Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SK (P) METHODIST, KLANG MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 4/ 2012

Tarikh : Masa : Tempat : Pengerusi : Kehadiran : Nama Yang Hadir : Nama Yang Tidak Hadir : Turut Hadir :

5/11/2012 (Isnin) 12.30 tengah hari Bilik Sains Puan Giam Yee Sim (Ketua Panitia) 12 orang Seperti Dalam Lampiran Seperti Dalam Lampiran Puan Pavani a/p Thambimuthu (GPK Petang)

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada GPK Petang dan semua guru Sains di atas kehadiran mereka ke mesyuarat Panitia Sains kali ke 4 tahun 2012. Beliau juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua warga SKPM di atas kejayaan sekolah menduduki tempat kedua dalam pertandingan Pengurusan Bilik Sains Dan Taman Sumber peringkat negeri Selangor 2012. Beliau berharap kejayaan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Tindakan : Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2012 Disahkan oleh Disokong oleh : Cik Ng Pei Sim : Puan Hamilah Binti Abu

3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pemantauan JPNS Ke SK (P) Methodist 3.1.1, Puan Pengerusi memberitahu bahawa pemantau telah memantau sebanyak dua kali ke atas bilik Sains dan taman sumber dan sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh sekolah ini. Puan Pengerusi mencadangkan agar bilik Sains terus ditambahbaik. Tindakan : makluman 3.2 Panggilan Bilik Sains 3.2 .1 Puan Pengerusi juga memaklumkan bahawa bilik sains di sekolah rendah tidak boleh dipanggil makmal sains kerana ia tiada pembantu makmal. Ia dipanggil bilik sains dan diingatkan jangan salah panggil di hadapan murid-murid. Tindakan : makluman

4.0 ISU/PERBINCANGAN PROFESSIONAL 4.1 Analisa Dan Post Mortem PKSR 2. 4.1.1 KSSR Pentaksiran kali ke 5 untuk Tahun 1 dan Tahun 2 dijalankan secara sumatif dan formatif. Puan Hamilah Binti Abu memberitahu bahawa buat masa ini masih dalam proses memasukkan data keputusan dan laporan akan disiapkan sebelum 20 November 2012. 4.1.2 Berikut adalah analisa Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) bagi tahun 3, 4, 5 dan 6. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Gred A Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

30( 20.55%) B 48(32.88%) C 42(28.77%) D 18(12.33%) E 8(5.48%) LULUS 120(82.19%) GAGAL 26(17.81%) GPMP 2.49

7 (4.79%) 50(34.25%) 64(43.84%) 22(15.07%) 3(2.05%) 121(82.88%) 25(17.12%) 2.75

8(4.68%) 52(30.41%) 63(36.84%) 43(25.15%) 5(2.92%) 123(71.93%) 48(28.07%) 2.91

44(27.85%) 68(43.04%) 36(22.78%) 10(6.33%) 0 148(93.67%) 10(6.33%) 2.08


Tindakan : makluman

4.1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru Sains agar terus berusaha meningkatkan bilangan dan peratus lulus pada tahun hadapan kerana GPMP Peperiksaan Akhir Tahun ini tidak mencapai target KPI Pengarah. Beliau berharap agar peratus lulus dapat dipertingkatkan hingga melebihi 90% supaya target dapat dicapai. Tindakan : Semua guru Sains 4.2 Perancangan Penambahbaikan 4.2.1Bagi murid Tahun 3, Pengerusi mencadangkan diadakan program anak angkat. Guru mencari waktu yang sesuai untuk membimbing murid-murid yang lemah dengan memberi satu soalan bertulis yang mudah terutama Bahagian B yang mengikut format UPSR. Murid bermasalah tidak membuat kerja rumah digalakkan dibawa berjumpa guru pada waktu rehat untuk dibimbing. Tindakan : Guru Sains Thn 3 4.2.2 Bagi Tahun 4 dan 5, Pengerusi mencadangkan diadakan kelas tambahan pada hari Sabtu di mana kelas tambahan Tahun 6 juga sedang berjalan. Selain itu akan diadakan juga program teknik menjawab soalan yang dijangka berlangsung selepas PKSR 1. Guru-guru diminta mengingatkan murid-murid tidak membuang buku nota/latihan mereka yang digunakan tahun 2012 supaya boleh dijadikan buku ulangkaji. Tindakan : Guru Thn 4, 5.

