Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RUMUSAN KEMAHIRAN MEMBACA ( DSK KSSR BM TAHUN 4 ) 1.

Dokumen Standard Kurikulum KSSR Bahasa Malaysia mempunyai standard prestasi yang merupakan penyataan tentang tahap perkembangan

pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam prestasi perkembangan ini mempunyai atau kemajuan tahap

pembelajarannya.

Standard

beberapa

penguasaan yang menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki dan digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard. Standard prestasi ini penting bagi guru melaksanakan pentaksiran. 2. Kemahiran membaca memberi penekanan dalam aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. 3. Dalam DSK KSSR, murid terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu : a) Kelompok Satu penguasaan awal Murid membaca ayat pendek menggunakan intonasi, sebutan dan bacaan yang betul. Murid dalam kelompok ini masih memerlukan bimbingan guru. Contoh aktiviti: penggunaan kad imbasan (ayat berimbuhan apitan). b) Kelmpok Dua pemahaman isi penting (tersurat dan tersirat) Murid diajar bagaimana hendak mengenal pasti isi-isi penting sama ada tersurat ataupun tersirat. Contoh aktiviti, menggunakan petikan dan pantun. Petikan merupakan bahan membaca mempunyai maksud yang tersurat. Manakala pantun merupakan bahan membaca mempunyai maksud yang tersirat.

c) Kelompok Tiga penghayatan dan penaakulan Berdasarkan kelompok ini, murid mencari jawapan berdasarkan bahan yang dibaca. Dalam standard kandungan 2.6, bahan yang boleh digunakan untuk kemahiran membaca merujuk kepada bahan sastera dan bukan sastera. Contoh bahan sastera ialah gurindam, syair, sajak dan pantun. Manakala contoh bahan bukan sastera pula ialah autobiografi. Melalui bahan-bahan ini, kita dapat menjalankan aktiviti yang berunsurkan didik hibur disamping menggalakkan murid

membuat penaakulan. Contoh aktiviti, mendeklamasi sajak, bercerita secara lakonan, main peranan atau nyanyian berdasarkan bahan-bahan yang dibaca.

You might also like