Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KONSEP LAPORAN Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan

( Kamus Dewan 1996 :766) atau sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau sesebuah badan. Manakala Siti Hajar Abd Aziz (2008:274) menyebut bahawa laporan ialah kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang dilaporkan. Laporan boleh ditujukan kepada seseorang individu, sekumpulan ahli, sebuah jawatankuasa atau sebuah organisasi. Selain itu, laporan merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa formal. Terdapat pelbagai jenis laporan yang kerap bergantung pada situasi, antaranya: 1. Laporan rutin seperti kemajuan projek sendiri. 2. Laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus seperti laporan penyiasatan, laporan penyelidikan parti politik, laporan produk dan laporan kebakaran.

BENTUK LAPORAN (A) LAPORAN TAHUNAN - Disediakan oleh sesebuah persatuan, organisasi, syarikat atau institusi. Bertujuan untuk menyediakan satu perancangan yang lebih baik atau mencapai prestasi yang lebih tinggi pada tahun yang akan dating. Dibuat setahun sekali. Laporan yang dibuat berkaitan dengan kewangan dan belanjawan. Menyatakan perjalanan persatuan dari segi kemajuan, keahlian, aktiviti dan sebagainya. Berbentuk deskripsi yang mengikut kronologi. Memerlukan huraian yang jelas dan lengkap bagi setiap aspek.

(B) LAPORAN KHAS - Bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang pantas, tepat dan jelas. - Berguna bagi organisasi atau masyarakat mendapat gambaran sebenar tentang sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku. - Juga boleh berbentuk seperti laporan tahunan, laporan projek khas atau sesuatu kejadian yang menjadi isi hangat kepada masyarakat. - Memerlukan daya fikiran yang kreatif dan kritis serta penaakulan yang mendalam.

(C) LAPORAN PRESTASI - Laporan yang mengandungi penjelasan tentang tugas-tugas yang telah selesai dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah syarikat atau organisasi. - Diterbitkan untuk makluman pihak tertentu atau masyarakat umum bagi memperlihatkan keupayaan syarikat atau organisasi tersebut.
2

- Bertujuan untuk menilai prestasi pegawai untuk pemberian insentif atau kenaikan pangkat.

(D) LAPORAN PENILAIAN - Digunakan untuk menyatakan nilai, mutu, keadaan atau sifat sesuatu yang menjadi focus penilaian. - Bertujuan untuk memberi maklumat kepada pihak tertentu yang akan membuat keputusan atau hanya sebagai makluman sahaja. - Mempunyai format yang tertentu. - Perlu ditulis dengan jelas dan dapat menggambarkan secara objektif dan realistik perkara yang dinilaikan itu. - Menyediakan asas dalam membuat sesuatu keputusan dengan teratur, lengkap dan sempurna.

(E) LAPORAN SULIT - Ditujukan kepada seseorang individu. - Mengandungi segala maklumat tentang latar belakang orang tersebut. - Digunakan untuk membantu sesuatu pihak. - Dijadikan asas penilaian oleh pihak berkenaan untuk membuat keputusan. - Hendaklah dibuat dengan tepat dan objektif. - Tidak didedahkan kepada umum dan hanya pihak-pihak yang berkenaan boleh membacanya.

(F) LAPORAN KAJIAN Dilakukan oleh sesuatu jawatankuasa atau lembaga yang

dipertanggungjawabkan untuk mengkaji sesuatu isu. - Hanya dilakukan jika diperlukan dan bukannya setiap tahun. - Bertujuan untuk memberi gambaran tentang sesuatu hal atau objek. - Tidak bersifat fiksyen. - Memerlukan penyusunan yang rapi dan spesifik supaya tidak berlaku pengulangan fakta, kekeliruan dan kekaburan.

(G) LAPORAN LAWATAN - Bertujuan untuk merakamkan peristiwa yang berlaku sepanjang lawatan itu berlangsung.. - Melaporkan peristiwa yang benar-benar dialami sendiri oleh orang yang melaporkannya. - Memerihalkan apa yang dilihat dan dirasa serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. - Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. - Hendaklah mengikut perkembangan peristiwa, iaitu yang didahulukan dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan padat.

