Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

EDU 3109-GURU DAN CABARAN SEMASA

Perkembangan Teknologi Maklumat di Malaysia


Teknologi maklumat mula berkembang berikutan apabila

dunia sibuk memperkatakan kehebatan komputer sekitar 60an. Keadaan ini mula menimbulkan kepentingan dalam kehidupan sehingga pihak Kementerian pendidikan

mewujudkan komputer mikro di sekolah-sekolah awal 80 an. Kemudian komputer telah mula dipelbagaikan dan dalam pendidikan seperti dalam program pengajaran berbantukan komputer (CAI) (Hashim, 1998).

Antara program yang dilaksanakan seperti tertubuhnya kelab komputer yang memainkan peranan penting dalam memberi

pendedahan pengetahuan asas tentang komputer dan cara


penggunaannya kepada para pelajar serta pelajaran literasi komputer dalam sukatan KBSM perlaksanaan

Dasar pembangunan negara dalam RMK-8 (2001-2005)


menegaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam semua sektor pembangunan khususnya pendidikan dan ekonomi

Matlamat RMK-8
Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan multimedia di peringkat global

Menggalakkan kegiatan P&P bagi faktor bukan


perkakasan bagi kemajuan ICT dan era maklumat yang akan memberi manfaat kepada individu, pertubuhan dan masyarakat
(Malaysia, 2001:403)

Teknologi Maklumat
sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, atau pergerakan wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. (pemberitahuan, telekomunikasi )

Peranannya sebagai agen perubahan semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer

penggunaan rangkaian internet telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran


Criswell (1989) mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Kelebihan Menggunakan TMK


Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

Sekolah Bestari
Sekolah Bestari berasaskan konsep pembelajaran

menggunakan komputer dan multimedia


Program pembelajaran disusun secara sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT Murid didedahkan dengan penggunaan internet,

website, on line, e-mel, dan pendekatan/kaedah lain


berasaskan penggunaan komputer

Pembelajaran

interaktif

dan

kolaboratif

mencorakkan pendekatan belajar di Sekolah Bestari bagi membolehkan proses interaksi berlaku dengan dinamis

Matlamat

dan

proses

pembelajaran

yang

ditekankan adalah berasaskan falsafah progresif

yang sesuai dengan perubahan dan kemajuan


futuristik

TMK dan Cabaran P&P


Pembelajaran Global

Pembelajaran boleh membawa murid meneroka pengetahuan dan maklumat melalui komputer(internet), faksimile & telekomunikasi maklumat

P&P secara online

Mengadaptasikan sistem dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, interaktif dan kolaboratif (membolehkan P&P dijalankan dengan lebih mudah)

Meningkatkan Literasi Komputer

Menyediakan kemudahan komputer untuk semua murid tanpa mengira status ekonomi, sosial dan kaum dan tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja

TMK, Peranan & Cabaran dalam Profesion Keguruan


Profesion keguruan perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan dan pembentukan masyarakat digital menjelang 2020 Guru perlu sedia melaksanakan tugas baru bagi membangunkan TMK dalam P&P Sekolah perlu dilengkapkan dengan kemudahan TMK yang cekap dan canggih selaras dengan konsep pembinaan sekolah bestari menjelang 2020

Guru harus meninggalkan P&P cara lama dan memikirkan pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan TMK Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi dalam P&P menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi

Penutup
Secara kesimpulannya menerangkan kepada kita pengaruh teknologi memberikan kesan impak yang cukup kuat dan efektif dalam meningkatkan keberkesan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Masyarakat harus sedar dan menerima baik dengan kewujudan teknologi ini. Maka bertepatanlah hasrat kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia yang membuka mata masyarakat dengan mewujudkan konsep Sekolah Bestari. Hakikatnya bahawa kemunculannya pada ketika ini adalah bertepatan dengan situasi dan masa dalam menuju era negara berteknologi maklumat. Namun ramai yang masih dibuai lena dan tidak menyedari keberkesannanya. Untuk menjadi negara maju semuanya bermula dari institusi pendidikan itu sendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like