Strategic Assignment 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

BBPS 4103 STRATEGIC MANAGEMENT (1)

Name Matric No. NRIC No. Telephone No. E-mail address

: : : : :

Norashikin Binti Ahmad Ali 711017125450001 711017-12-5450 (019) - 8809272 nora1971@oum.edu.my

E-Tutors Name : Learning Centre :

Wardah Binti Mohamad Sabah Learning Centre

Semester May, 2013

ASSIGNMENT 1 : SOALAN 1

Isi Kandungan

Muka Surat

Pendahuluan

Pengenalan

36

Peruncit 1

79

Peruncit 2

10 12

Peruncit 3

13 14

Kesimpulan

15

PENDAHULUAN Di dalam menjalankan sesebuah perniagaan sama ada perniagaan tersebut sebuah perniagaan yang besar atau kecil memerlukan kertas kerja atau pun pelan strategi bagi memajukan sesebuah perniagaan.Strategi perniagaan yang dimaksudkan disini adalah mengenai perancangan dan kaedah yang teratur untuk mancapai matlamat jangka panjang sesebuah perniagaan.Di bab seterusnya akan menerangkan bagaimana tiga (3) syarikat peruncitan yang beroperasi di kawasan yang sama iaitu terletak di pekan Putatan, Kota Kinabalu, Sabah yangmengunakan strategi perniagaan masingmasing bagi menguruskan operasi perniagaan mereka.

PENGENALAN Di dalam setiap perniagaan peruncitan, tidak kira ianya merupakan peruncitan kecil-kecilan atau besar-besaran, faktor asas yang dianggap penting di dalam sektor ini adalah rancangan perniagaan dimana ianya menekankan mengenai isu-isu kewangan, ramalan, pemasaran dan strategi operasi perniagaan. Perniagaan runcit adalah sebahagian daripada aspek pemasaran barangan dan perkhidmatan yang melibatkan tiga perkara utama iaitu penjual, barangan dan pembeli. Di Malaysia, industri peruncitan merupakan industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi. Ia merupakan suatu kegiatan ekonomi yang penting dalam sesebuah kawasan yang berpenempatan dan khasnya dalam sesebuah bandar kerana dapat menjanakan aktiviti dalam sesebuah kelompok masyarakat. Perniagaan runcit sebenarnya adalah aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga atau isi rumah atau untuk diberi kepadaindividu lain seperti rakan atau jiran dan kebanyakkan transaksi adalah tertumpu kepada urus niaga secara tunai. Kebanyakkan cabaran yang dihadapi oleh penggusaha kedai peruncitan adalah seperti gelagat pengguna yang sering berubah, persaingan harga dan keadaan ekonomi. Oleh yang demikian strategi perniagaan yang baik dapat membantu peniaga

PERUNCIT 1 :KEDAI SERBAGUNA MESRA Kedai Serbaguna Mesra yang beroperasi selama 24 jam adalah kedai runcit yang terletak di kawasan perumahan Taman Teluk Villa, Putatan. Kedai runcit ini diusahakan oleh pemilik tunggal iaitu Encik Ludo Monte semenjak tahun 1998 dan ketika ini beliau di bantu oleh seramai 5 orang pekerja yang bertugas mengikut shif. Idea untuk memulakan perniagaan kedai runcit ini terhasil apabila, Encik Ludo yang juga merupakan diantara penduduk yang menetap di kawasan perumahan Taman Teluk Villa sering kali mengalami kesukaran untuk membuat pembelian runcit kerana ketika itu tidak terdapat mana-mana kedai runcit yang beroperasi berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut. Encik Ludo ketika itu bertugas sebagai Pegawai Pemasaran di Syarikat Sebor (Sabah) Berhad yang mana merupakan sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang terbesar di Sabah. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Encik Ludo dan sumber-sumber yang dapat diperolehi seperti lokasi kedai yang strategik, sumber pembiyaan daripada Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) dan menjadi agen peruncit syarikat Sebor, maka pada tahun 1998, Kedai Serbaguna Mesra ini telah dibuka dengan hanya dibantu oleh kaum keluarga beliau ketika itu. Semenjak beroperasi, pemilik kedai ini sentiasa melaksanakan strategi perniagaan yang tertumpu kepada keselesaan pengguna sebagai cara untuk memperkembangkan perniagaannya dengan hasrat untuk menembusi pasaran baru. Pemilik kedai runcit ini memberikan keselesaan pengguna dengan memenuhi kriteria seperti kedudukan lokasi kedai runcit tersebut mudah dilihat, menawarkan perlbagai barangan seperti bahan makanan kering dan basah yang lebih mengutamakan kepada produk HALAL, barangan yang dijual adalah berkualiti dan harga yang berpatutan. Encik Ludo juga memastikan bahawa penyusunan kedai adalah mengikut produk tertentu bagi memudahkan pengguna membuat pembelian disertai dengan perkhidmatan yang cekap dan mesra. Pemilik ini sentiasa memahami kehendak pengguna dengan menawarkan barangan yang berkualiti tetapi dengan harga yang berpatutan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan barangan dari pemborong yang memberikan potongan harga yang lebih rendah ataupun mendapatkanbekalan terus daripada kilang-kilang. Dengan menjual barangan runcit dengan harga yang sederhana tetapi memberi keuntungan kepada peniaga, situasi ini dikatakan win-win situation kepada kedua-dua pihak.Jika pengguna mempunyai tanggapan bahawa peruncit tidak berlaku adil kepada mereka mengenai harga, pengguna akan merasa tidak selesa untuk membeli kerana mereka tidak ada kepastian sama ada harga yang ditawarkan merupakan penurunan sebenar.

