Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

CMP 2011

1.0 Pengenalan

Penegasan tentang kepentingan penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah-sekolah adalah sejajar dengan keperluan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ini kerana aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dititik berat memandangkan bahawa perlaksanaannya yang berkesan akan membantu mencapai matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani.

Dalam kajian ini, definisi penglibatan mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002) ialah satu kumpulan manusia yang memerihal melibatkan diri dalam sesuatu hal atau perkara. Manakala aktiviti kokurikulum pula ialah isi kandungan sesuatu aktiviti dalam bentuk persatuan, kelab, unit uniform dan aktiviti yang bukan melibatkan mata pelajaran khusus. Manakala aktiviti sukan pula ialah segala kegiatanyang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak yang dilakukan sebagai hiburan termasuklah untuk pertandingan dan untuk menyihatkan badan.

Kajian ini adalah untuk mencari satu jawapan atau kepastian sejauh manakah Pengurusan dan pengelolaan sekolah mengendalikan pertandingan dan menraik penglibatan pelajar perempuan tahap dua aktiviti sukan sesuai dengan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan KoKurikulum) yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan di sekolah.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pengelolaan pihak sekolah mengendalikan pertandingan untuk komponen aktiviti kokurikulum

sukan.Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang mempengaruhi Kejayaan dalam aktiviti kokurikulum tersebut adalahmengikut urutan keutamaan dalam aktiviti sukan adalah mengikut urutan keutamaan ialah pentabiran /npengurusan, minat, persekitaran dan penyertaan. Secara keseluruhannya berdasarkan kajian faktor penglibatan murid-murid perempuan tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di SK Paya Mebi

CMP 2011
Padawan dalam aktiviti sukan berdasarkan empat gagasan kajian iaitu faktor pentadbiran / pengurusan, persekitaran, penyertaan dan minat menunjukkan ia memainkan peranan penting selain faktor-faktor lain kerana aktiviti sukan mempunyai kepentingan dan dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu melahirkan insan yang cemerlang.

1.1

Pernyataan Masalah

Dalam konteks pendidikan, penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah sangat penting kerana ia dapat membantu pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan setiap insan berkembang secara seimbang dari segi sosial, rohani dan jasmani.

Penglibatan dalam kokurikulum dan sukan adalah satu aspek motivasi dan merupakan cabang kepada psikologi perkembangan (Bergin dan Habusta, 2004).

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sejauh manakah pengurusan dan pengelolaan pihak pentadbiran yang digerak bersama oleh tenaga guru-guru menjayakan sesuatu aktiviti kokurikulum dan sesuatu pertandingan dengan perancangan yang teliti serta mengikut prosedur pengelolaan aktiviti yang sepatutnya mengikut garis panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2

Objektif Kajian Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk : 1.2.1 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pengelolaan dan pengurusan pihak sekolah dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

1.2.2

Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) dalam aktiviti sukan.

CMP 2011
1.3 Persoalan Kajian Kajian ini diharapkan akan dapat menjawab persoalan bagi: 1.3.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan SK Paya Mebi Padawan 1.3.2 Apakah faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pengelolaan dan pengurusan pihak sekolah dalam aktiviti sukan dan kokurikulum

1.4

Kepentingan Kajian

Penyelidik berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di sekolah-sekolah, khasnya sekolah kebangsaan dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sebagaimana mengikut arahan Surat Pekeliling Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan di sekolah.

Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dalam mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik serta menyemai minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi sokongan moral dan material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.Pentadbir sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

1.5

Limitasi Kajian Kajian ini dibataskan kepada beberapa limitasi berikut : Pembentukan soal selidik dalam kajian kes ini berdasarkan pekeliling yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran untuk panduan pihak yang berkenaan. Kajian ini akan dijalankan ke atas semua guru dan pelajar-pelajar perempuan tahap dua Sekolah

CMP 2011
Kebangsaan Paya Mebi Padawan Kuching.Dalam kajian kes ini, penyelidik

mengandaikan bahawa maklumat yang diberikan oleh responden adalah jujur dan ikhlas dan sesuai dengan kehendak soalan dalam soal selidik yang diberikan. Dalam kajian kes ini, soalan-soalan yang diberikan ada kaitan dengan tatacara pihak sekolah mengelola dan mengendalikan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.Sebagai rumusannya, kajian ini berdasarkan kepada tiga aspek penting iaitu peranan aktif pihak sekolah mengendalikan kokurikulum secara professional dan keaktifan pelajar bergiat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sahaja.

