Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Apa itu Ubiquitous City?

Ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu Ubique yang bermaksud berada di mana sahaja pada bila-bila masa. Seiring dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, pembangunan dan perancangan bandar telah mengalami satu perubahan inovasi baru di mana segalanya saling berkaitan dan dikongsi serta-merta samada maklumat, komputer dan manusia.

Konsep Ubiquitous City Konsep ini merupakan konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya menekankan aspek integarsi di antara hubungan manusia dan komputer berbanding konsep tradisional bandar lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup masyarakat terdahulu. Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan dengan teknologi tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan efisyen. Secara khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting iaitu keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong oleh pembangunan Infrastruktur seperti Rajah 1.1:

Rajah 1.1 : Empat aspek penting di dalam Ubiquitois City.

Sumber : Korean Ubiquitous City Association, 2011

Komponen Ubiquitous City Konsep bandar ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu Infrastruktur dan utiliti, teknologi maklumat dan kemudahan awam. Setiap komponen ini, dibangunkan secara serentak dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan sebagai pusat kawalan. Melalui pusat kawalan ini, semua aktiviti yang melibatkan kemudahan dan utiliti dapat dipantau secara langsung seperti bangunan, lalulintas, papan kenyataan, kenderaan, tempat letak kereta, sistem komunikasi, sistem keselamatan dan lain-lain (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Tiga komponen utama Ubiquitous City.


Tempat Letak Kereta

Kemudahan Rehat Sistem Ramalan Cuaca Pusat Perkhidmatan Digital

Sistem Pengesan Kenderaan


Stesen Multimedia

Papan Pesanan Interaktif


Pusat Pengurusan U-Life

Sistem Pengesan Kenderaan


Perkhidmatan Digital

CCTV Telefon Kecemasan Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat/Infrastruktur Pusat Data Papan Pesanan Interaktif ETC Peralatan Pengukuran

Sistem Bangunan Bestari

Papan Pesanan Interaktif

Telekomunikasi

Pengurusan Kemudahan

Pengurusan Teknologi Maklumat

Pengurusan Utiliti

Sumber : Ubiquitous City, Buzz That Is Here to Stay, 2006

Peringkat Pelaksanaan Ubiquitous City. Secara dasarnya, pelaksanaan konsep bandar baru ini melibatkan 3 peringkat utama iaitu pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat. Pada setiap peringkat pelaksanaan, kriteria-kriteria penting seperti infrastruktur bandar, kemudahan teknologi maklumat dan sistem pengurusan berintegrasi perlu diambilkira dalam mewujudkan perkhidmatan yang pelbagai berasaskan Ubique bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa di mana sahaja mereka berada di dalam bandar (rujuk Rajah 1.3).
2

Rajah 1.3 : Peringkat Penyediaan mengikut konsep Ubiquitous City


Penyediaan perkhidmatan yang pelbagai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja

Penggunaan Maklumat

Infrastruktur Bandar Ubiquitous

Pemprosesan Maklumat
Intelligent Facilites Integrated City Operation Center Infrastruktur ICT

Infrastruktur Bandar
i. ii. iii. iv. v.
vi.

Teknologi Ubiquitous City


Papan Maklumat interaktif/ percuma Rangkaian CCTV Sistem Pencarian Lokasi Pusat Maklumat setempat Pusat Kawalan Kualiti air (USN)
Pemantauan Ekologi Air Bawah Tanah

i. ii. iii. iv.

Rangkaian Jalanraya Guna tanah Kemudahan Awam Infrastruktur dan Utiliti

Penggumpulan Maklumat

Sumber : Korea Herald "U-City : Future of Urban Planning, Management", 2010

Pelaksanaan Ubiquitous City di luar negara Terdapat beberapa negara yang telah melaksanakan konsep ini seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain negara; 1. Korea Selatan Mula diperkenalkan melalui pembangunan 15 bandar disekitarnya. Bandar pertama ialah bandar Hwaseong Dongtan yang kini telah separuh siap dan mula beroperasi pada tahun 2007.
Bandar Ubiquitous Hwaseong Dongtan yang kini separuh siap perlaksanaannya

Antara perkhidmatan yang diperkenalkan ialah U-trafik, U parking, dan U perkhidmatan pencegahan jenayah. Bandar lain yang sedang giat dibangunkan adalah bandar Songdo, Incheon dan Daejeon.

Papan Informasi Interaksi sebagai medium menyampaikan maklumat kepada pengguna.

2. Amerika Syarikat Di Amerika Syarikat, sebuah syarikat iaitu LG CNS telah membangunkan sebuah bandar di Manhattan Harbour iaitu Dayton, Kentucky yang menggunapakai konsep ini. Pemandangan Bandar Dayton, Kentucky dari Sungai Ohio. Projek ini yang berkeluasan 142 ekar terletak di sepanjang di tebing Sungai Ohio menjadi bandar pertama menggunakan lebih dari 100 konsep Ubiquitous dalam melaksanakan projek tersebut.

Pelan Susunatur Bandar Dayton, Kentucky

Usaha ke arah penerapan Ubiquitous City di Malaysia Terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk menerapkan konsep ini di dalam perancangan bandar di Malaysia, antaranya; 1. Membangunkan Sistem maklumat Geografi (GIS) dan pangkalan data di setiap negeri untuk digunapakai samada untuk proses perancangan dan pembangunan serta pemantauan pembangunan semasa; 2. Mewujudkan Polisi Data Geospatial menetapkan prinsip-prinsip, tanggungjawab dan keperluan untuk mengumpul dan menguruskan data geospatial yang digunakan dalam program persekitaran dan projek-projek di Malaysia; 3. Membangunkan konsep bandar selamat (NKRA) yang menggunapakai teknologi terkini dalam mewujudkan persekitaran selamat di samping pencegahan jenayah melalui Web Base Crime System; dan 4. Mewujudkan lebih banyak Sistem Antara Muka (EIS) di bangunan-bangunan kerajaan dalam menyampaikan informasi perancangan kepada pengguna dengan lebih cepat dan efisyen.

Sistem maklumat Geografi (GIS) dan Pangkalan data

Sistem Pemantauan Berpusat bagi pencegahan jenayah (NKRA).

Sistem Antara Muka (EIS) untuk informasi Perancangan

Penutup Kesimpulannya, konsep ini mampu meningkatkan kualiti dan gaya hidup dan daya saing sesuatu bandar. Secara langsung, melalui kriteria-kriteria yang diperkenalkan dapat memberi impak yang baik kepada keberkesanan pengurusan bandar, pertumbuhan bandar baru dan kemajuan perkhidmatan bandar.

You might also like