Peruncit yang baik kebanyakkannya akan mengikut prinsip harga yang berpatutan setiap hari dan bukannya harga yang terendah setiap hari. Pemilik kedai ini juga mementingkan pengurusan stok barangan yang efisien untuk memastikan barangan yang ingin didapati oleh pelanggan ada disediakan dan di dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya, permintaan barangan yang kurang mendapat sambutan seharusnya hanya disimpang di dalam bilangan yang munasabah iaitu sekadar tidak menghampakan segelintir pelanggan. Sebagai salah satu strategi bagi menarik lebih ramai pembeli berkunjung ke Kedai Serbaguna Mesra ini, Encik Ludo juga memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan pembelian barangan sebanyak RM 150.00 ke atas ke setiap tempat atau kediaman dengan jarak yang tidak melebihi 2 kilometer daripada kedai tersebut. Setakat ini, kedai runcit ini memiliki satu (1) buah kenderaan jenis van bagi mengendalikan kerja-kerja pengangkutan barang-barang runcit di kedai tersebut.Dengan menawarkan konsep penghantaran percuma, ini dapat menimbulkan perasaan keakraban, mesra dan yakin tentang pengurusan kedai.Semenjak beroperasi, Kedai Serbaguna Mesra ini telah menunjukkan perkembangan yang besar, ini adalah kerana pemilik kedai tersebut melaksanakan perniagaannya berlandaskan kepada strategi perniagaan yang betul seperti pemilihan lokasi kedai yang sesuai, memulakan perniagaan runcit di kawasan perumahan yang tidak mempunyai saingan, menawarkan barangan runcit yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan sentiasa mencari pelanggan baru. Ketika ini, pemilik Kedai Serbaguna Mesra sedang di dalam perancangan untuk memohon daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk beroperasi sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia yang mana konsep KR1M adalah menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barangan sama berjenama dengan mengutamakan kualiti. Dengan beroperasi dibawah naungan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Encik Ludo percaya perniagaannya akan berkembang dengan lebih pesat kerana ianya boleh menarik perhatian lebih ramai pengguna yang berpendapatan rendah, sederhana mahupun berpendapatan tinggi untuk membeli barangan runcit di kedai beliau. Dalam pada masa yang sama juga, Encik Ludo berhasrat untuk membesarkan premis kedai

serbagunanya yang sedia ada agar dapat menambah lebih banyak barangan runcit bagi memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli belah di kedai tersebut. Beliau bercadang mendapatkan bantuan kewangan daripada Bank Pembangunan bagi tujuan mendapatkan pinjaman kewangan untuk membesarkan premises kedai serbaguna yang mana dianggarkan akan menelan perbelanjaan pengubahsuaian sebanyak RM 150,000.00.

Peruncit 2 : KEDAI BUKU SAUJANA Kedai Buku Saujana adalah sebuah kedai menjual barangan alat tulis dan majalah yang beroperasi di kawasan perumahan Teluk Villa, Putatan. Kedai ini diusahakan oleh pemiliknya Puan Normah Ahmad semenjak 8 tahun yang lalu dengan hanya bermodalkan simpanan kewangan daripada keluarganya. Pada permulaan perniagaan ini, kedai ini hanya beroperasi secara kecilkecilan dengan hanya menjual suratkhabar, majalah dewasa, majalah sukan dan buku komik untuk kanak-kanak. Di antara jenis majalah dan suratkhabar yang di jual di kedai tersebut adalah seperti Berita Harian, Daily Express, Borneo Mail, Majalah Wanita, URTV, Anna Muslim, Jaguh Sukan dan sebagainya. Strategi perniagaan yang digunakan oleh Puan Normah untuk melariskan jualan majalah buku, majalah dan akhbar di kedai tersebut, adalah dengan mengunakan psikologi kepada penjual kerana apabila sesebuah buku diletakkan dengan kuantiti yang kurang berbanding buku-buku lain, ia seperti menyampaikan mesej seolah-olah buku tersebut telah laris dijual. Ini akan memberi desakan kepada pelanggan untuk membuat pesanan melalui Puan Normah bagi mendapatkan buku tersebut . Disamping itu juga, Puan Normah akan menukarkan jumlah kuantiti setiap buku dari

masa ke semasa bagi memastikan setiap produk dapat dijual serta meletakkan jumlah buku pada kuantiti yang sama memudahkan beliau menentukan jumlah jualan bagi setiap buku. Setiap minggu setiap buku yang dipamerkan di kedai buku akan disemak dari jumlah kuantiti dan keputusan menentukan apa buku yang dianggap laris dan perlu kepada pesanan tambahan bergantung kepada jumlah berbaki yang diletakkan rak pameran. Pada mulanya Puan Normah hanya mengunakan kaedah menjual alat tulis seperti pen, pensel, pemadam dan pembaris di kaunter pembayaran tetapi lama kelamaan perniagaan ini meningkat memandangkan kedudukan kedai buku Saujana ini terletak lebih kurang 1(satu) kilometer daripada Sekolah Menenggah Kebangsaan Putatan. Situasi ini mendorong Puan Normah memperluaskan perniagaan majalah dan surat khabar kepada peralatan alat tulis kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripa murid-murid sekolah. Sehingga kini kedai buku saujana terdapat banyak

majalah, surat khabar, buku rujukan pendidikan dan alat tulis untuk kegunaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Walaubagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi oleh Puan Normah sepanjang aktiviti perniagaan Kedai Buku Saujana, diantaranya adalah kemungkinan buku yang berada di rak buku berhampiran dengan tingkap berhadapan dengan keadaan rosak sama ada bertukar menjadi lusuh atau kekuning-kuningan. Ini berlaku kerana faktor suhu di kedai tersebut dan alternatif yang dilakukan oleh Puan Normah adalah dengan membungkus buku-buku tersebut dan meninggalkan satu buku sebagai naskah contoh untuk menarik pelanggan untuk membeli.