(H) LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN - Hendaklah ditulis mengikut format yang tertentu. - Perlu menyertakan butir-butir yang munasabah dan logic. - Lebih berfokus kepada merakamkan dan memaklumkan sesuatu lebih daripada bertujuan untuk memberikan cadangan atau menyelesaikan isu.
4

Format Laporan 1.Tajuk Laporan Dimulakan dengan memperkenalkan nama persatuan, diikuti dengan tajuk laporan. (ada yang tidak menyatakan nama persatuan, terus tajuk) Nombor bilangan laporan dicatatkan sekiranya terdapat beberapa laporan yang akan ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan. Selang sebaris daripada tajuk dituliskan tarikh, masa dan tempat bagi laporan yan khusus tentang aktiviti tertentu. 2. Isi Laporan Terdiri daripada tajuk atau sub tajuk dengan menggunakan system penomboran. Isi dimulakan dengan pendahuluan atau pengenalan dan diakhiri dengan penutup. 3. Pengakuan pelapor Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan terakhir dengan melangkaui dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma(,). Huruf pertama pada kata pertama ditulis dengan huruf besar 4. Tarikh Ditulis di sebelah kanan, bersetentang dengan pengakuan pelapor. Nama bulan ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan diikuti tanda noktah (.). 5. Tandatangan pelapor Diturunkan selang dua atau tiga baris di bawah pengakuan pelapor. 6. Nama pelapor Ditulis di dalam kurangan ( ), di bawah tandatangan pelapor dengan

menggunakan huruf besar sepenuhnya.

7. Nama jawatan dan persatuan Ditulis di bawah nama pelapor. Huruf pertama pada setiap kata ditulis dengan huruf besar. 8. Bahagian lain: Senarai jadual dan rajah Jika terdapat jadual, rajah, gambar, foto, graf dan peta dalam laporan, maka perlu disenaraikan dalam satu halaman khas. (1) __________________________________________________

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ _______________________________________________________ (2)___________________________________________________________ ___________________________________________________________ _______________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(3) _______________, (5) _______________ (6) (______________) (7) _____________ _____________

(4) _______________

Laporan Sambutan Hari Guru Dearah Tenom bagi Tahun 2012 Sambutan Hari Guru peringkat daerah Tenom bagi tahun 2012 telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa, Tenom. Sambutan yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini untuk peringkat daerah telah dihadiri oleh sebanyak 287 orang guru dari seluruh daerah tersebut. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara . Tema ini tepat dan sesuai pada masanya kerana semenjak beberapa tahun belakang ini, profesion perguruan tidak putus-putus dilanda pelbagai permasalahan. Senario sedemikian seolah-olah melesukan para guru dan sekali gus gagal memikat darah muda menyertai kerjaya perguruan. Sesungguhnya, pilihan tema sambutan pada tahun ini dapat menyuntik semangat baru kepada golongan guru. Sambutan di peringkat daerah diadakan bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan golongan guru. Selain itu, majlis sambutan sebegini dianjurkan bagi mengenang jasa guruguru yang telah bersara. Pelbagai program dan acara diatur bagi memeriahkan suasana sambutan tersebut. Seminggu sebelum acara kemuncak sambutan dilangsungkan, beberapa aktiviti lasak telah diadakan. Antaranya termaksuklah perlumbaan jalan kaki, mendaki gunung, pertandingan memancing, mengarang, bersyarah dan berbahas. Acara-acara tersebut terbuka kepada guru di daerah ini. Penyertaan yang diterima adalah di luar dugaan. Misalnya, tiga hadiah utama bagi acara pertandingan mendaki Bukit Perkasa telah dibolot oleh guru-guru muda. Begitu juga, perlumbaan jalan kaki sejauh lima kilometre, kesemua 10 hadiah pertama telah disapu licin oleh guru muda. Walaupun begitu, tidak demikian pula halnya dengan sayembara mengarang esei dan membaca puisi yang bertemakan dunia guru. Rata-rata hadiah yang disediakan diraih oleh guru-guru sastera yang berpengalaman
7

