Laporan Pelaksanaan Internship (Ayuni)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH

: AYUNI BINTI ABD.RAHMAN : PISMP KAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2008 : SEK KEB TAMAN TUANKU JAAFAR 2, SEREMBAN

NAMA PROJEK / AKTIVITI : 1.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4. 1.2: MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN. 1.3: MENYEDIAKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 OGOS 2011 HINGGA 26 OGOS 2011

PENGENALAN Internship ialah satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang telah dilaksanakan selari dengan rutin dan amalan budaya di sekolah. Pada peringkat ini, guru pelatih perlu menimba pengalaman dengan bimbingan mentor untuk melaksanakan projek yang diberikan. Selain itu, program ini mampu menambah keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berpengetahuan luas. Bersesuaian dengan kehendak program Internship ini, saya bersama dengan rakan internship saya Syarifh Nordia Edayu telah menjalankan tiga projek dimana satu projek dijalankan secara individu manakala dua projek lagi dijalankan secara berkumpulan.
1

Projek individu yang telah saya jalankan ialah menghasilkan buku skrap oleh murid-murid tahun 4 Nilam. Projek ini merupakan salah satu projek kewarganegaraan yang perlu dilaksanakan oleh kesemua murid tahun 4. Projek ini membawa pemberatan markah sebanyak 10%. Tajuk yang saya pilih untuk melaksanakan projek menghasilkan buku skrap ini ialah Kenali Bendera-bendera di Malaysia. Saya memilih tajuk ini kerana sewaktu saya sedang menjalankan internship, pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang berlangsung merupakan tema Kenali Malaysia yang turut menyelitkan pengetahuan tentang identiti negara. Oleh itu, saya memilih tajuk Kenali Bendera-bendera di Malaysia sebagai pengukuhan murid-murid dalam topik tersebut. Projek saya yang kedua merupakan projek berkumpulan iaitu mengelolakan majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan. Projek ini dipilih memandangkan ianya merupakan salah satu projek yang berkaitan dengan kursus major kami iaitu Kajian Sosial. Bersesuaian dengan itu, amat wajar kami melibatkan diri dalam program sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Seterusnya projek saya yang ketiga pula ialah menghasilkan sudut Sejarah Sekolahku. Projek ini juga merupakan projek individu. Kami memilih untu k melaksanakan projek ini kerana ia melibatkan bidang sejarah di mana ia akan memberikan nilai sentimental yang dapat didokumentasikan di satu sudut untuk memberikan pengetahuan kepada semua warga sekolah.

1.0 OBJEKTIF

1.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 1.1.1: Untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam mencari maklumat tentang bendera-bendera yang terdapat di Malaysia. 1.1.2: Ingin melahirkan murid yang berpengetahuan dalam menjelaskan identiti negeri-negeri di Malaysia. 1.1.3: Ingin melahirkan perasaan bangga dan taat setia kepada Malaysia. 1.1.4: Sebagai satu projek kewarganegaraan bagi murid-murid tahun 4.
2

1.2: MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 1.2.1: Menerapkan sifat cinta akan negara dan rasa bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah Malaysia kecapi dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. 1.2.2: Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. 1.2.3: Menambah pengetahuan murid tetang sejarah kemerdekaan negara hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

1.3: MENYEDIAKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAH 1.3.1: Guru pelatih dapat merasai pengalaman sebenar sebagai guru dalam penglibatan diri untuk menceriakan sekolah. 1.3.2: Memberi maklumat kepada guru dan murid tentang sejarah penubuhan sekolah. 1.3.3: Melahirkan warga sekolah menghargai dan mencintai sekolah mereka.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

2.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 2.1.1 : Mengagihkan murid kepada lapan kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai seramai empat hingga lima orang ahli. 2.1.2 : Menyediakan lembaran kerja sebagai bahan untuk menghasilkan buku skrap. 2.1.3 : Menyediakan contoh buku skrap untuk dijadikan panduan murid dan memberikan gambara jelas dalam menghasilkan buku skrap.

