Karies Gigi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Kerosakan Gigi (Karies Gigi) Latar belakang Kerosakan gigi merujuk kepada suatu keadaan di mana gigi menjadi

reput dan berlubang. Sebab utama kerosakan gigi ialah pengambilan gula yang kerap. Ia menjurus kepada pembentukan asid secara berterusan oleh bakteria dalam plak gigi. Siapakah yang berisiko? Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah berisiko untuk menghidap kerosakan gigi:

Tidak menjaga kebersihan gigi Kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula Mulut kering (xerostomia)

Tanda-tanda kerosakan gigi Berikut ialah antara tanda-tanda yang mungkin anda alami :

Kesakitan Gigi berlubang Ketidakselesaan ketika memberus gigi dan mengunyah makanan Makanan mudah melekat di celah-celah gigi Rasa atau bau dalam mulut yang tidak menyenangkan

Kesan kerosakan gigi yang tidak dirawat


Gigi mati Gusi bernanah (bengkak) Sukar mengunyah makanan Kehilangan gigi Gangguan pertuturan akibat kehilangan gigi

Adakah merokok boleh menyebabkan kerosakan gigi? Merokok tidak akan menyebabkan kerosakan gigi TETAPI lazimnya kebanyakan perokok mempunyai bilangan kerosakan gigi dan pembentukan kalkulus yang lebih banyak. Apa perlu anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula terutama di antara waktu makan utama. Sekiranya ingin makan makanan ringan, pilihlah makanan ringan yang berkhasiat seperti buah-buahan. Kurangkan atau elakkan minuman berkarbonat yang mana banyak mengandungi gula. Amalkan minum air kosong. Memberus gigi dengan ubat gigi berflourida. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kuranya sekali setahun.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Jenis-jenis rawatan Dapatkan nasihat doktor pergigian untuk rawatan kerosakan gigi. Anda mungkin memerlukan:

Tampalan Rawatan salur akar (endodontik) Korona (crown) Cabutan

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

You might also like