Kepelbagaian Kepercayaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Kepelbagaian Kepercayaan / Agama Di Malaysia

Kok Ying Ying Doris Shang Catherine Ngie Marianah Liew

Kaum Melayu
Agama Islam Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul.

Merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban,


Hari Keputraan Nabi Muhammad. Berpuasa pada bulan Ramadan. Tidak makan khinzir dan anjing.

Kaum Cina
(A) Agama Buddha

Dianuti oleh majoriti kaum Cina.


Mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Merayakan Hari Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Mempercayai kehidupan semula selepas kematian. Mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan 'feng shui'.

(B) Taoisme
Tao bermaksud jalan /cara. berkaitan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-

yang"

("ying"

bermaksud

"feminin",

dan

"yang"

bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah

dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia


mempunyai 2 keterlaluan.

Lambang Taoisme

Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis di tengah adalah

melengkung dan bukannya lurus. Ini bermakna bahawa kesemua


fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah.

Sewaktu

hitam

berkembang,

putih

berundur,

dan

sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam.

(C) Kristian Selain Cina, ia juga dianuti orang India dan Bumiputera bukan Islam. Mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa sebagai Anak Tuhan, iaitu Jesus Kristus. Merayakan Hari Krismas, Hari Esther.

Membaptiskan anak yang baru lahir.


Bersembahyang di gereja.

Kristian boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan : Katolik Ortodoks Protestan Anglikanisme Methodisme Presbyterianisme Luteranisme Baptis Masehi Adven Hari Ketujuh Kalvinisme

Kaum India
Hinduisme juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah

satu agama atau falsafah yang berasal dari benua


India dan kawasan sekeliling yang berhampiran Kitab pertama agama ini ialah Veda Dianuti oleh majoriti kaum India. Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian.

Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk

membersihkan dosa.
Hinduisme kaum India di Malaysia yang biasanya dianuti hampir oleh 6.37%

merangkumi

penduduk Malaysia. Data dari Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan

bahawa daripada 1,800,000 penduduk kaum India di


Malaysia, 82.7 % adalah keturunan Tamil, 7.7% Punjabi 4.7 % Malayali, 3.4 % Telegu, 1.5% lain-lain

Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan

kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa

di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa


sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal.

Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan

kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha


1. Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya 2. Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk 3. Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan 4. Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula

(kelahiran semula)
5. Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia

Kaum Kadazan
Orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animistik serta

semangat dalam setiap hidupan alam ini.


Kebanyakkan orang Kadazan telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya

terutamnya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan.

Kaum Bajau
Sistem kepercayaan tradisional masyarakat Bajau adalah animisme; sejenis roh halus yang berinteraksi dengan manusia, baik secara positif mahupun negatif. Contoh: orang-orang takut untuk keluar malam sendirian

kerana kehadiran roh-roh orang mati atau roh halus yang


mencari bayi atau mayat orang yang baru saja mati untuk dimakan. Kepercayaan tradisional berhubungan secara rumit dengan kepercayaan Islam (sistem kepercayaan yang mereka anut

sekarang).

Akibat daripada anutan agama Islam, corak hidup

etnik Bajau di Sabah tidak banyak bezanya dengan


bangsa Melayu yang ada di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan leod iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai

masyarakat Bajau dikahwini dan mengahwini bangsa


lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan.

Kaum Iban (Dayak Laut)


Menurut hikayat lisan masyarakat Iban, mereka menyembah Dewa

Sempulang Gana yang memberikan keberkatan kepada kehidupan


khasnya untuk hasil perhumaan. Dewa Sengalang Burong adalah dewa yang disembah kerana dewa ini adalah Dewa Perang yang menolong masyarakat Iban dalam ekspedisi memburu kepala atau ngayau. Dua watak ini merupakan dewa utama dalam kepercayaan masyarakat Iban.

Namun tidak dapat dinafikan ada dewa lain seperti Raja Anda Mara Raja Tuah yang memberikan kekayaan dan

kesenangan dalam kehidupan masyarakat Iban.


Segindah yang mencipta tanah, Segindit yang mencipta langit dan Segindie yang mencipta air juga merupakan watak ghaib yang sering kali disebut dalam puisi tradisional masyarakat Iban.

Watak ghaib ini dapat dikesan melalui ayat-ayat suci yang dinyanyikan menerusi puisi ritual seperti pengap, renong semain dan juga leka biau. Puisi tradisional ini pula dimainkan semasa festival besar

dan juga upacara ritual masyarakat Iban.

Kaum Rungus
79% - Penganut Kristian 20% - Penganut Agama Labus 1% - Penganut Agama Islam (Perkahwinan) Menekankan adat-adat nenek moyang, hukumhukum agama labus serta hubungan

kekeluargaan

Agama Labus
satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan

atau mengeluarkan masyarakat mereka dari


hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan

bangsa Momogun Rungus

Murut
amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu)

dianggap sebagai tempat suci


Percayai Aki Kopuno kuasa yang mencipta segalagalanya Kebanyakan beragama Kristian dan Islam

Selepas kematian, mayat disimpan dalam tajau besar atau kini dikenali keranda Orang yang telah meninggal akan dikebumikan bersama sama barang kepunyaan mereka seperti sarung, pakaian, pinggan, sudu serta berus gigi

Rujukan
http://cikgumadie.blogspot.com/2012/12/aga ma-dan-kepercayaan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduisme http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduisme_di_ Malaysia http://www.sabah.edu.my/kds/kadazan_dusu n.htm

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/44028254/ASIGN MENT-BAJAU http://sabda.org/misi/orang_bajau_di_pesisir _barat_brunei http://nicholashunterugik.blogspot.com/2012 /11/sejarah-kaum-iban-satu-analisisawal.html http://bahasamelayupengantar.blogspot.com/ 2010/08/kepercayaan.html

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaumkaum_di_Malaysia http://www.sabah.edu.my/kds/tradisi_&_kep ercayaan.html http://sumandakdusunmurut.blogspot.com/2 013/05/tajuk-adat-tradisikaum-murut-di.html http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-1/bab11-sabah/

Terima Kasih

You might also like