2.1.4 : Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk Kenali Bendera di Malaysia sebelum memberikan tugasan menghasilkan buku skrap. 2.1.5 : Memberikan bimbingan kepada semua kumpulan dalam menghasilkan buku skrap. 2.1.6 : Memberikan markah berdasarkan maklumat dan kreativiti yang ditunjukkan. 2.1.7 : Merekodkan markah.

2.2: MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2.2.1: Mengemukakan kertas cadangan untuk melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54 peringkat sekolah. 2.2.2: Berbincang dengan guru pembimbing dan guru yang terlibat dengan majlis pelancaran. 2.2.3: Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 54. 2.2.4: Mengusulkan cadangan tentang gimik yang telah dibincangkan bersama dengan guru pembimbing. 2.2.5: Membuat senarai semak bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan. 2.2.6: Menyediakan bahan-bahan untuk membuat gimik pada majlis pelancaran. 2.2.7: Memastikan keadaan dan kebersihan dataran perhimpunan selepas tamat majlis pelancaran.

2.3:

MENYEDIAKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAHKU 2.3.1: Mencari dan mengumpul maklumat sekolah yang ingin dipamerkan di sudut sejarah sekolah.

2.3.2: Mendokumentasikan maklumat yang diperolehi dalam bentuk yang menarik dan laminated bahan-bahan yang telah dicetak supaya tahan lama. 2.3.3: Memastikan sudut berada dalam keadaan bersih dan ceria. 2.3.4: Menggantungkan maklumat yang telah diperolehi di sudut Sejarah Sekolahku.

3.0 REFLEKSI 3.1: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI 3.1.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 3.1.1.1: Dapat menimba pengalaman sebagai guru matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam menghasilkan kerja projek yang perlu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan . 3.1.1.2: Memastikan tajuk projek, bahan dan skop tugasan mampu dilaksanakan murid-murid mengikut tahap murid dalam tempoh yang ditetapkan. 3.1.1.3: Memberikan murid-murid pengetahuan dalam mengenali identiti bendera-bendera di Malaysia. 3.1.1.4: Menggalakkan murid-murid bergiat aktif dalam mencari maklumat. 3.1.1.5: Menggalakkan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

3.1.2: MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 3.1.2.1: Mengetahui prosedur dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau majlis besar yang melibatkan semua warga sekolah.

3.1.2.2: Memberikan pengalaman dalam membuat perancangan dan persediaan bagi mengelolakan sesuatu majlis. 3.1.2.3: Merangsang pemikiran kreatif untuk memberikan satu majlis yang menarik dan memberi kesan kepada warga sekolah. 3.1.2.4: Menggalakkan interaksi antara guru pelatih dan warga sekolah dalam menjayakan majlis yang dirancang. 3.1.2.5: Sambutan disambut dengan penuh kemeriahan.

3.1.3:

MENYEDIAKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAH

3.1.3.1: Menggalakkan interaksi antara guru pelatih dengan guru sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah. 3.1.3.2: Mencungkil kreativiti guru pelatih dalam menghasilkan sudut sejarah yang mampu menarik perhatian dan memberikan maklumat kepada warga sekolah secara tidak langsung. 3.1.3.3:Meninggalkan kenangan kepada warga sekolah yang dapat

memberikan maklumat yang bermanfaat dan tahan lama kepada pihak sekolah.

3.2: KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI 3.2.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 3.2.1.1: Terdapat murid yang tidak memberikan kerjasama dalam kumpulan. 3.2.1.2: Tempoh masa terlalu singkat untuk mencungkil kreativiti murid-murid. 3.2.1.3: Terdapat kumpulan yang hantar lewat daripada tempoh penghantaran yang telah ditetapkan.

3.2.2: MENGELOLAKAN PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN. 3.2.2.1: Kurang ketelitian dalam membuat senarai semak kerja. 3.2.2.2: Guru yang terlibat semasa perasmian acara memotong riben di banting seharusnya berada di kawasan berhampiran untuk

memastikan banting dapat turun dengan serentak. 3.2.2.3: Masalah teknikal yang berlaku akibat salah faham dalam membuat semakan sebelum hari pelancaran.

