Contoh Latihan Ringkasan Dan Karangan Rangsangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usahausaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sebut sahaja nama Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi, masyarakat akan terus terbayang akan kesungguhan Perdana Menteri Malaysia ini memerangi musuh nombor satu negara, iaitu rasuah dan dadah. Bagi Perdana Menteri kita ini, apa-apa juga yang dilakukannya, semuanya untuk rakyat dan negara. Bagi beliau, setiap rakyat mesti mendapat faedah daripada setiap dasar yang diperkenalkannya. Usaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani, nelayan dan penternak menjadi keutamaan Perdana Menteri sejurus mengambil alih kepemimpinan negara. Beliau juga berusaha memerangi pelbagai gejala sosial dalam masyarakat. Kesungguhan beliau ini dapat dilihat daripada kempen anti-merokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram di negara kita. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menulis teks ucapan beliau sendiri. Beliau dibantu oleh Bahagian Polisi dan Komunikasi, Pejabat Perdana Menteri yang membuat penyelidikan tentang sesuatu isu. Selain itu, beliau juga teliti orangnya sehinggakan kesilapan kecil seperti tiada koma atau noktah dalam ayat pun dapat dihidunya. Beliau juga bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Mesyuarat berlangsung di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam, bergantung pada keperluan. Datuk Seri Abdullah juga mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Oleh sebab itu, dalam ucapannya, beliau ada menyebut bahawa Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa, agama dan negara. Beliau juga memperkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam kerajaan pimpinannya agar setiap pemimpin serta rakyat bermotivasi untuk berdaya maju. Selain itu, antara perkara yang terawal yang dilakukannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah melawat ke pejabat-pejabat kerajaan, terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat. Beliau mahu sektor awam mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. Menurut Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak, gaya kepemimpinan Pak Lah terbuka, berhemah dan sentiasa menekankan soal keprihatinan kepada masalah rakyat dan pembangunan manusia. Bagi Datin Seri Endon Mahmood, Wanita Pertama Malaysia pula, suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlangnya untuk membangunkan negara. Begitulah berwibawanya Perdana Menteri kita. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud Wanita Pertama Malaysia? [2 markah]

2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita. [ 4 markah] 3. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa? [ 4 markah]

Bahagian A(i): Ringkasan [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Panjangkan ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin mereka tidak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden. Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden. Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin meningkat. Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang menghidap penyakit kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan penawarnya. Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman seperti rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin. Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh. Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu ubat-ubatan moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut. Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir usia. Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan. 2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [2 markah] [4 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah]

Bahagian A(i): Ringkasan [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang amalanamalan baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, elakkan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan jangan makan sebelum masuk tidur. Oleh itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet yang seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan. [2 markah] [4 markah]

2. Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang?

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang? [4 markah]

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan bergotong-royong. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 25 minit] [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

You might also like