Perniagaan Kedai Buku Saujana ini beroperasi daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam yang mana terdapat 4 orang pembantu yang bekerja mengikut giliran. Pada permulaan operasi kedai buku tersebut, Puan Normah tiada membuat penyedian akaun secara sistematik kerana beliau menguruskan sendiri segala dokumen yang terlibat dalam transaksi perniagaan seperti Invois yang diterima daripada pembekal dan segala bil yang berkaitan dengan perbelanjaan kedai seperti bil elektrik, bil air, bil telefon dan lain dikendalikan sendiri dan difailkan di dalam satu fail. Disebabkan kesibukan melayani pelanggan, Puan Normah tidak mempunyai masa mengemas kini bil-bil dan beliau hanya mengadakan fail untuk beberapa pembekal utama sahaja manakala beberapa pembekal lain dicampur di dalam satu fail. Beliau merasakan tidak perlu menyediakan akaun perniagaan dengan lengkap kerana beliau berpuas hati dengan hasil yang diterima dan tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji pekerja, bil telefon, sewa kedai dan perbelanjaan lain apabila tiba masanya. Walaubagaimanapun Puan Normah terpaksa bergantung kepada penyata hutang yang dihantar secara bulanan oleh pembekal kerana tidak mempunyai rekod yang tepat dan di kemas kini. Jumlah keuntungan atau kerugian secara tepat tidak diketahui kerana penyata untung rugi tidak pernah disediakan dan ini akan mendatangkan masalah yang besar keatas perniagaannya. Walaupun Puan Normah bercadang mengembangkan perniagaannya dan merancang membuat pinjaman dengan tabung pinjaman yang disediakan oleh kerajaan, tanpa mempunyai senarai yang lengkap dan kiraan stok barangan yang teratur serta penyata akaun untung rugi ini akan menyukarkan beliau mendapat bantuan kewangan yang sedia ada. Dokumen yang tidak diurus dengan baik dan sistem fail yang tidak tersusun menjadikan jumlah terkini gagal diketahui dengan pantas, seterusnya akan menyebabkan pertelingkahan dengan pembekal. Dengan tidak mempunyai pengurusan stok yang berkesan seperti gagal menyenaraikan stok dalam kedai, kiraan stok tidak dibuat dan tiada rekod keluar-masuk stok disediakan akan merugikan Puan Normah kerana barang yang kurang laris disimpan di dalam kuantiti yang banyak. Memandangkan bagi membuat pinjaman kewangan, dokumen yang paling penting yang perlu dikemukan adalah peracangan strategi perniagaan dan penyata untung rugi, oleh yang demikian Puan Normah telah mengambil langkah mengaji (2) dua lagi pembantu untuk menguruskan sistem fail, mengemas kini kiraan stok dan rekod kewangan. Disamping itu juga, beliau banyak mengikuti kursus-kursus dan seminar-seminar yang berkaitan dengan perniagaan yang dianjurkan oleh badanbadan berkanun dan kerajaan. Hasil daripada kursus yang diikutnya, beliau sedikit sebanyak telah belajar tentang selok belok dalam menjalankan perniagaan dan bagaimana cara atau strategi dalam memajukan perniagaannya.

Setelah beroperasi lebih kurang hampir 10 tahun dariapada kedai yang kecil dan sempit Puan Normah telah berpeluang menyewa sebuah kedai yang lebih besar di kawasan perumahan yang sama. Dengan tempat yang selesa dan ruang yang luas dan cukup maka keadaan kedai buku beliau lebih nampak kemas dan tersusun. Beliau sentiasa memastikan kedai bukunya sentiasa menjual buku-buku dan alat tulis daripada pasaran terkini dengan harga yang telah ditetapkan agar pelanggan tidak lari. Seorang peniaga ini perlu ada diplomasi serta pandai mengambil hati pelanggan supaya mereka akan sentiasa setia dengan kita. Menurut beliau lagi persaingan yang sihat sangat penting supaya kita sentiasa mencari jalan atau berusaha untuk menjadikan kedai kita di sukai oleh pelanggan. Cara susun atur buku-buku dan alat tulis di dalam kedainya juga sangat menarik yang

perhatian pelanggan dan memudahkan pelanggan untuk mencari buku dan alat tulis diperlukannya.

Menurut Puan Normah, beliau sentiasa menerima pandangan dan pendapat daripada pelanggan yang sering ke kedainya dan semua pandangan dan pendapat itu diterimanya dengan cara positif dan hati yang terbuka. Menurut Puan Normah, pengurusan dari segi kewangan,pengurusan stok-stok sangat penting untuk kelangsungan perjalanan sesebuah perniagaan dan beliau akan sentiasa memastikan agar buku dan alat tulis di kedainya sentiasa cukup dan akan mengambil pesanan lebih awal untuk mengelakkan kehabisan stok. Ini kerana jika buku dan alat tulis yang diperlukan oleh pelanggan habis atau kurang maka pelanggan akan pergi ke kedai lain, situasi ini akan menjejaskan pendapatan. Untuk menjayakan sesuatu perniagaan bukannya mudah kerana ianya memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan serta perancangan strategi perniagaan yang baik terutamanya di dalam persaingan untuk mendapatkan pelanggan. Strategi perniagaan yang berkesan sangat penting untuk member kepuasan pelanggan. Saat ini Puan Normah mampu tersenyum kerana kedai buku saujana yang diusahakannya mampu bersaing dengan kedai-kedai yang lain di kawasan perumahan tersebut.