3.2.3:

MENGHASILKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAHKU

3.2.3.1: Terdapat maklumat yang tidak dapat diperolehi kerana sudah terlalu lama. 3.2.3.2: Sudut sejarah yang sedikit terlindung daripada pandangan umum kerana berada di lorong untuk ke bilik tayang. 3.2.3.3: Hasil mudah dicapai oleh murid yang boleh menyebabkannya cepat rosak.

4.0: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 4.1: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 4.1.1: Memberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk mencungkil kreativiti murid-murid. 4.1.2: Memberikan peneguhan positif kepada kumpulan yang dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan dengan kemas dan cantik. 4.1.3: Membimbing murid-murid dalam mencari bahan di internet atau di Pusat Sumber sekolah. 4.1.4: Memberikan markah sahsiah kepada murid-murid agar semua murid dapat bekerjasama dalam kumpulan.
7

4.2:

MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 4.2.1: Guru pelatih seharusnya membuat senarai semak dan merujuk kepada guru pembimbing untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik. 4.2.2: Guru pelatih seharusnya perlu berada berhampiran dengan acara pemotongan riben banting untuk memastikan banting jatuh dengan serentak. 4.2.3: Guru pelatih seharusnya mencuba dahulu sebarang peralatan teknikal yang sebenar untuk memastikan peralatan berada dalam keadaan baik.

4.3 MENGHASILKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAHKU 4.3.1: Maklumat sejarah perlu disimpan untuk memudahkan sebarang dokumentasi dilakukan. 4.3.2: Hasil yang diletakkan perlu dipastikan mampu bertahan lama dengan meletakkan peraturan agar murid tidak mengusik atau mencabut maklumat yang telah ditampal.

5.0: KESIMPULAN: Secara kesimpulannya, setiap projek yang ingin dilaksanakan memerlukan perancangan yang teliti untuk memastikan kelicinan perjalanan sesuatu program itu. Sikap komited terhadap tugasan perlu ada untuk mencapai kejayaan sesuatu program. Walaubagaimanapun, segala usaha tidak akan berhasil jika tiada semangat kerjasama dan hubungan baik antara guru pelatih dengan pihak sekolah. Hal ini kerana, guru pelatih merupakan guru permulaan yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Pengalaman daripada warga sekolah khususnya guru-guru berpengalaman terlalu banyak membantu dalam menjayakan projek yang telah dirancang. Alhamdulillah, sesungguhnya saya dan juga rakan internship sangat beruntung kerana ditempatkan di Sekolah Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban yang mempunyai sistem yang sangat teratur yang sangat memudahkan kami bekerja. Pertolongan daripada guru-guru juga sangat mudah diperolehi tanpa sebarang masalah yang timbul. Di sini, dapat ditekankan bahawa kerjasama antara satu sama lain dalam sesuatu pasukan merupakan tonggak kejayaan dalam apa jua perkara. Dengan kerjasama yang mudah diperolehi , ianya telah menjadikan kami tidak berasa tertekan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Sebagai guru pelatih, terlalu banyak perkara yang tidak difahami dan diketahui oleh kami. Dengan latihan praktikum atau amali sebeginilah yang memberikan kami lebih banyak pengalaman yang tidak akan kami perolehi daripada teori yang dipelajari di dalam buku. Contohnya, semasa kami menjalankan projek Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan, walaupun kami telah melakukan senarai semak, tetapi masih terdapat lagi perkara yang kami terlepas pandang yang boleh mencacatkan sesuatu kelicinan perjalanan majlis. Banyak perkara yang kami pelajari daripada pengalaman menjalankan internship ini. Bagi setiap kekurangan di dalam setiap program kami perlulah berfikiran cergas dan pantas bagi mengatasi masalah tersebut. Kami perlu berfikiran secara kreatif dan kritis dalam mengendalikan sesuatu masalah. Dalam setiap perkara, kami perlu mengatur lebih daripada satu plan sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sesuatu perkara yang tanpa diduga atau di luar kawalan kita sebagai manusia.

