Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINGGU 5 : 1. MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERGERAKAN ASAS 2.

MERANCANG SATU SESI AMALI YANG BERKAITAN DENGAN PERGERAKAN ASAS

PENGENALAN Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field Pergerakan merupakan satu proses

pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanakkanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan. Kesedaran tubuh badan bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Contohnya seperti aktiviti memusingkan badan atau menggerakkan tangan ke belakang. Aktiviti lain ialah seperti

menyeimbangkan badan dari sudut yang pelbagai seperti berdiri menggunakan sebelah kaki. Kesedaran tubuh badan lain ialah memindahkan berat antara anggota badan seperti aktiviti berjalan. Bahagian badan yang terlibat dalam semua aktiviti ini ialah tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain. Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.

Konsep pergerakan yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ruang adalah yang melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri bermaksud ruang yang terdapat di sekeliling kanakkanak. Ruang am pula bermaksud ruang yang menggunakan semua ruang contohnya seperti dewan dan padang. Arah pula melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Antara contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah seperti passing bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah, sederhana dan tinggi. Konsep pergerakan asas yang ketiga pula ialah beban. Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban itu di ukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu di lakukan. Contohnya jika beban itu tinggi maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya. Daya pulak merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban itu manakala aliran pula merujuk kepada beban itu terikat ataupun bebas.

Konsep pergerakan asas yang keempat pula ialah perhubungan. Dimana ia berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.

KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERGERAKAN ASAS Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar: Kaedah Kuliah Kaedah Perbincangan Kaedah Kuliah-Demonstrasi Kaedah Latihan Kaedah Penemuan Kaedah Projek Kaedah Persembahan Lisan

KAEDAH KULIAH Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :

GAYA LANGSUNG Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

GAYA TIDAK LANGSUNG Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif GAYA ARAHAN Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).

MERANCANG SATU SESI AMALI YANG BERKAITAN DENGAN PERGERAKAN ASAS PENGENALAN Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala, kemahiran bukan lokomotor pula ialah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Tiga komponen utama dalam Pergerakan Asas ialah Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Ketiga-tiga pergerakan ini ditunjukkan menerusi aktiviti yang telah dirancang dengan memanipulasikan pelbagai alatan yang telah dipilih iaitu bola, gelung dan pundi kacang. Peralatan berat yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti ini telah diletakkan di stesen-stesen tertentu. Antaranya ialah bangku panjang, tilam, skitel besar, peti lombol, tangga, dan papan anjal. Pelbagai pergerakan yang berlainan dijalankan di setiap stesen. Aktiviti yang dirancang melibatkan pergerakaan lokomotor atau bukan lokomotor di setiap stesen.

MATLAMAT

Kertas kerja Pergerakan Asas ini disediakan bagi mengajar kemahiran asas yang optimum dalam setiap jenis pergerakan agar pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas sukan dengan betul. Ia juga membolehkan pelajar mengendalikan dan mengawal objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Koordinasi antara mata dengan tangan diperlukan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pergerakan asas yang mencabar dan kompleks agar mereka dapat mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat mempelajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas.

OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah untuk: Melatih pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. Menguji pelajar dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Membantu pelajar meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan mereka. Mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran. Dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. Melakukan pergerakan kreatif dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi. Memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar tahap satu sekolah rendah (Darjah 1, 2, dan 3).

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Setiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen.

You might also like