Peruncit ke 3 : KEDAI KEK ALAF BARU Kedai Kek Alaf Baru adalah sebuah kedai menjual kek dan roti yang terletak di No. 40, Lot Kedai No. 5, Taman Teluk Villa, Puatatan. Bangunan kedai ini adalah berbentuk kedai dua tingkat yang mana tingkat atas digunakan untuk membuat kek dan roti manakala di tingkat bawah adalah tempat untuk menjual kek dan roti berkenaan. Pemilik tunggal Kedai Kek Alaf baru ini adalah Encik Ahmad Bin Ali yang mempunyai pengalaman membuat kek dan roti kerana beliau pernah bertugas sebagai Chef Pastri di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Kedai kek Alaf Baru ini telah beroperasi selama 5 tahun dengan bantuan seramai 8 oarang pekerja yang terdiri daripada seorang pengurus, seorang juruwang, seorang juru kek dan seorang pembantunya, seorang juru roti dan seorang pembantunya, seorang juru icing serta seorang tukang cuci. Selain menjual kek dan roti untuk pemakanan harian, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah seperti perkhidmatan kek perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. Keutamaan perkhidmatan yang diberikan ini ialah kepada penduduk di sekitar perumahan taman teluk villa dan persekitaran pekan putatan oleh kerana Kedai kek Alaf baru adalah satu-satunya kedai kek melayu yang terdapat di kawasan ini. Ini merupakan satu kelebihan kerana tidak perlu berasa was-was tentang halal dan kebersihannya. Setiap transaksi jualan kek dan roti yang dibuat adalah secara tunai dan operasi kedai tersebut bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Encik Ahmad sentiasa memastikan segala kualiti dikawal dan dijamin untuk member kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang berkunjung ke kedai tersebut. Encik Ahmad menitik beratkan (3) tiga jenis strategi perniagaan Kedai kek beliau diantaranya adalah strategi produk yang mana memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan setiap masa, sedia menerima tempahan dan menepati tempoh masa, menyediakan kek, pastri dan roti yang dibuat dengan reka bentuk yang menarik dan rasa yang lazat dengan harga berpatutan. Strategi pemasaran beliau pula adalah seperti menyediakan laman website untuk membuat tempahan, menyediakan papan tanda di pintu masuk utama dan kain rentang di tempat-tempat yang strategik. Untuk memberikan keselesaan pelanggan, di kedai kek tersebut ada disediakan ruang makan yang menyediakan kek dan roti hot, fresh from the oven . Tumpuan juga diberikan kepada pendudukpenduduk di pekan putatan dan juga daripada kawasan Bandar Kota Kinabalu. Selain daripada strategi produk dan pemasaran, Encik Ahmad juga mengunakan strategi promosi produk seperti memberikan sampel untuk diuji rasa kepada pelanggan secara percuma, mengedar pamplet ke rumah-rumah, ke sekolah-sekolah dan tempat orang ramai suka berhimpun.

Dari segi pasaran dan pesaingan, setakat ini Kedai kek Alaf baru ini bersaing dengan sebuah kedai kek dengan nama Kedai kek Southern yang mana telah beroperasi semenjak 3 tahun yang lalu di kawasan yang berhampiran. Kedai ini menjadi tumpuan sesetengah penduduk di pekan putatan kerana ianya merupakan salah satu cawangan kedai kek yang telah lama beroperasi di Kota Kinabalu. Namun ini tidak mengugatkan aktiviti perniagaan kedai kek Encik Ahmad kerana kedai beliau merupakan satu-satunya kedai kek dan roti yang diuasahakan oleh orang melayu. Beliau juga mengunakan strategi yang menawarkan harga potongan kek dan roti sebanyak 50 peratus bagi pembelian selepas jam 6.00 petang setiap hari sebagai cara untuk mengatasi persaingan. Kemudahan dan kecepatan di dalam proses menyediakan tempahan, suasana ruang makan yang menyenangkan, staf yang terlatih dan produk yang pelbagai juga telah menambah jumlah pelanggan dan juga membantu beliau menanggani saingan di dalam perniagaan ini. Daripada aspek rekod kewangan dan percukaian pula, Encik Ahmad sentiasa memastikan segala transaksi pendapatan dan perbelanjaan bagi kedai tersebut dikemas kinikan setiap bulan serta memastikan setiap pembelian kredit daripada pembekal tepung, gula dan lain-lain keperluan bahan mentah dijelaskan di dalam tempoh kredit yang diberikan iaitu selama 45 hari daripada tarikh inbois. Dengan adanya aliran tunai dan penyata kewangan yang terkini dan telah diaudit, akan memudahkan Encik Ahmad mengemukakan cadangan perniagaan sekiranya beliau berminat untuk membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. Dari segi pembayaran cukai, penyata kewangan yang telah diaudit bagi setiap tahun membolehkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat taksiran cukai berdasarkan jumlah yang dianggarkan. Sekiranya penyata kewangan ini tidak dibuat berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan yang betul, akan mengakibatkan bayaran jumlah cukai yang lebih tinggi daripada jumlah pembayaran cukai yang sepatutnya.

Kesimpulan, Kalau kita melihat kepada ketiga-tiga peniaga kedai runcit yang saya paparkan kisah ringkas mereka dalam tugasan ini adalah sangat jelas bahawa pengetahuan dalam pengurusan perniagaan adalah sangat penting untuk memajukan perniagaan dan seterusnya pengurusan fail yang lebih sistematik. Disamping itu kesungguhan dan ketabaha untuk memajukan kedai juga adalah sangat penting supaya tidak mudah putus asa.

ASSIGNMENT 1 : SOALAN 2 Isi kandungan Pendahuluan -1 Pengenalan -3 Muka Surat

Analisis Industri Kelapa Sawit di Malaysia menggunakan Lima kuasa model Porter.

- 3- 4

Pendekatan Model Porter dalam Industri Sawit Malaysia

- 5 - 12

Kesimpulan

- 13

Rujukan

- 14

PENDAHULUAN Model Lima Pesaing Porters adalah kerangka untuk analisis industri dan pengembangan strategi sebuah perniagaan dalam menghadapi persaingan yang diasaskan oleh Michael E. Porter dari Harvard Business School pada 1979. Menurut Porter, terdapat lima elemen kekuatan persaingan yang harus diambil kira oleh sebuah organisasi dalam merangka strategi persaingan. Organisasi perlu bijak mempengaruhi dan memanipulasi lima kekuatan tersebut agar dapat memberi manfaat persaingan jangka panjang kepada organisasi. Lima elemen Model Lima Pesaing Porters ialah Kekuatan persaingan yang wujud, Ancaman pesaing baru, Ancaman produk gantian, Kuasa tawar menawar pembeli, dan Kuasa tawar-menawar pembekal.

