Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kampung Shapes memang terkenal dengan penduduknya yang terdiri daripada kaum-kaum yang terdiri daripada bentuk-bentuk yang

unik dan keistimewaan mereka masing-masing dan hidup dengan aman dan damai. Kampung ini juga mempunyai sejarah dan ceritanya yang tersendiri bagaimana mereka boleh mengecapi keamanan dan kedamaian. Cerita bermula pada satu masa dahulu dimana terdapat empat puak yang berbeza bentuk tinggal di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai no mans land. Keempat-empat puak ni diketuai oleh ketua yang masing-masing dipilih dari kalangan puak itu sendiri berdasarkan kehebatan mereka. Puak pertama yang dikenali sebagai puak Rondo diketuai oleh Mike, ketua yang mempjnyai kelebihan untuk bergolek di atas apa jua permukaan dengan lancar dan bergerak dengan laju. Bagi puak kedua pula iaitu puak Tango, ketua mereka ialah Tomo. Tomo merupakan seorang ketua yang mempunyai kelebihan untuk berdiri teguh dengan dasarnya yang luas dan besar dan mempunyai kepala yang tajam yang mampu membelah apa jua yang berada di hadapannya. Puak seterusnya ialah puak Kubol dan diketuai oleh Kaka. Kaka merupakan ketua yang mempunyai kelebihan untuk bediri dengan stabil dengan permukaannya yang rata dan mempunyai sisi yang banyak. Kelebihan Kaka ialah dia mampu menjadi pelantar untuk membolehkan anak buah dia menyeberangi sungai atau bukit-bukit. Puak yang terakihir ialah puak Sugu yang diketuai oleh Sugus. Kelebihan yang ada pada Sugus ialah dia mempunyai empat sisi yang sama saiz dan stabil di permukaan yang rata. Pada suatu hari, kampong mereka didatangi oleh satu objek pelik yang berrbentuk sfera dan berwarna hitam. Ia seakan-akan kelihatan seperti ruang hitam yang dating untuk menghancurkan kawasan mereka. Melihat kejadian itu, setiap puak masing-masing menghantar ketua mereka untuk menentang sfera yang dinamakan Deather itu. Jadi, kesemua wakil dari setiap puak berusaha menggunakan segala kelebihan dan kekeuatan yang terdapat pada diri masing-masing untuk menentang Deather. Namun, segala kelebihan yang mereka ada masih tetap tidak boleh mengalahkan si Deather. Kemudian, Kaka memanggil kesemua ketua kampung untuk berkumpul buat pertama kali dalam sejarah dan memberi cadangan untuk bersama-sama bergabung menumpaskan Deather. Pada awalnya, mereka enggan namun setelah berfikir panjang dan berasa kesian melihat anak buah masing-masing yang merana, mereka akhirnya berpakat untuk bergabung.

Dengan menggunakan strategi yang dirancang oleh Kaka. Kaka meletakkan dirinya sebagai dasar dan Sugu berada di atas kepalanya. Gabungan mereka membentuk seperti sebuah platform yang hanya tunggu untuk diletakkan pelantar. Kemudian, Tongo datang dan meletakkan badannya sebagai pelantar dan siap sudah pelantar untuk menyerang Deather. Kini tiba giliran Mike, Mike bergolek dari jarak yang jauh untuk mengumpul yang kelajuan untuk membolehkan dia melonjak sejauh dan setinggi yang mungkin untuk menyerang Deather. Akhirnya, Mike berjaya melompat dengan bantuan rakan-rakan dari puak lain untuk menghapuskan Deather. Akibat daripada itu, Deather hancur menjdai kepingan-kepingan bulat yang membentuk emas dan dikumpul oleh kesemua penduduk di situ. Sejak dari itu, keempat-empat puak ini bersatu dan membentuk satu penempatan yang digelar sebagai Kampung Shapes. Kaka telah dilantik menjadi ketua kepada Kampung Shapes di atas kebijaksaannya menyatupadukan kesemua puak-puak disitu untuk menjadi satu puak yang tinggal aman dan harmoni sehingga sekarang.

You might also like