Melalui program internship ini saya dapat memperolehi banyak pengajaran daripada setiap program yang saya jalankan. Terdapat banyak kelemahan yang berlaku tanpa saya duga. Hal ini berlaku kerana pada dasarnya, saya merasakan bahawa semuanya dalam kawalan, namun, sebagai manusia biasa ada beberapa perkara tidak dapat saya elakkan yang mendorong kepada kelemahan-kelemahan yang timbul semasa menjalankan projek. Setiap kelemahan daripada projek yang dilaksanakan telah saya dan rakan internship membuat penilaian dan daripada penilaian itu, kami dapat membuat refleksi untuk tidak mengulang lagi kesalahan yang sama kelak. Pada saya, program internship ini sangat baik kerana ia menjadikan guru lebih bersikap terbuka, kreatif dan kritis untuk menempuh cabaran sebagai seorang guru kelak. Guru Besar SKTTJ2, Puan Hajah Noor Semarli binti Alias, guru pembimbing, Puan Intan Zarina binti Rakimullah dan juga guru-guru di SKTTJ2 telah banyak membuka minda saya dan rakan intership dengan pengkongsian pengalamannya yang dapat membantu kami dalam menjadikannnya sebagai pendekatan untuk menangani sesuatu isu. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Puan Intan Zarina binti Rakimullah, selaku guru pembimbing yang tidak jemu memberikan bimbingan kepada saya dan rakan internship, Syarifh Nordia Edayu bt Syed Mohamad. Bimbingan yang teliti daripada beliau sangat saya perlukan untuk menjadikan saya sebagai guru yang berkaliber. Tidak lupa juga rakan internship yang bersama menyiapkan tugasan ini dengan memberikan kerjasama yang baik dan kepada semua yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

10

LAMPIRAN 1:BERGAMBAR

1. MENYEDIAKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Gambar 1 : penyediaan bahan projek Buku skrap PSK .

Gambar 2 : hasil buku skrap murid tahun 4 Nilam.

Gambar 3: lembaran kerja yang diedarkan.

Gambar 4 : hasil kerja yang diperolehi.

2. MENGELOLAKAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Gambar 5 : guru pelatih dengan bantuan guru SKTTJ2 mengikat banting untuk perasmian.

Gambar 6 : banting yang berjaya terbuka selepas acara pemotongan riben.

11

Gambar 7 : guru pelatih sedang menyediakan peralatan untuk gimik pelancaran roket air.

Gambar 8 : guru pelatih mengiringi Guru Besar dan YDP PIBG untuk melancarkan roket

3.MENYEDIAKAN SUDUT SEJARAH SEKOLAHKU

Gambar 9 : kelengkapan dan maklumat yang digunakan untuk menghasilkan sudut.

Gambar 10: maklumat yang telah siap dihias

Gambar 11: gmbar sudut yang sudat siap di telah dilukis dan diwarnakan.

Gambar 12 : sudut Sejarah Sekolahku yang berjaya dihasilkan.

12

Lampiran 2

SENARAI NAMA KUMPULAN PROJEK MENGHASILKAN BUKU SKRAP

1. Kumpulan Terengganu i. ii. iii. iv. Siti Nur Athirah Bt Ayob Siti Nur Aisyah bt Azhadi Nurul Haziqah bt Redzuan Siti Nur Sofiah Zulaikha bt Muhammad Kaza.

2. Kumpulan Pulau Pinang i. ii. iii. iv. v. Anis Sofea bt Mohd Amir. Nur Nadia Natasya bt Mohd Fikri. Rosdayana bt Rosli. Nur Farahanis bt Hairi. Nurul Najiha bt Asmadi.