Pengenalan,

Dalam abad 21dan era globalisasi, kelestarian atau kemampanan sesuatu syarikat perniagaan terutamanya di peringkat global bukan sahaja ditentukan oleh keuntungan kewangan semata-mata, tetapi dinilai melalui rekod organisasi tersebut dari segi kemanusiaan dan juga alam sekitar. Kedua isu ini penting pada masa ini dan akan menjadi semakin penting di masa akan datang. Jesteru, untuk bersaing diperingkat global, perniagaan Malaysia tidak boleh memandang ringan terhadap perkembangan ini. Di sebabkan oleh tekanan dari orang ramai, pelanggan terutamanya mereka yang berpelajaran, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) diperingkat antarabangsa yang berpengaruh, mahupun pembekal-pembekal, syarikat-syarikat Malaysia perlulah lebih perihatin terhadap faktor kemanusian dan persekitaran dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka. Kalau dulu, isu kemanusiaan dan alam sekitar hanya dianggap faktor luaran, tetapi pada masa ini ia perlulah masukkan kedalam pengiraan dalam aktiviti perniagaan. Berlatar belakang scenario di atas, matlamat utama kajian ini ialah untuk membincangkan bagaimana syarikat Malaysia boleh bersaing di peringkat global melalui strategi mesra alam.Berasaskan model 5 daya Porter iaitu teknik menganalisa industri dan pesaing.

Analisis Industri Kelapa Sawit di Malaysia menggunakan lima kuasa model porter . Malaysia adalah negara kedua besar pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit di dunia.Industri kelapa sawit adalah industri berasaskan komoditi yang terpenting dan penyumbangkan pendapatan yang terbesar kepada Malaysia. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia

(www.statistics.gov.my), Januari hingga September 2007 sebanyak RM30 billion ringgit telah dikutip dari eksport kelapa sawit- penyumbang ke dua kepada tukaran asing selepas barangan elektrik dan elektronik. Dari segi jumlah tenaga kerja secara langsung dan tidak langsung lebih kurang 1 juta pekerja terlibat dalam industri ini.Bermakna, 10 peratus tenaga kerja di Malaysia terlibat dalam industri ini.Terdapat tiga pemain watak utama industri ini di Malaysia iaitu FELDA, syarikat besar dan pekebun kecil.FELDA dan syarikat besar kelapa sawit mendominasi industri di Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan industri ini memberi pulangan yang menguntungkan kepada negara dan syarikat yang terlibat,tetapi sejak kebelakangan ia mendapat kritikan dari banyak pihak. Bermula pada akhir 1990an apabila isu jerebu menyelubungi sebahagian besar negara-negara di Asia Tenggara, industri ini mendapat kecaman yang hebat dari badan bukan kerajaan (ENGOs) terutamanya dari luar negara dan juga aktivis-aktivis alam sekitar.Walaupun masalah tersebut berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia, industri di Malaysia juga turut dikaitkan dengan permasalah alam sekitar.Selain dari pembakaran terbuka, isu penyahutanan hutan hujan tropika, ancaman terhadap orang Utan sering dikaitkan dengan industri kelapa sawit di Malaysia dan juga di Indonesia.Memang tidak dapat dinafikan pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh pihak industri dan juga kerajaan untuk menangani masalah ini, tetapi mereka yang mengkritik masih tidak berpuas hati.

Pendekatan 5 Model Porter Pendekatan 5 Daya Porter digunakan untuk mencari strategi sesuai bagi memastikan industri kelapa sawit Malaysia bersaingan dan kompetitif diperingkat antarabangsa. Walaupun pendekatan (Porter) ini telah lama diperkenalkan (seawal 1980an), ia popular di kalangan penyelidik dan pengamal ilmu strategi perniagaan kerana masih lagi releven dalam kontek hari ini. Mengikut Porter (1980 :3)

sesuatu industri itu menarik ataupun tidak untuk diceburi atau dikekalkan bergantung kepada 5 asas daya bersaingan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Kekuatan persaingan yang wujud Ancaman pesaing baru, Ancaman produk gantian, Kuasa tawar menawar pembeli, dan Kuasa tawar-menawar pembekal.

i)

Kekuatan persaingan yang wujud

Industri sawit Malaysia tidak berseorangan- ia menghadapi ancaman daripada pesaing-pesaing dari Indonesia, Nigeria, Colombia, Cote DIvoire, Thailand, Ecuador dan Papua New Guinea. Indonesia adalah pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia dan menjadi ancaman utama kepada industri sawit Negara . Pada tahun 1995 Malaysia dan Indonesia masing-masing menghasilkan 7.8 juta dan 4.5 juta tan minyak sawit, peratus pengeluaran Malaysia berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran 51%, dan Indonesia syer 29 %. Tahun 2000 Malaysia dan Indonesia masing-masing meningkatkan pengeluaran mereka kepada 10.8 juta dan 6.9 juta tan.Bagaimanapun, peratus pengeluaran minyak sawit Malaysia berbanding dengan jumlah pengeluaran keseluruhan dunia menurun kepada 49.4 peratus, sebaliknya Indonesia telah meningkatkan pengeluarannya kepada 32 peratus. Pada tahun 2007, Malaysia menghasilkan 15.8 juta tan minyak sawit, tetapi syernya menjunam ke tahap 41 %. Indonesia meningkatkan syer 44 % dengan 16.8 juta tan minyak sawit mengatasi pengeluaran Malaysia dan menjadi pengeluar kelapa sawit yang terbesar di dunia. Jelas peningkatan syer pasaran minyak sawit Indonesia dekad kebelakangan ini secara signifikannya telah menghakis peratus minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa. Sebagai barangan komoditi pembelian minyak sawit banyak bergantung kepada harga pasaran dunia dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara pembekal. Jesteru, tekanan yang tinggi dihadapi oleh negara pengeluar untuk meminimakan kos operasi dan meningkatkan perkhidmatan kepada pembeli. Secara perbandingan, Indonesia mempunyai kelebihan ke atas Malaysia dari segi kos pengeluaran.

