Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ULASAN ARTIKEL INTEGRASI

Berdasarkan artikel ini, saya sedar bertapa pentingnya integrasi yang perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelbagai isu telah timbul dalam merealisasikan integrasi masyarakat malaysia. Contohnya isu berkaitan dengan budaya, bangsa, agama dan juga adat r Pelbagai cara telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menjayakan perpaduan antara kaum. Pada pendapat saya, hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap sukan. Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1

ULASAN ARTIKEL INTEGRASI

Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai. Maka, kita seharusnya berfikir sepelum bertindak dalam apa jua tindakan yang kita lakukan seperti konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najid iaitu '' kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia ( one people) dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita."

Sekian ********

You might also like