Imam Abu Hanifah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

IMAM ABU HANIFAH

DISEDIAKAN OLEH: NUR FARAH WAHIDA MOHAMAD NURUL SYAZWANI NOR AZMAL

RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar beliau ialah Numan bin Thabit bin Zautha bin Mah berasal dari keturunan Farsi dan datuknya berasal dari Kabul, Afghanistan. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah/699 Masihi di Bandar Kufah, Iraq semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, kerajaan Umaiyah. Gelaran Abu Hanifah diberikan kemungkinan kerana beliau a. Mempunyai seorang anak lelaki bernama Hanifah. Oleh itu Abu Hanifah ialah bapa kepada Hanifah atau, b. Rajin beribadat dan berminat dengan agama yang bermaksud hanif atau, c. Suka membawa tempat dakwat, bahasa Iraq disebut Hanifah.

SAMBUNGAN
Beliau sangat berminat belajar dan bekerja seperti meniaga kain, batu ubin, dan sebagainya Wafat pada tahun 150 Hijrah/767 Masihi dalam penjara Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, kerajaan Abbasiyah. Beliau sempat hidup dalam dua kerajaan islam, iaitu kerajaan Umaiyah dan kerajaan Abbasiyah. Meninggalkan benyak jasa kepada umat islam kerana mempunyai pengikut yang ramai dalam bidang fiqh serta menjadi pegangan mazhab yang besar dan diiktiraf oleh semua umat Islam.

SIFAT-SIFAT DAN BUDI PEKERTI IMAM ABU HANIFAH

SIFAT FIZIKAL
Kacak dan tampan Hidungnya mancung Bibirnya nipis dengan senyuman yang menawan Tebal janggutnya Kulitnya putih kemerah-merahan Tubuhnya sederhana tinggi Bentuk badannya gagah dan tegap

SIFAT FIZIKAL
Suaranya lunak merdu Bahasa yang digunakan ketika berkata-kata baik dan sedap didengar Fasih lidahnya Gemar memakai pakaian yang berharga dan mahal Suka berkawan dan bermesra dengan saudara mara dan para sahabatnya.

Pemurah dan suka menolong


Suka menolong orang yang sedang berada di dalam kesusahan samaada dari segi kewangan dan tenaga Terkenal dengan sifat murah hati Tidak pernah menyimpan hasil dari keuntungan perniagaannya kecuali 4000 dirham sahaja

SIFAT PERIBADI
Imam Hanifah seorang yang berilmu pengetahuan tinggi Beliau mempunyai jiwa yang bersih dan ikhlas serta tidak mempunyai sifat yang bermuka-muka Beliau tidak langsung mempunyai sifat tamak dan mementingkan diri, sentiasa mencari keredhaan Allah dalam sesuatu perkara. Bercakap dengan lemah lembut, manis bahasanya, mudah difahami oleh semua peringkat. Kata-kata yang diberikan adalah nasihat ikhlas serta katakata hikmah yang tinggi nilainya. Malah beliau tidak suka banyak bercakap, kurang berbual kosong, pendiam, semasa berehat suka bersendirian dan berfikir.

SIFAT PERIBADI
Beliau tidak bakhil, malah seorang yang tidak berbangga dengan kekayaan keluarga yang dimilikinya, dan tidak berasa kehinaan hidup dalam kemiskinan Beliau seorang penyabar, tenang serta berani menghadapi sesuatu masalah. Mempunyai sifat-sifat terpuji semasa pergaulan seperti amanah, berpegang teguh kepada janji, terutamanya semasa berniaga. Kekayaan dan keuntungan dari perniagaannya, selalunya setiap tahun dihadiahkan kepada orang tua, orang miskin, ulama, terutamanya ulama hadis dan guru-gurunya sendiri. Beliau selalu memanggil dan menyebut seseorang dengan nama-nama baik.

SIFAT PERIBADI
Dari sudut keagamaan pula, beliau sangat kuat beribadat, berpuasa pada siang hari dan berjaga pada malamnya. Dikatakan beliau solat subuh dengan menggunakan wuduk solat Isyak hampir empat puluh tahun. Bertaqwa kepada Allah SWT serta berani menegakkan kebenaran. Beliau sentiasa menjauhkan diri dari orangorang yang mewah dan kemewahan. Setiap persoalan agama yang dikemukakan, manamana yang diketahuinya sudah pasti akan dijawab dengan jelas sehingga memuaskan hati bagi yang bertanya.

SIFAT PERIBADI
Beliau juga selalu mengucapkan : Wahai Tuhanku hidayahkanlah kaumku kerana meraka tidak tahu, apabila berdepan dengan orang yang suka hasad, dengki dan fitnah. Beliau sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kaum muslimin dan keredhaan Allah dan rasul-Nya. Beliau pernah menolak darjat dan pangkat kerana takut terikat dengan kedudukan itu. Ketegasan beliau dengan kebenaran menjadikan ramai yang suka kepadanya dan ada juga yang benci kepadanya bagi meraka yang suka berpura-pura.

SIFAT PERIBADI
Abu Hanifah seorang ulama yang sangat pintar sebagaimana pengakuan yang diberikan oleh Imam syafie dan Imam Malik Pengakuan dan kenyataan yang diberikan : Imam Syafie Tidak mungkin ada perempuan yang dapat melahirkan anak yang lebih cerdik dan cerdas otaknya daripada Abu Hanifah. Umat islam seluruhnya yang mahir tentang ilmu fiqh adalah keluarga dan anak buah Imam Abu Hanifah.

SIFAT PERIBADI
Imam Malik Aku pernah bertemu dia, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau ia berkata tiang ini boleh dijadikan emas, nescaya ia dapat memberikan alasannya kerana kebijaksanaannya bercakap.

RUJUKAN
http://dukeamienerev.blogspot.com/2010/10/ imam-abu-hanifah-pengasas-mazhabhanafi.html http://dinnulislami.blogspot.com/2011/01/im am-hanafi.html Tarikuddin bin Haji Hassan. (2004). Siri 4 Imam Mazhab Siri 1 Imam Abu Hanifah. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

You might also like