Tugasan Individu-Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan esei (Individu) Pada pendapat anda sejauh manakah kerajaan Malaysia berjaya memupuk keharmonian hubungan etnik

dari aspek ekonomi dan pendidikan? Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Keharmonian hubungan etnik merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi memastikan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dan keharmonian hubungan etnik dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk keharmonian hubungan etnik di Malaysia dengan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan pendidikan yang seimbang. Pembangunan ekonomi, pendidikan yang sempurna dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan? Apakah perkara yang perlu

dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Usaha-usaha kearah memupuk keharmonian hubungan etnik dari aspek ekonomi dan pendidikan, kerajaan telah mewujudkan pelbagai kaedah seperti; Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Wawasan, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu kejuruteraan sosial(social engineering) yang digubal bagi

mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dalam usaha merealisasikan matlamat serampang dua mata, kerajaan telah merancang dan melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan kearah melahirkan golongan usahawan dalam kalangan bumiputera Melayu agar setanding dengan masyarakat bukan Melayu.

You might also like