

CABARAN DAN HALANGAN

Pada peringkat awal pembinaan koleksi ini, terdapat beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi oleh Perpustakaan dalam meneruskan pembinaan koleksi Kaum Peranakan.Cabaran utama adalah daripada segi pemahaman tentang definisi kaum-kaum yang telah dikenalpasti.Oleh kerana itu, Perpustakaan perlu mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar rujuk yang telah dikenalpasti dapat memberi gambaran serta definisi tepat tentang kaum Peranakan.Disamping itu, Perpustakaan juga harus membuat rujukan mendalam untuk mengenalpasti sumber maklumat yang sepatutnya dimasukkan ke dalam koleksi. Cabaran seterusnya ialah daripada segi pengumpulan bahan samada melalui pembelian mahupun melalui sumbangan. Terdapat sedikit kesukaran untuk memperoleh

bahan-bahan nadir kerana kebanyakan bahan nadir dimiliki oleh orang perseorangan dan memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Di samping itu bahan-bahan ini juga semakin berkurangan dari setahun ke setahun samada rosak kerana tidak dijaga ataupun hilang.Ini merupakan cabaran kepada Perpustakaan untuk terus berusaha memastikan peruntukan sentiasa mencukupi dan bertindak segera mendapat maklumat berkenaan bahanbahan ini. Selain daripada bahan bercetak maklumat yang tersimpan di dalam memori juga merupakan bahan yang penting perlu dikumpul. Mohamed (2009), Menurut Sohaimi Abdul Aziz & Noriah

kaum Peranakan merupakan kaum minoriti dan jumlah mereka ini

semakin berkurangan kerana generasi baharu kurang mengamalkan adat budaya mereka dan sebahagiannya enggan dikenali atau dikaitkan dengan keturunan mereka. Contoh kaum yang semakin berkurangan jumlahnya ialah kaum Sam Sam dan kaum Chetti. Bagi kaum

466
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Sam Sam, bilangannya semakin merosot kerana mereka mengasimilasikan diri mereka dengan masyarakat Melayu tempatan melalui beberapa cara seperti melalui pendidikan dan perkahwinan. Keadaan ini merupakan cabaran kepada Perpustakaan untuk terus bekerjasama dengan pensyarah, penyelidik atau pakar rujuk bagi mengumpul dan

melengkapkan maklumat berkenaan kaum-kaum ini samada melalui rakaman temubual atau hasil-hasil kajian yang telah dijalankan oleh mereka samada di dalam negara atau di luar negara. Dalam hal ini, hubungan yang erat dan berterusan adalah penting. Aspek pemprosesan, penyimpanan dan pemeliharaan juga merupakan cabaran kepada Perpustakaan untuk memastikan bahan-bahan yang telah diperoleh dapat dipelihara dan dikekalkan seboleh mungkin. Bahagian-Bahagian yang terlibat untuk aspek ini ialah

Bahagian Perolehan, Bahagian Bahan-Bahan Bersiri dan Dokumen, Bahagian Proses Teknik dan Bahagian Malaysiana dan Arkib. Sebahagian daripada bahan untuk Koleksi ini fizikalnya rapuh dan mudah koyak.Dengan ini, staf yang terlibat memproses, menyimpan dan memelihara bahan-bahan ini perlu dilatih tentang aspek pengendalian bahan-bahan sebegini.Cabaran kepada Perpustakaan adalah untuk memastikan staf yang terlibat sentiasa prihatin dan memahami tentang keperluan pengendalian yang betul.Seterusnya, cabaran juga kepada Bahagian Malaysiana dan Arkib untuk memastikan tempat penyimpanan sentiasa mematuhi piawaian suhu dan kelembapan yang ditetapkan.Walau bagaimanapun, Koleksi ini yang ditempatkan di Bahagian Malaysiana dan Arkib, telah pun mempunyai ruangannya yang tersendiri iaitu di bangunan baharu Perpustakaan Hamzah Sendut.

