Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat

dunia sejak dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies [3][4] lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu. Pokok gaharu boleh ditemui di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailan d.

Ancaman Kepupusan Kayu Gaharu Di Dalam Belantara Malaysia


Penebangan Haram Kayu Gaharu Di Dalam Hutan Malaysia 1. Hutan belantara di Malaysia umumnya sangat kaya dengan dirian Pokok Gaharu, yang tumbuh meliar di serata negeri di Semenanjung Malaysia. 2. Pokok Gaharu boleh menghasilkan sejenis resin yang umumnya disebut sebagai gaharu yang bernilai tinggi di pasaran antarabangsa. Harga pasaran semasa bagi satu kilogram gaharu mencapai ribuan Ringgit Malaysia. 3. Lantaran nilai gaharu yang tinggi di pasaran antarabangsa, kumpulan warganegara asing sanggup menceroboh hutan belantara di Malaysia, untuk menebang dan mencuri khazanah semulajadi ini secara haram. Kumpulan lanun hutan ini adalah golongan yang pakar dalam soal mengekstrak kayu gaharu. 4. Kumpulan warganegara asing ini juga mendapat pengalaman yang luas dalam soal mengekstrak kayu gaharu, hasil daripada aktiviti mereka ketika berada di dalam hutan di negara mereka sendiri. 5. Jumlah kuantiti gaharu yang boleh diperolehi daripada sebatang Pokok Gaharu adalah tidak menentu dan tidak dapat dijangkakan. Bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu kilogram gaharu, biasanya lebih daripada sebatang Pokok Gaharu yang perlu ditebang dan diekstrak di dalam hutan oleh kumpulan warganegara asing ini. 6. Sehingga waktu ini, tidak terbayang berapa banyak Pokok Gaharu di dalam hutan belantara Malaysia yang telah ditebang oleh kumpulan lanun hutan ini secara haram. Saya percaya dalam beberapa tahun lagi menjelang tahun 2020, akan menjadi sangat sukar untuk kita menemui Pokok Gaharu asli atau liar, yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan belantara Malaysia.

Pokok Gaharu liar ditumbangkan di dalam hutan menggunakan peralatan tertentu.

Kesan tetakan pada pangkal batang Pokok Kayu Gaharu yang bertujuan untuk merangsang pembentukan resin gaharu.

Kesan takikan pada batang pokok Kayu Gaharu.

Batang Pokok Kayu Gaharu ditinggalkan selama beberapa bulan di dalam hutan sebelum kerja mengekstrak gaharu dijalankan semula.

Masyarakat Orang Asli menggunakan kulit Pokok Gaharu sebagai material dalam pembuatan pakaian dan pembinaan rumah.

Di Semenanjung Malaysia terdapat sebanyak 3.55 juta pokok Aquilaria spp.(diameter melebihi 10cm) dengan anggaran isipadu sebanyak 1.79 juta m berdasarkan keputusan Inventori Hutan Nasional ke 4 (NFI-4) yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam tempoh 2002 hingga 2004. Hampir 95% daripada keseluruhan bilangan pokok adalah dalam saiz diameter 15cm hingga 45cm. Negeri Kelantan mempunyai bilangan pokok Aquilaria spp. tertinggi (1.9 juta pokok), diikuti oleh Negeri Pahang (956 ribu pokok) dan Negeri Perak (365 ribu pokok)

Taburan Pokok Karas di Semenanjung Malaysia (2002-2004)


Kelas Diameter (cm) 10-14 15-29.9 3044.9 0 0 24,537 0 84,540 14,653 1,686,821 215,412 5,690 0 1,801 2,020 3,627 0 0 0 558,104 363,691 0 167,713 152,215 0 3,650 0 0 1,690,448 105,075 1,136,295 15,355 578,161

Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka N. Sembilan Pahang Perak Pulau Pinang Terengganu Jumlah