luas. Begitu juga dengan pertandingan syarahan dan perbahasan. Guru-guru yang sudah lama menceburi alam Pelajaran menguasai kedua-dua arena ini. Tanggal 17 Mei 2012 merupakan kemuncak sambutan Hari Guru daerah Tenom. Ketibaan para guru, Guru Besar, dan Pengetua ke sekolah kami selaku tuan rumah menandakan bermulanya majlis kemuncak sambutan Hari Guru. Para tetamu mendaftarkan diri dan diberi satu gelang kunci sebagai cenderahati. Tepat pada jam 3.00 petang, dif-dif kehormat dan tetamu lain tiba. Ketibaan Tuan Pengawai Pelajaran Daerah Tenom, Encik Erwin Dennis disambut mesra oleh jawatankuasa sambutan. Tidak beberapa lama kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Albert Kasim tiba. Acara pada petang yang bersejarah itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan seterus diikuti lagu tema sambutan Hari Guru. Sejurus kemudian, Pengawai Pelajaran Daerah Tenom berucap sepatah dua kata. Seterusnya, Pengarah Pelajaran berucap dan merasmikan majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Tenom bagi tahun 2012. Gong dipalu sebanyak tiga kali sebagai tanda perasmian majlis tersebut. Kemudian, guru-guru yang hadir melafazkan Ikrar Guru. Setelah selesai membaca ikrar, kumpulan koir Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa menyampaikan beberapa rangkaian lagu bertemakan pengorbaan guru. Acara tersebut disusuli pula dengan pertunjukan tumbuk kalang di bawah bimbingan Encik Jason Clark sebagi jurulatih. Pertunjukan ini sungguh mempesonakan para hadirin di majlis tersebut. Selesai persembahan kebudayaan ini, tibalah pula masa penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang baru bersara. Hadiah-hadiah untuk pertandingan sempena sambutan Hari Guru, yang telah diadakan terlebih awal juga disampaikan di majlis tersebut. Majlis berhenti rehat sebentar untuk jamuan pada jam 4.30 petang. Kemudian, majlis disambung pula dengan acara nyanyian karaoke. Guru-guru yang berbakat turut menyumbangkan suara masing-masing sambil

menghiburkan para hadirin. Setiap peserta diberi sagu hati sebagai penghargaan. Majlis sambutan tamat tepat pada jam 6.00 petang. Sambutan kali ini amat bermakna bagi kami kerana secara tidak langsung melalui majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar.

Disediakan oleh, (CHONG WOAN BEY) Setiausaha Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Tenom 2012.

19 Mei 2012

REFLEKSI
Chong Woan Bey PPISMP MT/ PC/ PI Semester 3

Sepanjang masa melaksanakan tugasan ini, saya mengetahui bahawa ia bukanlah sesuatu tugasan yang mudah terutamanya semasa memperolehi bahan-bahan rujukan. Jadi, saya telah meminta bantuan daripada pensyarah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual saya. Beliau telah meluangkan masa untuk menerangkan kepada saya tentang apa yang perlu dibuat. Dengan adanya bimbingan beliau, saya lebih memahami soalan tugasan dan saya dapat memulakan langkah pertama untuk membuat kerja kursus ini. Tugasan ini sememangnya mencabar dan memerlukan banyak masa untuk menyiapkannya. Jadi, tanpa membazirkan masa, saya bermula dengan tugasan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan laporan terutamanya tentang definisi, ciri-ciri, jenis-jenis dan strategi-strategi penyampaian laporan. Selepas itu, saya mulai menulis laporan saya. Pengubahsuaian telah dilakukan beberapa kali setelah menjalankan kolaborasi dengan rakan-rakan. Nilai-nilai murni turut dipupuk semasa menjalankan tugasan ini. Keseluruhannya, saya telah manambah banyak ilmu pengetahuan setelah menyempurnakan tugasan ini. Saya mempercayai bahawa

pengetahuan yang saya kuasai serta miliki ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberi manfaat kepada kerjaya saya sebagai seorang guru pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

10

You might also like