Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU

PENGENALAN Semua guru perlu memahami budaya setiap kaum etnik pelajar agar dapat menyediakan PdP yang bermanafaat. Ini kerana setiap individu dipengaruhi oleh budaya yang diamalkan oleh masyarakat dan keluarganya. Oleh itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberi perhatian terhadap pelajar. Setiap pelajar terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi, latar belakang, kawasan penempatan, budaya, adat resam dan bahasa berbeza.

PENERIMAAN DAN LAYANAN YANG ADIL


Setiap guru perlu kenali pelajarnya dari aspek: ~ latar belakang ~ tempat tinggal ~ taraf sosioekonomi ~ adat resam ~ budaya ~ kepercayaan ~ agama Beri layanan adil kepada setiap pelajar. Layani mereka sebagai individu yang mempunyai keunikan bukannya sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial dan etnik. Tidak melabel pelajar kerana latar belakang mereka.

Gunakan maklumat yang ada untuk memahami tingkah laku dan perasaan mereka.

STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF


Guru tidak boleh menganggap semua pelajar boleh belajar cara yang sama. Pendidikan yang saksama bukan bermaksud penyampaian guru yang sama dalam pengajaran. Kesaksamaan pendidikan adalah bergantung kepada : ~ persekitaran tempat tinggal ~ status sosioekonomi ~ Gaya pembelajaran Guru perlu mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran supaya dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Salah satu strategi pembelajaran yang boleh dipraktikkan adalah pembelajaran koperatif.

Kelebihan pembelajaran koperatif: ~ Heterogenous (pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian.) ~ Dapat kenali budaya secara langsung ~ Membantu mengeratkan hubungan antara etnik. ~ Mewujudkan kerjasama dan toleransi.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN HUBUNGAN Tugas guru bukan semata-mata megajar tetapi mengurus hubungan di dalam bilik darjah. Peraturan dan rutin bilik darjah membantu guru untuk mengawal tingkah laku di dalam bilik darjah.

Untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam kelas, guru boleh mengguna kan kajian sosiometri.
Cara melaksanakan kajian sosiometri: ~ Minta pelajar mencatat 3 nama rakan yang disukai dan 1 nama yang tidak disukai.

Maklumat yang didapati dibentuk dalam diagram sosiogram. Berdasarkan diagram itu guru boleh melihat terdapat pelajar singkiran dan pengasing. Guru harus membantu pelajar ini dengan meletakkan mereka di dalam kumpulan bintang. Mengapa kumpulan bintang? Kumpulan ini ada daya kepimpinan, disukai ramai, pandai dan berkemahiran.

DISEDIAKAN OLEH: SABARIAH BT HUSIN PPG SAINS 2 AMBILAN FEBRUARI 2012

You might also like