Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan negara

terutama bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020. Peranan penting ini dapat dimainkan dengan berjaya melalui perancangan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan. Secara umumnya, keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bergantung juga kepada keadaan dan tempat kaunseling dijalankan. Seorang guru yang berpengalaman akan tahu apakah kemudahan-kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan untuk keberkesanan sesebuah proses kaunseling. Antara kemudahan yang diperlukan ialah bilik untuk menjalankan kaunseling individu, kaunseling kelompok, terapi dan sudut kerjaya. Setiap bahagian ini mempunyai fungsinya yang tersendiri yang boleh membawa manfaat kepada setiap pelajar untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik. Tuntasnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diwujudkan di setiap sekolah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga perlu diwujudkan dengan suasana yang terapeutik agar proses kaunseling dijalankan lebih berkesan dan dapat membawa kebaikan kepada setiap pelajar yang memerlukan.

You might also like