45 -59.9 0 10,854 0 584 9,499 33,877 45,087 943 2,607 103,451

60+ 16,377 0 0 219 61 0 0 451 28,003 45,111

Jumlah (pokok) 40,914 110,046 1,907,923 4,625 13,186 955,673 365,015 5,045 151,040 3,553,467

karasgaharu.blogspot.com/.../taburan-pokok-karas... pokok-gaharu.blogspot.com/ www.majalah.com/?classified:anak...pokok-gaharu

POKOK GAHARU@AGARWOOD LATAR BELAKANG Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING 1. AQUILARIA SUBINTEGRA Found at Thailand 2. AQUILARIA CRASSNA Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam 3. AQUILARIA MALACCENSIS Found at Thailand, India, Indonesia 4. AQUILARIA APICULATA Found at Philippines 5. AQUILARIA BAILLONIL Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam 6. AQUILARIA BANEONSIS Found at Vietnam 7. AQUILARIA BECCARIAN Found at Indonesia 8. AQUILARIA BRACHYANTHA Found at Malaysia 9. AQUILARIA CUMINGIANA Found at Indonesia, Philippines 10.AQUILARIA FILARIA Found at Nuegini, China 11.AQUILARIA GRANDIFLORA Found at China 12.AQUILARIA HILATA Found at Indonesia, Malaysia 13.AQUILARIA KHASIANA Found at India 14.AQUILARIA MICROCAPA Found at Indonesia, Malaysia 15.AQUILARIA ROSTRATA Found at Malaysia 16.AQUILARIA SINENSIS Found at China Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan. Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli). Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu. Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti

Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan. Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi. * dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya *Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki, anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta.

Potensi Besar Gaharu

Ramai yang mungkin tidak tahu apa itu 'Karas' atau 'Depu", tetapi Gaharu tidak perlu diperkenalkan lagi. Gaharu ialah bongkah atau kepingan beresin atau berdamar yang diperoleh hasil daripada tindak balas yang berlaku di dalam pokok Karas. Gaharu dikenali kerana baunya yang wangi. Disebabkan itu penggunaannya amat meluas di dalam industri haruman dan perkakasan ibadat pelbagai agama. Disebabkan itulah permintaan terhadapnya tinggi. "Pokok karas memerlukan lebih kurang 50 tahun untuk menghasilkan gaharu bermutu tinggi. "Pun begitu, hanya 1-10 peratus sahaja pokok karas hutan akan menghasilkan gaharu, sebab itulah ia sangat sukar didapati dan bernilai tinggi," kata Abas Alias dari Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Keusahawanan Gaharu' di Seminar Keusahawanan Dalam Industri Gaharu anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia (YA'MAL) dan Kayu Gaharu (M) Sdn. Bhd (KGMSB)di kampus UIAM Gombak, dekat sini. Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Menurut beliau, ramai yang tidak faham perbezaan di antara karas dan gaharu, lantas membuat anggapan bahawa 'Gaharu' ialah sejenis pokok. Karas ialah nama sejenis tumbuhan malar hijau yang cepat tumbuh. Berbatang lurus menjulang ke langit, tetapi tidak begitu tinggi. Biasanya pucuk pokok ini berada di lapisan kanopi kedua di antara pokok-pokok hutan yang lain. Umurnya boleh mencecah sehingga 100 tahun. Terdapat pelbagai spesies karas di Malaysia. Antaranya ialah keluarga 'Aquilaria' seperti Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Beccariana, Aquilaria Hirta, Aquilaria Microcarpa' dan Aquilaria Rostrata. Gaharu sendiri ialah hasil tindak balas imun pokok daripada jangkitan penyakit dan kulat. Pokok yang cedera menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan mikrob. Pokok yang dijangkiti tetapi berimun lemah menyebabkan penyakit terbentuk pada pokok seterusnya menyebabkan pembentukan gaharu daripada nutrien pokok. "Resin yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan sari atau resapan berbau wangi. Itulah yang kita panggil sebagai gaharu'" kata beliau. Bagaimanapun, tidak semua pokok karas melalui proses ini, menyebabkan hanya sebilangan kecil sahaja pokok karas yang menghasilkan gaharu. Hari ini masalah itu sudah dapat diatasi. Dengan penciptaan inokulan iaitu sejenis campuran yang dapat merangsang tindak balas pokok untuk menghasilkan gaharu, penghasilan gaharu dapat dilakukan secara sengaja. Inilah antara faktor yang menjadikan penanaman pokok karas untuk mendapatkan gaharu secara intensif dapat direalisasikan hari ini. POTENSI PASARAN Turut dikenali sebagai 'Kayu dari Tuhan' atau 'Emas Hitam', harga untuk teras gaharu di pasaran tempatan ialah antara RM 1,000 hingga RM25,000 sekilogram. Selain dijual dalam bentuk teras kayu, ia juga boleh diekstrak untuk dijadikan pati minyak dan boleh dijual di antara harga RM350 hingga RM1200 setola (1 tola = 12 ml). Jika dijual dalam bentuk ketulan kayu, ia boleh dijual dari harga RM4 hingga RM 350 sekilogram. "Yang membezakan harga antara produk gaharu ialah gred dan mutu produk itu."kata Abas. Pada waktu ini, pasaran gaharu dunia hanya dapat menampung 20 peratus daripada permintaan sebenar, menjadikannya satu bidang yang boleh menjanjikanpendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. Walaupun hanya memenuhi satu per lima daripada permintaan, transaksi pasaran dunia bagi industri gaharu bernilai kira-kira RM200 juta dan dikatakan berpotensi untuk berkembang, sehingga RM3 bilion diperuntuk jika mampu memenuhi keperluan pasaran. NASIB GAHARU TEMPATAN