3. Kumpulan Negeri Sembilan i. ii. iii. iv. v. Ameer Hakim Muhamad Syahmi Muhamaad Irfan Fahim Syafiq Daniel Saiful Aiman

4.Kumpulan Kelantan i. ii. iii. iv. v. Mohd Yadiy Syuaib bt Yusoft Muhd Zamir Aizat b Samarul Fuad Muhd Akmal Danial b Anua Muhd Thaqif Basyar b Mat Azalan Akmal Hakimi b Muhd Faizal

13

5. Kumpulan Sarawak i. ii. iii. iv. Putri Nur Batriesyia Nur Aliah Zahirah Nur Fatihah Ain Syafiqah

6.Kumpulan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur i. ii. iii. iv. v. Adib Sohifa Ammar Naqib Falah Haris Ammar Wafiq

7. SABAH i. ii. iii. iv. Anis Syahirah bt Suhaili Hazyra Narisha bt Hatzelan Najwa Imanina Nurin Masturina

8. KEDAH i. ii. iii. iv. v. vi. Amer Mazli Amer Iskandar Aniq Shahiran Muhammad Ikhwan Muhd Syafiq Aiman Muhd Zikry Hakimi

14

Lampiran 3 SEK.KEB. TAMAN TUANKU JAAFAR 2 71450 SEREMBAN, N.SEMBILAN TAHUN PSK
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 AKMAL HAKIMI AMEER HAKIM B. HAIRUL AMRI AMER B MAZLI AMER ISKANDAR B. MOHD KHALIL ANIQ SHAHIRAN B. SHAHROL HAZUAN MOHAMMAD SYAFIQ DANIAL B. YAACOB MUHAMMAD AKMAL DANIAL B ANUA MUHAMMAD AMMAR NAQIB B. ABU BAKAR MUHAMMAD AMMAR WAFIQ B ZUKI MUHAMMAD HARIS B. MAIDEEN MUHAMMAD IKHWAN NAJMI B. JOHAR MUHAMMAD IRFAN FAHIM B NADZIR MUHAMMAD NUR FALAH B M NIZAFA MUHAMMAD SYAFIQ AIMAN B CHE MUSA MUHAMMAD SYAHMI B. MOHD. SHAHRIL MUHAMMAD THAQIF BASYAR B. MAT AZALAN MUHAMMAD YADIY SYUAIB B. MOHD YUSOF MUHAMMAD ZAMIR AIZAT B SAMARUL FUAD MUHAMMAD ZIKRY HAKIMI B EZWAN SAIFUL AIMAN B MOHD ZAHARI AIN SYAFIQA BT AMINUDDIN ANIS SOFEA BT MOHD AMIR ANIS SYAHIRAH BT SUHAILI HAZYRA NARISHA BT HATZELAN NAJWA IMANINA BT OSMAN NUR FATIHAH BT MOHD JAN NURFARAHANIS BT MUHD HAILRI HAFIDZ NURIN MASTURINA BT HARIRI NURNADIA NATASHA BT M PIKRI NURUL ALIAH ZAHIRAH BT AMIR MAZKOR NURUL HAZIQAH BT REDZUAN NURUL NAJIHA BT MAHADI PUTERI NUR BATRESYA ROSDAYANA PUTRI BT ROSLI SITI NORSOFIAH ZULAIKHA BT MUHAMED LAZA SITI NURAISYAH BT AZHADI SITI NURATHIRAH BT AYOP NAMA ADIB SOHIFA A AFFENDY KUMP W.P.K.L KELANTAN N.SEMBILAN KEDAH KEDAH KEDAH N.SEMBILAN KELANTAN W.P.K.L W.P.K.L W.P.K.L KEDAH N.SEMBILAN W.P.K.L KEDAH N.SEMBILAN KELANTAN KELANTAN KELANTAN KEDAH N.SEMBILAN SARAWAK P. PINANG SABAH SABAH SABAH SARAWAK P. PINANG SABAH P. PINANG SARAWAK TERENGGANU P. PINANG SARAWAK P. PINANG TERENGGANU TERENGGANU TERENGGANU MARKAH (10) 8 9 9 6 6 6 9 9 8 8 8 6 9 8 6 9 9 9 9 6 9 8 8 6 6 6 8 8 6 8 8 7 8 8 8 7 7 7

: 4 NILAM / 2011

PERKARA :

MARKAH BUKU SKRAP

15

You might also like