Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

BAB SATU: LATARBELAKANG HUBUNGAN ANTARABANGSA KONSEP HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Definisi Hubungan Luar: Menurut

t Richard L.Merritt (1975), hubungan luar bermaksud aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan dasar luarnya dan hubungannya dengan negara luar, iaitu hubungannya secara diplomasi dengan negara luar. Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Meritt, maka hubungan luar juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-negara luar. Hubungan luar akan melibatkan perspektif kepentingan diri sesebuah negara tersebut dalam melibatkan perhubungan dengan negara luar. Disebabkan hubungan luar berlaku antara dua negara dan lebih, maka perhubungan tersebut berlaku secara rentas sempadan dan di luar daripada wilayah sesebuah negara. Oleh itu, hubungan luar bukan sahaja penting dalam menjamin kepentingan sesebuah negara di luar sempadannya, akan tetapi turut melibatkan kepentingan bersama dengan negara lain, yang menyebabkan berlakunya elemen seperti berkerjasama, pemantauan dan pertukaran idea di antara negara. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia misalnya, hubungan luar telah dijalinkan oleh Malaysia ke atas negara-negara lain di dunia secara bilateral (dua hala) dan multilateral (pelbagai hala). Dalam konteks hubungan dua hala misalnya, Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China semenjak 1974 (Johan Saravanamuttu,2010:1), negara-negara dunia lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Singapura dan lain-lain selain penyertaan aktif Malaysia dalam hubungan luar yang bersifat multilateral di bawah pertubuhan antarabangsa yang disertainya seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan KOMANWEL.

Definisi Hubungan Antarabangsa: Holsti (1983) - Hubungan antarabangsa bermaksud Interaksi (perhubungan) di antara ahli-ahli dalam negara berlainan, sama ada perhubungan yang melibatkan kerajaan ataupun tidak. (Mokhtar Muhammad,2005). Goldstein (1994)- Hubungan antarabangsa adalah merupakan kajian mengenai hubungan antara kerajaan dengan kerajaan lain di dunia.

Henderson (1998) - Hubungan antarabangsa merupakan satu proses pembahagian kuasa di antara negara-negara di peringkat antarabangsa.(Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh beberapa orang pengkaji berkaitan dengan definisi hubungan antarabangsa, oleh itu hubungan antarabangs asecara konsepnya adalah satu bentuk hubungan oleh aktor-aktor (pelaku) dengan aktor-aktor antarabangsa atas tujuan-tujuan tertentu yang merentas sempadan sesebuah negara dengan negara yang lainnya. Apakah yang dimaksudkan dengan aktor (pelaku) dalam hubungan antarabangsa dan apakah pula tujuan-tujuan hubungan antarabangsa dibuat? AKTOR-AKTOR DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA Dalam kajian hubungan antarabangsa, terdapat dua bentuk aktor hubungan antarabangsa yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji iaitu: 1) Aktor Negara 2) Aktor Bukan Negara

1. Aktor Negara Aktor negara bermaksud satu entiti yang memainkan peranannya di peringkat hubungan antarabangsa. Dalam konteks dunia moden pada hari ini, negara adalah satu entiti yang bersempadan, yang dikawal dan dikuasai oleh sesebuah kerajaan yang diduduki oleh sejumlah penduduk. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003:4). Berdasarkan takrifan tersebut, aktor negara sebenarnya diwakili oleh satu badan yang berautoriti ke atas negara tersebut iaitu kerajaan. Dalam konteks Malaysia misalnya, aktor negara adalah kerajaan Malaysia diperingkat Persekutuan yang diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk menguruskan hal ehwal luar Malaysia. Sebagai satu contoh yang lebih jelas, kegiatan kerajaan Malaysia yang menubuhkan konsulat di negara-negara tertentu dan menghantar wakil dan dutanya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York menunjukkan bahawa wujudnya satu perhubungan di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh Malaysia. Dalam hal ini (penubuhan pejabat kedutaan di negara-negara lain dan menghantar perwakilan ke PBB), pelaku kepada tindakan tersebut adalah merupakan kerajaan Malaysia atas nama negara.

