Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Cadangan Penyelidikan Kajian SEJARAH SUKAN PERTANDINGAN REGATA LEPA PADA TAHUN 1994 HINGGA 2000

SITI KHADIJAH BINTI JAMILUDDIN 950201-12-6718 SMK Bugaya, Semporna

PENGENALAN
Semporna merupakan sebuah Bandar kecil yang terletak di bahagian pantai timur Sabah, kaya dengan keindahan semula jadi dan keaslian budayanya . Daerah ini mempunyai suku kaum yang terkenal dengan keunikan budayanya sendiri. Walaupun mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, namun warisan kebudayaan kaum bajau di Semporna tidak pernah dilupakan oleh setiap kaum yang berbeza adat resam di kawasan tersebut. Atas dasar tersebut, Lembaga Pelancongan Negeri Sabah (STPC) mengadakan Pesta Kebudayaan Regata Lepa buat kali yang pertama pada April 1994 bagi memperingati keunikan kebudayaan suku kaum Bajau bukan sahaja di peringkat daerah Semporna, malah turut dikomersialkan ke peringkat negara serantau, dan seantero dunia.

Pesta kebudayaan Regata Lepa yang diadakan pada April 1994 telah menarik sebanyak 200,000 orang pelancong dari beberapa Negara bagi menyaksikan sendiri kemeriahan dan keindahan sambutan pesta kebudayaan tersebut. Bilangan pelancong yang berkunjung ke daerah Semporna meningkat 5 tahun berikutnya iaitu sebanyak 60% (750,000 orang) daripada bilangan sebelumnya semata-mata untuk merasai kemeriahan pesta kebudayaan tersebut, dan ini membuktikan bahawa sambutan pesta tersebut mempunyai keindahan atau tarikannya yang tersendiri setaraf dengan perayaan-perayaan unik ditempat lain.

Kini, sambutan perayaan Regata Lepa turut menawarkan beberapa aktiviti sukan air dan pertandingan yang terbuka kepada masyarakat bajau dan masyarakat lain selain daripada suku kaum bajau. Antaranya ialah, Lumba Kayak, Pertandingan Malam Ratu Cantik, Pertandingan Lepa, beberapa sukan air dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti ini menjadi penyumbang kepada

kemeriahan perayaan tersebut. Pengisian aktiviti ini dapat menyemai perasaan cintakan budaya tersebut kepada masyarakat dan ia juga menyumbang kepada ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

OBJEKTIF
1. Mengkaji sejarah Regata Lepa dan perkembangannya dari tahun 1994-2000

2. Menganalisis maklumat lanjut mengenai pertandingan sukan air Regata Lepa dan perkembangannya.

3. Mengenalpasti nilai yang dapat disemai dalam diri setiap masyarakat Semporna melalui pengisian pertandingan sukan air Regata Lepa dan sumbangannya.

SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di daerah Semporna, bahagian pantai timur Sabah, Malaysia. Kajian sejarah pertandingan sukan air regatta lepa dipilih sebagai permulaan dan pengakhiran kajian dengan merujuk mana-mana sumber yang sahih. 1. Sejarah Regata Lepa dan perkembangannya dari tahun 1994-2000. Sejarah Regata Lepa dari tahun 1994-2000 yang menjadi satu perayaan yang sering diadakan setiap tahun di daerah Semporna dan berkembang dari tahun ke tahun sama ada dari aspek sosial mahupun ekonomi.

2. Maklumat lanjut mengenai pertandingan sukan air Regata Lepa dan perkembangannya. Semua perkara yang berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti tersebut dan kaedah atau cara pertandingan tersebut dijalankan dikaji dengan lebih terperinci. Pelbagai aktiviti pertandingan sukan air Regata Lepa dijalankan dan pengkaji ingin mengetahui perkembangannya dari tahun ke tahun atau sebarang penambahan aktiviti yang dilakukan.

3. Nilai yang dapat disemai dalam diri setiap masyarakat Semporna melalui pengisian pertandingan sukan air Regata Lepa dan sumbangannya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui nilai yang dapat diterapkan kepada diri setiap masyarakat di Semporna melalui pengisian pertandingan sukan air tersebut dan sumbangnya melalui aspek ekonomi dan sosial negara.

KAEDAH KAJIAN Kaedah Primer


1. Kaedah temu bual Melalui kaedah temu ramah, saya akan menemu bual beberapa orang individu untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

2.

Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya akan melawat lokasi untuk mengkaji pertandingan sukan air regata lepa. Banyak maklumat berguna dapat diperolehi berdasarkan kaedah.

Kaedah Sekunder
1. Kaedah analisis dokumen Saya juga akan turut merujuk beberapa dokumen yang berkaitan bagi memastikan kesahihan atau kebenaran fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

2.

Kaedah penyelidikan perpustakaan Melalui kaedah ini, saya akan mengunjungi Perpustakaan Negeri Sabah ( Cawangan Semporna ) untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan mengukuhkan lagi kajian saya.

3.

Muat turun internet Saya juga akan menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang, ensiklopedia yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan tambahan.

4.

Kaedah Visual Audio & Video Saya turut menggunakan Kaedah Visual Audio & Video dengan melihat rancanganrancangan yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.

PERMASALAHAN KAJIAN
Melalui kajian ini, terdapat beberapa permasalahan yang dikesan menjadi kekangan kepada pelaksanaan kajian. Antaranya ialah, 1. Kekeliruan fakta yang benar. Pengkaji mendapati bahawa fakta mengenai kajian yang dijalankan adalah meluas dan kadangkala sukar untuk dikaitkan bersama. 2. Sumber yang terhad Sumber kajian ada terhad dan hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja iaitu Semporna. Justeru, sumber mengenai kajian hanya terdapat di kawasan tersebut. 3. Kerjasama pihak responden Kerjasama daripada pihak responden ketika kaedah temu bual dijalankan adalah kurang memuaskan dan kadangkala pengkaji terpaksa menghadapi layanan yang kurang baik daripada pihak berkenaan.

SOROTAN KAJIAN TERDAHULU

You might also like