4.3

Laporan 2012 Dan Perancangan 2013 4.3.1Aras kesukaran soalan untuk Ujian Bulanan dan PKSR Mestilah terdapat perbezaan walaupunmengikut standard yang sama. Nisbah aras kesukaran senang: sederhana : sukar ialah 5 : 3 : 2 Tindakan : makluman

4.3.2 JSU Pengerusi memaklumkan bahawa JSU mula diwajibkan di sekolah-sekolah bagi penyediaan soalan-soalan peperiksaan bermula tahun 2012.Sekolah telah memutuskan JSU wajib disediakan untuk PKSR 1 dan 2 sahaja dan perlu disertakan sekali bersama draf soalan yang dihantar kepada PKI serta mengikut format terbaru (ISO). Namun demikian pihak sekolah akan merujuk kepada PPD bagi tujuan pelarasan format. Pengerusi berterima kasih kerana semua guru telah menghantar JSU bagi PKSR 1 dan 2. Tindakan : makluman 4.3.3 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) 2013 Guru-guru terlibat menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan 2013 bagi Tahun 1-6 adalah: Tahun 1 : Pn Hamilah Binti Abu Tahun 2 : Pn Nora Shamila Binti Jamaludin Tahun 3 : Pn Nur Fatimah Binti Mohd Said Tahun 4 : En Muhammad Illias Bin Othman Tahun 5 : Cih Ng Pei Sim Tahun 6 : Pn Giam Yee Sim RPT bagi tahun 2013 mesti disiapkan selewat-lewatnya minggu pertama tahun 2013. 4.4 Dasar-Dasar KPM MBMMBI, KSSR dan PBS 4.4.1 Puan Pengerusi memaklumkan jawatankuasa MBMMBI terdiri daripada empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Perancangan program ke MBMMBI adalah sebenarnya program Sains. Semua program mesti ada laporan dan dokumentasi dalam gambar. Tindakan : makluman

4.5 Perbelanjaan Panitia 4.5.1 Baki terkini sehingga 5/11.2012 ialah RM 25.00 setelah peruntukan perbelanjaan Panitia Sains digunakan sepenuhnya sepanjang tahun 2012. Tindakan : makluman 4.6 PEKA SAINS 4.6.1 Ketua Pentaksir Sekolah, Cik Ng Pei Sim mengingatkan pentaksir-pentaksir Sains Tahun 3,4,5 dan 6 mengisikan Buku PEKA Sains dan memastikan SMS dan SPS serta skor markah diisi dengan betul. Tindakan : guru Sains

4.7

Aktiviti Panitia Sains

4.7.1 Puan Pengerusi menyatakan pihak sekolah telah menghantar peserta bagi pertandingan bercerita Tahap 1 dan pertandingan Saintis Muda bagi Tahap 2. Keputusan adalah : Pertandingan Saintis Muda : Berjaya masuk pertandingan ke peringkat negeri yang telah diadakan pada 17 dan 18 Julai di SMK Banting setelah menjadi juara peringkat daerah dan diwakili oleh Lee Zhi Min dan Wee Chelsy. Menduduki tempat ketiga dalam pertandingan ini. Pertandingan Pengurusan Bilik Sains Dan Taman Sumber : menduduki tempat kedua peringkat negeri. Tindakan : makluman

5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Bilangan planet dalam Sistem Suria Encik Muhammad Illias meminta kepastian bilangan sebenar planet sama ada 8 atau 9. Pengerusi meminta semua guru merujuk buku teks Sains dalam Bahasa Inggeris iaitu planet 9 buah. Tindakan : semua guru Sains 5.2 Pn Katina memohon agar dibeli beberapa ABM/bahan Sains untuk Tahun 3. Pengerusi menyatakan supaya mengingatkan semula minggu pertama 2013. 5.3 Pn Nora Shamila meminta diadakan set lego untuk Tahun 2 pada tahun 2013 nanti. Pengerusi akan cuba mengusahakannya. 5.4 Puan Pengerusi menyatakan bahawa tidak boleh diadakan sebarang peperiksaan bagi murid-murid Tahun 1-3 untuk pentaksiran. Murid yang mencapai tahap cemerlang boleh diberi sijil. Tindakan : makluman 5.5 Pn Pavani A/P Thambimuthu mengucapkan tahniah kepada Panitia Sains dan semua guru SKPM kerana mencapai kejayaan dalam pertandingan Pengurusan Bilik Sains Dan Taman Sumber Sains. 6.0 PENANGGUHAN

6.1 Puan Pengerusi berharap dengan kerjasama guru-guru yang mengajar Sains, agar prestasi mata pelajaran Sains SK (P) Methodist terus menyerlah bagi tahun 2013 nanti. Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh, ( Pn Kahayati Binti Sukiman ) Setiausaha Panitia Sains SKPM

Disemak oleh, .. ( Pn Giam Yee Sim ) Ketua Panitia Sains SKPM

Lampiran

SK (P) METHODIST, KLANG. KEHADIRAN JAWATANKUASA PANITIA SAINS KE MESYUARAT KALI KE 4/2012 HADIR : 1. Pn Giam Yee Sim 2. Pn Kahayati Bt Sukiman 3. Pn Norainiwati Bt Mat Akhir 4. Pn Kartina Bt Mohamed 5. Cik Ng Pei Sim 6. En Muhammad Illias B Othman 7. Pn Hamilah Bt Abu 8. Pn Nora Shamila Bt Jamaludin 9. Pn Selveswary a/p Nadasan 10. Pn Suhana Bt Musa 11. Pn Nur Fatimah Bt Mohd Said Pengerusi Setiausaha AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK

TIDAK HADIR BERSEBAB - Tiada TURUT HADIR : 1. Pn Pavani a/ Thambimuthu GPK Petang

You might also like