2. Aktor Bukan Negara

Selain aktor negara yang memainkan peranan dalam hubungan di peringkat antarabangsa, di sana terdapat juga peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor yang tidak bersifat negara yang terlibat dalam sesebuah hubungan di peringkat antarabangsa. Aktor-aktor bukan negara termasuklah individu, pertubuhan dalam negeri,pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan (INGOs), syarikat multinasional (MNCs)dan organisasi antara kerajaan (IGOs). Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat dua kumpulan aktor bukan negara dalam sesebuah hubungan antarabangsa iaitu kumpulan yang berada di dalam negara yang mempengaruhi dasar luar kerajaan dan kumpulan kedua pula adalah kumpulan-kumpulan aktor yang bersifat antarabangsa dan global seperti MNCs, IGOs dan INGOs.

i. Aktor Bukan Negara Domestik Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat aktor-aktor bukan negara yang berada di dalam sesebuah negara yang dilihat mempengaruhi bentuk hubungan antarabangsa yang dijalankan oleh sesebuah aktor negara. Sebagai contoh, aktor-aktor bukan negara seperti ini termasuklah seperti kesatuan sekerja, persatuan alam sekitar dsb. Contohnya, kesatuan sekerja di Malaysia seperti MTUC dilihat turut mempengaruhi dasar-dasar kerajaan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam isu pengambilan pekerja asing ke Malaysia. Dasar pengambilan pekerja asing oleh Malaysia yang merupakan salah satu daripada bentuk perhubungan Malaysia di peringkat antarabangsa menyaksikan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh kesatuan-kesatuan sekerja supaya dasar pengambilan pekerja tidak mempengaruhi peluang pekerjaan kepada para pekerja domestik dalam negara. Seterusnya, persatuan alam sekitar tempatan turut mempengaruhi hubungan antarabangsa kerajaan Malaysia dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Dalam hal ini, bentuk perhubungan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia adalah perhubungan yang melibatkan aktor negara dengan aktor bukan negara iaitu antara negara Malaysia dengan syarikat MNCs iaitu Lynas Corporation yang berpusat di Australia. Campur tangan oleh persatuan alam sekitar dan gabungan bertindak Anti-Lynas telah mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia ke atas syarikat tersebut yang dilihat dikenakan pelbagai peraturan ketat dan penuh berhati-hati dengan kesan alam sekitar dalam pemprosesan nadir bumi

ii. Aktor Bukan Negara Antarabangsa AKTOR Multi National Companies (MNCs) HURAIAN/CONTOH MNCs merujuk kepada syarikat yang menjalankan perniagaan merentas sempadan negara melalui satu pengurusan induk syarikat yang tunggal. Sebagai contoh, syarikat Petronas adalah merupakan sebuah syarikat berkaitan urusniaga petroleum yang beribu pejabat di Malaysia tetapi menjalankan perniagaan dan perlombongan cari gali minyak di seluruh dunia seperti di Sudan, Vietnam dan Iraq. INGOs merujuk kepada badan bukan kerajaan yang bergerak di peringkat antarabangsa. Tujuan penubuhan INGOs pula adalah pelbagaimencakupi aspek kemanusiaan, alam sekitar, dsb. Contoh INGOs yang terdapat di dunia pada hari ini termasuklah Palang Merah, badanbadan induk sukan dunia seperti FIFA dsb. Organisasi yang ditubuhkan antara kerajaan dan merupakan organisasi yang diwujudkan atas penyertaan bersama negara-negara di dunia, baik dari segi kerjasama ataupun penyertaan. Setiap IGOs mempunyai peranannya yang tersendiri dan berbeza daripada segi saiz dan keupayaannya. Misalnya, pembentukan Polis Antarabangsa (Interpol)adalah dibuat melalui kerjasama yang dibuat di antara polis sesebuah negara dengan sesebuah negara lain di dunia. Kerjasama bagi membentuk Interpol adalah penting bagi menjamin keselamatan dunia terutamanya dalam memburu para penjenayah rentas

International NonGovernmental Organisations (INGOs)

Inter-Government Organisations (IGOs)

sempadan. Selain itu, contoh IGOs lain termasuklah International Monetary Fund (IMF) dan World Trade Organizations(WTO).

PERKAITAN DI ANTARA HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Hubungan luar adalah merupakan salah satu daripada cabang daripada hubungan antarabangsa. Hal ini kerana, pelaku dalam hubungan luar iaitu negara dengan negara adalah merupakan aktor negara dalam bentuk hubungan luar. Berikut adalah persamaan dan perbezaan hubungan luar dan hubungan antarabangsa PERSAMAAN Hubungan Luar yang melibatkan aktor negara adalah sebahagian daripada aktor antarabangsa Kegiatan sesuatu aktor yang melampaui sempadan negara Hubungan yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan undang-undang tempatan sesebuah negara. PERBEZAAN Hubungan luar hanya melibatkan aktor negara manakala hubungan antarabangsa turut melibatkan aktor bukan negara. Hubungan luar dibuat atas nama kerajaan manakala hubungan antarabangsa tidak semestinya dibuat atas nama kerajaan Objektif hubungan antarabangsa melampaui objektif hubungan luar

HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI BIDANG KAJIAN KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalam ilmu sains politik. Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan antarabangsa dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah kajian hubungan antarabangsa yang bermula dari peringkat individu, negara dan antarabangsa seperti yang disarankan oleh Waltz&Genest. Berikut adalah merupakan kaedah mengkaji hubungan antarabangsa dalam beberapa peringkat kajian: Peringkat Individu Kajian Dalam peringkat ini, kajian berfokus kepada mengkaji peranan seseorang individu dalam politik global. Oleh itu, kajian berfokus kepada menganalisis tindakan dan peranan individu berdasarkan pandangan normatif ke atas kedudukan semula jadi manusia dan moral politik. Contohnya, kajian sebegini akan menentukan beberapa topik tertentu dalam mengklasifikasikan tindakan seseorang individu dalam hubungan antarabangsa sama ada pemimpin gila, agung, dsb. Contohnya, jika seseorang pengkaji cuba untuk mengkaji tindakan seseorang individu yang mempengaruhi tindakan yang bersifat antarabangsa selepasnya, antara contoh kajian yang boleh dilakukan termasuklah melakukan analisis individu ke atas Saddam Hussein bagi menjawab persoalan tujuan penaklukan Iraq ke atas Kuwait Negara Dalam peringkat kajian ini, kajian tertumpu pada mengkaji sifat semula jadi dan peranan negara dalam sistem antarabangsa. Menurut Amstutz (1999:12), antara kajian penting mengenai negara dalam hubungan a/b termasuklah kajian mengenai analisis ke atas sifat semula jadi, sumber-sumber, prosedur-prosedur implementasi dan kesan dasar luar sesebuah negara. Perkara-perkara domestik dalam mengkaji hubungan a/b turut dititikberatkan termasuklah faktor tertentu seperti kuasa, kekayaan, struktur politik,ideologi dan moral. Contohnya, para pengkaji boleh mengkaji peranan kepelbagaian kaum di Malaysia dalam mempengaruhi dasar Malaysia yang menentang

Dasar Apharteid di Afrika Selatan. Antarabangsa Mengkaji dan menganalisis impak sistem antarabangsa ke atas tingkah laku negara dan aktor-aktor lain seperti organisasi antarabangsa. Kajian turut berfokus kepada mengkaji keadaan semula jadi, peranan dan impak daripada undang-undang antarabangsa dan organisasi antarabangsa. Contohnya, kajian di peringkat ini mengkaji kesan-kesan kuasa yang dimiliki oleh Lembaga Perlesenan Atom Antarabangsa (IAEA) dalam menyekat usaha Iran untuk melaksanakan pengayaan uranium sebagai sumber tenaga di negara tersebut.

TEORI-TEORI HUBUNGAN ANTARABANGSA TEORI REALISME Dalam teori realisme, kepentingan keselamatan negara dan kuasa diutamakan dalam melaksanakan sesebuah perhubungan di peringkat antarabangsa. Antara tokoh yang mendukung teori realisme termasuklah tokoh-tokoh seperti E.H.Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau. Mereka berpendapat, negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri. Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap negara (bertentangan dengan fahaman idealistik). Oleh itu, negara-negara yang mengamalkan teori realisme dalam hubungan mereka di peringkat antarabangsa akan sentiasa berhati-hati dan akan melihat implikasi yang mungkin timbul sekiranya sesuatu hubungan antarabangsa dijalankan. Sebagai contoh, ketika era Perang Dingin, terdapat negara-negara yang enggan menyatakan sokongan ke atas mana-mana blok politik bagi melindungi keselamatan dan kepentingan mereka di peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia melalui pertubuhan yang dinamakan Non-Alligned Movement (NAM).

TEORI LIBERALISME Teori liberalisme wujud selepas Perang Dunia Pertama berikutan ketidakmampuan negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan antarabangsa mereka. Teori liberalisme dalam hubungan antarabangsa dikaitkan dengan peranan sesebuah hubungan antarabangsa dalam mengawal keamanan dan keselamatan dunia termasuklah melalui undang-undang yang diwujudkan bagi mengawal tingkah laku aktor-aktor di peringkat antarabangsa. Penyokong teori ini seperti Woodrow Wilson dan Norman Angell mendakwa bahawa semua negara boleh mendapat faedah daripada kerjasama dan peperangan begitu memusnahkan sehingga ia tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.

You might also like