Sistem Integumentari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SISTEM INTEGUMENTARI

Sistem kulit kita yang merangkumi kuku, liang-liang roma, bulu, rambut dan kulit itu sendiri. Walaupun nampak mudah dan ringkas, sistem integumentari amat penting kepada tubuh badan seseorang dalam apa jua aktiviti dan keadaan. Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. ia merupakan organ manusia paling besar dengan beratnya sekitar enam paun. Bertindak sebagai pelindung otot dan organ-organ yang lain. Homeostasis merujuk kepada pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. ini adalah salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.

Kulit mempunyai beberpa lapisan dan antara fungsi-fungsinya ialah:

sebagai perlindungan setor menyimpan lemak

pencegah dehidrasi

rangsangan luar menghasilkan bau dan penyamaran

sistesis vitamin D mengawal atur suhu badan

Perlindungan Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit. Mencegah dehidrasi Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air. Rangsangan luar Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya. Menyimpan lemak Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisa penebat n ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Lapisan lemak ini juga merupakan haba. Sintesis vitamin D Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor, seterusnya menukarkannya kepada vitamin D.

Semasa kita melakukan aktiviti pasif atau berat seperti bersukan dan bekerja, sistem integumentari juga akan turut memainkan peranannya. antaranya:

lapisan epidermis akan melindungi badan daripada kemasukan bakteria. lapisan ini akan sentiasa tertanggal dan gugur dari badan, menyebabkan bakteria sukar membiak. lapisan tadi juga bertindak mencegah kehilangan air (dehidrasi) dari badan ke persekitaran. lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor membolehkan ia mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.

lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. ini adalah lapisan yang kaya dengan lemak dan bertindak sebagai penebat.
apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor dan seterusnya akan menukarnya kepada vitamin D.

di kulit juga terdapat kilang peluh yang mengeluarkan peluh pada waktu-waktu tertentu seperti ketika bersukan. ini akan mengimbangi suhu badan.

secara umumnya, kulit merupakan organ yang sangat penting untuk faedah yang saya sebutkan tadi. satu lagi, jangan kita lupa bahawa kulit juga merupakan pembentuk identiti fizikal kita. tanpa kulit bagaimana kita boleh mengenali wajah seseorang. cantikkah seseorang tanpa kulit?

Proses Pembentukan Keringat Bila suhu tubuh kita meningkat atau suhu udara di lingkungan kita tinggi, pembuluhpembuluh darah di kulit akan melebar. Hal ini mengakibatkan banyak darah yang mengalir ke daerah tersebut. Karena pangkal kelenjar keringat berhubungan dengan pembuluh darah maka terjadilah penyerapan air, garam dan sedikit urea oleh kelenjar keringat. Kemudian air bersama larutannya keluar melalui pori-pori yang merupakan ujung dari kelenjar keringat. Keringat yang keluar membawa panas tubuh, sehingga sangat penting untuk menjaga agar suhu tubuh tetap normal. Kelainan pada kulit yang banyak dialami oleh para remaja adalah jerawat. Ada tiga tipe jerawat, yaitu: 1. Komedo 2. Jerawat biasa 3. Cystic Acne (Jerawat Batu/Jerawat Jagung) Banyak jenis obat dan perawatan yang ditawarkan untuk menghilangkan jerawat. Namun, sesungguhnya alam sudah menyediakan aneka tanaman yang mampu menghilangkan jerawat. Tanaman-tanaman itu antara lain tomat, jeruk nipis, belimbing wuluh, mentimun, dan temulawak.

Lapisan epidermis Tidak mempunyai saluran darah, bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu: Lapisan germinatif (Malphigi) Lapisan granul Lapisan jernih Lapisan terkematu

Lapisan germinatif Lapisan yang paling bawah pada epidermis. Sel-sel lapisan germinatif merupakan sel yang aktif membahagi. Hasil pembahagian sel-sel germanitif ini akan tersesar keluar ke arah permukaan di atas lapisan germinatif. Lapisan yang keluar ini merupakan lapisan granul. Lapisan granul Lapisan ini berada di atas lapisan germinatif. Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul. Granul ini terdiri daripada keratin, keratin merupakan bahan keras berprotein. Lapisan jernih Lapisan ini berada di atas lapisan granul. Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel yang sukar diwarnakan. Bentuk sel-sel jernih ini juga, akan semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah. Sel-sel ini akan mati apabila bekalan darah tidak diterima atau tidak mencukupi. Lapisan terkematu Lapisan ini berada di atas lapisan jernih. Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah. Lapisan ini berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu untuk melindungi kulit. Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan nipis yang

sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu Lapisan dermis Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Pada dermis juga, terdapat akar rambut. Reseptor Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah: Kelenjar Antara kelenjar yang terdapat dalam dermis ialah: Kelenjar peluh Kelenjar sebum Reseptor sentuhan Reseptor Suhu atau termoreseptor Reseptor tekanan

Lapisan lemak subkulitan Lapisan ini merupakan lapisan penebat haba.

You might also like