Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Pradasar Ekonomi Baru(1956-1970)

a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960) Rancangan Malaya Pertama(RM1) dihasilkan apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. RM1 ini berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam. Matlamat Membangunkan sektor ekonomi dengan memberi penekanan pada sektor ekonomi luar bandar Memberi tumpuan pada bidang pertanian untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar Memberi tumpuan pada pembangunan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan hidup. Strategi Pelaksanaan Memberi tumpuan pada perancangan pelaburan sektor awam secara bersepadu. Memberi tumpuan pada rancangan pembangunan ekonomi. Memberi tumpuan pada penyediaan kemudahan asas atau awam serta jentera pentadbiran. Pembukaan tanah untuk tujuan petempatan semula melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA) untuk

membangunkan masyarakat luar bandar. Mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menyelaraskan kegiatan ekonomi luar bandar. Memperkenalkan Dasar Bahasa Kebangsaan.

b) Rancangan Malaya Kedua(1961-1965) Rancangan malaya Kedua(RM2) merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana rancangan ini masih memberikan penekanan kepada

pembangunan penduduk luar bandar. Matlamat Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar. Membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk. Strategi Pelaksanaan Meningkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran bahan mentah dengan cekap dan produktif. Membekalkan kemudahan asas untuk mengurangkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar. Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia(FAMA) untuk memasarkan pelbagai jenis keluaran pertanian negara. Menubuhkan Bilik Gerakan di setiap daerah untuk melaksanakan program Buku Merah. Menyediakan kemudahan pendidikan pertanian di Kolej Serdang dan Fakulti Pertanian.

c) Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) Rancangan Malaysia Pertama(RMK-1) merupakan rancangan pembangunan yang meliputi negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Matlamat Memberi tumpuan pada pembangunan kebajikan rakyat. Memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi dan integrasi penduduk antara negeri. Memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi supaya kekayaan negara dapat dinikmati oleh golongan miskin. Strategi Pelaksanaan Memberi tumpuan berterusan pada pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar. Penyediaan kemudahan asas seperti pengangkutan dan pendidikan. Penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA) untuk membantu golongan Bumiputera dalam pendidikan. Penubuhan Bank Bumiputera bagi membantu Bumiputera dalam bidang perniagaan. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS) untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahan dan perdagangan. Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara(FELCRA) untuk membantu FELDA membangunkan ekonomi luar bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA) untuk

menggalakkan pembangunan sektor perindustrian. Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah. Penggubalan Akta Pelaburan untuk menggalakkan kemunculan industri baharu.

Rancangan Jangka Panjang Pertama(1971-1990) Dasar Ekonomi Baru(DEB) Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan

Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk memperbetulkan

ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Matlamat Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Membaiki dan memodenkan kehidupan di luar bandar. Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara wilayah. Peryertaan dalam aktiviti ekonomi mengikut komposisi kaum Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat melalui penyediaan kemudahan infrasturuktur seperti pendidikan, latihan dan kesihatan. Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Strategi Pelaksanaan Memodenkan kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin. Menubuhkan agensi seperti Mara, bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Amanah Saham Nasional. Menggalakkan pemilikan saham sebanyak 30% untuk Bumiputera, 40% untuk bukan Bumiputera dan 30% untuk pelabur asing selaras dengan komposisi kaum menjelang tahun 1990. Memajukan kawasan yang mundur melalui agensi pembangunan wilayah baharu seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara(DARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara(KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR).

a) Rancangan Malaysia Kedua(1971-1975) Rancangan Malaysia Kedua(RMK-2) melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. RMK-2 dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai puncan pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. RMK-2 ini merupakan siri pertama dalam rancangan DEB. Matlamat Membasmi kemiskinan. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia. Memodenkan penduduk luar bandar. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur. Strategi Pelaksanaan Penubuhan tanah baharu di kawasan luar bandar. Penubuhan PETRONAS untuk memajukan industri petroleum. Penubuhan Perbadanan Nasional(PERNAS) untuk menggalakkan

penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan. Penubuhan Lembaga Padi Negara(LPN) untuk menstabilkan harga padi. Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) untuk memodenkan industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan. Penubuhan Lembaga Pembangunan Bandar(UDA) untuk membangunkan kawasan bandar. Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP). Penubuhan Pihak Bekuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil

Perusahaan Getah(RISDA) untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penamaan getah. Pembangunan bandar baharu dan pusat perindustrian.

b) Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980) Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses

mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial. Matlamat Meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Meningkatkan penyertaan hak milik saham orang Melayu. Menggalakkan perkembangan sumber mentah. Memberi tumpuan pada tanaman getah dan kelapa sawit untuk dieksport. Strategi Pelaksanaan Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah bersepadu seperti Lembaga Kemajuan Terengganu

Tengah(KETENGAH), KEJORA, DARA, dan KESEDAR. Penyediaan kemudahan pendidikan, perumahan dan kesihatan untuk rakyat. Tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

c) Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985) Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) merupakan satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini. RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Matlamat Member tumpuan kepada perkembangan sektor perindustrian berat. Menyeimbangkan pemilikan saham antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera. Strategi Pelaksanaan Mengenal pasti kawasan perindustrian baharu, iaitu Senawang(Negeri Sembilan), Skudai(JOHOR), Bayan Lepas(Pulau Pinang) dan Sungai Way(Selangor). Penubuhan Perbadanan Industri Berat(HICOM) untuk mengenal pasti, memulakan dan menjalankan projek perindustrian berat dengan cekap. Penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional(ASN). Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia merupakan perkembangan baru kerana ia melibatkan sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi negara. Memberi perhatian dalam sektor pertanian melalui Dasar Pertanian Negara(DPN) Pelaksanaan dasar ekonomi dan dasar sosial seperti: Dasar Pandang Timur Dasar Kepimpinan Melalui Teladan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.

d) Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990) Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yang menekankan pertumbuhan ekonomi yang sederhana dan stabil. Matlamat Menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk meningkatkan taraf ekonomi. Meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi. Membangunkan perusahaan pembuatan. Meningkatkan sektor pelancongan. Menekankan pertanian. Strategi Pelaksanaan Pelonggaran peraturan pemilikan saham dalam syarikat. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia. Pengenalan pelaburan. Pengeluaran kereta nasional oleh Perusaan Otomobil Nasional Berhad(PROTON). Pembangunan tanah terbiar oleh FELDA, FELCRA dan RISDA. Pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Pelancaran Dasar Perindustrian Negara, Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat. syarat-syarat pelaburan rendah untuk menarik penggunaan tanah untuk membangunkan sektor

Rancangan Jangka Panjang Kedua(RRJP2) Dasar Pembangunan Nasional(1991-2000) Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan oleh Tun Dr, Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan adil. DPN yang menekankan kepada pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama akan membolehkan semua rakyat Malaysia menyertai bidang-bidang utama aktiviti ekonomi dan dengan ini dapat memastikan kewujudan kestabilan politik dan perpaduan negara. Berasaskan matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, DPN digubal untuk merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektorsektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar Bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negaradapat dikekalkan secara berterusan.

Strategi Pelaksanaan Aspek-aspek pendidikan dan latihan diberi penekana untuk menghapuskan kemiskinan. Mengamalkan dasar liberalisasi supaya sektor awam lebih berani menghadapi risiko persaingan perdagangan antarabangsa. Penyusunan semula masyarakat mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan hak milik bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi. Melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Koridor Raya Multimedia. Perubahan dalam sektor awam dengan tumpuan diberikan pada pelaksanaan beberapa program bagi tujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah. Aspek yang ditekankan adalah: Pendidikan dan latihan Kesihatan Jalan pengangkutan luar bandar Pengangkutan Perumahan Bekalan air dan elektrik

a) Rancangan Malaysia Keenam(1991-1995) Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Matlamat Mengekalkan strategi asas DEB iaitu mewujudkan perpaduan dan mempertahankan pertumbuhan ekonomi. Mencapai pembangunan seimbang agar negara dapat bersaing dalam pelbagai sektor. Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian. Memberi tumpuan pada penjagaan alam sekitar. Membangunkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni. Strategi Pelaksanaan Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan. Memajukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri tempatan. Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk meningkatkan pasaran barang tempatan. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan pembangunan sosioekonomi negara. Melancarkan Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Sains dan Teknologi Negara.

b) Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000) Rancangan Malaysia Ketujuh(RMK-7) dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi. Matlamat Memesatkan pemindahan teknologi berasaskan produktiviti dan kecekapan buruh dan modal. Meningkatkan pengeluaran barang berintensifkan modal dan teknologi. Mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan. Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan eksport negara. Mengurangkan import negara. Meningkatkan daya saing ekonomi dengan memeperkukuh infrasturuktur. Membangunkan perkhidmatan moden. Memperkukuh pengetahuan sains dan teknologi. Strategi pelaksanaan Meningkatkan keupayaan dalam bidang sains dan teknologi. Mengukuhkan sistem penyampaian. Melaksanakan program sekolah satu sesi. Meningkatkan kemasukan pelajar ke universiti pada peringkat ijazah. Mengukuhkan aktivitit R&D. Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar. Memupuk nilai positi dalam kalangan rakyat. Meningkatkan semangat dalam kalangan guru. Meningkatkan penguasaan rakyat dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Menggalakan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP3) Dasar Wawasan Negara(2001-2010) RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan. Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik,

membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

a) Rancangan Malaysia Kelapan(2001-2005) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan. Matlamat Melaksankan Dasar Wawasan Negara kearah pembangunan seimbang dalam mencapai perpaduan Negara. Memberi tumpuan pada pembangunan semua sektor termasuk teknologi maklumat. Mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun 2005. Strategi Pelaksanaan Meningkatkan potensi pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Memajukan pelaburan swasta sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi pada kadar 19% setahun. Mempertingkatkan kemahiran pengurusan, R&D dan teknologi ICT. Mempertingkatkan daya saing dan produktiviti bagi membolehkan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO). Meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Berusaha mengurangkan deficit perkhidmatan perkapalan dan insurans. Membendung inflasi dengan menguatkuasakan peraturan meletakkan tanda, memantau harga barangan asas, menggalakkan automasi dan meningkatkan penyertaan wanita dan pesara dalam pasaran buruh.

b) Rancangan Malaysia Kesembilan(2006-2010) Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK -9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020. Matlamat Meningkatkan prestasi dn kemampuan Negara ke tahap yang lebih cemerlang untuk menghadapi cabaran semasa. Memperkukuh daya saing dan daya tahan serta meningkatkan inovasi. Mempertingkatkan produktiviti dan pengetahuan dalam ekonomi. Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan keperluan pasaran. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Strategi pelaksanaan Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan matlamat pengagagihan yang saksama. Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan penduduk termiskin dan penduduk luar Bandar. Meningkatkan prestasi agenda pengagihan, terutama pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB). Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui system penyampaian yang cekap dan berkesan untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Menggalakkan penyertaan IKS sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi. Meningkatkan keberkesanan program penswastaan. Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan mengimbangi pertumbuhan dengan usaha perlindungan alam sekitar.

Rancangan Malaysia kesepuluh(2011-2015) Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan [Economic Tranformation Programme (ETP), Goverment Tranformation Programme (GTP)] dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..." Perdana Menteri, Malaysia

Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk mengerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan

melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya. Untuk menghadapi cabaran dan merealisasikan RMK-10, dua garis panduan seperti yang berikut telah disediakan: a) Garis Panduan Pertama RMK-10 b) Garis Panduan Kedua RMK-10 Tujuan Garis Panduan Pertama RMK-10 Memaklumkan rangka kerja ekonomi makro bagi tempoh 2011-2015 yang mengandungi Bidang Keberhasilan Utama(KRA) dengan outcome dan strategi berdasarkan lima teras Misi Nasional. Menggariskan hala tuju strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020. Memaklumkan Bidang Keberhasilan Utama(KRA) serta rancangan dan pelaksanaan RMK-10 berasaskan pendekatan outcome. Memohon kementerian mengemukakan cadangan KRA, outcome dan strategik masing-masing selaras dengan hala tuju strategi, KRA dan outcome. Bagi mencapai tujuan ini, lima Mission Cluster Group(MCG) berdasarkan Misi Nasional telah ditubuhkan. Tujuan Garis Panduan Kedua RMK-10 Memaklumkan prospek ekonomi makro serta saiz pelaburan sektor awam bagi tempoh dua tahun pertama RMK-10.

Menjalankan kaedah perancangan dan pelaksanaan RMK-10 serta penyediaan Pelan Pelaburan Sektor Awam bagi tempoh 2011-2012. Member panduan mengenai penyediaan cadangan program dan projek bagi tempoh 2011-2012. Strategi pelaksanaan Perancangan dan pelaksanaan program dan projek serta penyediaan siling RMK-10 dibuat secara rolling setiap dua tahun. Program dan projek RMK-10 akan didokumen sebagai Pelan Pelaburan Sektor Awam yang mengandungi sasaran outcome, KPI, program dan projek serta siling.

You might also like