Indonesia mempunyai kelebihan dari segi kedapatan tanah.Malaysia telah kehabisan kawasan yang sesuai untuk pembesaran ladang sawit. Memandangkan hampir semua kawasan yang sesuai di Semenanjung Malaysia dan Sabah telah ditanam dengan sawit,ada masa ini, peningkatan keluasan ladang sawit akan berlaku di Sarawak. Walaubagaimanapun, tidak semua tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak (lebih kurang 1 juta hektar) sesuai untuk kelapa sawit. Oleh kerana Indonesia mempunyai tanah untuk meningkatkan saiz ladang sawit, Malaysia nampaknya dalam keadaan yang agak rumit, Walaubagaimanapun, Malaysia masih lagi mempunyai kelebihan dari Indonesia dari segi pengetahuan teknologi, prasarana, aktiviti hiliran, undang-undang, penyelidikan dan pembangunan (R&D), policy kewangan, strategi pemasaran dan juga aktiviti yang dijalankan oleh persatuan persatuan sawit di seluruh Negara. Oleh kerana hasil sawit yang tinggi yang disokong oleh teknik pertanian yang baik, pengeluaran purata seekar sawit di Malaysia lebih tinggi dari ladang di Indonesia. Pengeluaran Malaysia seekar ialah 3.6 juta tan sehektar, dimana di Indonesia hanyalah 3.1 juta tan sehektar (Prasetyani and Miranti 2005). Disebabkan pengeluaran yang tinggi, tahun 2003 dengan jumlah kawasan tanaman 3.8 juta hektar Malaysia mengeluarkan 13.4 juta tan minyak sawit, berbanding dengan hanya 9.8 juta tan dihasilkan oleh Indonesia dalam keluasan yang sama. Malaysia juga mempunyai prasarana yang lebih baik dari Indonesia dari segi kilang kelapa sawit, kilang penapisan dan juga oleochemical, begitu juga prasarana di pelabuhan. Pada waktu ini kebanyakan eksport Malaysia terutamanya terdiri dari minyak kelapa sawit yang diproses, sebaliknya Indonesia mengeksport lebih 60 % minyak sawit mentah.Malaysia juga lebih kehadapan dalam aktiviti oleo chemicals, dimana minyak sawit seterusnya diproses untuk menghasilkan produk kecantikan, pharmaceutical dan industri pemprosesan makanan.Malaysia antara pengeluar oleo chemicals terbesar 20% dari jumlah oleo chemicals dunia.Sebaliknya, industri nilai tambah tidak lagi membangun di Indonesia; penggunaan minyak sawit mentah untuk industri secara relatifnya rendah (lebih kurang 7 %) berbanding dengan 20 % di Malaysia. Polisi kewangan kerajaan Malaysia yang kondusif juga turut menggalakkan aktiviti hiliran, dimana cukai yang rendah dikenakan ke atas minyak kelapa sawit yang diproses. Kejayaan industi sawit Malaysia turut disokong oleh tindakan undang-undang diambil oleh agensi kerajaan berkaitan, contohnya Lembaga Perlesenan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORLA) yang diwujudkan pada tahun 1974, yang bertanggungjawab memastikan aras kualiti yang tinggi industri sawit. Diantara lain ia bertanggungjawab memastikan penanam dan pekebun hanya membeli pokok sawit daripada pusat

semaian yang berlesen. Disamping itu PORLA juga dari masa ke semasa membuat pemeriksaan mengejut terhadap qualiti minyak sawit di pelabuhan untuk memastikan ia memenuhi piawaian. Seterusnya, untuk memastikan daya saing, kerajaan menubuhkan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) tahun 1979 yang terlibat dalam R&D dalam pelbagai aspek aktiviti sawit, daripada menghasilkan hybrid terbaik, meningkatkan teknik perahan minyak, hinggalah kepada penyelidikan penggunaan by-product. Pada tahun 1999 kedua-dua organisasi ini digabungkan untuk mencapai lebih kecekapan dan synergy. Dari segi promosi pula, kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Menteri Industri Utama dan Komoditi secara aktifnya mencari pasaran baru dan menawarkan pakej yang menarik, untuk menarik pembeli, sebagai contoh, perjanjian timbal balas dan terma kredit yang menarik ke atas pembelian minyak sawit. Satu lagi kelebihan industri sawit negara berbanding dengan Indonesia ialah wujudnya hubungan yang erat dengan pertubuhan industri sawit diseluruh negara.Mereka berbincang pelbagai isu yang timbul terhadap perniagaan mereka dan mencari langkah terbaik, secara kolektif untuk menanganinya.Persatuan ini bertindak sebagai satu suara untuk ahli-ahli mereka; kadang-kala mereka berbincang isu yang penting dengan pihak kerajaan dan melobi untuk mendapatkan sokongan. ii) Ancaman Pesaing Baru

Pesaing baru merujuk kepada perniagaan yang belum lagi berada dalam industri tetapi akan memasuki gelanggan apabila melihat kebaikan dan tarikan industri. Terdapat pelbagai halangan kepada pesaing baru. Semakin tinggi halangan, lebih susah memasuki sesuatu perindustrian atau perniagaan. Geografi dikira sebagai satu halangan pesaing baru industri sawit. Oleh kerana sawit hanya tumbuh di kawasan khatulistiwa, maka negara dari Amerika latin, Afrika berdekatan garisan khatulistiwa, dan Asia Tenggara terlibat dalam industri ini. Pesaing baru industri ini boleh dijangkakan terbatas kepada negara ini. Kemungkinan syarikat tempatan dan/ atau syarikat asing akan melabur di negara-negara yang yang disebut di atas. iii) Produk Gantian

Produk gantian merujuk kepada sebarang produk yang mengantikan minyak kelapa sawit.Dalam hal ini, lain-lain jenis minyak dan lemak seperti kacang soya, bunga matahari, minyak kekacang dan kelapa adalah calon yang berkemungkinan.Bagaimanapun, minyak sawit mempunyai beberapa kelebihan ke atas minyak ini. Dari segi penggunaan, diantara 17 minyak dan lemak sayuran/tanaman, penggunaan minyak sawit mencatatkan pertumbuhan tertinggi dengan kadar 7.9 % setahun,

