Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PROSES PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

1. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.

2. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani,

orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan


serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan

bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan


perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

3. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang

Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih


terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di

kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.

4. Lantas timbul kesedaran dalam kalangan orang Melayu yang dapat

merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi


sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun

sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan


kesetiaan kepada Tanah Melayu.

5. Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah

membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap


orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan

anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil


kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan

keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960.

6. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

7. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969.

8. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana

Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara


(MAGERAN) pemerintahan yang bagi bertanggungjawab Persekutuan menjalankan kuasa kuasa yang

berdasarkan

diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

9. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu

perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah

masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah


yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih

terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.

10. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan

penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi


dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama.

Fungsi-fungsi utama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ialah:


Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Majlis Perundingan Negara, terdiri daripada wakil-wakil:


1. Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN 2. Kerajaan-kerajaan Negeri 3. Parti-parti politik 4. Sabah dan Sarawak 5. Kumpulan-kumpulan agama 6. Badan-badan profesional

7. Perkhidmatan Awam 8. Kesatuan sekerja dan persatuan majikan 9. Wartawan 10.Persatuan guru-guru 11.Kumpulan minoriti

You might also like