2.0

METADOLOGI KAJIAN

2.1

Rekabentuk Kajian

Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah satu set soalan soal selidik.Borang ini disesuaikan dengan kajian yang mengkaji sejauh manakah pentadbir sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaanpenglibatan pelajar di sekolah kebangsaan dalam kokurikulum dan sukan. Soalan soal selidik ini dibina berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 yang berkenaan dengan semua pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 yang berkaitan dengan semua pelajar perlu aktif dalam sukan. 3.0 Lokasi Kajian Kajian ini akan dijalankan di SK Paya Mebi Padawan Kuching.

4.0 4.1

Dapatan Kajian Analisis Faktor Utama Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengelolaan Aktiviti Sukan Kajian mendapati sekolah berkenaan telah berjaya mengelola dan mengendalikan aktiviti berkenaan berdasarkan perancangan tiga fasa.Fasa-fasa tersebut ialah fasa sebelum pelaksanaan,fasa semasa pelaksanaan dan fasa selepas pelaksanaan aktiviti pertandingan dijalankan.

CMP 2011
4.1.1 Fasa sebelum pelaksanaan

4.1.1.1

Guru Penasihat Kelab Bola Jaring telah menyediakan satu kertas kerja untuk mengendalikan Pertandingan Bola Jaring Tertutup Peringkat sekolah SK Paya Mebi Padawan.

4.1.1.2

Pihak pentadbir mengarahkan mesyuarat khas diadakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengelola pertandingan,penetapan tarikh pertandingan,keperluan kewangan dan perbincangan persediaan dan pelaksanaan program tersebut.

4.1.1.3

Ahli jawatankuasa telibat mengadakan perbincangan merangka aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan berdasarkan Carta Gantt yang disediakan.

4.1.1.4

Promosi pertandingan dan memaklumkan kepada murid-murid tarikh pelaksanaan pertandingan.

4.1.1.5

Menyediakan peralatan pertandingan yang diperlukan sebelum pertandingan dari aspek penyediaan dan kuantiti yang diperlukan.

4.1.1.6

Menyediakan syarat-syarat pertandingan dan boring penyertaan pertandingan.

4.1.1.7

Membentuk format pertandingan iaitu dijankan secara sistem kalah mati.

4.1.1.8

Melantik pengadil atau pegawai pertandingan di kalangan guruguru bertauliah sebagai pengadil yang dijemput dari sekolahsekolah yang berhampiran.

4.1.1.9

Aturcara dan penyediaan Buku Program disediakan untuk memudahkan pengendalian pertandingan.

CMP 2011
4.1.1.10 Surat-menyurat panggilan mesyuarat jawatankuasa, lantikan ahli jawatankuasa, pinjaman peralatan dan kebenaran menggunakan tempat pertandingan.

4.1.1.11

Menetapkan jadual latihan pasukan-pasukan yang akan bertanding.

4.1.2

Fasa Semasa pelaksanaan

Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Kelab Sekolah Kebangsaan Paya Mebi, Padawan Pertandingan bola jaring telah diadakan pada 18 April -22 April 2013 yang bertempat di gelanggang Serbaguna Kementerian Belia Dan Sukan Kampung Paya Mebi.. Sebanyak 8 kumpulan telah mengambil bahagian. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 3;00 petang sehingga 5.00 petang selama 5 hari. Perasmian pertandingan bola tampar ini telah dijalankan di gelanggang Serbaguna Kementerian Belia Dan Sukan Kampung Paya Mebi oleh Guru Besar, Puan Hamsiah Haji Jamil. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan,dan menarik minat para pelajar dengan permainan bola jaring . Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola jarring yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola jarring setiap minggu iaitu pada setiap hari Rabu yang bermula dari jam 4.00 hingga 5:00 petang. Dengan menyertai pertandingan ini, mereka juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola jaring. Senarai ahli kumpulan dan Jawatankuasa bagi kejohanan ini boleh dirujuk pada kertas kerja. Manakala aturcara adalah seperti berikut:

CMP 2011
Tarikh 18 April 2013 Masa 2:30 petang 3:00 petang 19-21 April 2013 22 April 2013 3:00 4:00 3:00 5:00 Aktiviti Perasmian Pertandingan bermula Pertandingan berlangsung Pertandingan bola jarring Penutup Penyampaian hadiah

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah diadakan selepas pertandingan berakhir dan hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Paya Mebi, Puan Hamsiah Haji Jamil . Berikut adalah keputusan akhir kejohanan; Keputusan Pertandingan Kedudukan Pertama Kedudukan Kedua Kedudukan Ketiga Kedudukan Keempat Pemain Terbaik : Emelia Bt. Jumaat ( Kelab Bola Jaring ). Kelab Bola tampar Kelab Bola Baling Kelab Olahraga Kelab Bola Jaring Kelab

4.1.3

Fasa Selepas Pelaksanaan Pihak pentadbiran mengarahkan guru Penyelaras/Penasihat Kelab Bola Jaring membuat laporan post-mortem untuk mengenal pasti kekuatan,kebaikan dan

CMP 2011
ruang-ruang kekurangan yang berlaku sepanjang pertandingan tersebut dilaksanakan.

5.0

Rumusan

Hasil daripada analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) SK Paya Mebi Padawan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mengikut urutan keutamaaan adalah pentadbiran/pengurusan,penyertaan,persekitaran dan minat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid ini memilih faktor pentadbiran / pengurusan sebagai faktor utama.

Sekolah sentiasa memberi galakan dan penghargaan, sekolah mewajibkan semua murid tahap dua (tahun 4,5,6) melibatkan diri, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dijalankan mengikut jadual,guru sentiasa ada bersama sewaktu aktiviti dijalankan, peralatan dan kemudahan mencukupi adalah menjadi faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah berkenaan yang menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan setiap murid atau pelajar terlibat dan bersama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sama ada aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau keturunan.

Faktor penyertaan merupakan faktor kedua hasil dapatan kajian yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah berkenaan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Faktor penyertaan mengemukan item-item yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan memberi faedah kepada kesihatan dan mental, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan membolehkan pelajar mengenali dan mendapat ramai kawan,penyertaan dalam kokurikulum dan sukan dapat

CMP 2011
mengembangkan bakat, sahsiah serta nilai-nilai murni yang baik,penglibatan secara aktif dalam kokurikulum dan sukan.

Dapatan kajian juga mendapati faktor persekitaran merupakan faktor ketiga yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah tersebut bergiat aktif.Pihak keluarga yang memberi galakkan, kokurikulum dan sukan merupakan aktiviti penting,ibubapa sentiasa memenuhi keperluan untuk mendapatkan peralatan untuk melakukan aktiviti dan penghargaan, ganjaran dan galakkan dari persatuan ibubapa dan guru (PIBG).

Faridah (1991) dalam kajiannya menyatakan keluarga khususnya ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap persepsi dan sikap murid-murid dengan penglibatan dalam kokurikulum dan sukan. Murid-murid akan lebih cenderung untuk menyertai kokurikulum dan sukan dengan adanya keperihatinan daripada ibubapa atau keluarga selain daripada galakan guru-guru, PIBG dan seumpamanya.

Faktor minat merupakan faktor yang terakhir mengikut urutan keutamaaan.Minat yang dikemukakan oleh pelajar ialah mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum / aktiviti sukan, mengikuti aktiviti yang ditetapkan oleh pihak sekolah, aktiviti kokurikulum / aktiviti sukan menarik minat mereka pada waktu sekolah dan luar sekolah dan strategi atau kaedah pengajaran guru telah menarik minat dan mewujudkan sikap positif. Dapatan kajian Teng Boon Tong (1987) menyatakan salah satu cara untuk mengelakan kebosanan pelajar ialah mempelbagai teknik dan kaedah pengajaran. Teknik pengajaran yang bersesuaian akan menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mahupun aktiviti sukan.

CMP 2011

10

CMP 2011

11

You might also like