berbanding dengan minyak kacang soya hanya 5.6 % setahun dalam masa 40 tahun (1962-2002) (Basiron, Balu et al. 2004:4). Dari sudut permintaan, dianggarkan permintaan akan meningkat tinggi untuk minyak sawit dalam masa terdekat, terutamanya dari negara-negara membangun. Selain daripada harga yang kompetitif, alasan kenapa ia menjadi pilihan kerana minyak sawit mempunyai banyak kelebihan. Contohnya, minyak sawit relatifnya lebih tahan lama untuk disimpan, tidak mudah dipengaruhi oleh suhu tinggi dan tekanan, bau yang stabil, kaya dengan vitamin dan berguna digunakan sebagai bahan mentah untuk pelbagai industri. Dari sudut pengeluarnya pula, kelapa sawit mempunyai dua kelebihan utama ke atas produk gantian.Pertama, produktiviti minyak sehektar kelapa sawit lebih tinggi daripada mana-mana bijirin, masing-masing sebanyak 7 dan 2.5 kali dari kacang soya dan rapeseed (Ming and Chandramohan 2002:1). Oleh kerana hasilnya yang tinggi, secara relatif sawit memerlukan kurang kawasan berbanding lain-lain bijirin untuk pengeluaran yang sama. Contohnya, pada tahun 2001, Negara seluruh dunia menggunakan hanya 7 juta hektar tanah untuk menghasilkan 23.6 juta tan minyak sawit, berbanding pengeluar minyak soya, memerlukan lebih kurang 10 kali ganda keluasan kawasan tanah, (75.8 juta hektar) untuk menghasilkan jumlah lebih sedikit iaitu 27.8 juta tan minyak soya. Kedua, kadar penggunaan baja dan racun serangga yang lebih rendah berbanding dengan lain-lain minyak sayuran Kajian agensi antarabangsa The Food and Agriculture Organizations (FAO) menunjukkan diantara pengeluar minyak dan lemak sayuran/tanaman, kelapa sawit paling rendah memerlukan baja nitrogen dan posfat manakala kacang soya memerlukan input yang tertinggi (Teoh, 2004:24). Sebagai contoh, 47 kg nitrogen diperlukan untuk menghasilkan 1 tan minyak sawit, sementara itu 315 kg diperlukan untuk menghasilkan 1 tan minyak soya; jadi keperluan nitrogen oleh soya adalah 6.7 kali ganda dari sawit. Kacang soya memerlukan lebih kurang 10 kali ganda jumlah posfat berbanding sawit. Begitu juga dengan penggunaan racun serangga, berbanding dengan lain-lain minyak bijian lain; kelapa sawit memerlukan input terendah racun serangga, seperti yang ditunjukkan oleh kajian FAO 1996 (Jadual 3). Penggunaan bahan kimia perlindungan tanaman sawit hanya 3 kg/ha berbanding 28 dan 29 kg/ha masing-masing untuk bunga matahari dan kacang soya. Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, pengeluaran minyak sawit mengalami pertumbuhan tertinggi diantara lain-lain sumber minyak dan lemak, meningkat 5 kali ganda dari 4.5 juta tan 1980 kepada hampir 22 juta tan pada tahun 2000 (www.mpob.gov.my, 20 Jun 2005). Sebaliknya, pesaing terbesar

- minyak soya hanya meningkat dua kali ganda pengeluarannya dalam tempoh masa yang sama. Lain-lain minyak dan lemak menunjukkan peningkatan yang rendah. Disebabkan peningkatan ini, kelapa sawit akan menggantikan kacang soya sebagai sumber pengeluar minyak dan lemak yang terbesar didunia dalam masa terdekat. iv) Kuasa Tawar-menawar Pembekal

Kuasa tawar-menawar pembekal tinggi jika bilangan pembekal kecil, tiada produk gantian, produk yang dibekalkan adalah input penting kepada pembeli, barangan yang dibekalkan adalah unik dan berbeza dari produk lain (Porter, 1980:27-28). Jika dilihat industri kelapa sawit, pembekal terdiri daripada institusi kewangan, syarikat kejuruteraan ( peralatan kilang, penapisan, oleo-chemicals), syarikat kimia (baja dan racun serangga) dan buruh. Dalam kes industri kelapa sawit Malaysia, kebanyakan syarikat besar adalah vertical integrated; mereka terlibat dalam kedua-dua sektor hiliran dan huluran. Di sektor huluran, mereka menggunakan biji benih sawit sendiri, dan mempunyai tempat semaian anak sawit.Dalam kes racun dan baja kimia, pada masa ini industri sawit adalah pengguna terbesar bahan kimia tersebut.Syarikat sawit boleh menggunakan jumlah belian yang besar untuk mendapatkan kuasa tawar menawar ke atas pembekal.Sebagai pengguna terbesar, pembekal tidak banyak pilihan terpaksa bergantung kepada syarikat kelapa sawit. Pada masa yang sama, industi kelapa sawit mempunyai pengalaman untuk mengurangkan penggunaan racun seranggan dan musuh tanaman melalui kaedah Integrated Pest Management (IPM), dan sekarang meningkatkan penggunaan efluen kilang kelapa sawit di ladang dan penggunaan tandang kosong sebagai baja organik. Syarikat kejuruteraan juga pembekal penting industri ini.Pelaburan yang mahal dibuat untuk membeli aset kekal seperti kilang, penapisan dan menyediakan rawatan efluen minyak kelapa sawit.Kuasa tawar menawar industri sawit Malaysia ke atas syarikat kejuruteraan ini adalah tinggi, kerana industri ini didominasi oleh syarikat besar.Sesetengah daripada mereka adalah syarikat yang mempelbagaikan aktiviti mereka dan turut terlibat dalam aktiviti kejuruteraan dan boleh bergantung kepada unit kejuruteraan mereka untuk membangunkan kilang dan rawatan efluen. Pembekal tahu mereka akan mencapai keuntungan berterusan melalui penubuhan baru dan perkhidmatan yang diberikan kepada kilang yang telah sedia ada. Oleh sebab itu, pembekal melihat industri sawit Malaysia sebagai rakan dagangan penting

begitu juga mengekalkan hubungan jangka panjang untuk kebaikan bersama.Institusi kewangan juga merupakan pembekal penting kepada industri kelapa sawit negara. Pada tahun 60an dan 70an, Kerajaan Malaysia meminjam dari Bank Dunia untuk membiayai skim Felda di seluruh negara, walaubagaimanapun, situasi agak berbeza sekarang, syarikat perladangan swasta memain peranan utama dalam industri ini dan mereka mampu membiayaan projek mereka. Dari segi buruh, walaupun industri sawit pada masa ini menghadapi kekurangan buruh tempatan, kekosongan ini disi oleh buruh asing, terutamanya dari Indonesia.Mereka tidak mempunyai kuasa tawar-menawar kerana mereka diambil bekerja sebagai pekerja kontrak.Tambahannya, faktor menolak untuk bekerja di Malaysia adalah tinggi.Pekerja Indonesia tahu mereka menerima gaji yang lebih tinggi daripada rakan sekerja mereka di negara mereka.Dari perbincangan di atas boleh disimpulkan pembekal tidak memberi ancaman yang besar kepada industri sawit di Malaysia.