Abas berkata walaupun terdapat peluang yang sangat luas dalam industri ini, masih ramai yang tidak mengambil kesempatan sebaiknya. Sedihnya, pokok karas diancam kepupusan akibat beberapa sebab. Spesies Aquilaria Rostrata yang dinobat mampu menghasilkan gaharu terbaik berbanding mana-mana spesies lain dikatakan sudah pupus sepenuhnya. Antara ancaman besar ialah penuaian pokok yang berleluasa, teknik penuaian yang merosakkan pokok, kemerosotan kualiti alam semulajadi dan yang paling menyedihkan ialah banyak hasil gaharu yang sepatutnya dinikmati rakyat negara ini telah dicerobohi dan dicuri oleh pencari gaharu dari negara jiran. PENANAMAN YANG MUDAH Sesuai dengan statusnya sebagai pokok hutan, karas tidak memerlukan penjagaan yang melampau dan amat mudah untuk ditanam berdasarkan prinsip Empat T iaitu Tanam, Tinggal, Tengoktengok dan Tuai. Pokok ini hanya memerlukan pencahayaan sebanyak 45 hingga 75 peratus sahaja sehari serta boleh menyesuaikan dirinya dengan pelbagai jenis tanah. Anak benih terbaik untuk penanaman berumur daripada empat bulan ke satu tahun kerana ia mudah diangkut serta pembentukan akar yang sedang berkembang untuk mencengkam tanah, mengelakkannya daripada mudah tumbang. Penanaman pokok karas juga tidak memerlukan ladang terbuka. Ia lebih sesuai ditanam di dalam kongsi atau hutan asli untuk pembesaran yang lebih sempurna. Untuk penanaman pokok Karas secara intensif, 0.4 hektar tanah mampu menampung kira-kira 450 hingga 1,000 batang pokok pada satu-satu masa. Terdapat pelbagai spesies karas yang mana setiap satunya memerlukan jangka masa berlainan untuk mengeluarkan hasil. Abas oleh itu mencadangkan spesies 'Sub-Integra'untuk mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat. Spesies ini ditanam secara meluas di Thailand sejak 40 tahun lepas dan terbukti dapat mengeluarkan hasil dalam jangka masa lima hingga tujuh tahun. Pokok karas yang berusia empat tahun ke atas sudah sedia untuk disuntik inokulan yang mana hasilnya dapat dituai mulai dari tahun kelima penanamannya. Atas sebab inilah, Abas mencadangkan spesies ini ditanam secara komersil. MENYELAMATKAN KHAZANAH NEGARA Semasa membentangkan kertas kerja pada seminar yang sama, Dr Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim dari UIAM berkata banyak pokok karas secara kebetulan berada di dalam kawasan Taman Negara. Pun begitu ia tidak dapat melindungi pokok karasdaripada ancaman kepupusan.