PENUTUP

Sejarah amat penting kerana melalui sejarahlah, kita akan dapat melihat secara jelas kedudukan kaum-kaum di sesebuah negara dan lebih penting daripada itu ialah memahami proses perkembangannya. Seperti sejarah, pembinaan koleksi memori budaya juga mempunyai perkembangannya yang tersendiri, iaitu tidak boleh dipaksa atau dipercepatkan. Maka, terdapat berbagai kekangan dan masalah di dalam usaha untuk merealisasikannya. Walaupun begitu, ia tidak seharusnya dijadikan halangan untuk tidak mewujudkannya kerana hasilnya amat bermanfaat dalam usaha mengintegrasi masyarakat sejagat. Pembangunan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara merupakan salah satu daripada usaha membina koleksi memori budaya. Selain daripada pendedahan tentang kewujudan kaum Peranakan, Koleksi ini juga merupakan pusat untuk memelihara khazanah warisan bangsa dan dapat juga dijadikan sebagai sumber rujukan dan penyelidikan. Tidak dinafikan pelbagai kajian telah dibuat tentang kaum Peranakan ini, tetapi hasil kajian itu bertaburan dan mungkin sebahagiannya telah hilang kerana kaum Peranakan itu sendiri semakin pupus. Dengan adanya koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara ini, diharap hasil kajian dan koleksi peribadi kaum ini dapat disimpan dengan selamat dan terpelihara. Pihak

467
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Perpustakaan akan meneruskan usaha memantapkan koleksi ini dan mempergiatkan pengumpulan bahan terutama di luar negara bagi mewujudkan satu koleksi lengkap, bermutu dan bertaraf dunia. Akhirnya, diharapkan usaha Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia ini dapat dijadikan penandaaras kepada pembangunan koleksi khas perpustakaan-perpustakaan di Malaysia.

RUJUKAN
Abdullah Ahmad Badawi, D.S. (2000). Ucapan perasmian sempena Malaysian National

Digital Initiative, Cyberjaya, 27 Jun. Agee, J. (2007). Acquisitions go global: an introduction to library collection management in the 21st century. Oxford: Chandos Pub. Asmah Omar. (1979). The Kedah dialect: Its distribution, development and role in the Kedah speech community. Darulaman essays on linguistic, cultural and socio-economic aspects of the Malaysian State of Kedah, Kuala Lumpur:University of Malaya Press. Hlm. 1-14. Brown, H. M. (1977). The South Indian Muslim community and the evolution of the Jawi Peranakan in Penang up to 1948. (Unpublished Masters thesis). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dempsey, L. (2001). Scientific, industrial and cultural heritage: a shared approach. Ariade, No. 22. Ishak Saat. (2009). Sejarah panjang hubungan Malaysia-China. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Mohamed Khaled Nordin. (2010). Ucapan perasmian sempena pelancaran Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 19 April. Noriah Mohamed . (2009). Bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka: deskripsi Leksiko- Fonologi. Pulau Pinang: Penerbit USM. Omar Yusof. (2005). Kaum Jawi Peranakan: isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. (Unpublished Phds thesis).Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sohaimi Abdul Aziz & Omar Yusoff. (2010). Perkembangan identiti Kaum Peranakan Samsam Islam: satu kajian kes seorang Dalang Wayang Gedek di Kedah. Sari International Journal of The Malay World and Civilisation, 28 (2), 83-107. Sohaimi Abdul Aziz & Noriah Mohamed. (2009). Mesyuarat Jawatankuasa Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

468
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

Pengurusan Ilmu, Maklumat dan Rekod

Sohaimi Abdul Aziz, (2009). Masyarakat Samsam di Kedah : sejarah dan stigma.Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Masyarakat Samsam di Utara Semenanjung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar, Perlis. Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Perlis. Wikipedia: The free encyclopedia. (2010, July 29). FL: Wikimedia Foundation, Inc. Retrieved on Mei 1, 2011, from http://www.wikipedia.org.

469
Prosiding Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 PPM

You might also like