v)

Kuasa Tawar Menawar Pembeli

Kuasa tawar menawar pembeli tinggi apabila mereka membeli produk dalam kuantiti yang besar, bilangan mereka sedikit, produk yang dibeli tidak banyak berbeza dan, kualiti produk tidak menjadi perkiraan utama (Porter, 1980:24). Tahun 2007, 15 pembeli utama minyak sawit Malaysia adalah EU, Russia, the US, Egypt, Saudi Arabia, South Africa, Australia, China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Bangladesh, India, Pakistan and Singapura . Export minyak sawit, dan oleo chemicals ke negara tersebut masing-masing 80 peratus dan 82 peratus. Diantara lima pembeli terbesar minyak sawit Malaysia adalah China, EU, US, Jepun dan Pakistan. Gabungan negara ini meliputi lebih dari separuh jumlah ekspot Malaysia, oleh itu mereka mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi.Tambahan pula, minyak sawit dikira sebagai produk tidak terbeza (undifferentiated product) kerana kehadirian Indonesia sebagai pesaing terbesar, maka dengan mudah negara pembeli ini beralih kepada Indonesia. Kelebihan dari segi tanah, dan kos buruh yang rendah menyebabkan Indonesia berupaya menjual produknya pada harga yang kompetitif. Berdasarkan empat kriteria utama ini (isipadu jualan, bilangan pembeli, produk tidak terbeza, dan pembekal sampingan) boleh dibuat kesimpulan bahawa pembeli-pembeli tersebut di atas mempunyai kuasa tawar-menawar dan memberi ancaman kepada industri kelapa sawit Malaysia. Walaubagaimanapun, situasi yang agak berbeza dilihat untuk oleo

chemicals, didapati EU,US, China dan Jepun mengimport lebih 60 peratus dari Malaysia, dan mereka tidak boleh beralih kepada pembekal lain kerana Malaysia dihadapan dari teknologi oleo chemicals. Mengikut Porter (1985:11) untuk memastikan survival sesuatu industri seseorang perlulah memilih strategi yang betul berdasarkan persaingan industri berdasarkan 5 daya.

Jadi, dalam kes industri kelapa sawit Malaysia, persoalan pertama ialah manakah strategi bersaingan ia perlu memilih untuk memastikan kelestarian industrinya? Jelas, dengan mengunakan analisis 5 Daya Porter, terdapat dua ancaman industri kelapa sawit Malaysia datang dari: persaingan dalaman; dan kuasa tawar-menawar pembeli .Dalam kes pertama, Indonesia adalah ancaman terbesar kepada industri sawit Malaysia. Indonesia mempunyai kelebihan ke atas Malaysia dari segi kos pengeluaran sumber buruh dan tanah yang murah. Buat masa ini Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar, Malaysia di tempat ke dua. Berbalik kepada soal kuasa tawar-menawar pembeli, ancaman datang dari negara pengimport yang membeli minyak sawit dalam kuantiti yang besar - China, India, EU, US dan Pakistan. Nasib Malaysia akan mudah dipengaruhi oleh tindakan mereka, dan jika salah satu negara ini menolak membeli minyak sawit Malaysia, negara menghadapi masalah. Persoalan ke dua, apakah strategi yang paling sesuai perlu diambil oleh industri sawit Malaysia? Strategi yang dirasai paling sesuai ialah strategi yang berupaya mengurangkan ancaman dari kedua daya di atas Indonesia, dan pengimport utama minyak sawit dan pada masa yang sama menggunakan kekuatan industri sawit Malaysia. Jawapannya, strategi terbaik yang memenuhi keperluan di atas adalah keterbezaan melalui imej mesra alam.Dengan mengambil strategi ini industri sawit negara secara teknologinya boleh melonjak kehadapan dari pesaing utama Indoensia.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada penerangan mengenai dengan Model Five Porter dalam industry Malaysia pada masa kini sedikit sebanyak kita telah mengetahui bahawa pentingnya Five P diaplikasikan dalam sesebuah perniagaan sama ada perniagaan tersebut besar atau pun kecil.

Rujukan Basiron, Y., N. Balu, et al. 2004. "Palm Oil: The Driving Force of World Oils and Fats Economy." Oil Palm Industry Economic Journal 4(1): 1-9. Palm Oil Research Institute of Malaysia (PORIM): 1-27. Ming, K. K. and D. Chandramohan. 2002. "Malaysian Palm Oil Industry at Crossroads and Its Future Direction." Porter, M. E. 1980. Competitive Strategy: Techniques for Analyzing Industries and Competitors. New York, The Free Press. Porter, M. E. 1985. Competitive Advantage: Creating and Sustaining Superior Performance. New York, The Free Press. Prasetyani, M. and E. Miranti. 2005. "Indonesia Palm Oil Potentials and Business Prospects." Dilayari pada 20 Mac 2005. Siti Maimon Kamso Wan Rafaei. 1995. Cabaran Persaingan Global dan Implikasi bagi Malaysia. Pengurusan di Malaysia: Cabaran Persaingan Global. N. M. Siti Maimon Kamso Wan Rafaei, Aziz A. Hamid. Kuala Lumpur, Leeds Publications: 3-27. Teoh, C. H. 2004. Selling the green oil advantage?, Oil Palm Industry Economic Journal, 4(1) :2231. Welford, R. and A. Gouldson. 1993. Environmental management and business strategy. London, Pitman.

You might also like