Oleh itu beliau mencadangkan perladangan pokok karas sebagai satu usaha untuk menyelamatkan khazanah negara ini. Beliau juga ialah seorang daripada tenaga dalam Kumpulan Penyelidik Oud UIAM yang menjalankan kajian untuk mempelbagai produk berasaskan gaharu. GAHARU DALAM PERUBATAN Yumi berkata gaharu mempunyai pelbagai potensi selain hanya digunakan dalam bidang wangiwangian. "Kami sedang membuat kajian berkenaan potensi gaharu untuk digunakan dalam bidang perubatan," katanya. Menurut beliau, produk terapi kesihatan daripada sumber alam semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana dianggap lebih selamat. Pelbagai kajian dijalankan di serata dunia terhadap pelbagai bahan semula jadi ini untuk mengetahui farmakologinya terhadap sesuatu penyakit untuk mencipta terapi bagi penyakit-penyakit berkenaan. "Bahan aktif yang dicari daripada tumbuhan-tumbuhan ini dikenali sebagai 'secondary metabolites'," ujarnya. Berdasarkan catatan perubatan tradisional dan kajian moden, sumber dari pokok karas sememangnya sudah ada sejarah perubatan yang baik di pelbagai tempat terutama di Asia, di mana pokok itu mudah didapati. Dalam pembentangannya, beliau memfokuskan potensi gaharu dalam tiga bidang perubatan iaitu pencegahan dan terapi untuk kanser, keradangan, dan jangkitan kuman. SOKONGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI TEMPATAN Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif KGMSB, Osman Hanapi berkata syarikatitu bersungguhsungguh dalam mengusahakan industri berasaskan gaharu di negara ini. "Antara usaha yang kami laksanakan ialah mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan untuk membuat kajian berkenaan teknologi pembenihan, penanaman serta produk hasilan daripada gaharu," kata beliau. Universiti yang terlibat dalama kerjasama itu ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Terbaharu, KGMSB sedang berbincang dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk kajian berkenaan teknik pembenihan moden. Untuk beliau, ini adalah usaha 'serampang dua mata' untuk menaikkan imej universiti-universiti tempatan di mata dunia. MEMBANGUNKAN MASYARAKAT LUAR BANDAR Setiausaha Eksekutif YA'MAL, Amiruddin Rasedin berkata pihaknya memilih untuk terlibat dalam jaringan usahasama pembangunan industri gaharu kerana potensi ekonominya yang tinggi. "Kami yakin bahawa industri ini bakal memberi impak positif kepada masyarakat umum, khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar di mana Karas boleh dijadikan tanaman tambahan kepada pekebun," ujar beliau.

Bagi tujuan promosi, YA'MAL sedang merencanakan siri taklimat di seluruh negara agar peluang dan informasi berharga ini dapat diketahui masyarakat umum. Industri gaharu juga ialah satu daripada aktiviti ekonomi terpilih dalam Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Induk Pembangunan Luar Badar yang dikeluarkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada Oktober 2010. TANAMAN KETIGA NEGARA Industri berasaskan gaharu menjanjikan pulangan yang besar kepada negara jika diusahakan dengan teliti, terancang dan mendapat sokongan wajar daripada pelbagai pihak. Potensi industri ini masih belum diteroka sepenuhnya dan tidak mustahil suatu hari nanti penanaman karas dapat menyumbang meningkatkan ekonomi negara di samping kelapa sawit dan getah.

You might also like